COVER STORY

Perkahwinan Termahal, Termewah Di Dunia Putera Abdul Mateen dan Dayang  Anisha Rosnah

Brunei Darussalam menjadi perhatian dunia. Pernikahan Pangeran Abdul Mateen,32, dan Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic, 30, hingga kini masih jadi perbincangan hangat. Dikatakan perkahwinan termahal dan termewah di dunia dengan jumlah ‘tidak rasmi’ dianggarkan sebanyak B100 juta.

Pangeran Mateen anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah memilih menikahi Anisha, dikatakan mereka daripada kecil lagi telah ditemukan, berkawan dan menjadi kekasih sejak beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk sehidup semati. Pastinya mendapat sepenuhnya restu daripada keluarga diRaja Brunei dan keluarga Anisha sendiri, datuk kepada Anisha, Pehin Dato Isa ialah penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Bermula Istiadat Penuh Tradisi


Selama 10 hari bermula 7 Januari dan berakhir pada 16 Januari majlis perkahwinan Diraja ini diadakan, penuh beristiadat. Istiadat perkahwinan Diraja bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024. Sejurus kemudian perarakan 40 pembawa tombok diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda bermulanya Istiadat Berbedak Pengantin Diraja itu.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menculiki (mencalit) Bedak Diraja kepada paduka anakanda Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah, yang diadakan secara berasingan di tempat yang sama.


Mengikut adat istiadat Diraja Brunei Darussalam, Istiadat Berbedak Diraja bagi Pengantin Laki (Lelaki) dan Pengantin Bini (Perempuan) diadakan pada sebelah malam. Mengikut kelazimannya Pengantin Bini yang didahulukan untuk menjalani istiadat ini walaupun ianya diadakan pada malam yang sama kecuali jika Pengantin Lelaki adalah Putera Sultan yang gahara. Putera Gahara bermakna bonda kepada Pengantin Laki adalah berdarah raja dan bukan orang kebanyakan.

‘Adat Berbedak’ adalah upacara di mana kedua pengantin akan dibedakkan untuk menambah serinya wajah. Ia umpama majlis merenjis bagi tradisi di Malaysia. Dan bagi perkahwinan bukan Diraja, kebiasaannya adat berbedak akan diadakan di rumah masing-masing dan dilangsungkan berasingan.
Bedak yang digunakan dalam istiadat ini diadun khas dengan tujuh warna berserta air mawar yang diisi ke dalam bekas perak beralas gangsa. Mengikut tradisinya, selepas berbedak, dilangsungkan upacara mandian. Pengantin duduk di atas papan yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin dipegang oleh kanak-kanak memakai ‘sesandang’ yang berlainan warna. Selepas itu, pengantin meniup memadamkan lilin dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Acara mandian itu disusuli dengan pembakaran kemenyan bagi menaikkan bau segar harum pengantin.


Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja


Ini merupakan tahap upacara pernikahan atau akad nikah untuk Kerajaan Brunei Darussalam. Upacara digelar dengan khidmat untuk menandai pernikahan antara mempelai pria dan wanita. Acara ini berlangsung pada 11 Januari 2024. Di majlis perkahwinan pasangan Kerabat Diraja ini juga, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah mendapat sentuhan solekan daripada jurusolek Filipina, Denise Go Ochoa dan busana hasil tangan pereka Malaysia, Teh Firdaus.

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja


Setelah melewati proses panjang, kedua mempelai duduk sebagai pasangan di atas mimbar. Upacara diakhiri dengan pembacaan doa oleh orang yang telah ditunjuk, seperti pejabat agama. Acara ini berlangsung pada 14 Januari 2024.


Majlis Santapan Diraja


Momen yang paling dinantikan, seluruh anggota kerajaan dan para kerabat berkumpul untuk melakukan jamuan kerajaan. Tidak hanya itu, acara ini juga dihadiri oleh orang kenamaan dan tamu undangan khusus. Acara ini berlangsung pada 15 Januari, dalam suasana gilang gemilang dihadiri 5,000 tetamu, termasuk keluarga Diraja dari luar luar negara dan tetamu kenamaan dunia.

Related posts

Sasha Saidin Tentang Kehidupan, Fesyen dan Kecantikan

admin

SHILA RAHMAN A QUEEN OF MIND

adminwm

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Leave a Comment