MODEL PERTAMA BERHIJAB DI PERTANDINGAN RATU CANTIK
Siapa Halima Aden? Dia mencipta sejarah menjadi model pertama di pentas antarabangsa berhijab dan menjadi insan pertama menghiasi kulit majalah Vogue dengan menutupi rambut, ya berhijab. Dia juga gadis pertama dalam pertandingan berebut tahta ratu cantik di Minnesota, AS dengan berhijab dan mengenakan burkini (pakaian mandi menutupi seluruh badan kecuali muka), dan menutupi rambutnya dengan skaf.
Juga model hijab pertama menandatangani dengan agensi IMG. Maknanya dia berkongsi roster dengan Lily Aldridge, Miranda Kerr, Gisele Bundchen, Joan Smalls, Kaia Gerber, Ashley Graham, dua beradik Hadid, ya dengan seluruh barisan peragawati terkenal dunia pilihan Victoria Secret.
Halima lahir di kem pelarian Kakuma, Kenya dan sehinggalah usianya tujuh tahun hidup sebagai anak pelarian. Kisah hidupnya cukup mengujakan, dan dia tidak malu memberitahu kepada dunia asal usulnya. Pada satu hari dia kembali ke kem tempat dia dilahirkan bagi mengenangkan kembalikan penghidupan yang tidak mungkin dilupakan sehingga ke akhir hayatnya supaya anak cucu cicitnya kenal siapa asal usul, kerana katanya walau siapa kamu, keturunan kamu dan penghidupan kamu, itu adalah penting untuk diabadikan selagi masih bernyawa.
Di saat kemuncak kejayaan dirinya, Halima Aden juga adalah supermodel berhijab pertama yang meninggalkan industri pentas perayaan fesyen. Pada bulan November 2020 dia mengejutkan dunia fesyen khasnya, bahawa dia akan bersara kerana katanya, “Kerjaya aku ini seperti tidak sesuai lagi dengan agama yang aku anuti. Sebagai orang Islam aku rasa dangkal pula tiba-tiba untuk beraksi di pentas, sekalipun aku kekal berhijab, ia mungkin tidak salah pada kamu, tetapi aku tidak rasa lagi manis dan seronoknya melangkah ke pentas sebagaimana dahulunya.
Mengikuti wawancara eksklusif dengan reporter BBC Global Religion, Sodaba Haidare, Halima menceritakan secara lengkap mengenai mengapa dia menjadi model dan bagaimana dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti.
Saat dia ditemui di St Cloud, Minnesota, Amerika Serikat – tempat dia dibesarkan bersama orang-orang Somalia lainnya kata Halima, “Aku mengenakan busana biasa, sama seperti anak-anak yang lainnya. Aku tiada rasa sedikitpun keistimewaan yang ada pada diri ini.”
Aku kemudian dibawa dan dilatih menjadi peragawati, aduh sungguh menyeronok dan mengasyikan, hidupku bertukar sekelip mata. Menjelajah dari satu pentas ke satu pentas, dari satu negara ke satu negara. Semua itu amat aku senangi tetapi tiba satu saat aku rasa aku hilang pedoman hidup sebagai muslim. Solatku di mana? Aku tidak lagi boleh sujud kepada Allah seperti muslimah yang lain, dan aku akui juga ketika menjalani tugasan, hijabku juga tidak dijaga teguh sehingga akhir aku mendapat hidayah untuk meninggalnya. Maaf, aku terpaksa kerana industri ini bertentangan dengan kepercayaanku sebagai seorang muslimah.”
Di ketika ditemuramah katanya, “Ini situasi paling menyenangkan yang pernah aku rasakan daripada semua wawancara yang aku lakukan kerana aku bisa meluahkan apa yang telah lama terbuku di hati sanubariku. Justeru aku tidak perlu lagi menghabiskan waktu 10 jam untuk bersiap-siap dalam busana yang kadangnya amat bertentangan dengan diriku, namun aku terpaksa.”
Sungguh sebagai model berhijab, Halima sangat selektif mengenai busana yang bakal disarungkan. Pada awal kerjayanya, dia sendiri membawa beg yang dipenuhi pelbagai hijab miliknya, gaun panjang, dan inner yang bisa menutupi tubuhnya. Pada kempen produk kecantikan Fenty Beauty milik Rihanna, Halima mengenakan hijab hitam sederhana supaya nampak kemas. Bagi Halima, hijab adalah dunianya.
“Banyak gadis yang bersedia mati untuk satu kontrak sebagai model,” kata Halima, “Tapi aku siap untuk meninggalkan kontrak bila penaja itu tak disetujui walaupun waktu itu aku baru hendak bermula dan aku bukan siapa-siapa pun.”
Namun seiring masa berlalu, kuasa Halima dalam menentukan busana-busana yang dia pakai semakin berkurang. Lalu dia terpaksa bersetuju menutupi rambutku dengan cara yang tidak sesuai lagi dengan perjanjian awal. “Aku sedar aku sudah mula menyimpang dan masuk ke ruang yang menghibakan dan merasa bodoh kerana membiarkan penganjur mengatur gaya hijabku.”
Justeru pada tahun terakhir kerjayanya, hijabnya semakin mengecil, terkadang menonjolkan leher dan dadanya. Dan, alih-alih jilbab, terkadang menutup rambutnya dengan jins, atau pakaian dan kain lain. Sungguh Halima merasakan amat tidak sempurna. Hal lain yang kurang disenanginya melihat model lain yang berhijab diminta menukar pakaian di bilik yang kadangnya terdedah, walaupun dirinya dikhususkan ruang khas yang membolehkan dia bertukar ganti pakaian dalam privasi sendiri. Situasi itu membuat Halima sedih, marah lagi geram, “Ya Tuhan, gadis-gadis ini mengikuti jejakku, tapi aku telah membuka pintu ke mulut singa. Aku sedar kebanyakan daripada mereka masih sangat muda, dan ini menakutkan aku menyedari hakikat dunia ini begitu bebas pergaulan lelaki perempuan dan aku akui dalam pelbagai pesta yang kami hadiri, aku cuba menjadi kakak yang cuba mengawal dan menghalang perbuatan yang tidak disenangi. Aku takut sebenarnya melihat mereka dikelilingi oleh pria-pria yang cuba mengambil kesempatan kepada adik-adik ku ini. Ya ini membuat aku bertekad untuk memberikan tanda noktah kepada kerjaya ini, aku takut untuk tidak dapat menjawab kepada Tuhanku akan perananku sebagai kakak malah aku sendiri takut tidak dapat mengawal diri ini dan terleka dengan kehidupan yang serba bebas begini.”
“Aku tahu aku tidak selamanya dapat melindungi mereka, tapi aku akan terus berdoa diberikan mereka cukup kekuatan menghadapi kehidupan ini. Aku mahu mereka tidak mudah goyah dalam memperjuangkan hak mereka sebagai seorang muslimah.”
Sebahagian daripada rasa tanggung jawab ini berasal daripada latar belakang Somalia yang dimiliki Halima. Sebagai anak dari kem pelarian Kakuma, di Kenya, Halima dididik ibunya untuk bekerja keras dan membantu sesama insan.
Didikan sang ibu itu berlanjutan hingga mereka pindah ke Minnesota, AS, ketika Halima berusia tujuh tahun, dan menjadi sebahagian daripada komuniti Somalia terbesar di AS.
Seperti gadis-gadis lain, Halima yang rupawan diminta untuk mencuba tuahnya. Terjadi sebuah masalah ketika Halima menjadi murid perempuan berhijab pertama yang mendapat penghargaan sebagai murid paling popular di sekolahnya. Halima mengerti ibunya, yang mahu dia menyantuni nilai yang baik, si ibu tidak akan bersetuju anaknya mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik. Kerisauan terbukti. Ibu Halima menghancurkan mahkota yang diperolehnya dan mengatakan, “Kamu terlalu fokus pada teman dan pertandingan kecantikan ini.” Nah dicampaknya tropi kemenangan itu sehingga hancur lebur. Begitupun ia tidak menghalang Halima meneruskan cita-cita untuk merebut gelaran ratu Minnesota USA pada 2016. Halima orang pertama yang mengenakan hijab dan meneruskan pertandingan ke peringkat semi final.
Sebaik selepas pertandingan Halima menulis di instagramnya,“Beauty isn’t a one size fits all. We need to celebrate everyone and welcome those who are different from us. This year has had so much negativity, it’s time to move away from the hate and learn to accept. I’m choosing LOVE because a nation that doesn’t stand together will fall.Kemenangan memungkinkan dan memudahkan laluannya ke arena peragawati tetapi tidak sekalipun si ibu menyenangi kemahuannya itu. Halima katanya berkulit hitam dan beragama Islam, mana mungkin dia boleh berjaya dalam kerjaya dan tidak mungkin penganjur mahu dia berhijab. Halima membuktikan, dia menjadi model pertama di pentas peragaan berhijab.
Bahkan ketika Halima mulai menapak pentas utama dunia untuk menjadi model Yeezy dan Max Mara ibunya masih mendorong Halima untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih sesuai bagi membiayai penghidupannya dan keluarga.
Sebagai seorang yang telah berjalan selama 12 hari dari Somalia ke Kenya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, Halima tahu pentingnya membantu mereka yang memerlukan. Sifatnya yang suka membantu dan menyokong badan-badan amal membuat si ibu bangga dengan anaknya Halima. Kata-kata ibunya masih melekat di sanubarinya, “Kamu tidak boleh menjadi model jika tidak memiliki sikap memberi sesama manusia. Lalu dalam pertemuan pertama aku dengan IMG, aku minta mereka untuk membawa ke Unicef,” cerita Halima.
IMG mendukungnya dan pada 2018 Halima menjadi duta Unicef. Kerana dia menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian, baginya seperti pulang ke gagang.
“Ibu tidak pernah memandangku sebagai model jauh sekali berbangga aku telah menakluki dunia peragaan. Dia hanya mahu melihat Halima anaknya menjadi manusia yang berguna di sisi masyarakat, membantu insan-insan malang kalau boleh seantero. Dia mahu Halima Aden menjadi teladan kepada dunia.
Halima sangat terkesan dengan anak-anak yang terlantar, sekaligus ingin menunjukkan pada anak-anak itu bahawa kalau ia saja bisa keluar dari kem pelarian, mereka juga memiliki harapan yang sama. Namun Unicef tidak memenuhi harapannya.
Pada 2018, tidak lama setelah menjadi duta Unicef, ia mengunjungi kem Kakuma untuk menyampaikan pemikirannya dalam forum Ted Talk.
“Saya bertemu dengan anak-anak dan bertanya kepada mereka, “Apakah semuanya masih dilakukan seperti yang sudah-sudah, apakah kalian mesti menari dan bernyanyi di depan pendatang baru?’ Mereka berkata, ‘Ya, tetapi kali ini kami tidak melakukannya untuk selebriti lain yang mereka bawa ke kem, kami melakukannya hanya untuk kamu.” Mengalir airmata Halima mendengarnya. Teringat dia ketika di kem, setiap kali selebriti berkunjung, semua kanak-kanak mesti menyanyi dan menari sebagai meraikan kehadiran mereka. Dia juga kesal organisasi tersebut seperti lebih fokus pada citra organisasi tidak kepada pendidikan anak-anak. Aku dapat mengeja ‘Unicef’ sebelum aku dapat mengeja nama ku sendiri. Bayangkan aku disuruh menulis nama aku dengan tanda X. Minnesota yang memberikan buku dan pensil pertama kepadaku, bukan Unicef.”
Halima mengharapkan semuanya berubah setelah ia pergi.
Pada November, dalam percakapan melalui video dengan anak-anak di Kakuma pada Hari Kanak-kanak Antarabangsa, Halima memutuskan dia tidak dapat lagi meneruskan bersama Unicef. Rasanya sangat berat melihat anak-anak itu di tengah musim dingin, saat pandemik melanda dunia. “Aku memutuskan untuk berhenti bekerja sama dengan organisasi Nirlaba Antarabangsa yang menggunakan ‘kisah keberanian dan harapan aku yang indah’.”
Unicef Amerika Syarikat menyatakan pada BBC,” Kami berterima kasih atas kolaborasi dan dukungan daripada Halima selama tiga setengah tahun. Kisah ketangguhannya dan harapannya yang luar biasa telah memandu pandangannya terhadap dunia yang menjunjung hak-hak setiap anak.
“Bekerja dengan Halima merupakan kesempatan luar biasa bagi Unicef dan kami mendoakan yang terbaik untuk masa depannya.”
Ceritanya lagi, ketika permintaan di industri fesyen untuk dirinya meningkat, Halima menghabiskan terlalu sedikit waktu dengan keluarganya dan berada jauh pada bulan Ramadan dan Hari Raya. Pada tahun pertama aku bisa pulang untuk Ramadan dan Aidilfitri tetapi tidak lagi di tiga tahun terakhir. Aku asyik berpergian, kadang enam mahupun tujuh penerangan seminggu. Tidak ada rehat dan tidak sempat beribadat.”
Pada September 2019, ceritanya dia menjadi hiasan kulit majalah King Kong, mengenakan pewarna mata berwarna merah dan hijau cerah serta perhiasan besar di wajahnya. Hiasannya menyerupai topeng dan menutupi segalanya kecuali hidung dan mulutnya.
“Gaya dan hiasan itu buruk sekali. Seperti aku dipergunakan dan membuat aku rasa negeri. Dan lebih menyedihkan di dalam edisi sama gambar lelaki bogel. Aku rasa sungguh aib
“Bagaimana mungkin majalah tersebut berfikir menghadirkan perempuan muslim yang mengenakan hijab dan lelaki telanjang di halaman berikutnya. Aku tidak dapat menerimanya, aku rasa amat bertentangan dengan semua yang aku yakini selama ini.
“Aku sudah nekad, kerana tiada lagi rasa enaknya bergambar dan tiada apa yang hendak dibanggakan lagi. Kalau rupa aku pun diperbuat seperti aku tidak kenal rupa aku sendiri, mungkin bagi mereka ia satu keindahan tetapi sebaliknya aku sendu dan segan melihat diri sendiri. Fikiranku kusut dan jiwa ku merana, kerjaya nampak sukses tetapi jiwa ini meronta, langsung tidak menyeronokkan. Selain itu aturan untuk wanita berhijab semakin renggang dan cara model berhijab pun sudah mula berubah. Aku menjadi lagi tidak tenteram.
“Covid 19 melanda, dunia fesyen terhenti lalu aku pulang ke St Cloud bagi menghabiskan masa bersama ibu dan berasa terlalu gembira. Aku seolah mahu keadaan ini berpanjangan supaya dapat lama lagi bersama keluarga dan teman-teman di sini. Ya di sini jauh lebih tenteram, aku dapat kembali mendekatkan diri dengan agama ku. Di sinilah aku mengambil keputusan. Pada November 2020 aku tekad berhenti daripada dunia peragaan sekaligus menamatkan perananku bersama Unicef.”
“Syukur atas kesempatan yang diberikan Covid pada diriku. Banyak iktibar dan pengajaran yang aku perolehi kesan daripadanya dan inilah cara Allah menunjukkan kekuasaanNya kepada seluruh umatNya. Dan aku rasa ia juga asbab daripada doa ibu yang mahu aku meninggalkan terus jalanan di pentas peragaan. Ibu sangat gembira sehingga bersetuju untuk bergambar dengan aku, sebagai tanda seronoknya dia dengan keputusan ku ini.”
Doa ibunda Halima akhirnya dikabulkan. Ia sangat gembira sehingga setuju untuk bergambar dengan putrinya. Benar selama ini ibu menolak untuk bergambar bersama anaknya, untuk hiasan di mana-mana jua.”
Halima memberitahu, “aku baru sahaja selesai pengambaran filem, inspirasi daripada kisah benar seorang wanita yang melarikan diri dari perang dan kekerasan di Afghanistan.
Halima menjadi penerbit eksekutif filem itu, yang berjudul I Am You. Filem yang sudahpun ditanya di sebuah stesyen tv swasta.
Kata Halima dia tidak sabar menunggu ia nanti terpilih untuk Piala Oscar!.
Satu lagi yang membuatnya bangga, walaupun dia tidak tidak lagi berkolaborasi dengan Unicef tidak berarti Halima berhenti melakukan kerja-kerja sosial. Halima Aden tetap meneruskan usaha untuk melihat dunia ini lebih aman dan menjadi relevan bagi insan malang dengan penghidupan yang melarat. Dan selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah Halima berjanji akan terus berbakti.”
Halima Aden is the first hijab-wearing model ever to be signed to the major modeling agency IMG — and she already landed her first runway gig: Yeezy! Halima Aden/Instagram