AGAMA

KURIKULUM KEHIDUPAN

Modulnya adalah alQuran

Modelnya adalah Baginda Nabi Muhammad s.a.w

Al-Quran …
30 juzu’
114 surah
6230+- ayat
60k+- kalimah

Itulah alQuran

Membaca menghadirkan kedamaian

Baca alQuran untuk kita nak faham dan dalami maksudnya

Barulah kita dapat menghayati mesej wahyu agong ini.

Yunus 10:57

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Justeru itu, alQuran mengajar kita erti kehidupan dan dipasakkan aplikasi dengan SOLAT yang membimbing disiplin kehidupan.

Al-Quran hadir untuk :

  1. Peringatan bila kita lalai, lupa dan leka dengan hal keduniaan
  2. Penawar kepada hati dan jiwa kita yang sakit… bagaimana merawat agar disuburkan sifat mahmudah
  3. Petunjuk bila kita tak jelas dan keliru dalam kehidupan. Kelam dalam kegelapan dunia, alQuran membimbing kita ke jalan yang lebih baik untuk menjadi hamba Allah yang soleh.
  4. Rahmah ia hadir penuh kasih sayang. Bila kita semakin jauh dan diuji dengan kegetiran hidup… berdoalah. Kerana Rahmah (kasih sayang) Allah sentiasa bersama kita. Kita lemah dan tak berdaya, Allah sentiasa ada dan QARIB (dekat) dengan hambaNYA

Inilah alQuran, kalam Allah.

Yang menjadi petunjuk bukan hanya kepada seorang Muslim tetapi kepada seluruh umat manusia.

Ayuh kita semua baiki diri dan budaya dengan alQuran

Baca – Faham – Amal

Semoga kehidupan ini menjadi ‘be better’ dengan panduan & bimbingan alQuran.

Allahummarhamnaa bil Quran
Allahumma solli ala Muhammad

Related posts

Doa diberikan Hidayah

adminwm

BERBAHAGIALAH BAGI ANDA YANG SELALU RAJIN SHALAT DHUHA

admin

Raya Korban Perayaan Yang Istimewa

admin

Leave a Comment