COVER STORY

LAr. Juita Wan Hashim

“Fast fashion has a huge environmental impact, both in terms of production and disposal. Clothing production consumes a lot of energy and resources, and it relies on harmful fabric dyes and other chemicals that pollute freshwater sources. Fashion is accountable for a tenth of global carbon emissions. We can finally halt climate change if we take bold steps to promote a green fashion industry and become environmentally conscious consumers.” 

Juita membuka bicaranya mengenai industri ‘fesyen deras’ yang semakin tidak dapat dikawal. Sementelah dalam industri hijau, beliau merasakan wajib ada pemantauan dan usaha peringkat global untuk mengatasi masalah alam, iklim global dan impak negatif kepada persekitaran. Tegasnya lagi, laporan daripada World Economic Forum, menyebut ‘fast fashion’ membuat orang ramai lebih mampu membeli, tetapi ia melibatkan ‘harga’ kepada alam. “The clothing is also lasting lass and therefore, throwing them away more often and, of course, producing more trash.” 

Siapa LAr. Juita Wan Hashim?

Dilahirkan di Royal Lancaster Infirmary, England pada March 1982, ibu bapanya berkahwin di Malaysian Students Department London pada 1979 ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di United Kingdom. “Ibu bapa saya adalah profesor dan bekas profesor di Universiti. Bapa masih aktif berkerja dan dianugerahkan gelaran Professor Emeritus pada 2014. Bapa juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ahli Parlimen Malaysia pada 2004.”

“Saya memang meminati bidang seni sejak daripada kecil lagi. Cabang kreativiti memang cabang yang ingin saya ceburi sejak dahulu lagi. Ibu saya mula menghantar saya ke ‘art class’ seawal umur lima tahun. Kerjaya sebagai Arkitek Landskap ini memberi saya peluang menggunakan kreativiti yang tersendiri untuk mereka bentuk konsep yang diingini, memberi saya peluang untuk membina sesuatu yang baru, yang berpotensi memberi kesan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat, di mana perancangan yang dibuat akan meningkatkan mutu kehidupan manusia.”

Bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Arkitek Landskap dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 2005. Juita memulakan kerjaya sebagai Arkitek Landskap di Walrus Design Sdn. Bhd., dan kemudiannya di Malik Lip & Associates. Dan pada usia 26, beliau menduduki peperiksaan Kursus Amalan Ikhtisas yang dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) untuk diiktiraf sebagai Ahli Korporat / Arkitek Landskap Bertauliah. “Saya lulus ujian dengan sekali percubaan.”  

“Dengan tauliah ini, saya memberanikan diri meneruskan langkah dengan membuka syarikat saya sendiri pada usia 30.”

“Suami saya, Adlan Mohd Yusof bekerja di sektor perbankan di salah sebuah bank tempatan di Kuala Lumpur. Walaupun beliau berada dalam industri yang berlainan, kerjayanya masih dalam bidang professional. Suami sangat memahami, sentiasa memberi sokongan, galakan, dorongan dan tidak pernah menghalangi saya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. ‘He encourages me to follow my dreams. I can say that I have a very strong support system in my family!”

Ibu kepada dua anak, Harris Danial,13,  dan Ireena Rania, 7, “And I am very close with both of them. Ireena is a ‘mini me’! Dia mempunyai minat dalam bidang kreativiti dan sangat suka melukis. I’m hoping I’ll be able to groom her to take over my business, in the future. Saya seorang yang passionate. driven. unstoppable.”

Pengarah Urusan Verona Design Sdn Bhd, katanya, “Verona Design merupakan firma reka bentuk seni bina landskap yang beroperasi di Kuala Lumpur yang ditubuhkan 10 tahun yang lalu. Kerja-kerja rekabentuk Verona Design menghubungkan manusia dengan alam semula jadi, sambil menangani isu perubahan iklim global dan kepupusan biodiversiti. Aspirasi Verona Design adalah untuk mencipta ruang reka bentuk landskap yang menarik, berinspirasi, mampan dan inovatif dengan identiti yang tersendiri sambil meningkatkan kualiti kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan manusia.”

Antara projek-projek yang dijalankan adalah Kediaman Bertingkat Tinggi (High Rise Residential), Kediaman Bertingkat Rendah (Low Rise Residential), Taman (Parks), Institusi (Institutional), Komersial (Commercial), Pembangunan Campuran (Mix Development), Perindustrian (Industrial), Penyelidikan Landskap (Landscape Research) dan Perancangan Induk Landskap (Landscape Master Planning.) Klien-klien adalah seperti SP Setia Berhad, Sime Darby Berhad, UEM Sunrise Berhad, LBS Bina Berhad, Sunsuria Berhad, Setia Haruman, UDA Holdings, Platinum Victory,  Naza TTDI Sdn. Bhd dan Impiana Hotels. 

Pernah bekerja dengan syarikat lain, dan mengapa kemudiannya dia memilih untuk bekerja sendiri tidak makan gaji adalah kerana beliau mahukan kebebasan dan kepuasan dalam membina kerjayanya.  Lebih tepat katanya, “Having the ability to control your own destiny. Personal satisfaction, freedom, flexibility and sense of achievement.” 

Kenali kerjaya seorang senibina landskap

Kerjaya senibina lanskap merupakan kerjaya yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces). Skala tumpuan profession adalah pada pelan perancangan induk (Master Planning), perancangan tapak (Site Planning) reka bentuk landskap (landscape design) Ianya bidang yang berkaitan antara sains dan seni dalam reka bentuk, perancangan atau pengurusan sesuatu kawasan; pengaturan struktur buatan manusia atau semulajadi dengan melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan budaya, kaedah saintifik dalam ekologi serta kajian perlakuan. Research, data analysis, planning and management are all important areas of expertise, as well as aesthetics’. 

Untuk menjadi seorang Arkitek Landskap, katanya seseorang itu hendaklah mempunyai daya kreativiti serta imaginasi yang tinggi, kemampuan dalam analisa logik, pengurusan dan pengaturan, kebolehan menyelesaikan masalah serta mempunyai daya pemerhatian yang tajam

Once your projects are completed, it will give you immense satisfaction.

Sering saya mendengar keluhan bahawa sebagai wanita anda terpaksa bekerja dua tiga ganda lebih kuat daripada lelaki untuk membuktikan wanita juga boleh berjaya dalam bidang yang rata rata lelaki. Benarkan ini terjadi, dan benarkah ada diskriminasi dalam soal gender?

Dibandingkan dengan kaum lelaki, wanita dianugerahkan dengan sifat kelembutan, penyabar dan penyayang. Sifat-sifat kelembutan yang ada pada wanita ini membuatkan wanita berhadapan dengan cabaran dan dugaan untuk bekerja di industri yang didominasi oleh kaum lelaki. Wanita yang bekerja dalam industri pembinaan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat.  Mereka adalah wanita yang berani kerana mampu untuk menghadapi segala rintangan, terutamanya semasa bekerja di tapak pembinaan yang penuh dengan risiko serta mempunyai kekuatan untuk menghadapi cuaca yang panas. 

“Kejayaan wanita untuk menceburi dan bekerja di industri pembinaan perlu diukur dengan pengetahuan (highly competent), pengalaman, disiplin, produktiviti, keyakinan dalam diri, sifat kepimpinan mereka dan tidak takut dengan keadaan kerja yang berbahaya.

It’s also about having the confidence to use your talents and expertise to make the best decisions while also listening to and respecting the thoughts and ideas of others. If you can do this on the job, you will be respected as a professional, regardless of your gender.

I want to inspire women to be more active and productive in the construction industry in our country. No matter whether they are men or women, everyone is capable and potential, because women also play an essential part in the country’s development and should also be given equal opportunities and rights, as men.

Dan pernahkah anda diperlecehkan?

Leah Sheppard, an assistant professor at Washington State University, set up an experiment and has recently published For Women in Business, Beauty is a Liability. Their study found that the beautiful women were perceived to be less truthful and more deserving of termination than their more ordinary-looking female counterparts. However, Dr Soo Winci, the beauty queen, showed she was more than good looking when she earned PhD in 2016 and completed the 2nd one in 2021.

I am an ‘ambivert type of person’. Saya lebih suka fokus membuat kerja, membaca dan berfikir, daripada bercakap. I will be extrovert and will only speak when it is necessary. Walaupun mempunyai penampilan yang feminin dari luaran, saya mempunyai perwatakan dan personaliti yang kuat (strong character) from the insideIt is a tough industry.  But I’m not willing to make sacrifices and transform my appearance and personality merely to be accepted. Saya menghadapi kesukaran untuk mendapat kepercayaan pada peringkat awal kerjaya saya. I stay positive and take it as best to view them as chances to evolve and grow. It stimulated my growth with new perspectives and strategies and now, I managed to overcome those challenges and obstacles.

We work really hard day and night, and we step out of our comfort zone.

Tahniah, daripada maklumat carian saya, syarikat anda berjaya menggondol pelbagai anugerah, ceritakan lagi mengenai kejayaan anda ini. Dan awards terbesar setakat ini?

Salah satu kenangan terindah adalah ketika menjadi pemenang tunggal dari Malaysia untuk memenangi ‘Honourable Mention’ untuk projek Help University Subang 2 bagi International Federation Landscape Awards (IFLA) di Cebu Philippines pada 2018. Selain itu adalah menjadi penerima bagi Young Architect Awards Recipient bagi 2015 oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM). Anugerah ini dinilai melalui pencapaian dan sumbangan yang cemerlang dalam industri sepanjang penglibatan 10 tahun di dalam kerjaya Arkitek Landskap di Malaysia. Saya merupakan penerima tunggal dan pertama bagi anugerah ini dan ianya adalah salah satu kenangan manis yang terpahat di dalam diri saya.

Saya dikhabarkan anda aiming setiap tahun syarikat anda beroleh awards impian ramai para peneraju dalam bidang ini, ceritakan akan usaha yang dibuat untuk membolehkan ada dipilih? 

Entering competition offers opportunities for recognition and validation. It also provides extra motivation to produce excellent work. With the city-wide digital transformation, we like to use videos to present our projects. For example, we produced videos for Help University and Suria Residence, which won Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) – Honour Award in 2017 and 2020. Videos are more versatile, provide better engagement, and allow clients to examine our projects in greater detail.

Outdoor environment seperti taman-taman hijau, parks dan sebagainya teramat penting terutama bagi kehidupan di kota yang di’baluti’ bangunan tinggi pencakar langit, dan perumahan-perumahan yang seolah tiada kawalan. Namun ramai yang melecehkan. Pandangan anda sebagai arkitek landskap? Ya, how important are breathable spaces pada kita semua?

Impak pandemik Covid-19 membuka mata masyarakat mengenai kepentingan landskap. Sepanjang tempoh pergerakan ‘disekat,’ ramai yang tertekan apabila terpaksa berkurung di dalam rumah. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan kelonggaran, taman dan kawasan hijau antara lokasi yang menjadi akses kepada masyarakat untuk meredakan stress, beriadah dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat. It is a place relieve isolation and self quarantine’. Masyarakat mula sedar bahawa kuasa taman dan kawasan hijau adalah sebagai terapi untuk kesihatan serta kesejahteraan mental.

Landscape Architects rise to the climate crisis and can make a tremendous difference to climate change. Bidang ini juga memberi sumbangan ekologi, di mana ia dapat menyelesaikan cabaran pembinaan bandar dan perubahan iklim global dan kepanasan melampau, meningkatkan kualiti udara, mengelakkan hakisan tanah, mewujudkan persekitaran kondusif untuk kita tinggal serta mewujudkan gaya hidup.

Saya ada terbaca pada dua tahun PKP anda menjalani kursus khas dan participating in IFLA KOPITIAM dan IFLA WORLD INTERNATIONAL STUDENTS COMPETITION. Ceritakan serba ringkas?

Pada March 2021 hingga June 2021, saya mewakili Institute Landscape Architects Malaysia (ILAM) untuk menjadi juri panel dari Malaysia bagi mengadili IFLA International World Students Competition bersama-sama dengan Arkitek Landskap luar negara di seluruh dunia yang diadakan bersempena dengan International Federation World Landscape Architects (IFLA) World Landscape Architect Summit 2020. Melihat kerja-kerja ‘Board Presentation’ oleh pelajar antarabangsa dari luar negara membuatkan saya sangat teruja dan berbangga dengan kerja-kerja dan pemikiran mereka yang setaraf dengan arkitek landskap profesional. Saya juga melibatkan diri dalam Kopitiam Open Studio (KOS) di mana klip video ini mempamerkan karya reka bentuk dan pengalaman firma seni bina landskap terpilih di Malaysia. I’m showcasing my recently completed project, Monet Lily at Sunsuria City, in which the garden was inspired by Claude Monet Garden from Giverny, France’.

Sepanjang berkerjaya, apa yang paling membanggakan anda?

I am proud to say that I have completely utilized the PKP and pandemic period in order to improve myself as a person! Saya mula membuat part time studiesMasters of Sustainable Landscape Management’ (MSLM) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November 2020, dan baru selesai pengajian pada Oktober 2021 yang lalu. It was hectic and stressful, as it happened during PKP, and all classes were conducted online. Being unable to meet your own classmates and lecturers for the rest of your studies can be quite challenging. Hari-hari biasa saya sibuk menguruskan projek di syarikat, dan pada waktu minggu, saya sibuk menghadiri lima kelas secara online selama dua semester. Selepas kelas, saya sambung membuat assignments sehingga lewat malam dan masuk ke kelas seterusnya pada keesokan harinya. I recalled, I only left my study rooms to eat meals with my family, before returning back to complete my assignments.

Walaupun kami berada dalam keadaan yang agak tertekan, pensyarah di universiti tidak putus-putus memberi galakan dan sokongan supaya kami tidak putus asa. I remembered one of the lectures said, “In comparison to everyone else, whatever stress you are experiencing right now is a good and positive stress. You will accomplish something once you have completed your studies.” Ia adalah kata-kata pendorong dan perangsang yang sangat positif untuk diri saya, dan Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pembelajaran saya dengan keputusan yang cemerlang. Sekarang hanya menunggu masa untuk hadir ke Majlis Konvokesyen UPM.

And the most satisfying part is that my dissertation, which I worked on for two months during my last semester, was presented at Archidex Webinar 2021, hosted by Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), just one month after I finished my studies! I feel happy and content to be able to share my discoveries to the professionals.

Anda juga aktif memberikan seminar, talks and access university student, dan dalam masa yang sama mengetuai organisasi anda?

“Selain daripada membuat ‘design’ dan menguruskan projek, saya juga meminati bidang penulisan, membuat research dan mengajar. Saya merasakan dengan mengajar, saya juga akan dapat belajar dan memperoleh ilmu yang baru yang dapat dipraktikkan. I also have the desire and aspiration to partner with lecturers at the university to create journals or books in the future. I feel it is a contribution that can be given to society that can benefit everyone.

Apa yang sebenarnya anda mahu dalam 1. Kerjaya 2. Dalam hidup, khasnya?

I love inspiring people, and if I can make a difference in one person’s life, then that’s success for me!’ However, when it comes to friendship, I am quite selective about who I allow into my life. Saya lebih selesa dengan ‘small circle’, kawan-kawan yang positif, jujur, setia dan sejati. Saya cuba menjauhi orang yang bersikap ‘negative’ atau ‘toxic people’ yang merbahaya kerana ia boleh menarik kita ke belakang, dan kita akan dibebani dengan semangat yang merudum.

Tell me about your communication style?

Listening, receiving and implementing feedback, motivating, directing, delegating.

When experiencing conflict at work how do you resolve it?

Clarify the source of conflicts, listen actively and let everyone have their said and determine ways to meet the common goal.

What sets your firm apart from other landscape architects with similar experiences?

We don’t like to create ‘repeat elements’. Contohnya jika kami membuat rekabentuk ‘pavillion’ atau ‘cabana’ bagi sesuatu projek, reka bentuknya akan dibuat secara ‘exclusive’ hanya untuk satu klien dan tidak akan diguna pakai untuk klien bagi projek- projek yang lain.

Apart from your own design, what is your most favourite architectural space?

Large terraces, rooftop terraces and balconies with more natural light for better ventilation and ‘breathable areas’ to avoid the spread of infections and virus diseases.

Bagaimana anda diri anda lima tahun mendatang?

I love ‘Interior design’, ‘Interior landscaping’ and ‘Home styling’ and will diversify my business in this field soon.

Your style, and favourite designer or designers.

I love small casual and chic fashion styles for everyday wear. Formal wear for important meetings and presentations. Nice, elegant couture dress for several evening occasions.

Favourite Style Icon?

Kate Middleton salah satu fashion icon wanita yang saya gemari kerana gaya klasiknya yang stylish dan elegan. Sebagai Kerabat Diraja, beliau bijak menggayakan busananya walaupun daripada jenama high street dan pandai mempelbagaikan gaya jika mengulang baju yang sama.  Amal Clooney is also my favourite fashion icon. As a human rights lawyer, her style is very classy, professional, sharp and sophisticated!

Favourite Fashion Designers?

For locals Sara J Couture, Nurita Harith and FiziWoo. For overseas, I love to see Oscar de la Renta collections for his unique feminine dresses.

Ada belanja besar untuk bergaya?

Saya dididik sejak kecil supaya tidak terlalu bermewah-mewahan, dan sentiasa beringat di hari yang akan datang. It’s fine to treat yourself once in a while to reward yourself for all your hard work but there must be limits! I will still save some part of my money for an adequate emergency fund and reinvest my business profits so I can expand.Money can’t buy you a class. Beauty and style is how you carry yourself. It is your aura and energy.

I prefer clothes that are built to last.  Good tailoring, well-fitting, classic collections.”

Apa yang anda lakukan pada hujung minggu?Bagi merehatkan diri setelah penat bekerja sehingga lewat malam, pada hujung minggu saya gemar membuat rawatan kecantikan di spa dan salon rambut. Saya juga suka membaca buku yang berbentuk motivasi kerana ianya menjadi pemangkin atau penggerak untuk saya melakukan sesuatu, serta penting bagi mengekalkan momentum. My job requires me to be active and engaged outdoors on a regular basis so I must have a lot of stamina and energy. I started to take extra supplements and ‘jamu drinks’ to boost my energy, immune system and for inner beauty. 

  • Penghargaan
  • Wajah hiasan: LAr. Juita Wan Hashim 
  • Gambar: Azam Neurmaya dari Neur Maya Media
  • Solekan dan Dandanan: Linda Rossa menggunakan alat solek Note Cosmetique 
  • Pakaian: Sara J Couture and Marcella
  • Pengarah Seni: Wirda Adnan
  • Lokasi: Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM)
  • 99L, Jalan Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Related posts

Isabella Manfredi – Girls Like To See Girls Dressed Up Like Princesses

admin

Raja Azam Baeizah, Bahagia Anak Bahagialah Ibunya

admin

Datuk RJ Khan Perjalanan Fesyen Saya

admin

Leave a Comment