COVER STORY

LOVE EVERY MOMENT, LAUGH EVERY DAY, LIVE BEYOND WORDS

“Takde lah aku ni nak tergugat dengan kemunculan pelakon-pelakon baru tu. Haih. Nonsense! Orang je pandai-pandai bawa mulut. Aku ni pegang prinsip satu je Odah, kalau kita ni bagus berlakon sampai ke mati orang ingat!” 

(Petikan dialog Fauziah Ahmad Daud dari drama Pengantin Popular, 1994)

Selama empat dekad bertahan kerjaya seni Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan sudah banyak yang dikongsi media tentang dirinya, jadi tidak mungkin saya mahu memanjangkan pengenalan tentang seniwati ini, apatah lagi jawapan bagi setiap soalan yang dijawab ‘akak’ kita ini sememangnya sudah cukup panjang berjela. Namun satu yang pasti yang ramai tidak sabar menanti buah tangan terbaru Kak Ogy, Muzikal Wajah Rahsia Hati – Fauziah Dato’ Ahmad Daud yang julung kali akan dipentaskan di Gateway Theatre Singapura pada 11 Februari 2023 nanti. Kita jumpa di sana! 

Dan kita teruskan dengan temubual Puan Wirda Adnan bersama seniwati Fauziah Dato’ Ahmad Daud: 

Ogy Ahmad Daud telah membukti anda insan seni serba boleh; menyanyi, berlakon –; drama, filem, teater antaranya, selain pengacara, pengarah drama,  menjadi juri, malah pandai memasak sehingga menjadikan ia bisnes… ya ada apa lagi yang Ogy mahu lakukan? Dan yang belum pernah Ogy lakukan sebelum menutup mata?

Saya ingin mengerjakan fardhu haji. Dan saya berharap impian ini diizinkan Allah. Impian saya juga untuk mewujudkan sebuah sekolah asrama beraliran pendidikan Islam untuk anak-anak gadis. Kerana terus terang, sebagai seorang ibu tunggal, sayalah ibu dan sayalah ayah jadi saya tahu permasalahan yang dilalui ibu dan bapa. Dan kita tahu agama memainkan peranan penting lebih lagi di era ini. Jika sedari awal tidak disuntik dengan ilmu agama, ianya akan memudaratkan anak-anak kita dan ibu bapa akan mendapat tempiasnya. Jika berjaya direalisasikan, sekolah ini bukan sahaja memberi fokus kepada pembelajaran fardhu ain dan agama tetapi juga subjek atau kursus yang dituntut untuk membina kerjaya di era ini dan masih tidak lari daripada nilai-nilai agama Allah. Inilah sebenar-benar impian saya. 

Life isn’t always easy right? There are hard parts and dark parts. Apa yang anda lakukan untuk mengatasi masalah ini dan menenangkan diri supaya hidup mesti diteruskan?

Yes I have been through a lot in life dan bagaimana saya menanganinya? Because I never see a problem as a problem. Mungkin masa saya muda ia sangat berbeza kerana kematangan itu belum hadir dalam diri dan minda, tetapi semakin berusia kita melihat hakikat kehidupan ini dengan cara yang amat berbeza. Saya tidak suka melihat masalah itu sebagai satu masalah, saya juga tidak melihat ujian sebagai sesuatu yang memudaratkan. If you see a problem as a solution then you will get a solution. If you lihat ujian is a test from Allah dan ianya datang untuk mendidik, ada asbab dan kebaikannya, kita akan menerimanya dengan ikhlas dan redha, and it will be fine. So, saya approach situasi dengan cara sebegini. Yes of course ada masanya saya menangis kerana saya manusia biasa tetapi saya menangis di hadapan Maha Pencipta. Kerana bila saya bermunajat kepada Allah banyak masalah yang terungkai. Saya melalui banyak sangat fasa sebegini dan Alhamdulillah ianya banyak mendidik saya menjadi lebih kental dan saya dapat merasai kebahagian dan ketenangan dalam jiwa ini. Ini cara saya menangani negativity yang hadir dalam hidup saya.

Dibesarkan dalam keluarga seni, mak ayah seniwati dan seniman terkenal tanah air dan mula berlakon sejak usia 11 tahun, apa yang tidak boleh Ogy lupakan tentang kenangan dan ilmu yang mereka turunkan kepada Ogy?

Ilmu-ilmu yang diajar oleh arwah ibu bapa saya Seniman Dato’ Ahmad Daud dan Seniwati Saadiah. Mereka berdua tidak perlu berkata apa-apa. They did not say much. But I realized that to them the word ‘okey’ is not enough. I have to be ‘excellent.’ Walaupun ianya tidak dituntut. Maksudnya mereka tidak menyatakan yang mereka menuntut (excellent) itu daripada saya tetapi saya menyedari hal ini dengan sendirinya. Saya belajar melalui pemerhatian saya terhadap cara mereka bekerja, saya melihat betapa besarnya passion mereka terhadap kerjaya seni mereka. 

Dan mereka mendidik saya untuk menghormati ‘kraf’ ini’ which honestly most of the current artist do not have that in themselves. Mereka tidak tahu menghargai bakat yang dikurniakan kepada mereka. And on top of that you have to be passionate with your work and your craft, hanya itu you tidak akan mengeluh dengan apa jua yang hadir dalam kehidupan. Ibu dan ayah mendidik saya untuk terus bersikap jujur. Dan saya harus mendaki satu tangga ke satu tangga untuk saya berada dalam liga saya yang tersendiri. Professionalism itu daripada awal telah dididik dalam diri saya. Tak boleh ada ‘attitude.’ Always stay grounded. It is very priceless. Alhamdulillah mereka mendidik saya sebegitu. Maka itu, I always feel humble. Mereka tidak mengizinkan saya untuk besar kepala walaupun setelah saya meraih pelbagai anugerah. They taught me to allow your work to speak for itself. That’s so important instead of kita mengewar-warkan kehebatan diri kita. 

Insan seni yang merupakan idola Ogy?

Pada saya, saya boleh nyatakan guru saya yang mendidik saya menjadi sutradara iaitu Tan Sri Jins Shamsudin. Beliau adalah guru saya yang begitu berdedikasi. Beliau bukan sahaja mendidik saya tentang memahami dan menjalani tugas dan tanggungjawab seorang sutradara, tetapi juga tentang what is a visual storytelling, how do you execute a story, antara lain. Dan dia mengajar saya tentang time management yang mana perkara ini sudah tidak wujud dalam industri kita ini. Dan dia tidak memaksa saya – dia tidak mahu saya copy and paste apa yang dia buat. Saya masih lagi ingat akan kata-kata beliau, “Fauziah jangan ikut apa saya yang ajar tetapi fahamilah apa yang saya ajar.”

Saya berpegang kepada kata-katanya itu kerana sememangnya jika kita mengikut setiap langkah yang diajar bermakna secara tidak langsung kita akan meniru guru kita. Sebaliknya jika kita memahami ilmu yang disuntik pada kita, kita boleh membesarkan lagi kreativiti kita. So he allowed me to explore my creativity as a director. Yes i truly idolise him kerana dia mempercayai bahawa diri ini bersungguh-sungguh menimba ilmu daripadanya untuk menjadi seorang sutradara. Saya sangat hargai kesemua ilmu pengetahuan yang diperturunkan kepada saya, juga moment bersama beliau yang mana saya dilayan seperti anak perempuannya sendiri. He was one of the best director. They just don’t make someone like him anymore. Ha ha. Perkara yang diajar amat penting untuk diri saya sebagai seorang sutradara kerana you kena membuat persiapan as a director. Bukan sahaja aktor yang kena buat persiapan, semua orang dalam satu team harus membuat persiapan so you don’t waste anybody’s time on set.

Ogy menyebut banyak red tapes dalam pembikinan filem. Bahagian Lembaga Penapis Filem (LPF) mengawal ketat dari pelbagai segi, dan kerana itu filem buatan Malaysia sukar untuk diketengahkan ke dunia luar. Jadi apa yang Ogy cadangkan supaya keadaan ini tidak berterusan sehingga membuatkan kita kalah selamanya?

Mengenai LPF, mereka juga harus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menapis setiap filem yang dipertontonkan kepada mereka. Cadangan saya adalah, kenapa bila sesebuah naskah itu, bila sudah mendapat greenlight dari pihak tertentu (contohnya penerbit, pengarah dan penulis skrip) tidak diserahkan dahulu kepada LPF untuk dinilai dan dibicangkan sebelum memulakan penggambaran? Saya rasa itu lebih memudahkan semua pihak. Kerana when we start a production, and things gets wrong because you go against the rules and regulations yang dikenakan LPF then ia akan incur cost kerana you kena reshoot balik. Itu dah melibatkan penambahan kos di situ kan? Kenapa kita tak nak work smart? Kita boleh serahkan naskah itu kepada mereka dan kita boleh berbincang. Lagi-lagi filem berunsur agama atau filem yang memaparkan keganasan. Saya rasa ini cadangan yang saya boleh beri untuk memastikan kerja kita berjalan lancar. Jadi tak adalah risiko budget burst dan segala macam. 

Kalau kita bercakap tentang naskah pula ramai penulis yang tidak memulakan cerita melalui ‘moment.’ Mereka tidak mengambil apa jua moment dalam kehidupan atau sesuatu peristiwa dan menjadikannya ‘the lead motif of the story.’ This is what I’m trying to say here. And most of the story is not story driven or character driven. So bila kita mempersoal balik dua aspek ini pada penulis skrip, ada kalanya mereka tak reti pun nak jawab. Jadi ianya amat menyukarkan kerana saya inginkan skrip yang ada elemen ini. Story mesti kena ada character driven, jadi dengan ini kita nampak graf di dalamnya. Saya mahukan skrip yang mengandungi kedua-dua aspek ini. Baru kita dapat nampak graf  itu mendaki, kalau tidak jalan cerita itu menjadi linear saja. 

Describe yourself now. Ogy berkarya dari sudut yang bagaimana? 

Berkarya dari sudut bagaimana? Kalau bertanyakan saya berkarya dari sudut pengarah, ya, saya berminat terutama dari segi Islamik. I enjoy doing short films. Saya belum berpeluang mencabar diri saya membuat feature films. Selain itu saya enjoy berkongsi ilmu melalui workshop. Saya rasa penting untuk saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dengan generasi muda, who are truly in need of proper mentoring, who has a mission and vision in life as an actor/actress. What else? I’m going to start back my late mom’s recipes, sambal goreng Saadiah dan sambal kurau masin balado, kerana ada demand-nya. Orang banyak bertanyakan. Saya akan buat secara serius dan properly. Inshaallah impian saya ingin memasuki pasaran antarabangsa melalui resepi-resepi arwah mak. I’m sure ia akan mengambil masa tetapi if there’s a will there’s a way.

Dari sudut lakonan pula, I truly believe that I am very selective in the first place. I don’t want to act because I need the money. Of course everybody needs money tetapi saya tidak mahu melacurkan seni, saya tidak mahu melacurkan bakat saya

Jadi saya harus menjadi selektif. Saya mahukan naskah yang benar-benar merangsang minda saya. Dan bukan itu saja pasukan yang bersama-sama menghasilkan naskah itu dan menggelarkan ia karya haruslah mempunyai tahap piawaian yang tinggi. Tak boleh buat kerja asal boleh saja. Even zaman saya dulu pun tak ada pengarah buat kerja asal boleh

Kenapa baru sekarang mementaskan pementasan muzikal Wajah Rahsia Hati dan kenapa memilih ditayangkan di luar Malaysia? 

Sebenarnya penganjur sudah merisik saya lima tahun lalu tetapi semasa itu saya belum mempunyai keberanian untuk melakukannya kerana I have not been singing in public for a long time. I want to walk my talk. Sebagai pengkritik rancangan nyanyian, saya selalu mengatakan latihan memainkan peranan penting. Latihan merupakan proses mencari.. 

Pertama kerana dengan izin Allah. Allah mengizinkan saya membuat pementasan itu. Kedua, maybe it’s my time? I do not know. Let’s allowed people to know the human side of Fauziah Ahmad Daud. Not the public figure. That’s what I’m trying to say. Ramai tak tahu apa yang saya lalui untuk berada di tempat sekarang: sepak terajang, melalui onak duri, sorts of things in life. 

Salah satu objektifnya untuk mereka yang muda yang ingin masuk industri, saya ingin menyampaikan pada mereka yang ianya bukan industri yang murah kerana seni ini anugerah Allah yang mahal, mereka kena memahami itu. Dan I want them to know, yang you kena ada jiwa yang kental, sikap yang ingin terus menimba ilmu, ingin terus berada dalam liga yang tersendiri dan ingin meninggalkan sebuah legasi. Saya ingin menyampaikan itu pada generasi ini. Pada generasi saya pula, saya mahu mereka melihat sisi biasa Fauziah Ahmad Daud, bukan sebagai public figure. Akan saya ceritakan apa yang boleh saya ceritakan dalam pementasan ini. Ada juga dalam pementasan ini segmen tribute to my late parents. Kerana saya memang tak mengizinkan orang lain membuat tribute kepada arwah mak dan ayah saya kerana saya tahu ada potensi faktanya salah. Jadi biarlah saya sebagai anak yang amat mengenali ibu bapanya yang akan membuat tribute ini. Kerana tidak dapat dinafikan tanpa mereka tidak ada Fauziah Ahmad Daud dalam industri ini. Tanpa doa dan restu mereka tidak adalah Fauziah Ahmad Daud sehingga dia dapat mencapai pelbagai kejayaan. I want to say thank you to my late parents and thank you to my supporters daripada era 80-an hingga kini.

Dan kalau ditanya kenapa dipentaskan Singapore kerana di situ saya memulakan kerjaya saya sebagai pelakon iaitu di usia 11 tahun dan juga memulakan kerjaya sebagai penyanyi kelab juga di Singapura, jadi ibarat sireh pulang ke gagang. Hahaha

 Kenapa masih single?

Sebenarnya selepas perpisahan saya, ramai yang cuba hadir di dalam hidup ini tetapi terus terang saya menepis kerana saya seorang yang too independent. I’m not denying the fact that I’m too independent. Being very honest, I don’t think I am a wife material. I’m not a marriage material. Itu pandangan saya. Nobody has to agree with me. But honestly, this is what I feel. Because I do not like to be dictated. Saya tak suka orang mengarah atau mengawal saya, tanya ke mana saya pergi, jam berapa nak balik… because I know myself very well – I won’t do things yang dilarang Allah kerana saya harus menjaga nama baik saya dan nama baik arwah ibu dan ayah saya. Dan saya juga ada maruah dan harga diri. 

Saya tidak mengatakan lelaki tidak boleh diharapkan, tetapi ramai yang hadir itu sudah beristeri. So it’s entirely wrong? Kerana terus terang, saya tidak gemar pada poligami. Ini juga setiap orang tidak perlu bersetuju dengan saya kerana mereka mempunyai pandangan masing-masing terhadap poligami kan. Tidaklah bermakna saya membenci orang yang mengamalkan poligami, tetapi terus terang memang ini adalah saya. Kerana saya pernah melihat depan mata saya akan ketidakadilan itu berlaku, bukan kepada saya lah, tetapi kepada seorang individu yang saya kenali, yang mana dia menjadi murung. 

So bila ketidakadilan berlaku, saya tertanya-tanya kenapa wanita wanita ini do not love themselves first? For me I am very very selfish in a way that I truly love myself. Saya menyayangi diri saya dan tentunya saya sayang Allah, Rasulullah SAW, my parents and my siblings, tetapi jika diletakkan bersama lelaki, saya lebih menyayangi diri saya berbanding mereka. Kerana saya harus menyayangi diri saya dahulu. Kalau tidak, bila lelaki itu memperkotak-katikkan atau memperlekehkan saya, saya akan menjadi murung, which I refused to be depressed, or tak boleh move on atau apa sahaja ‘terminology’ yang digunakan orang sekarang. I refuse to be that way because to me Allah sudah berfirman bahawa kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNya. Jadi kenapa kita nak merendahkan martabat sebagai seorang wanita di hadapan seorang lelaki? Ini cara saya berfikir. 

Dan saya rasa cara saya berfikir ini tidak semua lelaki boleh terima. Kan?

Ogy satu ketika dulu selebriti paling bergaya, tetapi ada netizen menyebut, Ogy macam couldn’t be bothered by what others think about you now. Ogy can go out meeting people with bare skin, no makeup whatsoever, and some say you’re always under dress? Whereas seniman/seniwati/artis semakin tua semakin mahu dilihat muda dan cantik, tengok artis Hollywood yang berlumba-lumba mahu dilihat attractive and dress sexy to attract fans and public? Komen?

I’m happy with myself. Allah gantikan dengan seorang anak yang bernama Aminah Aishah. I’m so happy with her. She has been with me for 15 years. I’m very independent. And those are the reasons why I enjoy to live, love and laugh. For me, love every moment, laugh every day, live beyond words. Kehidupan ini salah satu anugerah yang terindah sekali Allah berikan. Kenapa kita nak merobekkan jiwa kita dengan segala macam hal, nak stress, nak overthinking, memikir-mikir ke mana suami aku pergi dan begitu begini. Dan saya seorang yang amat mudah, if it is not meant to be yours, it’s not gonna be yours. It is as simple as that. That’s my answer to your question, Madam Wirda! 

Saya sudah penat dan saya sudah letih berpenampilan sebagai seorang selebriti. Saya sudah melalui fasa kehidupan itu selama berpuluh tahun. I just want to be myself. Hidup saya tidak pernah bersandarkan persepsi orang terhadap saya. Whether saya di hadapan media, atau tanpa secalit mekap sekalipun di wajah saya, I just want to be me. Fauziah Ahmad Daud hanyalah seorang hamba Allah. I just want to be me and I feel free when i do that, you know. Maka itu saya tidak berminat dengan gelaran seperti, primadona atau lagenda. ‘Seniwati’ itu saya boleh terima because that’s my profession namun jika lebih daripada itu saya tidak menggemarinya kerana saya melibatkan diri dengan industri ini bukanlah untuk meraih anugerah tetapi untuk membantu arwah mak dan ayah saya. Tetapi kalau dah rezeki saya untuk meraihnya saya amat bersyukur kerana saya amat dihargai. I just want to be me

Saya menjalani kehidupan saya tidak bersandarkan persepsi orang. I just want to be free. After all, I don’t owe anyone my life, except for Allah. Ya that’s my answer. Kalau mereka masih lagi menggemari saya, gemarilah saya seadanya. Dan saya tak perlu berlumba-lumba dengan orang lain ataupun mengikut cara orang di Hollywood. Maka itu saya tidak terpanggil untuk mengubah wajah saya atau merubah ciptaan Allah pada saya. I don’t believe in that. Jika ada yang mahu melakukannya itu hak mereka. I got nothing against that, but as for me, myself, I will never change anything that God has done to me. Dia dah scuptured wajah Fauziah Ahmad Daud dengan elok sungguh dah. 

Sebagai salah seorang daripada juri Telenovela. Apa yang Ogy mahu address pada mereka yang dicalonkan. Dan nasihat untuk bakal pemenang. Kerana Ogy biasa menjadi pelakon terbaik, dan kemenangan itu apa kesannya pada Ogy. Sebaliknya bila dikalahkan individu tidak terkenal apa rasanya?

Saya amat kecewa dengan para pelakon. Pertamanya saya nak cakap kepada para pelakon yang tak habis-habis mengenakan bulu mata palsu yang dah jadi macam rukun dalam seni lakon. ‘You bergelar pelakon wajib untuk you mengenakan bulu mata.’ I don’t know why. Saya tak nampak apa sebabnya pakai bulu mata kerana watak itu tidak menuntun pelakonnya berpenampilan sebegitu. Sudahlah majoritinya tak buat homework sebagai seorang pelakon. Hanya nak kelihatan cantik saja. Saya tak tahu sekolah lakonan mana mereka pergi, yang mana guru mereka mengatakan “Untuk menjadi pelakon you kena jadi cantik.” Saya tak tahulah. Because when you talk about acting, you are portraying somebody else. And not only that, lakonan ini adalah anugerah seni yang mahal. So you kena menaikkan martabat seni lakonan ini. Itu baru satu. Oii banyak sangat salahnya…

Selain itu, skrip, bila nak adapt daripada novel ke drama tv, ianya sering tidak digarap dengan penuh terperinci dan tiada ketelitian. Amat-amat mengecewakan. Berbalik kepada apa saya nyatakan tadi tiada story deliverance, character deliverance. You just don’t take one or two person person to handle that. Kena berbincang dalam satu pasukan. Seterusnya, bahasa. Kata bual antara novel dan drama berbeza. Itu semua tidak diperhalusi dan diambil kira. Sangat mengecewakan. 

Dari sudut pengarahan, ada yang asal boleh. Sedangkan you ni story teller. You need to tell a story melalui shots you. Apa objektif yang you nak sampaikan melalui lensa kamera dan melalui shots. Baru lah you dapat garapannya. Kenapa semakin tahun berganti tahun makin ramai yang tidak mengambil kerjaya seni ini secara serius? Adakah kerana pembayarannya atau ada hal lain, atau producer nak tangkap muat sahaja atau mahu menjalani kerja seperti sebuah kilang, yang mengeluarkan mass product, adakah peruntukan yang diberi tak cukup kerana bayaran oleh TV stesen. Tetapi itu juga bukan alasan untuk si pengarah menjadi a good story teller. Bukan alasan untuk an actor/actress not fully prepared to do their character. 

Even the script writer. Beri pendekatan yang berbeza. Kalau tidak ia jadi linear sahaja. Maka itu ramai yang terdorong menonton filem Korea. Jadi sampai bila? Maka itu saya nyatakan juga, kerajaan kena masuk campur untuk menaikkan martabat industri kita ini. Duduk dengan kita, anak seni. Tanya dan ambil tahu apa masalah dengan industri seni kita ini. Bila kita cakap tentang industri, it’s a business kan. So how do you market it. Dan untuk market kena ada substance dan story telling yang kuat.. ada essence, jiwa, ada good acting, good directing. Amat berbeza kita lihat pada negara luar yang kerajaannya banyak sangat membantu. Macam pernah saya nyatakan, bila ahli sukan memasukkan gol, mereka boleh dapat tanah. Bila seorang seniman seperti Khalid Saleh yang merupakan aktor yang sangat handal, pelakon kedua selepas P Ramlee yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, sehingga dia menutup mata tak ada satu penghargaan pun diberi kepada beliau. Ini amat-amat menyedihkan. Lepas itu bila yang handal-handal ini dah tak ada barulah berlangsungnya belangsungkawa tujuh muka surat. Bosan lah kan, so cliche!

Penghargaan  

Gambar: Syarief Nurlette 
Penyelaras Fotografi/Solekan/Hiasan Tudung : Linda Rossa yang menggunakan alat solek Note Cosetique Lokasi Fotografi: B’York KL, Desa Pandan Kuala Lumpur
Pengarah Fesyen: Wirda Adnan
Kredit Pakaian: Kemeja hijau and jaket labuh: Halim
Baju biru tafeta bertingkat: Cantiq Couture
Baju (tie dye): Eric Chong
Kesemua pakaian boleh didapati di Collabstore, 2nd Floor, Shoppes at Four Season Place, 145 Jalan Ampang Kuala Lumpur

Related posts

Sasqia Dahuri On Her Acting Career and The 99 Red Roses With A Diamond Ring!

admin

Mas Idayu – Disukai Dibenci

admin

Jilliyana & Emmilyana “The World Needs Strong Women…”

admin

Leave a Comment