COVER STORY

WCB MALAYSIA BERHAD ‘What Works In the Real World Is Cooperation.’

Tanggal 16 November, bertempat di hotel lima bintang Wyndham Acmar, Klang Selangor, akhirnya saya dapat juga bertemu dengan enam tokoh wanita ini. Sekian lama menunggu tarikh yang sesuai untuk dibawa ke set penggambaran, ya, dalam kesibukan kerjaya masing-masing akhirnya dipersetujui untuk berkumpul. “Hanya hari Sabtu sahaja mereka boleh meluangkan sedikit masa,” begitu message yang disampaikan kepada saya. “Kerana mereka masih berkerjaya, dan memegang jawatan-jawatan penting dalam syarikat.”

Menariknya keenamnya bukan wanita millenium tetapi pada usia, ada yang melebihi 60 tahun, masih aktif dan masih mahu menyumbang tenaga, pengalaman serta kepakaran, berkhidmat seupayanya untuk masyarakat.

‘When Women Are Celebrated Magic Happens’

Punya misi sama, mereka ini di bawah payung Koperasi Wanita Malaysia Berhad, singkatan WCB. WCB ditubuhkan secara rasmi pada 22 Februari 2022 bertujuan membantu lebih ramai wanita menceburi bidang perniagaan. Koperasi ini berlandaskan gabungan empat agensi bukan kerajaan iaitu Usahanita, Wawasanita Malaysia, Malaysia Chambers Entrepreneurs Development (MCED) dan Yayasan Wanita Malaysia.

Memberitahu serba ringkas, kata Pengerusi WCB, Dato’ Nazilah Idris, “Gerakan koperasi berupaya menjadi wadah untuk membantu rakyat dalam memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Koperasi antara entiti sosial ekonomi utama yang berjaya meningkatkan kesejahteraan anggotanya melalui penglibatan aktiviti ekonomi dan keusahawanan. Katanya lagi, mengikut perkembangan dunia yang semakin pesat serta jika dilihat kepada pertumbuhan koperasi di seluruh dunia, hampir satu billion penduduk di dunia telah mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi. Sudah tentu koperasi dapat membantu negara dari segi peluang pekerjaan. Dan gerakan koperasi adalah penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor  kerajaan dan swasta.

Dari awal perancangan penubuhan, WCB mempunyai hala tuju yang jelas iaitu memperjuang dan memperkasakan pembangunan keusahawan wanita. “Aspirasi kami seterusnya adalah penubuhan Bank Koperasi Wanita Malaysia Berhad. Matlamat utama WCB ialah menyatukan 16 juta wanita Malaysia untuk bersama membangunkan agenda ekonomi wanita,” kata pula Pengasas Bersama dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden WCB Dato’ Faridah A Jabbar, “Setiap anggota akan dididik, dibimbing, dipantau dan diajar sehingga berjaya oleh SKM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia . Lima (5) Teras aktiviti perniagaan WCB ialah pembiayaan mikro kredit , Ar RahNita , perkhidmatan jual beli emas, perkhidmatan pembekalan. dan pembangunan usahawan tempatan dan antarabangsa.”

Sehari suntuk, bertemu, bergambar, bersantai sambil makan dan mendengar nyanyian ‘life’ di ruang istirahat Hotel Wyndham. Kesempatan yang istimewa ini tidak mahu saya lepaskan untuk bertanya pendapat dan pandangan masing-masing tentang kepentingan koperasi dan idea untuk kesejahteraan hidup.

Kredit
Coverstory Disember 2024
Gambar Syarief Nurlette
Solekan dan Penata Gaya Rossa Talip dan Eleena
menggunakan produk Farmasi Turki
Penyelaras Nora Muhammad dan Shameen Ashraf
Pengarah Seni Wirda Adnan
Terima Kasih HOTEL WYNDHAM ACMER HOTEL, KELANG

Related posts

HANIZAN HUSSIN

adminwm

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Jantra Loves Fashion – “I Got It From Mama and Opah”

Wirda Adnan

Leave a Comment