FESYEN

GAYA DARI HUJUNG RAMBUT KE KAKI SO, MAKE YOUR PICK!

Perhatikan, dari hujung rambut ke kaki, banyak idea berulang.  Kamu dapat lihat perulangan dan recycle sebagai formula menjadi dan selamat.

Solekan wajah misalnya kening kembali tebal ala era 90-an tapi disuntik kesegaran ketara dengan pipi dan bibir merah jambu merahang.Rambut juga bagaikan tiada satu gaya khusus untuk musim ini boleh diterimapakai: either its bob, fringed, freezed, lurus, dijelkan atau dibiar kusut masai, still considered a trend. How’s that?

Kasut dan beg tangan juga melalui proses recycle baik dari sudut bentuk, fabrikasi juga rekaannya. Namun diberi suntikan relaks dan ringkas – No frill!

Namun gaya jenis cross body, drawstring, pouch kantung dan xxx bag dilihat merata. Fabrikasi juga begitu ‘simpoi’ daripada kulit tulin hinggalah kepada dengan tekstur unik seperti quilted, crochet. Mikarami amat diminati baik perempuan mahupun lelaki. Sesuatu yang segar dan santai untuk remaja dan juga orang dewasa berjiwa bebas relaks. Menarik ia datang dalam pelbagai rupa dan bentuk, baik hasil jenama mewah, mid-range termasuklah jenama biasa dan seperti  Uniqlo, H&M mahupun Vincci sekadar buat perbandingan.

So what do you make of ‘Sustainable fashion’? Relevankah ia memandangkan masyarakat lebih tertumpu pada harga dan bukan hanya gaya dan kualiti. Jadi untuk beberapa tahun atau mungkin dekat akan datang fesyen akan terus diuji dengan ‘fast fashion’ yang murah, trendy dan murah.

Semua itu terpulang pada pengguna sendiri. Apa yang mereka cari dan utamakan; gaya trending atau kualiti?

Anything new in the industry? Secara jujur saya tidak melihat sesuatu yang baru dalam dunia fesyen hari ini kecuali yang diceduk daripada yang lama dan sebaliknya namun usaha pereka menyuntik sesuatu elemen segar pada setiap inci rekaan mereka mestilah diiktiraf dan beri penghargaan.

Satu trend yang pasti mendapat perhatian kini tentunya pertembungan satu transformasi pada pakaian harian yang daripada biasa-biasa saja kini menjadi fokus di pentas peragaan dunia.

Sebagai fahaman seorang layman, ini bererti pakaian seperti kemeja, kemeja-T, jaket panas berhoodie diberikan wajah baru dengan gaya oversized yang luar biasa dan seluar kargo pula misalnya diberi new lease and more feminine seperti bercerut di pergelangan kakinya dan bertukar sebagai high fashion content. Dengan warna-warna exotik seperti biru elektrik dan fuschia, tentu saja menawan dan menimbulkan satu kejutan lebih-lebih lagi masyarakat memerlukannya.

Anda boleh bayangkan bagaimana seluar pekerja buruh ini  ‘go to the next level’ dan menjadi ‘show stopping pieces’ digayakan di majlis malam dan gala awards oleh artis terkemuka Hollywood dan dijual pada harga setinggi USD600. Atau anda mungkin juga berkata macam remaja sekarang, “I just can’t brain that!”

Satu lagi yang menarik, khusus buat mereka yang gemar gaya Boho, ia kembali di pentas fesyen antarabangsa ‘with more chic’ tentunya, dengan lisu dan juraian serta ropol dalam fabrik lembut yang bercorak dan juga polos. Semua elemen ini direalisasikan di peragaan pentas Chloe baru- baru ini. Elemen tersebut berterusan pada setiap rekaan daripada gaya rambut, tas tanga, kasut dan hiasan.

‘High waist’ satu lagi jargon atau istilah penting gaya fesyen kini. Tidak kiralah skirt pendek atau paras keting, jeans atau dress pants, baik yang ada pleats, belted, long skirt, potongan pencil, flare, pleated diberikan satu paradigm shift – high waisted.

Menyebut crochet and gadgets juga gaya yang dianggap, ‘Its me for real’ kind of style and attitude, ia  masih kekal. Cargo pants, knee length baggy or body hug shirt, long skirt or maxi juga jadi pilihan.

Menariknya ia bukan sekadar pilihan hijabis tetapi dipakai masyarakat secara across.

METAL RULE

Antara bahan mentah yang masih relevan pada pandangan para pengkritik juga karyawan fesyen tentulah metal dalam apa jua bentuk dan sama ada matt mahupun berkilau mengikut keativiti dan pilihan pereka.

Kegilaan terhadap metal (keluli) pada rekaan fesyen begitu ketara dan meluas meliputi aksesori, hiasan pakaian, beg tangan hinggalah kasut.

Begitupun jangan keliru kerana sentuhan metal pada barangan fesyen tidak seperti sebelum ini yang futuristik, hardsell ala transformers dan robotik, sebaliknya bersentuhan lembut yang dijalin secara bijak, baik pada butang baju, hiasan, kasut dan beg juga.

Apakah logam keras ini boleh diambil kira sebagai satu simbol pernyataan keras yang terzahir daripada naluri pereka yang meronta ingin buktikan bahawa kelemahan fesyen hari ini bakal bertukar teguh dan amat simbolik dengan sifat logam tersebut.

Senario ini seolah-olah satu laungan keras atau luahan rasa hati masyarakat fesyen dan industri bahawa sudah tiba masa untuk bangkit memperjuangkan nasib industri dan menuju kecemerlangan.

BOLD COLOURS, SPARKLE & BLING!

Jika anda berasakan elemen ‘bling- bling’ sudah ketinggalan and only for the old school fashion   maniac and of The Roaring 20s, oh anda silap! Di pentas peragaan Fashion Week Barat musim ini, anda lihatlah merata dna itu mana-mana.

Mungkin ramai berfikiran bahawa masyarakat sudah lemas dengan jeritan kilaun tersebut namun masih ramai yang mahukannya sekadar mempamerkan kegirangan dan hasrat mereka untuk berseronok dan mahu lari daripada realiti.

Kesinambungan itu, musim ini anda jangan terkejut melihat peminat fesyen tegar membeli-belah dengan loafers dan sandal flip-flops juga selipar yang dihiasai permata berkilauan seperti yang terdapat di stor Steve Madden, Fendi, Gucci dan banyak lagi! Paling menarik perhatian, rekaan tersebut datang dalam pelbagai warna terang dan menjerit.

Terlalu banyak boleh diulas perihal pra pentas peragaan Fashion Week Spring/Summer 2024 Barat dan juga tempatan. Menariknya rata-rata, walaupun dibelenggu kekangan yang keras seperti peningkatan harga barang mentah dan kebimbangan pasaran yang masih tidak menentu sifatnya, pereka terus gigih berusaha dan mencari ilham, bahan dan sudut yang boleh mereka digunapakai serta ketengahkan.

Apa yang disentuh oleh WM ini adalah sedikit sebanyak yang dapat menjadi fokus dan ciri-ciri yang dirasakan bakal menyuntik keghairahan serta keinginan pengguna masa kini. So, make your pick!

Related posts

Tas Tangan Street Style Musim Luruh 2018

admin

Mulberry x Alexa Chung

admin

Tom Ford Menggantikan Tempat Diane von Furstenberg Sebagai Pengerusi CFDA

admin

Leave a Comment