COVER STORY

Raja Azam Baeizah, Bahagia Anak Bahagialah Ibunya

‘Ibu adalah ciptaan terindah, kerana di dunia yang egois ini, dia adalah satu-satunya yang selalu ingin melihatmu bahagia.’

Saya terjumpa kata hikmah di atas untuk muqadimah rencana ini.

Mengenali YM Raja Azam Baeizah binti Raja Mokhtar kira-kira empat tahun tetapi kami jarang bercerita mengenai anak-anak. Sembang berlegar kerja. Seorang yang lembut tutur kata dan very down to earth. Kali pertama diperkenalkan, saya berasa ‘chemistry’ antara kami berdua amat kuat, lantaran selepas itu kami sering berhubungan dan seolah sudah kenal begitu lama.

Saat yang saya lihat RA amat sedih ketika ibunya meninggal dunia. Lama RA menyepikan diri, saya mendapat tahu RA ke pusara selalu. Dan agak lama juga RA terkesan dengan pemergian ibunda yang langsung tidak diduga akan pergi buat selama-lamanya. Perginya kata RA amat tidak dijangkakan. Sebelum itu beberapa kali juga saya terserempak melihat RA memimpin bondanya menaiki anak tangga ke butik/salon kepunyaannya. Tiba waktu makan, menyuapnya. Saya yang memerhatikan dari jauh ketika itu, kadang-kadang tumpah air mata mengenangkan ibu saya di kampung dan jarang sangat dapat berbuat demikian. Untungnya si ibu mendapat anak yang melayaninya. Syurga bagi anak yang melayan ibu sebegitu lembut sekali.

“Saya dibesarkan oleh nenek. Setelah saya bekerja, saya membuat keputusan untuk tinggal dengan ibu dan menjaga beliau. Alhamdulillah hubungan kami menjadi sangat rapat. Arwah telah pulang ke rahmahtullah pada 2016. Saya masih rindukan peluang menjaganya. Sewaktu hayat, saya kucup, saya belai dan manja dengannya, kerana itu sehingga hari ini bila mengenangkan ibu, air mata deras mengalir.”

‘Sejak kamu lahir, ibu selalu berusaha membuatmu bahagia tanpa mengharapkan imbalan apapun. Ya Allah bukakanlah pintu syurga untuknya dan bahagiakan dia.’

Mei bulan memuliakan ibu. Mei untuk kita raikan cinta kita kepada ibu. Mei kita padatkan lagi hubungan silatulrahim dengan ibu. Kepada yang lama tidak menziarah ibu, pergilah. Carilah dia. Mohonlah kemaafan, mintalah dihalalkan air susunya.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Hari ini Raja Azam adalah ibu kepada dua anak yang sudah dewasa, Wan Ariff Danial bin Abdul Rashid, 27, dan Putri Nur Diyana binti Abdul Rashid, 25. Ahamdulillah mereka sudah pun bekerja, Wan Ariff Danial, akauntan dan Putri Nur Diyana juga akauntan.

Menyambung perbualan dengan RA, tanya saya, sebagai ibu, apa perkara yang paling penting ditekan dalam sesebuah rumahtangga. Katanya, “Bagi saya yang penting ialah pendidikan agama, nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui tauladan kepada anak-anak. Saya melayan mereka sama rata. Jarak usia mereka dua tahun, kalau ada pun perbezaan melayani mereka cuma dari segi menangani kenakalan si abang dan menangani sifat adik yang sering merajuk sebab selalu disakat abang.”

“Sebab hanya dua orang sahaja, mereka jadi seperti kawan rapat (BFF). Dengan anak perempuan kami sering menghabiskan masa yang berkualiti dengan melancong bersama (mother and daughter bonding). Ayah mereka pun sangat rapat tetapi agak tegas mendidik untuk mendisiplin keduanya. Saya juga selalu meminta pandangannya sebelum membuat sebarang keputusan kerana suami saya seorang yang amat praktikal.”

Selalunya si emak lebih memanjakan anak lelaki dan bapa pula anak perempuan? RA ada tidak rasa melebihkan salah seorang daripada mereka? Maksud saya pilih kasih.

“Kerana hanya seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, jadi tiada ruang untuk pilih kasih, kedua-duanya permata hati saya. Tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik anak-anak tanpa berputus asa. Kemudian hendaklah kita berdoa dan berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka milik Allah.”

“Alhamdulilah mereka cemerlang dalam mata pelajaran. Ada bertanya bagaimana saya mendidik mereka, apa rahsia di sebalik kejayaan mereka? (Kedua-duanya bukan setakat ke menara gading tetapi beroleh ijazah tertinggi). Saya tidak memberi mereka peluang untuk mengatakan ‘tidak boleh’ atau ‘susah”. If there is a will, there is a way. Saya beri keduanya sepenuh kepercayaan yang mereka akan berjaya. Saya tidak pernah memaksa supaya mendapat semua A sebab saya percaya kejayaan hidup seseorang bukanlah berdasarkan straight A tetapi kejayaan menyeluruh. Selepas SPM, keduanya bekerja sementara menunggu keputusan. Ini untuk mendidik mereka supaya berdikari dan mendapat pengalaman bekerja.”

“Love your mother, the most beautiful person on the earth. Our best critic, yet our stronger supporter.”

Bercerita selanjutnya, Pengasas RA8 Cosmeceutical dan Butik RejuvanA8 ini memberitahu sebagai ibu bekerja, RA mengakui masa bersama anak-anak di kala mereka kecil agak terhad. “Tugasan kadang-kadang membawanya jauh ke luar negara, tetapi syukur, kami ada pembantu yang baik dan ikhlas. Seorang itu bersama kami sehingga berbelas-belas tahun. Selalu saya yang suruh dia balik kerana dia punya keluarga di sana, kasihan juga tapi dia yang tidak malu balik. Malah dia meninggal dunia di rumah kami kerana serangan asthma. Waktu itu berasa kami kehilangan seorang ahli keluarga yang amat rapat.”

“Ya, arwah bonda juga tinggal berdekatan jadi dapatlah menjenguk cucu-cucunya, terutama ketika kami amat memerlukan. Saya tidak boleh bayang, kalau pembantu lari meninggalkan anak kecil bersendirian, saya juga tidak boleh bayangkan pembantu bermuka-muka di depan dan belakang memukul anak kami misalnya.”

Apa yang RA ingin lakukan tetapi tidak berjaya dilakukan? “Wirda, sekiranya saya dapat memutarkan kembali masa, saya ingin menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi disebabkan tanggungjawab sebagai anak sulung untuk menjaga ibu dan adik-adik, saya terpaksa bekerja.”

Bapa saya berpoligami. Saya tidak mahu hidup berpoligami setelah melihat bagaimana ibu menderita dan berkorban untuk kami adik beradik, I swore I will never do that to myself, tidak mahu ada orang menangis untuk kesenangan dan keseronokan saya. Itulah janji saya sewaktu masih kecil.”

Melihat RA dan suaminya (Encik Abdul Rashid bin Mohammed Yatin,56, Pegawai Malim di Northport Corporaton Bhd) selalu berdua-duaan, saya sendiri selalu mengusik, “You untung suami rajin menemani ke sana sini.”

“InshaAllah kalau kebetulan Rashid tidak ke tempat kerja, lagipun dia tidak suka golf, jadi kenalah hantar I kalau ada urusan, parking pun susah,” ceritanya.

“Suami dan ayah yang penyayang adalah rezeki Allah, syukur saya panjatkan kepada Allah memberikan yang terbaik untuk kami. I am blessed to have so many great things in my life – family and friends. At the end of the day, life is about being happy being who you are, and i feel like we are so blessed to have the support system and the best family to really support each other no matter what we’re going through.”

Bila hendak bermenantu? Ada juga ibu ayah dan memandangkan anak mereka berjaya dalam akademik, cantik dan bergaji tinggi, mereka meletakkan syarat konon demi masa depan anak-anak? Apa RA tidak rasa hendak meletakkan syarat?

“Seorang ibu hanya ingin melihat anaknya bahagia. Bahagia anak, bahagialah si ibu. Saya hanya boleh memberi tip untuk mencari pasangan. Selebihnya saya percaya mereka boleh menilai sendiri.”

Sedikit kenangan lama, RA, “When did you know you are ready to have kids?”

“Wirda, saya tidak pernah merancang when I should have kids. Anak itu rezeki. Selepas berkahwin, saya terus dikurniakan rezeki mengandung.”

“RA rasa pasangan sekarang mesti merancang bila dan berapa anak yang dimahukan?”

“Sudah pastinya, kerana kehidupan semakin banyak cabaran, membesarkan anak juga semakin mencabar. Bila saya membaca pusat jagaan kanak-kanak sendiri berlaku zalim kepada kanak-kanak, saya sebenarnya amat takut. Lantaran bagaimana nanti anak cucu saya mahu membina keluarga mereka? Dan untuk seorang sahaja yang dipertanggungkan mencari rezeki adalah amat sukar. Both need to earn a living.”

What was the first year of motherhood like for you RA?”

“I had a difficult time to recover after giving birth for both my children. Nonetheless , with the support of my mom and husband, I find motherhood is fulfilling watching your child grow up. Apapun, kami sambut hari jadi mereka setiap tahun daripada umur setahun sehingga 12 tahun. Bila mereka sudah meningkat 13, mereka hanya nak sambut hari jadi dengan kawan-kawan rapat.

“Nasihat RA kepada mereka berdua?”

Be happy dan tidak tinggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dan give the best in their job, lead life the fullest by doing what they like dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Jangan sesekali ambil ringan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.”

“RA ada kenangan foto dengan keluarga yang paling menyentuh perasaan?” “Ya gambar keluarga sewaktu di Venice, when we went for my daughter’s graduation in UK and travel to Europe.”

“Dan soalan akhir saya, “What do you really want for Mother’s Day?”

“Just to see my children happy.”

[thb_gap height=”40″]
Gambar: Muhammad Tuah Snips International 
Solekan: Mun SCCA 
Pakaian: Yans Creation 
Pengarah : Seni Wirda Adnan

Related posts

SELEBRITI BERHIJAB

Jantra Naqiah

Selamat Pengantin Baru IMTIAZ & ELISA

admin

DATO’ AZIE SHEIKH MOHAMED ‘NO REGRETS IN MY LIFE’

Mahani Awang

Leave a Comment