AGAMA

SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

Rasulullah SAW bersabda:

تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkan mereka.” Riwayat al-Hakim (2/163)

Bagaimana menentukan sekufu dalam perkahwinan? Sekufu adalah salah satu ciri utama dalam pemilihan pasangan hidup. Kita sering mendengar pesan-pesan orang tua “nak cari pasangan, carilah yang sekufu supaya rumah tangga bahagia”.

Namun apa maksud sekufu tu?  Bagaimana mengetahui kita sekufu dengan bakal pasangan? 

Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang).

Sekufu boleh dinilai daripada pelbagai aspek. Sama ada daripada aspek agama dan kesolehan, pekerjaan, atau pun fizikal (cacat atau penyakit lain).

Untuk terciptanya sebuah rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, Islam menganjurkan agar ada keseimbangan dan keserasian, kesepadanan dan kesebandingan antara kedua calon suami istri tersebut.
Tetapi hal ini bukanlah merupakan satu hal yang mutlak, melainkan satu hal yang harus diperhatikan untuk mencapai tujuan pernikahan yang bahagia dan abadi. Pada prinsipnya Islam memandang sama kedudukan umat manusia hanya dibedakan oleh takwa.
Firman Allah:
يأيها الناس إنا خلقناكم كن ذكر و أنثى و جعلناكم شعوبا و قبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم
“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu”. (QS: al-Hujarat: 13)
Sabda Nabi:
الناس سواسية كأسنان المشط الواحد لا فضل لعربي على أعجمي إلا بالتقوى (رواه ابو دلود)
“Manusia itu sama seperti gigi sisir yang satu, tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang selain Arab, kecuali dengan takwa”. (HR. Abu Dawud).

Dengan ayat dan hadis di atas, jelaslah bahwa takwa yang membezakan manusia satu dengan lainnya menurut pandangan Allah dan Rasulnya, bukan masalah kebangsaan, kebangsawanan, harta ataupun kecantikan. Berbicara masalah takwa bererti berbicara tentang agama dan akhlak. Dengan demikian, bobot utama dalam masalah kafa’ah atau kufu ini adalah masalah agama dan akhlak. Adapun yang selain itu merupakan bobot pelengkap.
 

Kita selalu faham sekufu ini membawa maksud sama atau lebih kurang sama. Misalnya jika daripada aspek kewangan atau pekerjaan, suami mestilah mempunyai pendapatan lebih atau lebih kurang sama dengan si isteri, barulah dikira sekufu. Daripada aspek status sosial pula misalnya suami dan isteri mestilah kedua-duanya datang daripada keluarga yang mempunyai status sosial yang sama iaitu orang kaya dengan orang kaya, begitu juga sebaliknya, barulah ia dikira sekufu.

Ada pula yang merasakan hanya dengan ideologi atau pemikiran (fikrah) yang sama, misalnya daripada persatuan, jemaah atau parti politik yang sama akan menghasilkan sinergi atau sekufu sesama pasangan. 

Namun ini sebenarnya terjadi apabila konsep sekufu tidak dilihat dengan lebih luas dan dilihat hanya pada satu aspek sahaja.

Related posts

“Masuk syurga melalui pintu khusus…” Apa Lagi Kelebihan Solat Dhuha?

admin

SOLAT ISTIKARAH UNTUK JODOH TERBAIK

admin

Mengenai Seks & Seks Dalam Islam

admin

Leave a Comment