AGAMA

“Masuk syurga melalui pintu khusus…” Apa Lagi Kelebihan Solat Dhuha?

Pertama

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barang siapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi)

Kedua

Barang siapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barang siapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barang siapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barang siapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barang siapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barang siapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

Keempat

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga melalui pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, “Di manakahorang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima

Allah mencukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah daripada empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

Keenam

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang makruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita lakukan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat zohor.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

ADAKAH QAZAF MELIPUTI LIWAT?

adminwm

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

adminwm

“Namun alangkah ruginya aku, ternyata di balik semua amal itu terdapat ‘nafsu tersembunyi…'”

admin

Leave a Comment