COVER STORY

Adlina Borhan – The Marketing and PR Specialist

Bonjour! Merci Beauqoup! Antara sepatah dua yang saya tahu. Sayangnya saya tidak pandai berbahasa Perancis kalau tidak berhabuklah bicara kami petang itu agaknya. Begitupun fasih berbahasa Perancis bagaikan lidah bahasa ibunda, Adlina tidak menyebut pun walau sepatah perkataan Perancis sepanjang saat kami bersantai. Itu yang saya suka tentang wanita istimewa ini. She is still the Adlina that we all know.

Sekian lama tidak bersua, pertemuan dengan ‘Orang Perancis’, Adlina Borhan mengimbau kembali zaman silam kami di lewat 80-an dan 90-an. Ketika itulah agensi komunikasi, pengiklanan dan pemasaran sedang memuncak dan begitu penting dalam dunia perniagaan global yang turut menular menguasai dunia perniagaan tempatan. The climax of advertising and public relations of the era came to our minds and we spent a great time reminiscing.

Mengimbas semula dunia komunikasi dan pemasaran, agensi antara bangsa yang bertapak di Malaysia ketika itu seperti Burson-Marsteller dan pengasasnya Harold Burson dan Richard Edelman iaitu pengasas Edelman, begitu juga Ogilvy & Mather atau lebih biasa dipanggil O&M saja adalah jenama agensi gergasi dalam dunia komunikasi yang rancak dan bertapak kukuh waktu itu.

These people are the PR and communications industry’s founding fathers. Sehinggakan bila menyebut  Edelman, kita memperkatakan tentang ‘trust’ atau kepercayaan yang menjadi teras keyakinan klien. Richard Edelman menjenamakan agensinya melalui Trust Barometer, yang menjadi teras pemasaran efektifnya. “If you wanted to build trust with your audience, Edelman’s services stand at the ready”. Begitulah prominennya peranan agensi tersebut hinggakan seolah-olah mereka tidak perlu keluar mencari pelanggan malah klien mengejar khidmat mereka.

Pada waktu itu juga nama Adlina Borhan menjulang dalam industri komunikasi. Walaupun tidak beroperasi di bawah agensinya sendiri seperti pemain gah dalam industri, Adlina menjalin hubungan kukuh bersama majikannya, yang ketika itu adalah sebuah rantaian hotel antara bangsa tersohor dunia. Hinggakan, waktu itu jika anda menyebut Hilton seperti lah anda menyebut Adlina Borhan. Begitulah sinonimnya. 

Di situ dan pada ketika itulah kami banyak bekerjasama. Adlina mempromosi hotelnya, saya di media. Masih ingat idea dan promosi hebatnya yang menjadikan coffee house, Paya Serai, hotel Hilton Petaling Jaya tumpuan para VIP, ahli perniagaan tersohor dan artis terkenal tempatan ketika itu seperti Arwah Dato Sharifah Aini dan Dato Khatijah Ibrahim. 

Inilah pilihan pertama masyarakat kota kala menjamu selera mahupun temujani dengan klien perniagaan. Menu bufet makan tengahari dan makan malamnya yang terkenal dengan juadah yang pelbagai lebih lagi apabila di bulan puasa selalunya penuh sesak. Anda perlu buat tempahan, jika tidak jangan terkejut, it’s a full-house walaupun anda datang berbuka puasa untuk dua orang saja. 

Pada setiap musim perayaan misalnya atau sambutan istimewa seperti Hari Setiausaha, Valentine’s Day atau Malam Tahun Baru, masyarakat kota Kuala Lumpur akan menjadikan Hilton sebagai tempat untuk mereka meraikan detik-detik dan saat istimewa itu kerana mereka tahu, selain menu menyelerakan hotel Hilton akan pasti menyuntik elemen keseronokan tersendiri seperti mengundang penyanyi tersohor dari luar seperti Hong Kong dan Filipina atau dari negara Barat. Inilah yang tidak terdapat di tempat lain. Sebagai orang media kami sering mendapat jemputan membuat liputan. It is really something we look forward to!

Bermulanya Detik Kejayaan 

Sejak melancarkan dirinya sebagai satu jenama dalam bidang perhubungan dan komunikasi pemasaran, Adlina Borhan tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Tiada istilah noktah dalam kamus kerjayanya. And don’t mistaken yourself with her extremely petite physics, she is a bomb!  Dan jangan sekali-kali juga terpedaya dengan keperibadiannya yang lemah lembut, she turns into a lioness if you mess up, especially when it boils down to work ethics. Ini juga mempamerkan karektoristik beliau sebagai seorang Virgo yang dikatakan perfectionist.

Lebih tiga dekad bergelumangan dengan industri ini, dan separuh waktu itu berkhidmat di luar negara, kini beliau kembali ke tanah air beroperasi melalui syarikat yang ditubuhkannya sejak 12 tahun lalu. Apa yang membuat Adlina masih satu jenama yang dipercayai dan disegani? Bagi yang mengenalinya, nama Adlina Borhan menterjemakan tentang ideas, trust and communcations in effective marketing. 

It was a natural preference when I chose Marketing & PR as a career. PR is part of the big marketing picture. And for my job and the industry I am in, is super important to appreciate how both functions and integrate together,” katanya apabila ditanya mengapa memilih kerjaya ini. Apalagi tambahnya, sejak kecil sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan komunikasi secara informal oleh kedua ibu bapanya yang juga adalah ahli perniagaan.

Dalam dunia kerjayanya, Adlina mengimbas kembali insan-insan penting yang telah singgah dalam beberapa fasa kehidupannya. Merekalah yang memotivasi dan memberikan beliau inspirasi. Beliau amat terhutang budi pada mereka kerana menyedarkannya tentang harga diri dan menghargai kemampuan sendiri.

In the family, my late parents are true mentors – they ‘enjoy’ running their individual businesses, they ‘work hard, play hard’. Mereka menyuntik inspirasi dan membantu saya menemui kekuatan dan keyakinan diri… dan sekarang saya optimis untuk terus ke hadapan,” cerita Adlina yang amat teruja untuk berkongsi segala pengalaman yang dikutip selama ini dengan generasi muda, “Eer yes…still young at heart. I still subscribe to ‘work hard, play hard’, the same I would tell my young working team,” tambahnya dengan hilai tawa.

Kerjaya pertama beliau dalam dunia komunikasi bermula pada pertengahan 80-an di Hotel Hilton yang ketika itu gah di Jalan Sultan Ismail sebagai Pembantu Perhubungan Awam. Beliau masih terbayang akan betapa hotel itu telah menjadi mercu tanda dan tempat pertemuan para negarawan, dignitori, selebriti terkenal, ahli perniagaan dan sosialit “A list” yang menjadi tetamu regular ketika itu. 

Waktu itu begitu mencabar baginya; berkejar mengendalikan urusan dengan pelbagai jenis media cetak dan elektronik termasuk menguruskan perhubungan dengan rakan kongsi hotel, pembekal, dan tentulah menjaga kepentingan dan kebajikan para tetamu yang menjadi teras perniagaan perhotelan.

“The Hilton brand is amazing. Itu yang menarik minat saya untuk berkerja di situ. Dari situ saya meniti tangga kerjaya dan menyertai Hilton, Petaling Jaya. Designasi terakhir saya di situ pada tahun 90-an adalah sebagai petugas serantau Asia Pac dalam komunikasi pemasaran yang berpusat di Kuala Lumpur yang mana ketika itu ibu pejabat serantau Hilton terletak di Singapura. I had great time,” pintas dengan senyuman puas. 

Ketika itulah beliau banyak belajar selok-belok jaringan komunikasi pemasaran memberi khidmat di peringkat multinational dan jenama tempatan serantau. Bertugas di Hilton Kuching/Batang Ai dan Tourism Malaysia kemudiannya, mengukuhkan lagi pengalaman dan keyakinannya.

“Oh, terlalu banyak yang telah kami jayakan…on the hotel front that we,” pintasnya dan terhenti seketika dan menyambung, “Saya percaya apa jua kejayaan tidak datang dari seorang petugas atau ketua, a job is accomplished together as a team,” pantas beliau memintas ketika menyebut perihal kejayaannya dan pembaharuan yang diperkenalkan di hotel tersebut. 

Cabaran utama bagi Adlina ialah waktu itu ialah menyokong bahagian pusat hasil untuk mencapai target. Beliau perlu memikirkan cara dan bagaimana membantu bahagian lain seperti bagaimana membantu rakan sekerja untuk memenuhkan bilik-bilik, dewan banquet dan restauran yang ada di hotel tersebut. Yang pasti, perniagaan perhotelan adalah kreatif, inovatif dan beliau seronok setiap saat sepanjang bertugas di Hilton.

The ‘always’ sold out concerts for Anita Sarawak and the band, American Dream and other local and international artists. Promosi Opera China yang pertama, ‘Dream of the Red Chamber’ di  Hilton PJ termasuklah usaha memenuhkan semua restaurant milik hotel dengan acara buffet signatur untuk seluruh keluarga di Paya Serai sesuatu kelainan yang tidak pernah ada di tempat lain ketika itu,” jelasnya.

“Hilton then was a trend-setter,” katanya bangga, “ Yes…komuniti media pula ketika itu menyokong idea kami sepenuhnya. Saya rasa kami begitu kreatif waktu itu dan sentiasa perkenalkan idea baru, dan pihak media pula menghargainya dan mainkan peranan mereka.”

Peranannya di bahagian korporat pula menurut Adlina turut berkembang; pada masa itu perhubungan awam mula memuncak di pusat peranginan hutan Batang Ai in Sarawak, dan tugasnya semakin mencabar, dengan pembukaan Hilton Hanoi, Hilton Maldives di Rangali, dan kemunculan Hilton di China pada awal 90-an dan pelancaran logo PR global serata dunia yang memperkenalkan identiti baru logo Hilton seperti yang masih ada sekarang telah dilancarkan di Singapura.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13633″][thb_gap height=”40″]
Dunia PR, Pemasaran dan Pelancongan

Sementara itu Adlina mengembangkan sayap kewibawaannya dan beralih angin ke dunia pelancongan. Di Paris, rakan dalam industri pelancongan menggelar dan mengenalinya sebagai Adlina “Malasie’ (Malaysia) katanya ketawa.

“… that’s not bad to remember about the destination, right?”, Ketika di Tourism Malaysia, bersama team Perancisnya, mereka berjaya meningkatkan jumlah pelancong Perancis ke Malaysia iaitu daripada 23,700 pada tahun 2003 meningkat kepada hampir 100,000 pelancong kala beliau meninggalkan Tourism Malaysia 2008.  That was phenomenal, I am glad to say the French loves Malaysia,” tambahnya bangga.

Pada tahun tersebut juga beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pavillion Direthe Malaysian Pavillion di World Expo Zaragoza di Spain in 2008, dan sekali lagi Adlina berjaya membawa pengunjung ke Pavilion Malaysia. Satu pencapaian yang menakjubkan. 

Semakin banyak cabaran dan terhimpunnya kejayaan demi kejayaan membuat Adlina semakin selesa dan minat terhadap kerjayanya. Dirinya menjadi bertambah kreatif dan inovatif dan sentiasa membuka peluang baginya berinteraksi dengan masyarakat di pelbagai lapisan dan latar belakang. Secara tidak langsung ia membentuk satu sifat menghargai orang yang mana beliau rasa amat penting dalam membantunya meramal apa yang disukai oleh tetamu dan pelanggan hotel atau sesiapa saja, dan perkembangan itu membantu dalam pemasaran perhotelan.

Setiap orang penting dalam industri ini tahu kekuatan masing-masing dan begitu juga Adlina. Beliau mengaitkannya dengan kreativiti. Ini elemen penting katanya dalam dunia kerjayanya. Selain kreatif beliau sering membuka minda untuk berbincang perihal peluang yang boleh membantu peningkatan perniagaan dan pembangunan modal insan, yang beliau yakin sesuatu yang perlu diberi tumpuan.

“Sebab itu saya terbuka jika ada orang muda membawa sesuatu atau kemahiran baru ke dalam organisasi yang saya terajui. I have great respect for people and recognises every individual own talents. And I am a detailed person, I guess the nature of my work and personality tie it all up together”

Selain jaringan kerja dan konteks, penguasaan bahasa memainkan peranan penting katanya. Selain berbahasa Inggeris, beliau boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis dan sedikit Jerman kerana kebetulan suaminya orang Suisse jadi beliau mengambil kira untuk mempelajari bahasa tersebut.

“I understand the people and business culture and fluent with the business expectations – how to do business in France or create a market in France/Europe and vice versa for French/Europeans to Malaysia,” jelas Adlina yang mampu menghubungkan kedua-duanya dengan efisien.

Beliau juga enggan tunduk pada komunikasi cara lama seperti mendedahkan sesuatu jenama dan menjadikannya mampu akses di media, sebaliknya mewujudkan satu ruang mistik sekitar Apple melalui produknya termasuklah iPhone, iPad, iPod, dan Mac. “Relegating agency partners Bite and Edelman to press conference organizers, Cotton eventually brought Apple’s comms in-house, a model that proved enormously effective for the brand,” tambahnya memberi contoh.

Antara Kuala Lumpur, Paris dan Zurich 

Bagaimana seorang highflyer sepertinya yang berantau merata pelosok dunia, berkahwin pula dengan orang asing dan menginap di dua tempat; Paris dan Zurich lebih dua dekad menebalkan jati dirinya?  

“I was never lost in my feelings because I am a true grounded ‘Malaysian’. Saya sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Malah saya balik kampung dua atau tiga kali setahun sementara keluarga saya datang sekali setiap tahun untuk menjenguk saya. Di sana saya juga ada ramai kenalan dari Malaysia yang menetap atau tinggal di sana atas sebab kerja.

Oui c’est Paris, tidak sia-sia bahasa Perancis yang dipelajarinya ketika menuntut di UiTM kerana ia membantu ketika beliau menetap di sana pada 2001. Bagi memantapkan lagi bahasa Jermannya beliau menyertai Goethe Institute di  Kuala Lumpur. Sepanjang di luar negara Adlina sentiasa berhubungan dengan Kedutaan Malaysia di Paris dan Berne dan masyarakat Malaysia di sana. Mungkin itulah sebabnya beliau tidak pernah berasa terasing di dunia luar.

Paris is magnificent, still amazes me until today, you must get to know the true heart of Paris …when it beats and when it charms you,” katanya mengimbas semula detik-detik indah, “kafe kecil di sudut, kedai buku, the hidden gems of Parisian life….the markets, the baguette and croissant. I love simplicities … that I can enjoy over weekends. Di Switzerland, saya dan suami gemar berbasikal pada ujung minggu atau memandu ke Lugano atau menjengah ibu dan bapa mentua saya. You see, I was pretty occupied and still is…

My love and passion is still Malaysia, so you can imagine the high standards I set, in order for the French and Spanish locals to understand our Malaysian culture, our people, our arts, our beautiful islands, beaches, kampung-kampong… in fact our way of life, leisure and business. Saya suka batik dan saya gayakannya pada musim panas, setidak-tidakpun lilitan skaf yang mana banyak saya beli di Karyaneka ketika di lapangan terbang, dan saya seronok setiap kali membeli produk batik Malaysia untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderahati.” 

Tidak hairanlah mengapa Adlina begitu teruja apabila pakaian yang majalah WM pilih untuk sesi fotografi kulit adalah batik ciptaan Rasta Rashid, pereka batik terkenal Malaysia ketika ini. Beliau meminati semua pakaian yang dipilih untuknya dan menariknya beliau terus membeli sehelai trench coat dan berhasrat menjengah ke butik itu untuk melihat koleksi lain jika ada yang berkenan di hatinya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13632″][thb_gap height=”40″]

Kerana pejabatnya berpusat di Paris, beliau pulang ke Zurich dua kali setiap bulan dengan keretapi TGV Lyria. Di sana, perkhidmatan pengangkutan awam begitu efisien, beliau yang tidak gemar memandu sentiasa menggunakan kenderaan awam untuk ke mana saja. Arwah suaminya, Kurt amat pendorong dan prihatin sifatnya, setiap kali pulang dia tidak pernah gagal menjemputnya di stesen, melainkan jika dia sedang bermain golf di tempat lain yang mana menurutnya paling jarang berlaku.

“Furthermore, my Suisse family (in-laws) is so adorable, they respect our belief and culture. Arwah suami saya, Kurt atau nama Melayunya Khalil adalah seorang yang peramah, down to earth ‘cinta’, husband and a friend,” imbas Adlina. Saya banyak belajar daripadanya menjadi seorang yang praktikal, berterus terang dan berkongsi perasaan. I guess that’s why we got to be so bonded for a longest time…and I keep those fond memories of 25 years being together, still so fresh in my mind,” tambahnya syahdu.

Mungkin telah ditakdirkan cinta mereka kekal dan akan sentiasa dekat, Khalil meninggal ketika mereka berada di Malaysia. Oleh kerana itu Adlina kini memilih untuk menghabiskan 60 peratus masanya beroperasi di Malaysia, dan selebihnya bertugas antara Paris dan Zurich.

Prinsip Kerja 

Adlina percaya bahawa bekerja sebagai satu pasukan lebih baik. Tidak kiralah sama ada secara tetap atau kontrak, I believe in team work, period. Perlu kesan kekuatan signifikan pada setiap individu dalam kumpulan kita, kemudian gabungkan kekuatan mereka untuk menjayakan sesuatu tugasan. Tapi perlu ingat, mereka mesti diberi peluang untuk mengekspresi diri, didorong dan disokong supaya impak kejayaan projek lebih ketara.

Sejak 2008, Adlina mengurus syarikat pemasaran dan komunikasi Ab & Artho. Syarikatnya memberi perkhidamatan pemasaran dan perhubungan awam, menyediakan khidmat runding bagi pembangunan jenama dan produk baru termasuk perkhimatan lain yang menyentuh gaya hidup seperti restoran dan pelancongan. 

“Kami menawarkan kepelbagaian khidmat runding pemasaran dan komunikasi termasuklah pengiklanan, pemasaran perhubungan pelanggan, pemasaran digital, perancangan strategik, khidmat runding pengkalan data, perhubungan awam dan pengaktifan. The hallmark of our brand-building capabilities is the balance of global and local brands within a worldwide network.”

Beliau yakin tentang kuasa jenama dan adalah misinya untuk menjadi syarikatnya sebagai agensi yang dicari oleh mereka yang menghargai kuasa jenama. Adina juga sedang mencari bakat baru bagi menyuntik idea segar, pengalaman dan perspektif baru yang mempunyai semangat serta dinamik yang sama tentang jenama dan penjenamaan. 

Terkini katanya, mereka membantu syarikat tempatan untuk mempromosi Hawkers Avenue at The Rock Place, yang mensasarkan kumpulan millennials and hipsters juga keluarga. Di situ ada penjaja makanan tempatan dan Barat sementara terdapat juga ruang acara ‘The Warehouse’ yang menarik dengan rekabentuk cool industrial chic dan boleh memuatkan 200 orang yang dijadualkan beroperasi pada pertengahan Januari ini. Cabarannya ialah untuk membantu pemilik memasarkan ruang niaga dan kini mendapat respons yang baik. Antara yang mesti dicuba katanya ialah Satay Sheikh.

“Saya banyak bekerja dengan generasi muda. Dan kehidupan saya penuh dengan pengalaman pembelajaran yang berterusan malah sentiasa teruja untuk mempelajari sesuatu yang baru. I don’t call it quits yet as I want to train young talents what it takes to be called an expert, a specialist or professional, and how they can contribute their part in nation building, how I did before, they can do it too…with passion,” pintasnya ikhlas.

Terlalu banyak kejayaan besar yang telah dicapainya, sekadar menyebut beberapa kejayaannya dalam khidmat runding dan kemahirannya berkomunikasi dan memasarkan jenama, menurut Adlina antaranya ialah menyokong satu klien Perancis yang mana acara jelajah mereka, Paris Convention & Visitors Bureau memerlukan mereka untuk menarik pasaran Thailand, Malaysia, Singapore, Indonesia and Philippines.

Jelajah tersebut telah menumpukan key decision makers, experienced people dalam industri, juga bakat muda yang ada dalam pasaran termasuklah team Perancis kepada satu misi pelancongan bagi mempromosi Perancis kepada negara yang disebut tadi.

“Seandainya anda tidak faham akan budaya perniagaan orang Perancis, cara pemikiran mereka bagi menggabungkan kedua-dua kota tersebut dan masyarakatnya, mungkin itu akan menjadi cabaran yang sukar untuk dilaksanakan,” tambahnya, “Team Malaysia saya yang terdiri daripada beberapa orang muda telah menjalankan misi ini sejak tiga tahu lalu. I guided them and they are now rounded to handle the mission,” katanya puas. 

Kini beliau juga amat teruja dan penuh debaran kerana sedang mengendalikan satu projek istimewa untuk melancarkan semula satu jenama gaya hidup tempatan dan akan diadakan pada musim bunga 2021.

Berkaitan sistem dan prinsip pengendalian acara atau sesuatu situasi, Adlina berpendapat setiap acara atau majlis dan situasi perlu ditangani dan diperhalusi secara berasingan kerana mempunyai cabarannya yang tersendiri. Terbaik apabila berlaku sesuatu situasi dengan klien mahupun team, Adlina mengunjurkan satu kompromi dan biasanya akan muncul cara mengatasinya.

“Kefahaman dan kerjasama penting. In any case, prior to any event, we build our action plans, so we are guided with an efficient structure and timeline that we discussed and agreed by the client. Jika timbul masalah kami biasanya akan menjurus ke akar masalah dan selesaikannya dengan sempurna.”  

“Bagi melancarkan jadual dan memberi keutamaan dalam tugas, setiap orang dalam team saya berikan tugas dan deadlines. Dan mereka mengatur perjumpaan mingguan untuk membentangkan kemajuan tugas masing-masing dan dari situ mereka kaji dan akan tahu klien atau projek yang memerlukan keutamaan atau jika timbul masalah. Kami turut mewujudkan chat group untuk setiap klien berkongsi perkembanagan terkini dan lakukan tindakan sepatutnya. Cara itu berkesan setakat ini,” katanya

Diminta berkongsi pengalamannya yang berharga, beliau merasakan, ketika ditugaskan untuk merombak semula strategi pemasaran pelancongan untuk pasaran Perancis dan Spain, bersama team dan pembeli adalah tugas mencabar. 

“Kami telah layari informasi melalui data dan kaji selidik,” tegasnya, “Dan sekiranya lah kaedah tersebut tidak menjadi, hey! We need a new direction. And I believe until today, we are still capable to exploit more visitors from these markets into Malaysia. There are plenty of ‘white spaces’ to work on.” 

Berkaitan cabaran teknologi tinggi dan strategi industri hari ini, Adlina akui teknologi telah mengubah gaya hidup masyarakat dunia. Begitupun beliau lebih suka mengambil jalan tenang. Adlina banyak membaca bahan tentang perniagaan dan pemasaran. Baginya, ‘less is more and small is the new big’ (dalam bentuk kualiti). 

Terbaik katanya adalah mengikut rentak arus pembangunan pada masa yang sama imbangi dengan cara tradisi kerana sesetengah masalah atau cara masih memerlukan gabungan kedua-duanya – The classic PR and marketing are the foundation, go back to basics and you inject to integrate the digital and social universe into your chain of work. 

Kesan pandemik sedikit sebanyak merubah jadual dan rangka kerja syarikat. Kala ini kebanyakan mesyuarat dilakukan secara virtual dan website syarikat juga sedang melalui proses rombakan dan kami berharap dapat ke udara secara live pada penghujung Januari ini.

Bagi mereka yang ingin berurusan, bolehlah ikuti IG perniagaan saya di IG @abarthoparis atau business Twitter @adlinaartho, juga di Linkedin.

Pada ketika syarikatnya sedang membentuk satu projek PR solidarati pelancongan www.travelmalaysisefair.com  atau IG @travelmalaysiaefair bagi membantu perniagaan tempatan dengan cara memuatnaik tawaran mereka. Jika ada sesiapa yang kini menjalan perniagaan dalam pelancongan bolehlah mempromosi produk atau khidmat mereka. Mereka boleh berhubung melalui IG atau FB atau the website. Penyertaan adalah percuma.

Paris Mengajarnya Tentang Gaya 

Walaupun meminati fesyen dan tinggal bertahun di Paris yang merupakan kota fesyen tersohor dunia, wanita genit ini mempunyai fashion statement yang tersendiri. Masyarakat Paris terkenal malah sinonim dengan gaya. Begitupun katanya, mereka dressed chic and stylish, they don’t overdo. Dulu beliau sering menghadiri pertunjukan fesyen ketika berlangsung Paris Fashion Week, untuk mendapatkan tips gaya dan mencari inspirasi bagi orang dalam industri komunikasi dan pelancongan sepertinya. 

Paris Fashion Week adalah satu perniagaan penting bagi ekonomi Perancisis, di mana para pembeli dari serata pelosok dunia datang membeli. Media bertemu mencari berita fesyen dan di mana para pembeli bertumpu untuk mencari produk fesyen terkini. 

“I don’t slave myself to fashion,” katanya, “Saya sentiasa setia pada gaya klasik bila berpakaian, bak untuk kerja, hujung minggu mahupun menghadiri majlis, no over the top or  bling bling please…I invest in good basics that complements well with any activities or events I go for, Tegasnya. I don’t have any fashion icon in particular too, as I appreciate people in general who dress chic and exude style & confidence.”  

Nasihat beliau buat orang muda yang ingin menceburi diri ke dalam industri ini, Pertamanya, mereka mesti boleh bertutur dan menulis dengan baik terutamanya dalam dalam Bahasa Inggeris. Like it or not, the marketing world is global. English is core, tegas beliau.

I talk a lot with the young to get a feel of how they do and structure their work and how they as young new talents can move up – not having that ‘googlelised’ syndrome kind of work – we need to help develop a creative, knowledgeable, thinking and resourceful type people at work. Apa yang saya perhatikan mutu bahasa Inggeris di kalangan graduan muda amat menyedihkan.”

Adlina menyarankan supaya jangan malu atau malas untuk mengambil masa bercakap ataupun untuk menyertai kelas-kelas Bahasa Inggeris mahupun bahasa lain. Buat homework dan laburlah masa untuk membaca dan langgan saluran yang boleh membantu. Perlu ada sifat suka bertanya dan ingin tahu tentang sesuatu yang tidak pasti.

Dunia pemasaran katanya bukan sekadar media sosial. Ini hanyalah salah satu daripada alat tetapi perkembangan teknologi sepatut menyerlahkan lagi kemampuan dalam bidang digital; untuk menjadi kreatif, efisien dan menepati masa. Cari kecemerlangan diri dan belajar lah bahawa dunia perniagaan hari ini berteraskan collaboration, alliances and partnerships. 

Beranilah keluar dari keompong masing-masing dan kembangkan jaringan. Nobody works alone, so get out from your solo world to expand your network.

Merci beaucoup! Adlina daripada majalah WM kerana berkongsi pengalaman yang berharga ini. Semoga 2021 ini membuka seribu peluang dan jayaan buat Adlina dan team di Ab & Artho.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13590″][thb_gap height=”40″]

Related posts

SELEPAS 15 TAHUN DALAM DUNIA FESYEN ‘A Tale of The Bright Young Designer FIZIWOO’ 

Wirda Adnan

HALIMA ADEN

adminwm

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

admin

Leave a Comment