COVER STORY

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

Teringat kata pujangga Hamka, “Air mata berasa asin itu karenanya air mata adalah garam kehidupan.” Ya, tak sedap rasanya air mata tetapi ia masih berasa. Begitulah hari-hari yang kita lalui tidak semuanya indah tetapi ada makna. Kita mahukan kehidupan yang mengujakan, lancar perjalanan dan penuh kekayaan tetapi siapa pun yang dapat menduga apa yang berlaku seterusnya?

Begitulah yang dilalui Didie Nasir Yassif. Daripada ‘the glitz and glam’ kehidupan berubah, memaksa diri menyesuaikan dengan norma baru sebagai pesakit kanser kolon tahap empat. Pun begitu saya tabik kerana Didie kekal positif. Dia senang sekali berkongsi gaya hidupnya sebagai pesakit kanser di media sosial. Daripada pengalaman melalui lapan sesi kemoterapi, tentang emosi yang terganggu sepanjang menjalani kehidupan norma baru, malah turut berkongsi moment membotakkan rambut. Dan saya tersentuh sekali tatkala membaca nukilannya berkisar anak dan suami dan tatkala membaca bait yang ini, “Yassif I want you to know that I’ll use every single fiber in my body to fight this,” membuatkan saya pilu sekali. Semoga cinta mereka terus membara sehingga mentari sejuk dan bintang-bintang menjadi tua…

Wirda Adnan ke kediamannya di Glenmarie Golf & Country Club bagi merakam potret Didie dalam penampilan barunya yang cukup chic dan mendengarnya bercerita tentang musuh utamanya ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13093″][thb_gap height=”40″]

Baca selanjutnya temubual bersama Didie Nasir di bawah;

Pertama terima kasih kerana sudi menerima jemputan majalahwm untuk mengambil gambar dan mengajak Didie bercerita mengenai pengalaman. Dan ini berbeza dengan ramai pesakit kanser yang tidak sudi langsung untuk berbuat demikian. Apa yang membuat Didie begitu positif menghadapinya?

Sejujurnya, saya seorang yang positif, tetapi sebaliknya yang berlaku ketika diadiagnosis menghidapi barah. Saya merasakan dunia saya seperti sudah hancur. Selepas dua bulan hidup dalam kekecewaan, saya menyedari bahawa ujian yang saya tempuhi ini adalah dugaan yang didatangkan oleh Allah kepada saya dan saya benar-benar percaya bahawa ada hikmah yang besar di sebalik semua ini. Dari situ saya berhasrat mahu menjadi suara yang membawa kepada perubahan. Saya mahu orang yang senasib tidak hilang harapan dan meneruskan kehidupan dengan terus melangkah ke hadapan.

Ceritakan sedikit mengenai perasaan Didie sebaik diberitahu oleh suami/ ahli keluarga (yang sewaktu anda di hospital dirahsiakan).

Saya ditahan di hospital selama 16 hari selepas menjalani dua pembedahan besar berturut-turut. Mereka memberitahu saya tiga hari sebelum saya keluar hospital. Dan saya masih ingat detik itu dengan jelas. Ketika doktor memberi penerangan, fikiran saya seperti di awang-awangan dan saya berharap akan lekas bangun daripada mimpi yang seburuk itu. Untuk sesaat saya merasakan jiwa saya telah hilang. Ia adalah satu fasa yang penuh trauma.

Didie memberitahu kini di tahap empat (kanser usus), yang ramai malah takut menyebutnya, tetapi Didie kuat menghadapinya, terutama melalui proses kemoterapi. Ceritakan sedikit bagaimana Didie menghadapi semua ini?

Yang sebenar, saya mahu melalui proses penyembuhan secara semulajadi dan holistik, namun saya merasakan bahawa saya tidak mempunyai pilihan selain menjalani kemoterapi. Apabila didiagnosis menghidapi barah tahap empat, nasihat yang paling umum yang anda akan dengar adalah merawatnya secara agerisf dan begitulah cara saya mahu mengatasinya. Kesan sampingan kemoterapi boleh menjadi sangat melampau bagi sesetengah orang, tetapi Alhamdulillah badan saya dapat mengatasinya dengan kesan sampingan yang kecil dan terkawal. It also helped with the fact that we sent the tumor to America for testing . This test explained what treatment would suit best for that tumor type. But I would also say that mental attitude plays a big role when going through this process.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”13094″][thb_gap height=”40″]
Nampak suami dan ahli keluarga ibu/ayah/adik beradik banyak membantu/moral support. Apa yang hendak Didie katakan kepada mereka?
Anak-anak Didie masih kecil, adakah mereka tahu, apa yang Didie sedang hadapi?

I don’t think anyone can go through cancer alone. Saya teramat bersyukur memiliki sistem sokongan yang kuat, bukan hanya daripada keluarga dan rakan tetapi juga orang luar yang mana tidak saya kenali secara peribadi yang merupakan pengikut saya di media sosial. Setiap kali berpeluang, saya memberitahu mereka yang saya sayang pada mereka dan kekuatan saya datang daripada sokongan dan doa yang mereka berikan pada saya. Kedua-dua anak lelaki saya tahu keadaan ibunya, tetapi saya cuba untuk tidak membimbangkan mereka dan tidak memberitahu secara terperinci. Saya selalu bertanya  jika mereka ingin tahu penyakit yang saya hidapi tetapi kata mereka, “It’s ok, all we care about is that you’re getting better.” Lihatlah, saya ada banyak sebab untuk melalui penyakit ini. Ia bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk orang yang menyayangi saya.

[thb_image full_width=”true” alignment=”right” image=”13095″]
[thb_gap height=”40″]
Friends always admire your beautiful healthy black hair malah pernah Didie kata ia harta terindah dikurniakan oleh Allah kepada Didie, dan kini Didie terpaksa memotongnya hingga hampir botak. Sedikit kisah di sebalik memotongnya, Dan let me tell you, you good, yes so good in it… perasaan sebelum memotong dan perasaan kini?

Di peringkat awal kemoterapi, doktor menjelaskan saya akan kehilangan 30% rambut dek kesan sampingan ubat-ubatan. Tetapi selepas kitaran keempat, doktor menyedari penanda barah saya masih meningkat dan memerlukan dia menukar kepada ubat yang lebih kuat.  Dia memberi amaran, katanya dengan ubat yang lebih kuat, saya akan mengalami keguguran sebagaimana pesakit barah payu dara. Ketika itu saya sudah terbayang bagaimana pilunya keadaan saya apabila melihat setiap helaian rambut yang gugur. Jadi sebelum itu terjadi saya ambil keputusan mencukur kesemuanya. Sudah tentu sebagai wanita pasti sedih melihat rambut anda gugur seperti itu, but in the end of the day, it’s just hair. it will grow back 🙂

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” image=”13097″]
Apa yang Didie selalu buat dulu dan kini tidak lagi… dan adakah Didie miss hal-hal demikian? Selain itu, you love fashion, and always look good in whatever you wear, and friends love the way you style your looks… adalah semua itu Didie tinggalkan atau teruskan penghidupan seperti selalu. Do you still going out with friends?

Saya cintakan fesyen dan saya bergaya setiap kali berpeluang. Buat masa ini saya harus memakai beg stoma, jadi ia menjadi cabaran buat saya kerana ia membataskan pemilihan pakaian. Sebelum didiagnosis, saya tersangat sibuk dengan hal-hal kerja, namun sekarang saya lebih banyak memberi tumpuan pada keluarga dan meluangkan banyak masa dengan mereka. Saya cuba menjalani hidup seperti biasa termasuk meluangkan masa dengan rakan-rakan.

What is your daily routine now?

I’m just enjoying my down time. Relaxing and not stress about things. 

[thb_gap height=”40″]
Didie ada memberitahu ibu dan ibu mentua juga penghidap kanser. Apa nasihat mereka yang Didie pegang. Daripada ibu Didie yang kini free from cancer. Dan nasihat yang terbaik yang Didie ingat from your late MIL?

Everyone’s experience is different when it comes to cancer. Do what we feel is best and comfortable for us and our body. And lastly, jangan putus  usaha, berdoa and tawakal.

Nasihat Didie kepada kawan-kawan dan orang yang di luar sana, andai mereka juga mengalami nasib yang sama.

Kadang kala kita tertanya, mengapa ia berlaku pada kita dan sukar untuk menerima perkara seberat ini. Luangkan masa, buka hati dan bersandarlah padaNya, InshaAllah segalanya akan dipermudah. Walau sekuat mana pun kita, tetap ada harinya kita berasa lemah, namun tak mengapa kerana ia menjadikan kita berpijak di bumi nyata. Many people dont realize that their superpower is in their minds. So please try and be as positive as you can.. You are stronger than you think.

[thb_gap height=”40″]
Penghargaan
Jurugambar: Iqqivr.Photogministry
Solekan dan Dandanan: Siti Khadijah Mohd Ismail dan Maisarah Omar dari Kencana Beauty
Pengarah Seni: Wirda Adnan
Lokasi: Kediaman Didie Nasir 
[thb_gap height=”100″]

Related posts

Rahman & Rafiza ‘Our Heart Speaks The Same Language’

admin

Julia Jamal & Lynn Alias

admin

Jantra Loves Fashion – “I Got It From Mama and Opah”

Wirda Adnan

Leave a Comment