Suami jangan cepat naik angin kalau isteri berbual di telefon, mungkin menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Isteri bila suami bercakap lama di telefon dan mungkin merendahkan suara janganlah cepat melatah dan berprangsangka buruk. Suami kalau membenarkan isteri bekerja, apakah kamu bersedia membantunya membuat kerja rumah dan menjaga anak bersama. Suami kalau kamu juga dibantu isteri dengan wang ringgitnya untuk melangsungkan kehidupan sekeluarga, apakah kamu masih mahu duduk saja dan menunggu dia menghidangkan makanan dan minuman di meja, dan kemudian kamu basuh tangan dan meninggal kerja kerja yang bertimbun diuruskan olehnya sahaja. Isteri bila mana suami itu keluar mencari rezeki, janganlah kamu duduk asyik leka dengan grup-grup Whatsapp sampaikan makan minum keluarga tidak terjaga, rumah semak samun dan anak dibiarkan entah ke mana. Isteri bila suami itu di tempat kerja, janganlah asyik menghubungi dia dan mencari alasan-alasan hendak bercakap dengannya, simpanlah cerita kamu itu untuk kamu khabarkan kepadanya bila dia balik ke rumah. Isteri kalau suami kata cukup, dan berhenti membebel, then just listen, bawa bertenang dan sejuk kan hati sekalipun marah yang tidak terperi, kerana dengan itu ia akan menyelamatkan rumah tangga. Isteri kalau both of you sama-sama cari makan, ada eloknya sang isteri berkongsi membayar bil-bil kerana mungkin kalau hendak diharapkan pada gaji suami saja tidak cukup untuk membayar semuanya. Suami kalau isteri sudah baik hati membantu melunaskan hutang-puitang, tolong jangan ambil kesempatan. Isteri kalau suami gajinya kurang daripada kamu, jangan diungkit, direndah-rendahkan akan dirinya, itu membuat dia hilang rasa cinta. Suami dan isteri, walau kamu ada hak ke atas pasangan masing-masing, janganlah sampai menyekat kebebasannya, dia ada ibu dan ayah dan kamu juga begitu, dia ada kawan dan kamu juga punya kawan, jadi berilah dia ruang dan peluang untuk bersama mereka beberapa ketika, tetapi kalau sampai lupa dunia itu memang kamu mencari bencana. Suami dan isteri jangan cemburu membabi buta, kalau dia betul sayang kita dia tidak buat perkara dimurkai. Kalau kita seorang yang baik dan jujur di matanya, andai dia tersasar, dia pasti menyesal buat selama-lamanya.
Lalu apa? Sentiasa sabar menghadapi ketidak sempurnaan di dalam rumah tangga. Sabar menghadapi ujian yang melanda, sabar mendengar rengekan dan bebelannya, sabar demi masa depan anak-anak. Kerana rumput di seberang sana pun tidak tentu akan menghijau selamanya, bagaimana kalau di sana lagi kering dan kontang? Dan mengadu kepadaNya kerana hanya Allah yang berkuasa atas segalanya.
Buat semua kita yang bernama suami isteri:
“Love one another, but make not a bond of love
Fill each other’s cup but drink not from one cup,
Give one another of your bread but eat not from the same loaf,
Sing and dance together and be joyous, but let each one of you be alone.
Give your hearts, but not into each other’s keeping,
For only the hand of life can contain your hearts,
And stand together yet not too near together,
For the pillars of the temple stand apart,
And the oak tree and the cypress grow not in each other’s shadow” – Kahlil Gibran