GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

JOM NIKMATI HIDANGAN PERANCIS di  L’ATELIER CILANTRO

Rasanya berpuluh tahun kaki ini tidak melangkah ke Micasa, kerana tiada yang menarik di situ. Namun jemputan makan tengah hari diterima dengan hati senang, memandang ada sesuatu yang menarik bakal ditemukan.

Melangkah ke L’Atelier Cilantro berasa pengalaman kali ini akan meninggalkan kenangan manis. Mana tidaknya melihat setting di Cilantro dengan ruangnya nampak lebih ‘hidup’ dengan susunan meja-mejanya memberikan rasa selesa lagi cozy. Suasana lebih kasual pasti mengimarahkan rasa exciting. 

Ya Cilantro membawa ‘Fine French Bistro Cuisine’ – waktu sama L’Atelier mengajak tetamu berpengalaman merasai hidangan klasik segar Perancis, daripada sup bawang dan siput, coq au vin (ayam yang diperap dengan wine (arak boleh dikecualikan) dengan cendawan dan bawang putih) dan Steak Frites, pada harga yang amat berpatutan. Saya memilih Pâtes Aux Crevettes Sauvages iaitu udang galah yang dimasak dengan liguini dan dry tomato dan Parsley, ya pilihan saya tepat sekali kerana rasanya terlalu enak. Teman memilih Filet De sole poele, sedap sekali rasa ikannya bila dihidangkan bersama caper (rasa macambuah zaiton, caper lagi segar dan tidak berminyak dan kacang buncis.) Untuk entree ada sembilan pilihan, dan saya memilih Soup de Potiron  (soup labu diadun whipped cream dan roti bakar dan pemanis mulut pula ada lima pilihan, saya memang tidak salah pilih Tarte Aux Pommes (caramelised Apple on Puff Pastry & Vanilla Ice Cream). Yang tidak suka dessert pun akan jatuh cinta pemanis mulut di sini selepas ini. 

Jom jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu terkini dengan harga untuk dua

two-course lunch RM120 nett (hari bekerja) dan RM140 nett Sabtu, sementara untuk three courses RM150 dan RM170 pada hari minggu.  

L’Atelier by Cilantro Operations Hour:
Tuesday – Thursday (11:30am – 2pm) – Closed on Mondays
Saturday & Sunday (11:30am – 2pm)
Cilantro (Dinner):
Tuesday – Friday (6:30pm – 10:30pm)
Saturday & Sunday (6:30pm – 10:30pm)
Location: Cilantro, 368B, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, 50400 Kuala Lumpur
Contact Number: Tel: +603-2179-8082
Website: https://www.cilantrokl.com/latelier/

Related posts

Reno5 Only RM1 Only

admin

Taylor dengan Smokey Nude Glow Kit

admin

Zul Ariffin dalam Program Realiti Selebriti Bachelor

adminwm

Leave a Comment