Meraikan kejayaan lebih 100 tahun dalam inovasi penjagaan kulit, Eucerin memperkenalkan produk berteknologi tinggi, terbaharu Eucerin Spotless Brightening Booster Serum. Ia mempunyai Thiamidol, yang dipatenkan dan Pro-Brightening System. Serum ini mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% dalam masa hanya dua minggu dan mengekang bintik hitam muncul semula.
Produk terbaru Eucerin Spotless Brightening Booster Serum adakah produk terulung dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening dengan tambahan pada bahan utama, tekstur formula serta pembungkusan yang lebih baik dan premium, menjadikan ia sebagai produk ideal buat pengguna yang sedang mencari solusi kulit berasaskan dermatologi.
Spotless Brightening Booster Serum mengandungi dua bahan aktif yang inovatif untuk pengalaman penjagaan kulit wajah yang terbaik. Thiamidol yang dipatenkan ini merupakan bahan eksklusif, ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai ujian terhadap lebih daripada 50,000 bahan kandungan yang lain. Keberkesanannya terbukti secara klinikal mampu menghilangkan bintik hitam sehingga 75% tanpa perlu melakukan rawatan laser dan memberikan kulit mulus berseri seawal dua minggu.
Thiamidol adalah bahan efektif yang lembut terhadap kulit wajah. Ia mempunyai kebolehan menyerikan wajah sebanyak 10 kali ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi,
Eucerin turut memperluaskan usaha mewujudkan keberkesanan dalam rangkaian produk dengan memasukkan bahan utama Thiamidol selepas melakukan testimoni sosial rasmi menerusi kempen #1000SpotlessChallenge di Instagram, di mana lebih daripada 500 pengguna telah menyertai cabaran ini. Anda boleh melihat sendiri testimoni ini menerusi tanda pagar berkenaan.
Para saintis di Eucerin juga menaik taraf serum ini dengan bahan tambahan Sistem Pro-Brightening, untuk memberikan keberkesanan yang lebih baik. Ia mampu membaik pulihi kulit secara mendalam. Sistem Pro-Brightening ini berkesan untuk meningkatkan
tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam.
Pengguna Eucerin Spotless Brightening, bekas Miss Malaysia Universe, seorang penyokong, model dan pengasas bersama badan bukan kerajaan, Fugee.org, Deborah Priya Henry berkongsi, “Saya percaya, setiap orang memiliki kemampuan untuk mengubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik. Kerja kemanusiaan yang saya lakukan untuk komuniti yang dipinggirkan ini telah membuka mata saya dan mengajar saya bahawa di dalam setiap kehidupan, kita perlulah mempunyai objektif yang lebih besar daripada hanya memikirkan berkenaan diri sendiri sahaja. Selain itu, kerja saya di dalam industri hiburan juga sangat mengujakan. Saya melakukan penggambaran dan pengacaraan di semua lokasi dan ini telah memberi kesan terhadap kulit saya. Mula muncul bintik hitam pada wajah kerana pendedahan terhadap cahaya mentari yang berlebihan. Walaupun perkara ini tidak mematahkan semangat saya, namun saya mahu mengurangkan kemunculannya tanpa perlu melakukan rawatan yang invasif. Kini, saya bersyukur kerana telah menemui penyelamat terhebat, Eucerin Spotless Brightening Serum yang terbaharu. Saya amat berpuas hati dengan perubahan yang dapat dilihat seawal dua minggu daripada penggunaannya.. Terima kasih Eucerin Spotless Brightening, kini saya sudah tidak perlu risaukan masalah bintik hitam dan kemunculan ia kembali, lebih-lebihi lagi apabila saya bekerja.”
Sharon Yeoh, Pengarah Perniagaan Derma MY/SG, Eucerin Malaysia berkata; “Wanita hari ini sukar didefinisikan dengan kemampuan mereka yang tertentu, tetapi tidak bermakna mereka enggan kelihatan hebat sewaktu mengejar impian. Setelah melakukan R&D yang meluas, kami cukup teruja untuk memperkenalkan formulasi hebat pada masa ini menerusi Spotless Brightening Serum. Kami memahami akan kehendak wanita pada hari ini berkenaan solusi penjagaan kulit berasaskan dermatologi yang hebat tanpa memerlukan rawatan laser, di mana ia memakan masa dan melibatkan kos yang tinggi.”
Beliau menambah, “Thiamidol yang berkelikatan tinggi dan dipatenkan di dalam Eucerin Spotless Brightening Serum menawarkan hasil yang hebat tanpa memerlukan rawatan laser kerana ia telah terbukti berkesan untuk merawat kulit pada puncanya. Ia membantu kulit untuk menjadi lebih sekata, mulus dan berseri dalam tempoh yang singkat selain mengekang bintik hitam daripada muncul semula. Kami amat gembira kerana mampu menawarkan teknologi penjagaan kulit yang terkini bagi membantu setiap wanita memperolehi pengalaman yang dapat mengubah hidup mereka. Eucerin mahu
menggalakkan kesemua wanita untuk mengetepikan had dan hidup tanpa cela dan tanpa sempadan.”
Eucerin turut mengambil kira permintaan penggunanya di mana botol Booster Serum kini dinaik taraf dan hadir dalam pembungkusan ruang mono bagi memudahkan penggunaan selain membaiki kadar kitaran semulanya. Hadir dalam emulsi ringan bertekstur krim, serum ini mampu memberikan emulsi amat-ringan namun tetap berkhasiat untuk kulit, dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Seluruh rangkaian Eucerin Spotless Brightening adalah seperti yang berikut: –
Spotless Brightening Cleansing Foam 150g RM59.00
Spotless Brightening Day Fluid 50ml RM149.00
Spotless Brightening Night Fluid 50ml RM169.00
Spotless Brightening Booster Serum 30ml RM209.00
Spotless Brightening Spot Corrector 5ml RM110.00
Spotless Brightening Body Lotion 250ml RM52.00