EYE ME

Dia Penyondol

”The worst pain in the world goes beyond the physical. Even further beyond any other emotional pain one can feel. It is the betrayal of a friend.” –  Heather Brewer

Saat ini saya terikut beremosi, dan airmata turut gugur. Teman lama, Rina menghubungi. “Heard of the sad news, sorry for the loss,” katanya.

Rindu saya kepadanya terubat. Terlalu lama dia hilang dari radar dan tidak dapat dihubungi, FB dia juga sudah lama kosong, begitu lama dia tidak meng’update’ dan kerana saya berfikiran positif saya percaya Rina sibuk melayan anak-anak. Paling akhir saya hadir di perkahwinan anak sulungnya Arita tiga tahun lalu. 

Rina terlalu kelakar orangnya. Awalnya banyak gelak ketawa, cerita lama boleh tahan menghiburkan, kisah cinta dengan pak we pak we, buat airmata juga keluar dek kelakar sangat tetapi seketika bertukar muram. Rina tetiba bercerita mengenai teman baiknya Siti. Memang saya juga kenal Siti, mereka seperti belangkas, di mana ada Rina ada Siti. Siti muda lapan tahun daripadanya, menjadi intern tempat dia bekerja dan akhirnya menjadi kawan. Begitu ngam mereka, seluruh keluarga mengenalinya dianggap sebagai adik angkat. Tetapi itulah jangan percaya cerita ‘angkat-angkat’ atau yang konon kata ‘kawan sehingga ke Jannah’, tipu.  

Better to have an enemy who slaps you in the face than a friend who stabs you in the back.” Oh begitu banyak fitnah yang dilemparkan, baik di depan, hantu di belakang.  Begitu lidah dia bercabang dan terakhir ada affair dengan suaminya. Ke luar negara bersama, holiday sana sini, patutlah banyak yang tidak kena tetapi Allah Maha Mengetahui, mereka ditangkap basah. Sambung Rina,  “Let me tell you something, betrayal hurts. Tapi aku jenis tidak kuasa berebut laki, tolong kalau dia dah gila perempuan itu, teruskan, ambil dan puaskan nafsu dengannya. Syaratnya satu, jangan lagi teringin melangkah ke rumah ini, jangan lagi sentuh apa juga hak yang kamu anggap hak kamu tetapi lupa, semuanya atas nama siapa?  Awak dan dia tidak layak mengisi diari hidup aku. “Wirda, I tidak suruh Sam pilih antara I atau dia, cukup dengan mistake yang dia telah buat. I tak sanggup menunggu sampai 11 kali curang, minta maaf, curang, minta maaf, buat lagi dan lagi. Tidak ke bodoh kamu menunggu seorang pengkhianat yang cuba melekakan dunia dengan ketampanan dan drama hidupnya? Aku tidak mahu menjadi salah seorang daripada penonton drama ini. Aku percaya kalau ini yang terjadi pada you, you buat perkara sama.”

“Tepat, kalau I pun tak ada masa melayani drama bersiri yang berulang tayang berkali-kali kan. Buang masa.” Menamatkan perbualan panjang kami malam itu. 

Teringat saya pernah menulis kisah seorang kenalan, yang bila bepergian dia akan minta temannya check rumah dan kucing-kucingnya. Sementelah kawan juga pencinta tegar kucing, dia rasa memberi teman kunci rumah membantu menjenguk kucing-kucingnya adalah cara terbaik, tetapi teman mengambil kesempatan menyondol suami sehinggalah berkahwin. Gosh kemudian bila datang rumah pretend dan buat malu-malu kucing dengan sang suami. Tiga tahun berlalu hidup penuh madu kepura-puraan. Dia perasaan sesuatu; bag tangan kawan, baju kawan, malah gelang dan cincin kawan serupa dia, apakah secara kebetulan? Dan dipendekkan cerita, satu hari dia yang boring konon hendak surprise kawan, pergi rumah kawan without informing. What a coincidence, gate malah pintu pagar pun sama, dan terbeliak matanya kereta suami berada di porch rumah teman. Hati Puan Sri ini berkata-kata. “Tak  mungkin, tapi tenang dia masuk ke dalam rumah. 

“Bang, dia sudah tahu,” jerit si teman pada suami, dan suami keluar berkain pelikat. Teman memberitahu, mengungkap kata-kata Steve Maraboli, “The truth is, unless you let go, unless you forgive yourself, unless you forgive the situation, unless you realise that the situation is over, you cannot move forward. Saya tidak peduli lah dia pakai title Puan Sri aku, yang penting I want to live in a more peaceful state of mind and free me from unnecessary stress.” Mereka bercerai. Begitupun tidak lama kemudian, sang suami, kahwin lain. “Buku aku sudah tutup, buku dia baru bermula… hadapilah sekarang,” ceritanya pada kawan-kawan. 

Kebelakangan ini bukankah kisah penyondol dibesar dan diheboh-heboh di sosial media. Belum habis cerita Puteri Sarah timbul kisah Bella dan Ruhainies, dan di luar negara tidak kurang dimainkan cerita Putera William dengan Rose Hanbury, dikatakan perempuan simpanan William. Bukankah Rose Hanbury dan suaminya David, Marquess of Cholmondeley kawan baik kepada pasangan di Raja ini?  Allahuakbar kalau betul ceritanya, mengapa tergamak mengambil kepunyaan kawan. Hanya kalau Kate itu malaikat dia tidak rasa apa-apa, begitu juga kisah sahabat Bella ini. “Ruhainies, masakan tidak ada orang lain untuk dijadikan kekasih atau laki? Hebat sangatkah suami orang itu yang kamu juga mahu dia jadi laki kamu? Apa pun ceritanya, kamu pun pernah melihat teman kamu berendam airmata dan kamu tergamak menambahkan seksaan jiwanya? Jenis perempuan apa, entah mungkin akal kamu terletak di kepala lutut,” tulis seorang Netizen 

Dan yang di luar sana, tolong kita jangan merendahkan maruah kita sebagai perempuan. Alasan ramai, sudah jodoh apa hendak dikatakan tetapi saya percaya jodoh datang daripada sikap dan kehendak kita juga.

Zaman sebelum saya berkahwin, saya sendiri tetapkan saya tidak mahu berkahwin dengan suami orang. Bukan seorang dua tetapi saya boleh kata berbaris suami orang yang datang memujuk; yang datang dengan kereta mewah, dan kamu yang menaiki bas ke tempat kerja, ditawarkan sebuah kereta, hai bukan pula calang kereta tapi yang mewah-mewah, terliur juga. Tetapi hendak cerita kepada teman sebilik pun malu. Jadi, tell yourself, a big No No sebab dia  suami orang.  Bukan tidak ada laki orang yang menunggu depan rumah berjam-jam tapi dia suami orang, jangan dilayan sedikitpun otak itu untuk dia. ‘Tak pelah sekadar kawan-kawan, bukan hendak kahwin,’ pun jangan. Sebab apa? Sebab dia suami orang,  berlambak lagi orang bujang di luar. Oh dia pangkat besar, betul ada sampai jawatan menteri, ada royalty, adoi kamu jangan terbuai dengan pangkat dan kedudukan mereka. Kalau hati kuat mempertahannya ‘maruah’ diri kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga orang, kamu akan dihadiahkanNya dengan jodoh seperti kehendak kamu. 

“Tapi orang bujang tidak berduit, nanti hidup susah?’ Mengapa kamu tidak fikir untuk kamu cari duit sendiri untuk hidup? “Setakat boleh hidup, semua orang boleh dapat, namun kalau dapat hidup mewah, anting-anting emas, cincin berlian seketul di jari, naik jet peribadi mahupun semua first class treatment, itu tidak mungkin diperolehi kalau yang sebaya umur gaji dua tiga ribu sebulan. Nak beli tote Metrojaya pun tidak mampu.” Apakah atas semua alasan untuk memuaskan nafsu sendiri, kamu sanggup menjadi perosak rumah tangga orang lain, terutama sahabat sendiri?”  

Dan yang lebih sedih, ada pun si laki tu tiada apa pun, kereta dan rumah kalau tiada bini support, tidak berkereta berumah dan kamu hendak tumpang, kenapa?

Allahu Akbar, tetapi si laki best friend I tu tampan, dia tu hebat, dia kelakar, badannya sexy, poketnya tebal… Tolong ya masuk ke kepala otak kamu, dia laki kawan kamu, mengapa pula kamu nak jadikan dia laki kamu pula?. Ada pula kata kalau aku tidak kahwin dengan dia, dia tetap akan menduakan bininya, jadi baik aku yang ambil dia, dan mengapa hendak lepaskan ke tangan orang lain? Heh helo, biarlah orang lain tetapi bukan kamu, faham!

Dan saya pernah ditanya oleh pembaca bagaimana untuk move on setelah kawan sanggup makan kawan. Jawapan saya, move on. Memetik quotes Denis Waitley, “Enjoy what you can and ignore the rest. Let’s not waste any energy fighting things that are outside our control. Don’t dwell on what went wrong. Instead, focus on what to do next. Spend your energy moving forward together towards an answer.” 

Sungguh ada yang percaya bahawa ‘holding on and hanging in there are signs of great strength’ However, (saya ungkap kata penulis Ann Landers, “there are times when it takes much more strength to know when to let go and then do it.” Betul ada perkara kita tidak mahu melepaskannya dan adanya individu tertentu kita tidak mahu menolaknya terus tetapi ‘keep in mind that letting go isn’t the end of the world, it’s the beginning of a new life. Saya  teringat memberikan kata-kata perangsang ini kepada seorang teman, “If you want to fly in the sky, you need to leave the earth. If you want to move forward, you need to let go of the past that drags you down. (ambil daripada kata-kata Amit Ra.)  Saya tidak kenal dua insan artis popular ini sekadar membacanya dari sosial media, dan saya setuju tindakan Bella untuk meminta cerai, mungkin yang terbaik untuknya, lagi pun ‘if you spend your time hoping someone will suffer the consequences for what they did to your heart, then you’re allowing them to hurt you a second time in your mind.” 

 So Bella, ini nasihat Oprah Winfrey, “Breathe. Let go. And remind yourself that this very moment is the only one you know you have for sure. 

Nasihat daripada pengarang David Levithan, The Lover’s Dictionary menyebut, “I’ve been betrayed. I survived. Not only survived but became wiser and stronger.” Sementara itu, seorang saintis bernama Fridtjof Nansen menyebut,  “I demolish my bridges behind me…then there is no choice but to move forward.” 

Mungkin kata-kata semangat ini dapat membuka lembaran baru bukan sahaja kepada Bella tetapi kepada semua yang senasibnya. Aleamal yajeal alssaeb sahlana, (tindakan, membuat yang sulit menjadi mudah).

Related posts

Takut Tua? Takut Tak Cantik?

Wirda Adnan

Peringatan bulan September

Wirda Adnan

Demi Mencari Kebahagiaan

Wirda Adnan

Leave a Comment