COVER STORY

Segalanya Bermula Di Sini

SEGALANYA BERMULA DI SINI

KASIH SAYANG, TANGGUNG JAWAB, TOLERANSI & BANYAK LAGI,

PENGORBANAN YANG PASTI.

Kata seorang pujangga, ‘Love puts the fun together, the sad in apart and the joy in the heart’.

Saat tangan si teruna dijabat jurunikah maka termenterikan ikatan dua insan, dan bermulalah satu kehidupan yang baru. Kehidupan bersuami isteri dan berkeluarga. Akad nikah adalah janji setia kepada Allah SWT, maka pernikahan adalah janji setia suami kepada isteri dan isteri kepada suaminya.

Tentang kehidupan

Kehidupan adalah satu pembelajaran,  belajar bersabar, belajar menjadi setia, belajar memaafkan walau pernah disakiti, belajar mengenai tanggungjawab, belajar berpuas hati, meski tidak mencukupi, memahami walaupun tidak sehati, ikhlas walaupun tidak rela.

Kerana hidup tidak pernah terlepas daripada masalah. Masalah adalah salah satu cara Allah menjadikan peribadi yang lebih kuat dan dewasa. Terkadang masalah terbukti menjadi sahabat terbaik. Ia membuat diri lebih kuat dan mendekatkan dengan penciptaNya.  Sebagai nasihat, dalam apa jua keadaan jangan biarkan emosi mengalahkan kecerdasan. Apapun masalahmu jangan mudah menyerah. Apa pun rintangan, cuba bertahan, badaikan berlalu matahari kan bersinar.

Cinta dan kasih sayang

Apa itu cinta? Jika cinta adalah sebuah perasan dan kata sifat, maka akan sangat sulit untuk dimengertikan dan mendefinasikan. Justeru cinta dikatakan adalah perasaan hangat yang mampu membuat kita menyedari betapa berharganya kita kerana adanya seseorang yang begitu menghargai untuk kita lindungi.

Ia bukan setakat kata-kata, kerana cinta jauh lebih berharga daripada harta yang melimpah dan termahal di dunia. Kata Professor Dr Hamka, “Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit bersih dan suci.  Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.”

Cinta adalah untuk membahagiakan

Manusia mencari kebahagiaan di dalam perkahwinan. Kebahagiaan tidak semudah itu diperolehi tanpa kedua pasangan berusaha mendapatkannya. Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga,  justeru dituntut menjadikan dirinya teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpin. Sesungguhnya keluarganya itulah tempat dia berkongsi suka duka, tempat di mana dia hidup aman dan selesa.

Ciri-ciri mereka yang mencintai keluarga adalah dia selalu bersama di dalam mendidikan akhlak dan keimanan keluarganya, dan menunaikan tanggungjawabnya. Mencari nafkah dan memastikan keluarganya hidup selesa. Sentiasa berkomunikasi, bertoleransi, saling memaafi dan teramat penting membawa mereka dekat dengan Allah.

Kata-kata ini tepat untuk mendefinasikan keluarga… ‘tidak ada yang ditinggal, tidak ada yang dilupakan, tidak ada yang dibenci dan tidak ada yang dijauhi…’ itulah keluarga sebenarnya.

‘aku tidak peduli betapa miskin seseorang. Selama dia mempunyai keluarga dia adalah orang kaya –jelasbeda blogspot.com.

Perkahwinan memerlukan pengorbanan

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka dan bukan berkasih namanya jika hati tidak pernah merindu dan cemburu…

‘Berkorban cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Demi keluarga, ‘to get anywhere in life, you have to sacrifice things that you may not want to do it.’ Kareem Abdul Jabbar, seorang pendita menyebut, ‘the good and the great are only separated by their willingness to sacrifice.’ Lantaran hubungan suami isteri yang teguh bermula dengan dua insan yang bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk satu sama lain.

‘when two people really care about each other, they will always look for the way to make it work, no matter how hard it is.  True love is selfless. It is prepared to sacrifice.’

[thb_gap height=”20″][thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”4769″ img_size=”large”][thb_gap height=”20″]

TISHAM TILL JANNA

‘Setinggi apa pun aku terbang selalu aku keinginan untuk pulang. Kerana di istana cinta kita ada dinda tersayang yang buatku melayang meraih bahagia.’

Tarikh keramat untuk dua insan ini ialah pada 31 Disember 2017. Pasangan Mohamed Ihtisham Hisham dan Nur Janna Syaqira Ahmad Hisham selamat diijabkabulkan. Maka bermulalah penghidupan baru untuk kedua-duanya. Tujuh bulan mengikat tali pertunangan, kata mereka sudah cukup untuk mengenali hati budi masing-masing, lantaran berkahwin adalah sebaiknya perkara untuk dilaksanakan.

Cinta jarak jauh, seorang di Utara dan seorang tinggal di ibu kota. Paling kerap dua minggu sekali atau kadang-kadang sebulan sekalipun tidak bersua muka, kerana tugasan yang lebih utama, yang memaksa mereka hanya bertemu di alam maya. Syukur, itu cara terbaik meluahkan hati dan perasaan.

“Happy is the man who finds a true friend, and far happier is he who finds that true friend in his wife.’

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5216″]
[thb_gap height=”40″]

Cerita cinta mereka tidak complicated. Setelah si teruna yakin, dialah wanita yang mahu dijadikan teman sehingga ke Jannah, dia membawa ke rumahnya untuk mendapatkan restu ibu dan ayah. Saat dipertemukan si ayah tidak kecewa, kerana ayah berasa selesa untuk berbicara. Ayah rasa selesa bercerita. Katanya gadis ini bukan sahaja cantik tetapi seorang yang bijak, dan bersahaja, tidak cuba menjadi orang lain.

Sementara si ibu sibuk menyediakan makanan ringan sebagai meraikan tetamu, si gadis tidak kekok membantu. Caranya membantu seperti sudah biasa membuat kerja dapur; membantu menghidang dan mengemas meja selepas menjamu selera. Si ayah terus memerhatikan tingkah lakunya, pertuturannya, langkahnya. Kemudian si ibu duduk bercerita, dia juga berasa ada yang istimewanya pada gadis jelita yang di hadapannya. Saat hanya berdua ditinggalkan seketika, dia bertanya, “betulkah awak mencintai anakku?” Dijawabnya lembut, “Ya.”

Setakat itu, kisah pertemuan pertama.

Ibu teruna tidak mengambil masa bertanya sang suami, “Anak kita tidak pernah membawa pulang seorang pun gadis, pasti dia istimewa. “Tetapi bukankah mereka baru sahaja berkenalan?” “Itu juga yang saya diberitahu, tetapi bukan jarak masa sebagai bukti cinta yang membara,” sang isteri menyakinkan suaminya. Sementelah ayah dan ibu berasa selesa, dan anak percaya itulah orangnya, mengapa tidak diikat tali pertunangan. Ia juga sebagai menyakinkan empunya diri yang si teruna serius menjalin perhubungan.

Di sebelah sana pula, si anak meminta kebenaran memperkenal pilihan hatinya. Saat pertama bertemu, di hati si ibu sudah pun bersetuju. Sikap si teruna menambat hatinya. Sekilas dia teringatkan pesanan arwah suaminya, jikalau si anak mahu menjadikan si teruna suaminya, apa gerak hati kata pada waktu itu? Lihat pewatakannya, tanya hati segera, betulkah dia orangnya. Andai kesangsian tidak timbul, boleh difikirkan seterusnya.

Dan akhirnya kedua pihak bersetuju menyambung perhubungan dua insan ini dengan tali pertunangan. Namun tidak mahu berlama-lama, kerana tidak manis bila berpancaran, tidak manis bertemu selalu. Malah jarak masa tujuh bulan sebenarnya sudah begitu lama, tetapi kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa mengambil masa untuk diijabkabulkan.

‘Ketika jarak memisahkan mereka, hanya satu yang perlu mereka percayai, ‘akan aku jaga cinta ini hanya untukmu.’

Cinta Tisham Janna dikongsikan oleh Tisham di dalam sebuah nota yang dikarangnya sendiri

Ketika kerinduan menyapa, terungkaplah kata-kata yang dia sendiri tidak pun tahu dia dapat meluahkannya sebegitu rupa dan mudah sekali, dengan bahasa seringkasnya. Bacalah apa yang ditulis sang teruna untuk memberitahu kekasihnya akan perasaan hatinya.

” The day was 7th of August 2016

It took me 4 months to get a “hi” frm a beautiful random girl i matched on tinder. She had this beautiful look i admired. Sweetest smile i have ever seen. An amazing and cheerful character to go with. I felt like maybe she was it! We clicked instantly as if we were meant to be. That day on, i realised i may have found the girl of my dreams. Yet, i was still naive to think that i had any chance at all being with her.

Its hard to even imagine, for a person that lost faith in love, falls back in love?  A person who almost certainly avoid being attached, getting hooked? Patience is all it took as we progressed slowly. Getting to knw bit by bit. Slowly, building a solid foundation to where we currently stand now. Both of us had our doubts about one another. She had hers. I had mine. It was complicated. I believe faith and patience was what brought us closer together.

Days, weeks ,months have passed. It has been close to 4 months. At this point, i could tell the hints she was giving. It was obvious she wanted us to progress to the next stage. But i wasnt convinced. Not about her. But myself. I felt like we still needed more time to learn about each other. I felt like theres alot about us to be discovered.

Soon, she was about to leave. A 7 day gateway to Morocco. A country with a long islamic architecture as my mother describes it.

It hit me. A sudden struck of realisation. The distance. The time difference. Unconsciously creating a numb feeling to the heart. I missed her. I was in fact all along missing her. She was thousands of miles away and i was helpless alone couldnt wait for her arrival back home.

That was the day i realised that she was the one. The one that i have been searching for. The one, that i was certain to be with. The one i would want to be called mine. The one i would want to show to my friends to. The one that i would want to spend most of my time with.

Throughout the week. She shared  a lot of her photos of the beautiful landscape and sceneries. But the one caught my attention the most has always been her warm smile.  By the end of the week, came the day. The day of her arrival at the airport as I picked her up. We had a quick meal while she complains about her discomforts of wearing her leather wrapped jacket. It was hilariously entertaining.

Hours go by and finally i got the guts to tell her what i really felt. And so i whispered to her ear “i love u”.

For the very first time in years, i finally had the courage in me to say those words to a person. Those three precious words that i kept for a very long time finally belongs to a random chick i met 4 months ago on tinder.

What supposed to be a dull and uneventful year turn out to be a key highlight of my life.

The story above perfectly describes my recap for 2016 Truly blessed”

Cinta Syairku

Dan ketika kami memutuskan untuk saling mengerti,

Kami biarkan kedua hati kami  bicara tentang impian – impian kami

Hasrat kami dan juga kerinduan

Kemudian kami ternyata beda sekaligus serasi

Maka kami pun berjanji

Untuk menyatukan kedua hati kami dalam satu bahtera

Agar segala impian dapat kami wujudkan berdua.

Kerana perbedaan kami bukanlah kendala, selagi kami masih memakai Bahasa yang sama

Dan bernama cinta”

Pasangan Tisham Janna akan sekali lagi diraikan sehari selepas sang teruna menyambut hari kelahirannya yang ke 26 tahun. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.

Nukilan : Tisham

[thb_gap height=”40″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”4777″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”4775″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dato’ Sri Rozita Ramelan ‘The Hidden Gem’

admin

Datin Dr Nik Sarina Hashim & Aryssa

admin

Nikella Niksen – Tentang Hari Raya dan Hidangan Untuk VVIP

admin

Leave a Comment