Saya membelek muka di cermin menilik garis-garis halus yang semakin banyak terutama di tepi mata. Macam mana nak menyingkirkan ini? Lagi satu yang saya perasan rongga di muka yang saya sedari dulu mengalaminya.
Aduhai, habis satu jam masa dibazirkan begitu saja akibat melayankan sifat low self esteem yang terbawa-bawa semenjak petang tadi.
Ceritanya, saya di White Studio kerana ada penggambaran muka depan bersama Dorothy Ng. Dan dialah penyebab saya melekat di cermin. Do you know the feeling when you meet someone so attractive that you become so insecure? Itulah yang saya rasa tika berdiri sebelah Dorothy. Kulit mukanya bersih mulus macam kulit baby, membuat saya cemburu. Terbayang bagaimana teliti dia menjaga kecantikan; pasti dia membersih, melumur skrub, membelai manja dengan krim sewangi koko dan kemudian put oh her best clothes and perfume, walau ketika tiada special occasion. She must be treating herself like a queen. Dan pasti rutinnya disertai senaman supaya badan berpeluh, menyahkeluar segala toksik.
Yang saya sebutkan di atas tidak banyak beza dengan yang dilakukannya, namun lebih hebat lagi kerana Dorothy ada Doktor Estetik, Asst. Prof. Dr. Edmond Ng, yang menyediakan rawatan yang dicipta khas bersesuaian dengan kulitnya dan dilakukan secara berkala di Xeoul Clinic milik Dorothy, yang diusahakan bersama Dr. Edmond sendiri. Dan dalam pada menaip ini, saya berselang seli scroll Instagram Xeoul Clinic dan sedang berkira-kira melanggan pakej istimewa Tahun Baru Cina. Mengenangkan masalah rongga di muka, seeloknya saya mencuba promosi tiga sesi rawatan Rejuran Skin Booster. Sementara harganya tengah menjunam, dapat jimat duit dan kulit pun boleh diperbaik.
Cheongsam : Melinda Looi
Aksesori : Koleksi peribadi Dorothy Ng
Dorothy Ng, sewaktu kecil dia membesar di Singapura dalam keluarga yang dipenuhi cinta dan gelak tawa dan tentunya ada a lot of business discussion-teaching sessions, berikutan latar belakang ibu bapanya dalam bidang perniagaan. Kerjaya dalam bisnes juga bermula dengan bekerja di syarikat bapa yang mengusahakan auto parts import-eksport business, kemudian menyertai ibunya yang menjalankan perniagaan kecantikan. Hari ini, Dorothy adalah Pengarah Urusan Xeoul Clinic, di bawah syarikat Xeoul Global yang menjalankan operasi di Empire Shopping Gallery. Sedikit tentang Xeoul Clinic, ia merupakan klinik kecantikan moden yang menempatkan lebih 10 pasukan perubatan profesional yang memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman dan berdedikasi dalam menyediakan pesakit dengan rawatan estetik yang selamat, efektif dari kepala sampai ke kaki. Pelbagai rawatan yang doktor di sini boleh lakukan meliputi empat area utama; yang pertama wajah dan kulit (Botulinum Toxin, Dermal Fillers, Fractional CO2 Laser Treatment dan Q-Switch NdYag Laser Treatment), yang kedua badan (Weight loss treatment with BTL Vanquish Me dan BTL Vanquish Flex) yang ketiga pula adalah bahagian muka (Chemical Peel Treatments) dan seterusnya rambut dan estetik (rawatan Regenera Activa.) Selain itu, untuk klien atau pesakit yang mahu menjalani rawatan kecantikan yang memerlukan pembedahan, Xeoul Clinic boleh mencadangkan doktor pakar pembedahan plastik terbaik di Korea Selatan kerana mereka menjalin kerjasama dengan lebih 10 klinik kecantikan yang sudah established di sana dan yang pentingnya, di setiap klinik ini memiliki pakar perubatan terkemuka dalam semua bidang beautification and reconstruction daripada atas ke bawah (head to toe) mengikut keperluan dan keinginan klien.
Pada awal pertemuan, Dorothy sebetulnya nampak seperti seorang yang pendiam, namun sebaik didekati, persepsi bertukar kerana yang sebenar orangnya jauh lebih menyeronokkan dan sporting depan kamera. Katanya pada Fendi Shas semasa penggambaran, “Just tell me what you want me to do, I will do it.” Saya sendiri senang melihatnya, tambahan petang itu rasa teruja sekali sementelah penggambaran diadakan di studio Bustamam Mokhtar, yang biasa menjadi lokasi pemotretan ramai artis jelita dan ternama, dan satu masa dulu menjadi tempat Wirda Adnan menterjemah cita rasanya dalam fesyen, mengetuai beratus atau barangkali beribu sesi photoshoot dan tak dilupa di situlah, di pojok itu menjadi saksi Kak Wirda menempelak dan memarahi anak buahnya termasuk Bustamam sendiri jika ada hal yang tak berkenan di matanya. Ini Fendi yang cerita. Hihi. Dan kebetulan Peter Lum juga ada petang itu. Lum merupakan PR kepada Dorothy, dan dia juga adalah orang lama dalam bidang fesyen. Melihat mereka di studio, ditambah dengan kehadiran Mahani Awang, wow, rasa macam satu reunion!
Dress : Melinda Looi
Sepatu & Aksesori : Koleksi peribadi Dorothy Ng
Berbalik pada Dorothy yang jelita, dengan staf di klinik juga tidak banyak beza, boleh saling melawak. Dia tidak selesa berada dalam environment kerja yang terlalu serius, kerana klien datang dengan harapan nak cantik jadi aura yang disebarkan mesti yang menyenangkan. “Generally, I have a democratic management style, I do not like to micro-manage people. I like to think of our company as our family where we have instilled our core mindset of the importance of the well being of the company and everyone in it.”
Dorothy menikmati chapter paling berjaya dalam kehidupannya kini atas jasa ibu bapa. “They are one entity to me. Both have moulded me to be the person I am today. My mother who is fearless yet nurturing. My father for his business savvy and acumen.” Dan dia juga ada suami yang turut menyokong kerjayanya. “Without his love, support and encouragement I would not be the woman that I am,” sebutnya tentang her gentleman and loving husband.
Betapa indah hidup ini jika didampingi seorang insan yang kita cintai. Saya membayangkan diri di tempatnya, sama-sama berkongsi tentang harapan masa depan, mahupun impian yang barangkali semakin menjauh. Bersama insan yang kita sayang, warna kelihatan lebih terang, ketawa seolah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di mana sebelum ini ia jarang atau mungkin tidak wujud sama sekali.
Begitulah kehidupannya bersama suami. Dan yang seronoknya, mereka tidak selfish, tidak hanya menikmati cinta sesama sendiri, sebaliknya mereka mahu menyebarkan supaya orang lain dapat merasainya. Dan dia bercadang membuka organisasi amal menolong orang tua. Siapa sangka dia mendapat ilham ketika berada di tempat yang panas, bising dan penuh debu? “Having worked in industrial areas, I found it heart wrenching to see old people going around in the hot sun with their bicycles or on foot with their carts collecting scrap and wastes to sell to traders. Jadi saya mahu membuka badan amal sendiri untuk memberikan mereka sebuah tempat tinggal yang selesa, makan minum yang terjaga termasuk penjagaan kesihatan supaya mereka dapat menjalani hidup yang lebih baik dan gembira.
Tidak puas bersembang dengan Dorothy di studio, banyak lagi yang mahu kami korek daripadanya, jadi Kak Wirda menghantar satu set soalan tentang dirinya, latar belakang dan mahu tahu pendapatnya tentang penuaan. Teruskan membaca di bawah.
Ceritakan tentang latar belakang Dorothy, juga sedikit tentang famili dan perniagaan?
Saya adalah kakak sulung kepada dua orang adik perempuan yang cantik dan baik hati. Sebelum ini, iaitu semasa kecil kami sekeluarga tinggal di Singapura dan seketika kemudian baru pindah ke Malaysia, jadi saya lebih fasih berbahasa Cina dan Inggeris. I graduated with a Degree with Finance and Management from Monash University. Saya mula bekerja untuk ayah saya dalam perniagaan import-eksportnya dan kemudian mengikuti langkah ibu saya ke dalam perniagaan kecantikan. Saya bekerjasama dengan Dr. Edmond Ng dan kami menubuhkan Xeoul Global yang memberi tumpuan kepada estetika di Malaysia dan di luar negara.
You’re blessed with good look. What is your beauty regime?
Saya percaya terdapat banyak regime kecantikan dan untuk menjaganya bukan hanya memberi tumpuan pada kulit sebaliknya juga kesihatan badan dan minda. Quality skincare is of course a must and I make sure my skin is cleansed thoroughly before I sleep everyday. My partner, Dr Edmond helps keep my skin looking youthful and healthy with the specific treatments he customises for me regularly in our clinic. Selain itu, saya bersenam secara konsisten, minum banyak air, eat clean dan sentiasa mengekalkan happy thoughts untuk maintain positive mindset dan energy.
Dress & Aksesori : Koleksi peribadi Dorothy Ng
Yang membuatkan anda bangga dengan diri anda sendiri?
Saya berbangga dengan kerjaya saya dan bangga kerana saya mempunyai pengetahuan luas dalam bidang ini. I am also proud of my sense of adventure and open-mind, I am always curious and open to new technologies, techniques, concepts and ideas.
Apakah benda yang paling menyihatkan dan tidak menyihatkan yang anda kerap lakukan?
Saya suka desserts! I have developed a sweet tooth and love desserts after my meal. Sarapan mesti makan Nutella dan roti bakar dan saya juga obses dengan dark chocolate dan frozen yoghurt. Berlawanan dengan makanan tak menyihatkan itu, saya minum tiga liter air setiap hari dan bersenam tiga kali seminggu.
When someone comments about how beautiful you are, what is your immediate reply?
Thank you. I try =) It’s my job.
On your best days, who do you want standing next to you?
On my best days, I want my husband standing next to me, without his love, support and encouragement I will not be the woman that I am.
What the one word that perfectly explains who you are?
Quirky!
Dress : Koleksi peribadi Dorothy Ng
Bagaimana mengimbangi kehidupan atau peranan sebagai isteri dan kerjaya profesional anda? What have you sacrificed both personally and professionally at each stage of your career?
Saya cuba mencari waktu berdating dengan suami, selalunya akan makan malam di restoran kegemaran atau kadang menjengah restoran baru. We are both avid foodies and love adventurous food. We do try to get away to new and interesting places where we have never been and explore various food and culture. Kalau tidak rasa nak keluar, saya dan suami akan duduk-duduk saja di rumah menonton tv, memesan makanan dari luar and hanging out with our dogs. Saya ada jadual kerja yang padat, perlu berjumpa ramai orang untuk urusan kerja dan sosial, juga komitmen terhadap keluarga saya. I do not have a lot of time to myself or vacations. I would love to have more time to travel to visit family living abroad and spend more time with the family at home. Time is always a sacrifice.
What brings you the most joy in life?
I love to be able to bring value to someone’s life, to inspire and help people to grow and achieve their goals or just to have a more positive mindset and be happy.
What belief do you have that most people disagree with?
Nothing is impossible. There is always a way and a smarter and easier way to get it done.
Impian yang anda mahu capai sebelum usia 50-an?
I would like to have children and be a good mother dan membuka organisasi amal sendiri.
Dress : Melinda Looi
Aksesori : Koleksi peribadi Dorothy Ng
Aktiviti anda di rumah selepas seharian sibuk berkejaran di tempat kerja?
I would sit in my massage chair and watch something light on tv, just unwind and shut down my thoughts before I head to bed.
Tempat paling menarik atau paling santai yang anda pernah kunjungi?
Sicily! Untuk keindahan yang teramat mempesonakan. I love the food and the place is just unpretentious, rustic and charming.
If your life had a theme song, what would it be?
You Learn by Alanis Morissette
Satu perkara atau bucket list yang anda rasa setiap orang mesti lakukan sepanjang hidup mereka?
Scuba diving. Saya pernah mencubanya dan saya sangat cadangkan orang lain melakukannya juga paling tidak sekali dalam seumur hidup. To be completely out of our element in the ocean and to see a majestic manta ray.
Apakah yang anda boleh berikan selama setengah jam presentation tanpa sebarang persiapan?
Saya boleh melakukan presentation tentang apa yang saya rasakan cara terbaik menjaga diri secara dalaman, luaran dan mental, setiap hari supaya anda dapat menjalani hidup yang sihat, cantik dan bahagia.
What is something that is considered a luxury, but you don’t think you could live without?
Options. To be able to choose what I want to eat, what I want to wear, how I want to live, what I want to do. These are luxuries in life that not everyone in the world has.
Apakah yang anda rasa terbaik dan paling teruk tentang usia yang semakin meningkat?
Yang terbaik pada saya adalah wisdom dan pengalaman-pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan yang dilalui selama ini. Orang yang saya temui mereka semua datang dengan pelbagai kebaikan dan memberikan memori yang saya kenang, mereka memperkaya hidup saya, ada keupayaan untuk mengutamakan perkara yang penting dan meninggalkan yang sebaliknya, juga ketenangan dan zen yang datang lebih mudah seiring dengan usia.Yang teruk pula, penuaan fizikal and watching those you love age around you. Nevertheless, I do enjoy the never-ending quest to find ways to reverse ageing and to age gracefully.
Penghargaan Teks: Shaufik Yunus Pakaian: Melinda Looi (untuk hiasan penghias kulit) cheongsam hijau dan dress digital print, juga memakai koleksi peribadi Dorothy Ng Kasut dan aksesori: Koleksi peribadi Dorothy Ng Solekan: Helmy Sharip Penggayaan Rambut: Faizal Azhar Jurugambar: Fendi Shas Lokasi: White Studio Arahan Seni: Wirda Adnan dan Mahani Awang Terima kasih kepada Peter Lum dan Kar Lai