Bangunlah sebelum Subuh. Bertahajjud lah sebanyak 2 rakaat dan sebanyak mana yang kamu mampu.
2 rakaat adalah paling sedikit dan jika lebih adalah lebih baik.
Selesai solat, usah tergesa untuk kembali ke tempat tidur. Duduklah seketika. “Berbicara” dengan Allah SWT.
Pada saat itu hanya ada kamu dan Dia. Luahkan lah tentang apa sahaja kesakitan mu, kesedihan mu, kekecewaan mu.
Ceritakan segalanya dalam tawa dan tangis. Mintalah agar diangkat segala kesedihan dan ujian mu.
Tahajjud adalah jalan yang terpaling baik untuk kita mendekati Allah SWT dan doa di waktu Tahajjud itu bagaikan anak panah yang tidak akan pernah tersasar dari sasarannya.
Usah pernah terlepas setiap peluang dalam hidup untuk bertahajjud kepada Allah… setiap malam, anggap itu adalah peluang terakhir kita bertahajjud sebelum kita pergi.
Mintalah kesabaran yang terindah, kekuatan yang utuh buat jiwa mu dan rasa cinta yang tidak akan pernah padam agar hati mu tetap lembut serta tenang biar seberat mana pun diuji.
Sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap doa yang terlafaz dari lidah mu dan yang terdetik di hati mu.
Dan Dia tidak pernah meninggalkan mu…
Sabarlah.
Allah sayang.