COVER STORY

Jantra Loves Fashion – “I Got It From Mama and Opah”

Buy less, Choose well. Make it last’ – Vivienne Westwood. “Saya senang dengan kata mutiara pereka VW yang juga antara pereka idola saya. Bagi saya tidak perlu disendatkan almari dengan aneka pakaian, yang kadang-kadang bertahun-tahun di dalamnya dan tidak sekalipun dipakai, sedar-sedar sudah ketat atau rosak dimakan anai-anai. Membeli hanya kerana barangkali masa jualan murah atau barangkali atas desakan kawan, atau mungkin rambang mata,” kata Jantra Naqiah Thongcharoen.

Oh namanya membuat ramai hendak tahu, siapa gerangan hiasan MajalahWM.com kali ini, perempuan Thai ke? Betul, dia berdarah Thai, ayahnya orang Thailand yang menetap di Amerika Syarikat dan ibunya Melayu. Senang dipanggil Jantra sahaja, Jantra lahir di California, 33 tahun yang lalu. Anak tunggal kepada Chitkasame Thongcharoen dan Maria Tun Abdullah.

Masih memegang kerakyatan Amerika Syarikat, Jantra bercadang kembali ke sana antaranya untuk menyambung pengajian master dalam bidang fesyen. Saya lama di Malaysia, sebab mengikut ibu yang telah berpisah dengan ayah saya, lagi pun saya mana boleh berpisah dengan atuk. Kini atuk sudah tiada dan saya ada perancangan baru, andai suami bersetuju dan mendapat restu mama, kami akan menyusul ke sana. Banyak rancangan hari depan saya tertangguh.“Yes, I am American by nature. Saya suka lifestyle dan kehidupan di sana. But unfortunately, my soul is always been an ‘old soul’. Suka tinggal di Malaysia sebab Malaysia lebih aman dan makmur dan sebagai orang Islam tempat menuntut ilmu agama banyak di sini dan guru agama juga ramai. Apa pun bagi saya, always choose to be kind, respectful and loving no matter where you are. Ini kan semua milik Allah SWT.”

Kembali bercakap tentang cerita fesyen, “Kalau kita respect fesyen, kita tidak boleh tamak, dan mesti bangga memakainya bukan sebab orang lain ada dan kamu pun mesti ada. Saya ingat di satu sales besar di sebuah butik antarabangsa (kerana dikatakan akan ditutup), orang yang berasak-asak membeli bagaikan barang percuma. Di bilik persalinan puluhan baju bergantungan, ada seorang pelanggan membawa masuk lagi dan lagi, sungguh tamak untuk tidak membenarkan orang lain juga memilih. Di rak baju hampir kosong, sehingga saya terpaksa memberitahu jurujual. Terkejut dia bila di dalam bilik persalinan macam gunung baju yang dicuba. Allahu Akbar, tak tahulah berapa puluh yang dibeli, begini orang yang tidak bijak menilai, beli ikut nafsu.”

The secret of great style is to feel good in what you wear.

“Ya, saya percaya kepada gaya sederhana tetapi ada kelas. Pilihan mengikut bentuk badan dan personaliti. Saya tahu bentuk badan saya ke arah berisi, jadi saya mesti fikirkan pakaian yang tidak menyesakkan pernafasan. Saya suka kain kapas, cita dan sutera. Ia sesuai dengan cuaca di sini. Saya juga suka bling-bling, yes especially ke majlis-majlis, ia membuat saya riang, lagipun bila ke majlis dan penat bersiap dengan solekan dan dandanan cantik, jadi bila dilengkap dengan glitters and glitz kita rasa terhibur. Ya, saya juga suka lots of pearls, jewelry, animal prints (I love animals but I don’t condone killing animals because I love animals). No killing animals (PETA) for furs. Love animals and nature.

“Saya mengambil bidang fesyen untuk belajar lagi teknik dan kepakaran dalam rekaan. Juga cara bagaimana untuk memasarkan produk. Currently saya menjualnya secara online, Alhamdulillah bisnes saya seadanya. Di musim PKP orang mungkin tidak beli long dress dan yang mengerlip tetapi mereka beli telekung dan casual wear untuk pakaian harian.

“Saya amat menyenangi Coco Chanel kerana gaya klasiknya sampai kini menjadi ikutan. Begitu juga dengan Stella McCartney. Lihat koleksi sukan dan her eco-friendly fesyennya. Dia tidak sama sekali menggunakan bahan daripada binatang untuk koleksinya. Saya teringat membaca sebuah catatannya, “First and foremost, we are a luxury fashion house so do not compromise on style, design or quality. We make desirable, beautiful modern products… I approach the business in a way that I feel is morally correct and modern. It doesn’t mean that (style and luxury) need to be sacrificed.

“Di Malaysia pereka yang menarik perhatian saya ialah Alia Bastamam. Nurita Harith, PU3. Mama suka Bernard Chandran, dulu-dulu masa mudanya sering suka menempah dengan Bernard. Saya juga meminati Tom Abang Saufi, sesekali keluar koleksinya ia menyengat, young and modern.”

Ditanya mengenai warna pilihan, “I love black. Black is modest and arrogant at the same time. Black is lazy and easy, but mysterious. But above all, black says this: I dont bother you, don’t bother me.” Yohji Yamamoto. “Biru juga is my favorite color – Feeling confident and blue-tiful! Oh not red… “Red dress is not a trend…”

“Disebabkan virus Covid-19 yang melanda dunia dan banyak bisnes yang kuncup atau terhenti, lalu ada mengatakan ‘Fashion Is Dead’. “No, I disagreed. Because it is so alive. Hati sahaja yang barangkali mati to see it. ‘Never appreciate things of your eyes. Wear beautiful things, appreciate beautiful people and love our surroundings.’

So who buy my baju? Pada 2008 saya memulakan jenama JNT (Jantra Naqiah Thongcharoen). Baju saya dijual di apartment ibu saya di Jalan U-Thant, KL. Only by appointments. Boleh email saya di jantranaqiah@gmail atau Whatsapp 012-339362 (business purposes) or DM dalam media sosial: jantranaqiahthongcharoen (personal), Jantra Loves Fashion (public and work). Jadi soalan siapa yang beli baju saya? Sudah tentulah kawan-kawan dan ahli keluarga dan yang sudah kenal jenama Jantra Nadiah dan JNT mereka ulang beli. Saya juga akan melancarkan produk cantik Jantra Nadiah.”

Tentang Kehidupan

I’m a sensitive person actually, tetapi saya selalu tunjuk yang saya seorang yang kuat di depan orang lain. Atuk selalu nasihatkan cucu-cucunya, always be kind to yourself and to others. Be a better version of you. Jaga solat, jaga nama baik dan maruah keluarga. Saya rindu pada opah dan atuk, Tun Abdullah Bin Ayub, merekalah pasangan paling ideal, wow salute! Saya percaya pelbagai rintangan dihadapi oleh atuk dan opah tetapi kerana besarnya cinta mereka dan tanggungjawab kepada keluarga, segalanya dapat ditipis. Saya selalu berdoa, agar perkahwinan saya juga sampai ke penghujung nyawa.

“Saya sebenarnya baru sahaja mendirikan rumahtangga bulan Ogos 2020 oh ya, ‘To the man I want beside me every night for the rest of forever, I Love You Sayang. Happy Anniversary.’

What I like most about being married is I have a new best friend for life. Susah senang bersama-sama. Insha-Allah, when the time comes ada rezeki adalah zuriat kami.

“Teringat pula, mujurlah waktu itu  kami dapat mengadakan majlis pernikahan, tetamu boleh sampai 150 pax. Memang ada perancangan untuk satu lagi majlis persandingan tetapi keadaan tidak mengizinkan. Kesian kawan-kawan yang adakan majlis tidak sampai 10 orang kan malah ada yang buat secara maya sahaja. Harap cepatlah berakhirnya pandemik ini, kerana ramai kawan-kawan yang terpaksa menangguh majlis.“Seriously, saya rindu keluarga besar saya, sepupu-pupu terutamanya, dan adik beradik di Amerika, juga kawan-kawan. PKP ini buat saya lagi appreciate mereka semua. Dulu masa bujang, saya banyak ambil kucing atau adopt other animals. Saya juga penggemar binatang, hem kini semua aktiviti terhad. Kelemahan saya, saya terlalu memikirkan tentang kesusahan orang lain, malah tentang binatang-binatang peliharaan juga, sehingga kadang-kadang saya lupa mengambil berat diri sendiri, kesihatan dan kecantikan saya sendiri. Lupa untuk ke salon untuk cantikkan diri, haha!

Sebagai anak tunggal is by far the best for me, ini my special case. Saya mendapat lebih perhatian daripada mama, dulu daripada opah dan atuk juga. (suami, Fairin Ikmal, jangan cemburu ya). Yes, I am so fortunate. My husband loves my mom so much. He insisted that he wants to stay with my mom, sebab mama sendirian. Saya suka lebih independent and privacy, tapi okaylah… kadang-kadang saya rasa dia pula anak dan saya menantu, ha ha..

“Mama seorang yang kind hearted, funny dan bijak. Suami pula almost sama karakter, kedua anak bongsu katakan, manja dan penyayang.”

Di mana JNT 10 tahun akan datang?

“Sepuluh tahun akan datang insha-Allah keluarga kecil saya ini akan bertambah; anak-anak yang sudah pun bersekolah, bayangkan saya menghantar dan mengambil anak dari sekolah seperti yang mama lakukan dulu-dulu. Dan jenama JNT juga akan berkembang, saya punya rancangan besar untuk membawanya ke Los Angeles, ya famili ramai di sana yang boleh membantu menggembangkan fesyen saya inshaAllah, kalau ada rezeki JNT dan Jantra Naqiah akan cepat diterima oleh orang di sana.

Dan satu lagi, I love doing charity work. Ia membuat saya berpijak di bumi nyata, ramai di luar sana yang hidup menderita dan melarat. Bila lebih saya memberi, bila tidak mampu saya berusaha ke arah mendapatkan bantuan mereka yang berkemampuan, andai keduanya tidak boleh, saya masih boleh membantu dengan tenaga saya, I work hard to support those unfortunate, give a helping hand to them, pesan atuk jangan sesekali lupa pada mereka yang sakit, susah dan menderita,  jangan fikir tentang latar belakang, bangsa dan agama.

Rakyat Malaysia patut bersatu. Selamat Hari Merdeka.

  • Oleh                                 Wirda Adnan 
  • Gambar                            Adam Zakaria
  • Solekan dan Dandanan   Siti Khadijah Ismail Menggunakan Jantra Naqiah
  • Pakaian                            Assia & Jantra Naqiah
  • Pengarah Seni                 Wirda Adnan

Related posts

Dato’ Tom Dan Habsah Abang Saufi “Sisters Are For Sharing Laughter And Wiping Tears.”

admin

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

admin

Kyrina Kassim Queen of TikTok Bercakap Tentang Rumahtangga, Bisnes dan Dunia Maya

admin

Leave a Comment