GAYA HIDUPGELAGAT

Ini Bukan Politik

Berpuluh tahun jadi wartawan dan penulis, not even once I made any attempt to write about politics. Sesungguhnya bukan bidang dan kepakaran saya. Itu saya tahu. Meskipun begitu, sesuatu yang bukan ‘makanan’ kita pun jika kita cuba dan belajar, pasti boleh jadi. Memang ada kalanya tercuit hati mahu mengkritik namun akhirnya, hati berkata-kata, serahkanlah saja pada pakar. Don’t dwell in anything that is not your forte.

Sebut perihal itu, teringat ketika ditukarkan bertugas dari Bahagian Majalah ke Bahagian Berita di Berita Harian. Pada hari ketiga, saya diberi tugasan oleh arwah Encik Bakar, (Editor Berita Harian ketika itu) untuk membuat liputan mahkamah. Saya termenung seketika. Allahuakbar! Sejujurnya sesuatu yang tidak pernah saya buat. Penulisan rencana majalah dan berita surat khabar adalah dua genre berbeza yang sedang saya terokai saat itu, ini pula membuat laporan mahkamah, yang jauh bidang sasarnya daripada yang biasa saya tulis. Bab penulisan rencana personaliti, hal-hal berkaitan wanita seperti kesihatan, motivasi dan kecantikan, fesyen juga gaya hidup, saya tidak akan menolak. Kalau nak dikata itu makanan saya, bongkaklah pula bunyinya, tetapi sekurang-kurangnya itu perkara biasa yang saya buat.

[thb_gap height=”40″]

Belum pun reda demam terkejut, beberapa hari berikutnya, saya di tugaskan pula mengikut wartawan senior membuat liputan belanjawan. Tugasannya, satu laporan angle lain tentang belanjawan tersebut. Walaupun liputan itu hanya satu sudut pecahan kecil daripada keseluruhan belanjawan yang akan dimuatkan esoknya, bagi saya ia satu tanggungjawab besar bak memikul sebuah gunung.

Aduh! Berat… fikir saya. Apa yang berkaitan angka memang saya benci. Sebab itu keputusan paling tinggi saya perolehi dalam peperiksaan untuk matematik ialah Kerdit4. Namun, a fighter in me, saya kuatkan semangat dan seperti biasa, buat homework. Segera ke perpustakaan yang kami kongsi bersama surat khabar The New Straits Times dan The Malay Mail kala itu. Di situ saya ‘geledah’ liputan belanjawan tahun-tahun sebelumnya dan gali apa yang saya mampu. Alhamdulillah! Amanah yang diberi sempurna saya laksanakan. Moral of the story; jika kita tidak berani mencuba kita tidak akan tahukan? Dan bila tercabar selalunya kita lakukan yang terbaik.

Satu Malaysia Perang Politik

Berbalik pada perihal politik tadi dan sementelah banyak yang berlaku di sekitar, hingga makcik jual nasi lemak dan ‘ane’ yang bertugas di pam minyak pun mengomel hal politik, I try to be a good listener tetapi tak mahu komen apa-apa. Malah pelayan kedai runcit popular 24 jam, juga tak mahu tercicir, menyalahkan politik sebab terjadinya gelombang kedua wabak Covid-19 secara mendadak selepas pilihan raya Sabah tempoh hari.

[thb_image full_width=”true” alignment=”right” lightbox=”true” image=”13257″]
[thb_gap height=”40″]

“Ini semua politik punya fasal! Tak lama lagi kita pun joblesslah,” kata anak muda itu. Terkesan sungguh mendengar keluhannya! “Macam mana nak kerja kalau kedai gulung tikar?” Hmm! Betul juga, yang pasti masyarakat menyalahkan pihak kerajaan khususnya pemimpin negara yang dirasakan tidak prihatin, “Pemimpin tak ada hati perut,” sambungnya. Kedai 24 jam itu kini terpaksa ditutup jam 10.00 malam. Pelanggan pun katanya amat berkurangan. Subhanallah moga Allah jauhkan kita daripada pemimpin yang sebegitu. Selalunya saya hanya tersenyum dan berlalu, untuk sekian kalinya, saya mengangguk tanda mendengar dan menjawab, “Di mana-manapun sama dik… satu dunia sedang gawat…. satu dunia pun kena serang Covid-19.”

Sejak kebelakangan semakin banyak pos dan komen di Facebook dan Instagram hal politik negara. Saya tak layan! Bukan apa, terlalu banyak fitnah ditaburkan, kutuk-mengutuk melampaui batas hingga gunakan kata-kata kesat dan sanggup ‘membogel’ pihak lawan dalam khalayak dengan isu-isu peribadi yang mengaibkan. Muak, benci meluap! Buat mereka yang tegar and eager to play the game, selamat berjuang! Tegakkanlah kebenaran dan keadilan. Cuma jangan hangat-hangat tahi ayam atau sekadar mencari publisiti murahan. Hari-hari sama saja, esoknya sama juga, saya terima pos Whatsapp daripada individu dan group Whatsapp. Perkara yang sama, cuma bezanya cacian dan maki hamun semakin dahsyat. Yang hairannya group chat mengaji dan masjid pun tak sepi daripada kejutan dan juicy political scoop masing-masing. Semua ditujukan pada pemimpin kita yang dicap ‘tak berguna’.

Entah kenapa petang itu saya terpanggil untuk menyampuk; “Moga Allah jauhi dan lindungi Malaysia daripada pemimpin-pemimpin kejam, perasuah dan gila kuasa. Jom kita doakan supaya mereka insaf dan muhasabah diri. Daripada hari-hari kutuk dia orang… kita dapat dosa,” Tidak disangka respon saya itu menjadi bahan tanda tanya hingga ada yang melenting.

Mesej 1. Whatsapp :

“Mahani! Apa maksud you, dijauhi Allah pemimpin tak berhati perut? Bukan ke yang ada sekarang ni semuanya bukan lagi tak berhati perut je, tapi penyagak, penyamun, perompak, makan duit rakyat… pembunuh? Nampak macam manusia tapi kulit tebal kalah buaya. Insaf? Heyyy! Kalau insaf dah duduk diam kat masjid tu. Ini muka tak malu, boleh tersengih-sengih lagi menyebuk berkempen. ”

Tergamam saya dibuatnya. Apa nak jawab? Pertama ia sesuatu yang subjektif dan boleh juga menjadi objektif; terpulang pada yang menilai, kefahaman dan latar belakang masing masing. Belum pun sempat otak saya nak berjalan jauh, signal mesej berdenting lagi.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13261″]
[thb_gap height=”20″]

Langkah Sheraton

[thb_gap height=”40″]
Mesej 2. Whatsapp:

“Yalah, daripada PM, menteri sampailah pegawai kerajaan cabuk…. polis ke, semua rasuah. You know what my Chinese friends kata, memang kerja orang Melayu suka merasuah. Dahlah tu dah tentu-tentu sabit bersalah makan billion-bilion pun masih bebas merata berkempen tanpa rasa malu. Yang dah dijatuhkan hukum pun tak pulak disumbat dalam jail… macam tak terasa langsung bersalah. Tak tahu malu betul lah. Kita yang malu, Malaysia ni dah jadi bahan lawak satu dunia.” Ting! Masuk satu lagi.

Mesej 3. Whatsapp:

“Yang dah jadi PM nak letak jawatan, pastu gila talak, bermati-mati dan nak balik jawatan. Still hard up for the position. Hey! Who these penyangak think they are? Negara Malaysia ni atuk dia orang punya ke? Pastu ada pulak kerajaan pintu belakang. Haa… lagi bagus. Memang dah ada pun pemimpin main pintu belakang, yang pulak terjun dari loteng. Yang main belakang tu lagi satu hal. Yang kaki liwat semua ada. Hebatkan? Otak letak tang lutut semuanya!” 

Aduh perlukah saya masuk dalam kancah chat ini? As I have made my stand clearly: No political posts! And I will not entertain anything related! Jadi saya ambil keputusan untuk terus berdiam. You can call me coward or what you like. Keputusan saya muktamad. Dan berlanjutanlah beberapa lagi luahan dalam Whatsapp, Facebook dan Instagram yang tiada noktahnya.

Mesej 4. Whatsapp:

“Hoiii! Janganlah sesuka hati. Main belakang tu berat tuduhan you. You nampak ke? Ada ke empat saksi yang melihat. Kita orang Islam, jangan main-main bab liwat-meliwat nih! Kalau tak betul free je masuk neraka. It’s a conspiracylah. He was framed. Politic is dirty and cruel.” Sampuk seorang lagi ahli group. Cuba membela pemimpin politik agungnya. Apapun saya memilih untuk tidak menyampuk. Berdiam lebih bijak jika kita tidak ada apa-apa yang baik mahu diperkatakan.

Mesej 5. Whatsapp:

“Kita ni banyak ke kelas agama, ustaz selalu kata jika kita tahu ada kemungkaran dan kita tidak bertindak nanti kita pun sama masuk neraka… di akhirat nanti bila Allah tanya kita apakah yang kita dah buat dengan pemimpin kita yang zalim, kejam dan menindas rakyat? Ada tak kita buat sesuatu untuk menghalang dia. Tak kan kita nak cakap kita tak mampu dan tak boleh berbuat apa-apa?” 

Ting! Masuk satu lagi.

Mesej 6. Whatsapp:

“Betul tu… I setuju. Mahani takkan nak kata depan Tuhan nanti, u malas nak masuk campur? You nak kata ke kalau you take action, and try to stop untuk tegakkan kebenaran, you may be labelled. Takkan nak tanya Tuhan kalau you kena buang kerja macam mana?” 

[thb_gap height=”40″]

Aduh! Bertubi-tubi kena hentam. Tak fasal-fasal. Left and right. So that’s it! I thought I would make an attempt here and jump into the bandwagon; Ups! bukan sebagai pengkritik politik tetapi sekadar menyentuh kehidupan harian yang saya sendiri pun rimas dan muak.

Rata-rata masing-masing tegar menyokong parti yang mereka pilih dan pemimpin yang mereka sanjung. Hakikatnya, mereka benci pemimpin yang bukan mahu membela nasib rakyat tapi sebaliknya menyusahkan. Rakyat tidak mahu pemimpin yang gila kuasa, utamakan kepentingan sendiri dan kroni mereka. Sementara itu akaun Facebook atau Instagram pula lebih meluas skopnya, termasuklah mengungkit dan mempersoalkan hal-hal Ketuanan Melayu, Raja Berperlembagaan dan Agama Islam serta Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda hingga mencabar konstitusi yang termaktub tentang perkara tersebut.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13262″][thb_gap height=”20″]

Keratan lama akhbar tentang berita liwat membabitkan Anwar Ibrahim.

[thb_gap height=”40″]

Kenapa tiba-tiba persoalkan tentang azan yang berkumandang setiap waktu solat? Mengapa ungkit hak Raja-Raja dan perlembagaan Tanah Melayu? Kenapa mesti usulkan sekatan ke atas keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera? Sepatutnya perkara-perkara ini tidak patut dipersoalkan sedangkan ia sahih dan termaktub di dalam perlembagaan. Jika tidak dikawal, ia pasti menimbulkan ketegangan dia antara kaum dan boleh menggugat keamanan negara serta mencemar kedaulatan undang-undang yang sekian lama dipatuhi.

Mesej 7. Facebook:

“Ahli Parlimen tidak sepatutnya mendapat pencen kerana ia bukan pekerjaan tetapi pemilihan di bawah akta perwakilan rakyat, ia tidak bersara sepertimana orang yang bekerja di jabatan kerajaan mahupun swasta. Malah mereka boleh terus bertugas jika dipilih semula ke kedudukan yang sama… dan sebagainya. Sekarang ni, mereka dapat pencen selepas lima tahun. Memang kenyanglah. Itu belum campur rasuah 10% untuk luluskan projek atau yang anak bini dan kroni dia orang uruskan. Memang tak guna!”

Mesej 8. Facebook:

“Hairannya ramai tutup sebelah mata. Sebab apa? Nak jaga anak bini dan periuk nasi. Takut bersuara, takut nak tegakkan kebenaran walaupun tahu penyamun tu dah buat salah tapi masih menyokong… mengampu. Ntah-ntah kena sogok jugalah tu. Dah kenyang senyaplah.”

Sejujurnya benar apa yang disuarakan rakyat. Bukankah mereka sudah diberi mandat dan amanah melalui pilihan raya yang lalu. Bukankah Itu pilihan rakyat? Bukankah itu kuasa rakyat? Tetpi apa dah jadi? Apa pemimpin buat bila mereka memegang kuasa?

Mesej 9. Whatsapp:

“Mahani, you kan pernah jadi wartawan, you tak rasa terpanggil ke nak tulis sikit… Setidak-tidak pun you boleh usulkan suara rakyat? Masuklah dalam IG and your Facebook. I ni tak pandai menulis, kalaulah I pandai… hmmm! Memang I dah hentam cukup-cukup. Kaw kaw I bagi.”

Wow! Hebat sifat juang mereka ini, tapi saya hanya mampu berdiam. Jika saya celah mesti jadi panjang ceritanya dan memang tak henti-hentilah signal mesej berdenting-denting. Betullah kata orang, kalau nak tengok orang tua jadi budak-budak, pergi Parlimen kala ia bersidang atau pergilah mana-mana perjumpaan politik atau dengar orang borak fasal politik kat warung kopi mahupun di coffee house hotel lima bintang. You will know what I mean.

Luahan-luahan tadi memang ada intipati dan hujahnya. Yang pasti saya tidak mahu turut melatah, harus guna budi bicara; perjuangan perlulah ada dasar dan berhemah. Janganlah main terjah sesuka hati dan buat perkara-perkara yang boleh membangkitkan sensitiviti dalam kalangan rakyat, khususnya Malaysia yang berbilang kaum. Hal-hal bersabit agama, keistimewaan dan ketuanan Melayu juga Perlembagaan Raja-Raja misalnya yang kita sedia maklum termaktub dalam perlembagaan negara adalah amat sensitif.

Sekadar ingin menarik perhatian dan berkongsi tentang beberapa perkara pokok yang kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kiralah apa jua latar belakangnya, harus tahu. Jangalah main terjun dan menyampuk tanpa ada budi bicara, tanpa ada rasa tanggungjawab dan tatasusila yang tinggi lagi berhemah. Bicara politik, bukan sembarangan, seperti kata ‘orang putih’ atau ‘Mat Salih’, Not just any Tom, Dick and Harry, begitulah ibarat maksudnya, bukan sesiapa saja boleh bicara hal Politik. Jadi apakah mereka yang tiada latar belakang atau tidak mempunyai ilmu pendidikan profesional di bidang politik tidak layak untuk mengkritik atau menyentuh hal politik? Sesiapa saja berhak membuat dan membuat penilaian masing-masing tetapi perlulah ada budi bicara, bertanggungawab dan bersikap adil.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13265″]
[thb_gap height=”20″]

Majlis Raja-Raja Melayu 1948

[thb_gap height=”40″]
Fahami Perlembagaan Tanah Melayu

Sebelum apa pun yang kita ingin luah atau ambil tindakan, seeloknya setiap rakyat Malaysia harus berusaha memahami undang-undang tubuh Tanah Melayu dan konstitusinya. Ketahuilah apa itu Demokrasi Berpelembagaan dan Beraja kerana undang-undang pentadbiran Malaysia tidak serupa dengan kebanyakan negara lain seperti China, Amerika Syarikat, India dan kebanyakan negara di Asia yang lainnya juga, sekadar mengambil beberapa contoh.

Memang mudah untuk mencemuh dan menyemarakkan semangat rakyat untuk memberontak atau menentang sesuatu tidak-tanduk yang tidak meyakinkan oleh para pemimpin dan dasar kerajaan tetapi mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan jangan sampai menjuruskan negara ke kancah huru-hara seperti yang berlaku sekarang hingga menyarankan pengisytiharan darurat. Misalnya Ketuanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan kuasa serta hak Malis-majlis Raja-Raja, tidak ramai orang benar-benar faham apa maksudnya yang sebenar mengikut yang termaktub dalam perlembagaan. Sesiapa saja boleh mengeluarkan pandangan dan meluahkan pendapat masing-masing dan dengan kecanggihan teknologi perhubungan, dalam masa beberapa minit saja ratusan, ribuan malah jutaan orang boleh mendapat maklumat yang disampaikan. Inilah yang sedang terjadi seperti di Jakarta, Paris dan Bangkok. Apakah ini yang kita mahukan? Fikir-fikirkanlah.

Sementelah memperkatakan perihal itu, seterusnya saya kongsikan maklumat agar kita faham sedikit maksud yang terkandung, maka tiada siapa patut mengungkit atau mempersoalkannya:

  1. Ketuanan Melayu

Secara ringkasnya Ketuanan Melayu merujuk kepada kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang Malaysia, sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Ini juga bermaksud, apa jua tuntutan atau tindakan tidak boleh menyentuh keistimewaan tersebut. Ini samalah juga dengan keistimewaan Raja-raja Melayu yang tidak boleh juga disentuh mahupun diungkit sama sekali.

Generasi sekarang perlu juga ingat dan faham, sebagai budi bicara atas kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (iaitu Malaysia kini). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (hingga menjadi Malaysia) untuk mencapai kemerdekaannya daripada British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hinggalah pada awal tahun 2000-an dan kebelakangan. Mengapa? Yang nyata, kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.

[thb_gap height=”40″]

Pada tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia daripada 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu yang diberi keutamaan dan tumpuan. 

Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mahukan kerajaan parti tunggal diketuai UMNO dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan & quot; orang asal & quot; Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia. Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan afirmatif yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13266″][thb_gap height=”20″]

Pihak British mengiktiraf Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah Tanah Melayu di zaman penjajahan.

[thb_gap height=”40″]

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana Menteri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun) menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

2. Raja Melayu – Raja Berperlembagaan

Kesultanan Melayu di Tanah Melayu bermula sejak pembukaan Melaka oleh Raja Parameswara. Sejak itu negeri-negeri di Tanah Melayu mula dipimpin oleh Raja-Raja Melayu yang berdaulat. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengurangkan kuasa mutlak Raja-Raja Melayu. Kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu semakin kurang setelah penubuhan Malayan Union pada 1946.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem pemerintahan beraja dikekalkan. Bagaimana pun, sistem Pemerintahan Raja digubal menjadi sistem Raja Berperlembagaan. Melalui sistem ini, kuasa Raja-Raja Melayu dibatasi oleh perlembagaan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan yang diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu asas utama sistem demokrasi berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan. Sistem demokrasi berpalimen ini terdiri daripada perundangan, kehakiman dan pentadbiran.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem Kerajaan Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini, negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terlibat telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, urusan luar negara dan lain-lain lagi seperti yang telah terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia untuk ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.

Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir dan menguruskan perkara-perkara berkenaan. Raja-Raja Melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah perlembagaan negara mengikut nasihat perdana menteri dan jemaah menteri. Raja-Raja Melayu pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing. Kesetiaan kepada Raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang- undang adalah salah satu asas rukun negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mematuhi arahan perlembagaan yang telah ditetapkan dan menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong. Keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan yang dimiliki sekarang adalah hasil kebijaksaan Yang Di-Pertuan Agong memerintah negara berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan.

[thb_gap height=”40″]
Gagasan Tindakan Satu Malaysia

Ramai berpendapat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berbincang dengan para pemimpin UMNO bagi menyelesaikan pertelingkahan antara mereka untuk mengelakkan negara terjerumus dalam kemelut politik yang boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.

Penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain dalam pandangan beliau tentang suasana politik negara yang kalut sekarang kini mungkin patut diambil kira oleh pucuk pimpinan negara. “Negara sedang bergelut dengan isu lebih besar membabitkan aspek ekonomi dan keselamatan.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13268″][thb_gap height=”20″]

Profesor Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain

[thb_gap height=”40″]

Sekarang ada dua situasi… iaitu isu keselamatan Covid-19 dan isu kebebasan yang mana ahli politik masih nak berpolitik kerana kebebasan itu dijamin dalam demokrasi,” katanya. Antara dua situasi itu, tentulah keselamatan sepatutnya menjadi keutamaan kita kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat, nyawa rakyat. Ketika rakyat amat memerlukan pembelaan. Pada saat inilah, ahli politik sepatutnya memikirkan usaha terbaik yang boleh mereka lakukan demi mengutamakan kepentingan rakyat dengan melakukan gencatan politik dan PKP politik. Mengulas lanjut, beliau berkata, selain masyarakat, ahli politik dituntut memainkan peranan bagi meredakan ketegangan dengan tidak berpolitik secara melampau. Titah, Yang di-Pertuan Agong pada 26 Oktober untuk tidak mengisytiharkan Darurat amat disambut baik oleh rakyat dan membuat ramai lega. YDP Tuanku juga turut menegaskan agar ahli politik tidak memperjudikan keselamatan negara dan menasihati untuk menghentikan aktiviti politik merebut kerusi dan kuasa buat seketika dan menumpukan tenaga dan sumber untuk berjuang membebaskan negara daripada pandemik Covid-19.

[thb_gap height=”40″]

Sedih, keesokannya satu parti politik telah mencemar kedaulatan tersebut dengan mengadakan juga satu perjumpaan politik mereka. Yang pasti, kita tahu, meskipun kerajaan bertukar kepimpinan, ia tidak memberi jaminan bahawa situasi politik akan kembali stabil sebaliknya negara akan terus berhadapan krisis yang sama.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Kartini Aboo Talib berkata, semua parti politik perlu menghentikan sebarang tindakan politik tidak produktif pada masa ini. “Buat masa ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu buat apa-apa. Di Parlimen mungkin tidak akan berlaku undi tidak percaya kerana ketika ini, negara berada dalam kegawatan yang mengancam keselamatan.”

Bagi penganalisis keselamatan dan politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin pula, berdasarkan pemerhatian di media-media sosial, ternyata masyarakat sudah muak dengan gelagat ahli-ahli politik di Malaysia pada masa kini.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13270″][thb_gap height=”20″]

Profesor Madya Dr. Kartini Aboo Talib

[thb_gap height=”40″]

Pengguna media sosial menyuarakan kemarahan dan kekesalan tentang kancah politik negara yang kalut pada hari ini. “Mereka melihat, ini permainan ahli politik semata-mata dan tidak melibatkan rakyat, kerana rakyat hanya dapat memberikan mandat mereka pada pilihan raya sahaja tetapi pilihanraya pada ketika ini tidak sesuai diadakan,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM berkata, ahli politik seolah-olah sudah hilang fokus dan lebih bersifat individualistik serta berkepentingan peribadi dan parti daripada menunaikan tanggung jawab hakiki mereka iaitu memperjuangkan rakyat terutama apabila berlaku Covid-19 dan krisis kemanusiaan. Unjuran daripada titah YDP Tuanku Agong dan pandangan ramai, apakah ahli politik negara ini turut bermuhasabah diri dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadi mahupun parti demi menjamin keselamatan rakyat dan kemakmuran negara?

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13269″][thb_gap height=”20″]

Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin

[thb_gap height=”40″]

Sesungguhnya tidak adil dan kejam seorang pemimpin itu apabila di dalam keadaan negara dan rakyat amat memerlukan sokongan dan keyakinan untuk meneruskan kelangsungan hidup tetapi mereka tetap tegar dengan penderian mengejar kuasa dan kepentingan sendiri.

Politik Sepatutnya Membangun Ummah Bukan Menghancurkan

Persoalannya mengapa kita harus faham semua hal yang diperkatakan di atas? Apa kaitannya dengan tuntutan dan agenda politik? Walaupun secara dasar dan daripada mata kasarnya segala yang berlaku ini adalah kerana tindak-tanduk dan perlakuan yang

dimulakan oleh pemimpin kita sendiri; kerja pemimpin politik juga yang suka menimbulkan isu perkauman khususnya pihak pembangkang tidak kiralah apa jua parti politiknya dan daripada sikap mereka yang tidak amanah, rasuah berleluasa dan tidak bertanggungjawab, menimbulkan banyak masalah.

Jadi anggaplah tulisan ini bukan politik tapi sekadar memperjelaskan kedudukan supaya kita sama-sama fikirkan agar menjadi warganegara Malaysia yang diberhemah dan dihormati. Berbaloikah kita berWhasapp, IG dan FB dengan pos yang boleh menimbulkan kemarahan dan hura-hara?

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13281″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

B’York KL Exquisite and Calming

adminwm

Khasiat Sebiji Lemon

admin

Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

admin

Leave a Comment