COVER STORY

SELEBRITI BERHIJAB

“Hijab is not just what you are wearing but it is also what you do and who you are.”

Cantik, kaya raya, berjaya, berbakat dan popular.  Saya cemburu, kerana saya tidak punya semua itu, dan seandainya saya juga memiliki ciri-ciri berikut, alangkah bahagianya hidup ini. Betul, saya jealous, macam Neelofa dan Fazura misalnya, sebuah badan sukarela antarabangsa mengangkat keduanya antara 43 Wanita Tercantik Di Dunia, sebaris dengan Aishwarya Rai, Angelina Jolie, Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Emma Stone dan Bella Hadid antaranya. Bertuahnya badan. Sudahlah cantik, berbakat pula. Duit di bank berjuta dan dikenali ramai, Allahu akbar.  

Sungguh saya kagum pula dengan pencapaian mereka, followers mereka ada yang angka juta, gosh, besar pulangannya. Satu posting boleh caj ribu-ribu, begitulah untungnya nasib mereka ini.

Dan sedang dunia moden hari ini mengangkat status wanita-wanita begini mahu menjadikan mereka ambasador, jurucakap, wajah untuk produk dan sebagainya yang menjanjikan bayaran lumayan serta dilayan bagai permaisuri waima segalanya first class (namun sudah tentunya bersyarat), tetapi seorang demi seorang nampaknya mengubah penampilan, daripada free hair kepada bertudung. Terkini, Izara Aishah, Fazura dan Nana Mahazan. Peminat mengalu-alukan, dan ramai mengatakan tidak sangka pula mereka yang masih muda bersedia mengubah penampilan kepada lebih muslimah, malah yang lebih menarik perhatian bilamana Izara bukan sekadar bertudung biasa tetapi memilih tudung labuh. Seperti Neelofa yang pernah menggegarkan peminat fesyen muslimah bilamana dia berniqab, Izara juga tidak kurang menjadi topik hangat dunia fesyen. Begitu juga Fazura yang kerana cantiknya dia bertudung bawalnya, maka dalam masa kurang tiga jam dilancarkan, dua juta helai tudung habis dijual. Syabas. 

Hijab is beautiful

So make it look beautiful 

Wear it with love 

Wear it with pride

And most of all, Wear it right.

September, bulan fesyen. Sementelah yang menjadi trending kini ialah selebriti yang berhijab, majalahwm.com menampilkan 11 Selebriti Berhijab. Ramai sudah kenal pun, tetapi sedikit latar belakang untuk kita mengenali mereka dengan lebih dekat.  

[thb_image image=”16401″]

Amyra Rosli

Nur Amira Izzati binti Rosli (Amyra Rosli), 30, ialah nak kelahiran Shah Alam, Selangor. Pemegang Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Pelakon, model, pengacara dan juga penyanyi ini memulakan kerjayanya pada 2009.  Sumber Wikipedia, Forbes & Business Insider – (Amyra Rosli net worth is approximately $1.5M). Pelakon TV Paling Popular ini berkahwin dengan pelakon terkenal iaitu Amar Baharin pada 2016. Pasangan bahagia ini mempunyai dua anak. Amyra mula berhijab pada 2020.

Cik Manggis 

Nama sebenar ialah Nurshazwani binti Shamsuddin, 31, dilahirkan pada 2/9/1989. Berasal dari Kuala Lumpur. Cik Manggis mendirikan rumah tangga dengan Syazmin Firdaus Aminuddin, ialah penyanyi dan penari daripada kumpulan terkenal di Malaysia iaitu De Fam. Mula bergiat di dalam industri hiburan pada 2015. Cik Manggis juga membabitkan diri dalam dunia lakonan, berhijab berapa bulan yang lalu. “Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk dalam kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan,” katanya.

[thb_image image=”16405″]
[thb_image image=”16410″]

Elyana Emrizal 

Awal tahun ini gambar-gambar Elyana yang dihidangkan di instagram cantik sekali, dengan dia yang sudah pun berhijab. Elyana, 34, berkahwin Khairul Anuar Husin dan mempunyai dua orang anak.  Mempunyai vokal yang mantap, juga sudah mula berlakon. Katanya dia memulakan kerjayanya pada seawal usia 14 tahun. Genre muzik Elyna ialah Balada, Pop dan R&B. 

Elizad Sharifuddin

Siti Elizad binti Sharifuddin, 37, pelakon, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan juga model. Lahir di Kuala Lumpur, suaminya Shamsul Baharin Ramadan (kahwin 2015) Elizad memulakan kerjayanya pada 1994 sebagai pelakon kanak-kanak, aktif dalam industri hiburan sehingga kini. Elizad baru sahaja bertudung pada bulan lepas (Ogos) 2021. “Segala-galanya bermula apabila suami saya menghadiahkan selendang yang dibeli secara online. Apabila membuka kota, rupanya untuk saya dan kebetulan 1 hb Muharam, dan bermula detik itu saya rasa sangat selesa bertudung,” katanya.

[thb_image image=”16413″]
[thb_image image=”16414″]

Fazura Sharifuddin

Nur Fazura binti Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura, 37, antara artis tempatan paling popular, malah sejak 2002 lagi Fazura sudah mencipta nama di dunia seni. Fazura juga tersenarai antara 40 Selebriti Tercantik di Dunia. Penyandang  ‘Most Promising Actress at the 17th Malaysia Film Festival’ dan Anugerah Skrin untuk Pelakon Pembantu Terbaik juga dikenali sebagai penyanyi dan ahli perniagaan yang berjaya. Beberapa tahun lalu sumber Wikipedia, Forbes dan Business Insider mencatatkan nilai bersih ‘net worth’ Fazura ialah $1.5m). Baru-baru ini tudung Fazura Bawal Jiwa Merdekanya berjaya dijual sebanyak dua juta dalam masa tiga jam dilancarkan, syabas. Dan pastinya isteri kepada Fattah Amin ini dilihat bertambah-tambah jelita setelah berhijab.

Izara Aishah

Nik Izara Aishah binti Nik Izazurin, 28, dilahirkan pada 28 September 1992. Pelakon popular yang berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru ini telah membuat keputusan untuk berhijab pada Ogos 2021. Peminat-peminat Izara Aishah mula menyedari perubahan ini apabila Izara Aishah memadam semua gambar-gambar yang tidak memakai tudung di dalam account IG. Mempunyai Diploma Seni Persembahan daripada Kolej Universiti Sunway, Izara memula kerjanya pada 2011 sebagai pelakon juga model selepas memasuki Dewi Remaja edisi 2009/2010, dan berjaya menjadi salah seorang finalis. Izara Aishah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 2017. Pasangan sejoli ini dikurniakan baby girl. 

[thb_image image=”16416″]
[thb_image image=”16417″]

Nana Mahazan

Nurul Hana binti Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan. Dilahirkan pada 1hb Julai 1983 (38 tahun), berasal dari Muar, Johor Bahru dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Pemegang Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat dari Kolej Cosmopoint, Nana ialah penyampai radio, pengacara, penyanyi juga pelakon. Memulakan kerjayanya apabila memasuki program realiti Akademi Fantasia (musim 1) di Astro Ria. Nana Mahazan berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 2009 dan mempunyai sepasang cahaya mata yang bernama Althea dan Aaqib. Nana Mahazan bermula berhijrah pada pertengahan tahun ini.

Noor Neelofa Mohd Noor 

Nama yang sinonim dan paling popular di Malaysia, dikatakan selebriti paling kaya di Malaysia (estimated net worth $1,428,083,estimated salary 4452,226, sumber Fameranker.com) dan Wikipedia, Forbes & Business Insider menyebut Noor Neelofa net worth is approximately $1.5 million). Perniagaan yang diceburi selain tudung Neelofa yang terkenal di seluruh dunia, juga dalam bisnes minuman berkhasiat (nutritious drinks) dan kontek lens. Disenaraikan juga sebagai antara 40 Wanita Tercantik Dunia, pemegang ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Sunway ini mendapat perhatian setelah memenangi peraduan Dewi Remaja 2009/2010. Semenjak itu, Neelofa mendapat banyak tawaran berlakon filem, drama dan juga tawaran menjadi pengacara di steven TV. Menjulang pelbagai anugerah antaranya Pelakon Wanita Terbaik, dan ‘Star Award for Most Popular Female TV Host.’ Mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya iaitu Haris Ismail pada 2021, Neelofa bermula berhijab pada 2014 dan berniqab pada 15 Oktober 2020. 

[thb_image image=”16418″]
[thb_image image=”16419″]

Sherry Ibrahim

Syarizad binti Ibrahim (Sherry Ibrahim),38, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Bekas pramugari kini pelakon, penyanyi, peragawati, pengacara dan ahli perniagaan. Sherry mempunyai perniagaan sendiri iaitu Khatulistiwa Hair Spa. Spa ini terkenal sebagai ‘Muslimah Friendly’ kerana ia hanya dikhaskan untuk wanita sahaja.  Sherry Ibrahim mula berhijab pada 2018.

Tya Arifin

Tya Arifin, 26, atau nama sebenarnya ialah Nurtria Wulandari Tya binti Arifin dilahirkan pada 22 0ktober 1994. Berasal dari Palembang, Indonesia. Tya Arifin ialah pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan yang terkenal. Mula berlakon dalam filem Gending Sriwijaya pada 2012. Menantu Datuk K yakini isteri kepada Asyraf Khalil ini menceburi muzik industri pada 2013 menerusi lagu Bawalah Aku. Kini, Tya Arifin menjalankan perniagaan Mutyara Beauty. Pasangan ini dikurniakan dua cahayamata. Tya Arifin mula berhijab pada 2020.

[thb_image image=”16420″]
[thb_image image=”16502″]

Vivy Yusof

Vivy Sofinas binti Yusof dilahirkan pada 11 Disember 1987. Ikon terkenal ini memulakan youtube channel pada 2011 dan kini ‘video view’ ialah seramai 28,549,421 dengan subscribers 241,000). Usahawan, personaliti TV, juga ikon fesyen Malaysia ini bersama suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar adalah pengasas FashionValet & The dUCk Group.  Mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan kini mengandung anak yang keempat. Sumber google menyebut Vivy Yusof nilai bersih ‘net worth’ ialah $34.6k. Vivy Yusof mula berhijab pada 2019.

Related posts

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

admin

Michelle Hee, The Secret Of Beauty

admin

Julia Jamal & Lynn Alias

admin

Leave a Comment