DONE, SEEN & HEARDGAYA HIDUPSEEN & HEARD

Beautiful People Called Malaysians

Saya cintakan negara ini dan bangga menjadi rakyat negara bertuah ini.

Bukanlah Malaysia ni bagus sangat, tidaklah orang Malaysia ni hebat mana, tidak mungkin juga kerana jutaan sebab, namun ada beberapa perkara yang membuat insan bergelar ‘orang Malaysia’ itu istimewa  dan terbilang, perhaps that is why I love this country and I  love my fellow Malaysians too.

To me, being a Malaysian means having all the blessings and experiences that you may not get elsewhere in the world. Okeylah! Not that we too can have fun playing snowballs in winter atau bangga kerana ada Eiffel Tower and noted as the most fashionably dressed people in the world mahupun kehebatan Pyramid dan tamadun bijak Mesir.  Kita tak ada The Great Wall of China, but there are other things, beautiful things, can be touching, makes us proud and funny, that can make us laugh at ourselves, significantly, truly a proud Malaysian.

Sebelum saya meneruskan dan ‘angkat bakul’, haa! Sebut peribahasa Melayu yang satu ni, a short form of a proverb ‘masuk bakul angkat sendiri’ that only Malaysians know regardless of your background. For those who do not know just yet, it means praising oneself or blowing one’s own trumpet.

Bukan kerana orang Malaysia suka memuji diri, tapi itulah cara kita bila bercakap atau berbual. Orang Malaysia kaya budi bahasa dan suka berkias-kias bila bercakap that is one of the beauty. Jika marah sekali pun ada caranya bertutur bicara.

To move on, I would also like to comprehend that this article may have some use of Manglish. Baru bestlah! Manglish? Don’t know? I would say, anda bukan anak Malaysia tulen. Bagi yang bukan rakyat Malaysia, to put it simply, it is an informal form of Malaysian English with features of an English-based creole principally used in Malaysia.

It is heavily influenced by the dominant languages of the country, a funny concoction of English, Malay, Mandarin, and Tamil, this is an English-based creole that first-time visitors will find both puzzling and endearing. It involves ‘lah’ (in Peninsula Malaysia) or ‘bah’ (in East Malaysia) at the end of pretty much every sentence, and houses every language in between.

Bukan bahasa rasmi, but we Malaysians use it rather widely in our daily basis and on an unofficial mode because we do understand each other better that way. Sebagai contoh, “Yes lah, Anneh, kaddavel… make kaw kaw punya and tarik kasi panjang baru best maa.” Yang pasti, ada kegunaan bahasa Inggeris, India, Melayu dan Hokkien. Tiada negara lain di dunia yang mampu rojakkan sampai lebih empat bahasa dalam satu ayat macam kita.

Sounds like Malaysia Truly Asia or Malaysia truly World? Or you find it funny? But a fact… terpaksa ‘angkat bakul’ lagilah. Ha! Ha! Did I tell you, we can be funny and laugh at ourselves even for the silliest or absurd of acts? Itu belum lagi menyentuh tentang dialek dan loghat yang mencecah ratusan jenis. Yang pasti bahasa jiwa bangsa, bahasa adalah perantara yang menyatu padukan rakyat negara ini.

Menyentuh tentang mencampur-adukkan bahasa macam rojak, itulah identiti ketara yang mewakili dan secara signifikannya mencerminkan kemesraan dan keharmonian rakyat Malaysia. Menariknya, bukan bahasa saja, malah budaya, makan, berpakaian dan banyak hal-hal lain juga adakala turut ‘dirojakkan’.  For me, I would prefer to call it a sensuous potpourri instead because it is so sweet, rich in culture, diverse and obviously unique.

Sebut hal rojak, teringat bab makan, rasanya tidak lengkap jika tidak dikaitkan dengan orang Malaysia bukan sahaja ‘kaki makan’ malah suka campurkan resipi pelbagai kaum. Misalnya bubur nasi yang kelazimannya hidangan kegemaran masyarakat Cina kini dimakan dengan sambal goreng Melayu yang dibubuh cili padi dan belacan. Malah hari ini ramai orang Cina masak nasi lemak dengan rendang babi dan orang Melayu pula suka makan tose atau roti canai dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

Rojak juga sudah menjadi makanan rasmi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum Malaysia dan masing-masing punya rojak tersendiri yang diberi nama mengikut bangsa mereka, misalnya rojak Cina, Rojak India atau lebih dikenali Rojak Mamak dan Rojak Melayu yang juga dipanggil pecal.

Rojak Cina dicampur buah-buahan seperti betik dan nanas. Pecal pula biasanya dicampur sayur seperti kacang panjang, tauge dan kangkung sementara Rojak Mamak ada tepung dan kentang goreng. Ketiga-tiga rojak ini ada tiga bahan iaitu timun, sengkuang dan kuah sambalnya yang unik, tidak kiralah apapun rojaknya, orang Malaysia gemarkan semua jenis rojak-rajak ini. To add to that Malaysia too has its own world class renowned chef. Chef Redzuawan Ismail or well know as Chef Wan for instance had created a huge name in the international world culinary and we are so proud of him.

Are you joking? Kita Tak Kisah Pun

Perasan atau tidak, Orang Malaysia juga suka berjenaka, fun and quite cool people! Mereka selamba saja kalau orang Cina buat lawak tentang orang Melayu, India pula buat lawak tentang orang Cina. Katakanlah tiga sekawan Cina, India dan Melayu, salah seorang boleh saja kata, “bodoh macam lembu”, “babi betul lah kau ni“ setiap kali apabila dikutuk kita sama-sama gelak dan tidak ambil hati pun.

Setiap bangsa ada saja lawak untuk bangsa lain dan bila berkumpul mereka tidak kisah langsung atau ambil hati bila dikutuk. But don’t make any joke about anything until you have learned your way around. Lesson number one, jangan lawak hal-hal agama.Bukan semua perkara boleh buat jokelah, especially never crack jokes on  other’s religious subjects.

Mungkin jenaka tersebut boleh diterima di kalangan orang Malaysia yang berbilang kaum kerana mereka faham hati budi masing-masing dan punya toleransi yang tinggi namun ia tidak bererti orang luar boleh guna lawak itu sesuka hati. Mudah kata, mungkin lawak orang Jepun atau Amerika Syarikat hanya boleh diterima dan untuk masyarakat mereka tapi kita jangan mudah dan sewenang-wenangnya nak berseloroh.

Baik Hati, Penyayang, Timbang Rasa dan Pemurah

Bercakap perihal baik hati, penyayang dan pemurah, orang Malaysia memang bertimbang rasa dan sukar  ditandingi. Di mana di dunia anda boleh lihat jam hingga berkilometer hanya kerana satu kemalangan sebuah motosikal dan sebuah kereta? Begitulah prihatin dan penyayangnya rakyat Malaysia, walaupun tidak dapat menolong, memperlahankan kenderaan pun jadilah asalkan dapat lihat keadaan mangsa dengan lebih dekat … “kesianlah hai… entah hidup entah mati ke dia? You think it’s funny? Well laugh out loud! We don’t mind!Well, jokes aside, orang Malaysia memang penyayang dan prihatin, mereka tidak boleh melihat penderitaan orang lain dan cepat saja hulurkan bantuan. Bila ada kemalangan jalan raya atau ada orang kena buli, kita boleh lihat betapa prihatinnya mereka. Lihat berapa ramai yang berhenti khususnya motosikal lebih lagi jika kemalangan melibatkan their fellow motorcyclist. If you are an outsider, please be careful if you hit a motorcyclist specially if you are at the wrong side, jangan cuba tegakkan benang basah, takut kena belasah!

Many said that Malaysians also take their generosity to the freeway. I think every driver usually gets lucky with oncoming cars signalling you with headlights, ini bukan suka-suka nak main lampu, but they are trying to inform you that there is a police or the road transport authority road block a few miles ahead of you. Jadi perlahankan kenderaan anda, go slow for that few miles and pecut baliklah right after we passed the road block. That is what we call good Samaritans. For that thoughtful gesture, you may thank the driver by flashing back.

When you cannot find a parking spot but insist on your favourite roti canai, bak ku teh or nasi lemak, park saja di mana-mana bahu jalan yang berdekatan. Ada garisan kuning pun boleh. Someone will tap your shoulder. He need not say anything, just point out to the road and you know, he is trying to tell you if you have parked your car somewhere ‘illegally’ or forgotten to buy a parking ticket, you better rush out because the authority officers are making their rounds!

1. Tinggalkan seketika sarapan anda, kalau tak mahu terima surat cinta. 2 . Ada saja yang prihatin dan membantu. 3. Pandu perlahan dan berhenti lihat kemalangan.

Menyentuh perihal baik hati, dan penyayang, pandemik telah membuktikan betapa orang Malaysia begitu prihatin tentang masyarakat sekeliling mereka lebih lagi kala dalam kesusahan dan memerlukan. Pandemik telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap masyarakat dunia dan juga Malaysia. Jelas, pandemik telah mengajar dan mempamerkan sifat terpuji masyarakat Malaysia yang penyayang, pemurah dan prihatin.

Atas: Barisan hadapan Malaysia keletihan dan tidak cukup tidur demi tugas, Sedang menjalankan tugas.

Bawah: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin yassin berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan Malaysia yang bercengkang mata dan nyawa demi negara tercinta.

Terlalu banyak contoh dan peristiwa untuk diceritakan tentang itu, namun projek kecil Bendera Putih telah menjadi bukti betapa rakyat Malaysia prihatin terhadap penderitaan dan kesusahan sesama masyarakat dan jiran tetangga. Dalam waktu yang begitu pantas, ramai yang memerlukan dan menderita terbela. Begitu juga dengan frontliners yang sering diberi pujian dan penghargaan keran sifat mereka yang tidak pentingkan diri serta sanggup begadai nyawa dan masa dengan tersayang hanya untuk berkhidmat demi negara tercinta.

It’s Malaysian Timelah

“Alamak! Sorry lah, I will be a bit late,” cuba tenangkan pihak yang sedang menunggu, “but I’m on the way maa…,” mungkin pihak yang di sana tidak yakin dengan alasan itu, “Haiyoo! Dey! Please understand lah, Jam teruk gila ni. Suey maa, lalu jalan ni!” Ini satu helah biasa dan pada halnya mungkin masih lagi di rumah, baru hendak memakai kasut. That is one of Malaysians bad habit, tidak tepati waktu. But don’t ask me why, we get away with it.

Kerana itulah agaknya wujudnya ‘Waktu Malaysia’ atau ‘Malaysian time’.

Ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan dan mungkin ramai anak Malaysia juga tidak mengetahuinya. It might sound weird but the local time in peninsular Malaysia has been adjusted a total of eight times! Pertukaran pertama dibuat pada 1932 bagi mempercepatkan waktu sebanyal 20 minit bagi mendapatkan lebih masa siang dan ditambahkan lagi 10 minit pada 1941.

Pada 1942, Malaysia menambahkan waktunya dua jam lagi bagi mengikuti waktu Tokyo dan pada 1945 waktu dikembalikan seperti pada 1941. Hanya pada 1 hari bulan Januari 1982, Tun Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika itu membuat perubahan dengan menambah waktu rasmi Malaysia sebanyak 30 minit untuk menyamakan waktu Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Yang mana Singapura, pada hari yang sama turut menukar waktunya.

Dengan Malaysian time bererti ‘it’s only a phone call away’, anda hanya perlu telefon dan memberi senario atau alasan mengapa anda lewat. Pasti pihak yang menunggu faham because mostly, everyone does the same thing. Anehnya bila sampai di destinasi, masing-masing bersalaman dan meneruskan mesyuarat atau aktiviti bagai tiada apa yang berlaku. No heart feelings!

Namun bukan semua Malaysians begitu ya, ramai yang menepati waktu and quite sadlah for those who are always punctual. Tapi jangan bimbang, Malaysians adalah rakyat yang pemaaf. Sooner or later he or she will jump into the bandwagon. So soal lambat ni memang tak jadi isulah!

Tak Malu Lah, Malaysia Pun Handal! Dalam banyak bidang misalnya sukan, memasak, pendidikan, hiburan dan macam-macam lagi, Malaysia pun tidak kurang handalnya jika dibandingkan negara-negara lain yang sama status dengannya. Malaysia telah berjaya melahirkan nama-nama gah yang dikenali, disegani dan digeruni kewibawan mereka Sukan, Asian, Sukan Commonwealth dan juga Olimpik.

Orang Malaysia memang gila sukan khususnya bola sepak dan badminton. Sejak  80an Malaysia telah terukir di peta dunia dalam sukan badminton, bola sepak, tenis, renang dan lumba basikal,  Walaupun Malaysia tidak pernah menempa juara dalam sukan bola sepak antarabangsa, namun pernah melayakkan diri dan hampir menyertai Sukan Olimpik dalam bola sepak ketika di zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Arumugam, nama pasukan Malaya hari digeruni oleh negara jiran dan di peringkat Asia ketika itu.

Di arena sukan antarabangsa Malaysia kira not badlah misalnya dalam sukan badminton kita pernah ada jaguh seperti Datuk Misbun Sidek and ‘The Sidek Brothers‘ iaitu Razif Jailani dan Jailani Sidek selain beberapa lagi dan kini kita ada Datuk Lee Chong Wei. Dalam sukan lari Malaysia perna ada Dato Marina Chin dan Zaiton, sementara Datuk Nicol David pula mengharumkan nama Malaysia dalam sukan skuasy dan Shalin Zulkifli pula dalam arena bowling.

Menariknya, melalui sukan terlihat penyatuan rakyat. Masih bagaimana masyarakat Cina bersorak ketika perlawanan badminton antara Malaysia dan China, pada sukan Komanwel dan tentunya mereka menyokong pasukan negara. Temasya Sukan Komanwel ke-16 tersebut telah dibuka rasmi oleh Yang Di-Pertuan AgongTuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 september pada 1998, dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth ii.

Pada majlis pembukaan tarian moden dan tradisional daripada pelajar sekolah menengah turut mempamerkan budaya masyarakat majmuk Malaysia yang menjadi menggunakan selendang, kipas, gelung rotan, dan lain-lain [eralatan budaya Malaysia telah menarik minat pengunjung dari serata dunia..

Masih ingat bagaimana 33 penerjun dari paras 4000 kaki membawa bendera MalaysiaKanadaEngland, Persekutuan Sukan Komanwel, Kuala Lumpur, dan bendera Kuala Lumpur dibawa 98 ahli payung terjun ini terdiri daripada kalangan tentera dan orang awam. ketibaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar dan merasmikan Kuala Lumpur 98. Gong gergasi dipalu  membuat persembahan kad flip yang menonjolkan sebanyak 258 reka bentuk yang menarik. Dalam dunia fesyen antarabangsa juga Malaysia tidak ketinggalan malah ramai yang telah berjaya mempamer dan berjuang dalam arena perniagaan fesyen. Kini Malaysia ada dua nama yang amat dibanggakan seperti Datuk Zang Toi, pereka busana yang berpusat di New York sementara Datuk Jimmy Choo pula terkenal dengan kasut couturenya di London dan Eropah.

Dalam bidang seni dan hiburan antarabangsam kita juga tidak kekurangan, boleh dikatakan not bad lah! Sejak di tahun 50-an lagi beberapa nama telah muncul dan menjadi jenama antarabangsa atau setidak-tidak pun di serata Asia.

For some, it was the British to be responsible for the multiracial ‘genetic’ of Malaysia by opening the gateway into Malaya. Justeru membuka peluang kepada beratus ribu pendatang China dan India khususnya ke Malaya untuk bekerja di ladang-ladang dan menjadi buruh. Those activities has transformed Malaya’s social, economic and political landscape as we know today.

Personally, I certainly feel that the original people of Malaya at that time, the Malays, to be credited for their generosity, hospitality and their incredible tolerance, acceptance and most importantly adjustment to their changing world which was quite unique to the Malays as they are kind and very caring beings.

Malaysians Uphold Their Culture and Tradition

Back to the present, and to start with, this morning I had Chee Cheong Fun, a Chinese traditional dish, for breakfast which I shared with my mother in law (who happens to be a Chinese convert when she married my late father in law). That is the reason why my husband speaks fluent Chinese better than his Chinese cousins and Chinese friends. So does my children though they are not that fluent but they can fairly understand Cantonese.

On our breakfast table there was also Chapati which is my youngest son Nazim’s favourite. There was Nasi Lemak too which is my two daughter’s, Shasha and Nisha’s favourite. Had my eldest son Nizam joined us, I’m sure he would have prepared some Aglio Olio or perhaps a beef burger with his own homemade patti and some fries. I miss our in-house chef badly!

That’s how we usually started our day in Malaysia. 

Does culture play any role in the Malaysian society? Yes we are peace and fun loving people who live by our culture and tradition. Jika adalah yang mengatakan orang Malaysia tidak berbudaya, mereka silap atau tidak tahu siapa kita. Tidak kiralah apa bangsa atau latar belakang agama, seseorang rakyat Malaysia adalah pencinta budaya dan seni asalnya.

Sekian lama hidup harmoni dan saling memahami budaya masing-masing, maka terbitlah rasa kemesraan dan ingin menyelaminya.Buatlah kajian dan anda pasti dapati bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang masyarakatnya memakai pakaian tradisional dalam hidup seharian mereka. Di tempat kerja anda lihat masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu memakai baju kurung dan kebaya. Begitu juga dengan kanak-kanak sekolah dari sekolah tadika hinggalah di peringkat menengah dan pengajian tinggi, ramai yang memakai baju kurung bukan sahaja pada hari Jumaat malah pada hari-hari lain juga.

Bagi jabatan kerajaan mereka memakai batik pada hari Khamis dan biasanya memakai  baju Melayu pada Hari Jumaat. Mungkin pada tahun 70an dan 80an kita masih dapat melihat kaum wanita China menggayakan pakaian tradisional seperti Cheongsam dan wanita India memakai Sari dan ada yang memakai Salwar Kameez ke tempat kerja. Malaysia kaya budaya dan orang Malaysia gemarkan musim perayaannya. Tidak kira Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Thaipusam dan banyak lagi. Satu Malaysia akan berpesta, dan sekali lagi ingin saya jelaskan, perayaan seumpama ini akan hanya anda lihat di negara ini. Selain rumah-rumah dihias dan dicat baru serta dihiasi dengan lampu berkelipan, di jalan raya juga turut dihias oleh kumpulan-kumpulan politik masing-masing bagikan satu pertandingan; kaya parti politik tersebut maka lebatlah lagi hiasan lampu ketupat, tanglung dan lampu-lampu yang dipasang.

Pelbagai Perayaan Di Malaysia

Sebulan menjelangnya perayaan tersebut, biasanya pasaraya dan gedung beli-belah yang besar  dihias eksklusif dan sarat mempamerkan barangan jualan untuk keperluan masyarakat tersebut dan masyarakat amnya. Ketika bulan Ramadan, masyarakat lain turut berpesta juadah dengan pelbagai makanan yang dijual di bazar-bazar kompleks beli-belah juga di tepi jalan.

Ramai kaum ibu bukan Islam menghela nafas lega kerana waktu inilah mereka kurang memasak kerana suami dan anak-anak memang gemar menjamu mata di dan memilih apa yang mereka mahu makan.

Lebih menarik ada di kalangan bangsa lain yang menyekat nafsu selera mereka di tempat kerja atau ketika bermesyuarat kerana mereka tidak mahu minum atau makan pemanis mulut yang di sediakan demi menghormati rakan sekerja Muslim mereka. Akhirnya setiap bulan Ramadan setiap mesyuarat atau pertemuan tidak disediakan makanan mahupun minuman. Satu lagi acara yang sering mempamerkan kekayaan budaya rakyat Malaysia ialah bila adanya kenduri-kendara atau upacara perkahwinan. Weddings ceremonies are crazy here in Malaysia. Lebih kaya seseorang lebih besar, lebih gah lah persiapan dan upacaranya dan sudah tentulah lebih ramai jemputannya.

Where in the world could one celebrate four different festive celebrations in a year on a big scale? Where in the world are there more than10 different wedding ceremonies by its people? Only in Malaysia we do. So if one mentions tolerance, diversity, culture and harmony. You will be landed in Malaysian ground!

Malaysians practice their own religious beliefs freely and in harmony with each other. We are not only sensitive but accommodative to each other’s customs and rituals. Another important thing for all to know, anybody and everybody in Malaysia has the freedom to become rich if they work hard. It is a true freedom knowing that we have the freedom to pursue our dreams and grow. We live in a country that supports growth and we can do so much with the support of the government and the people around us.

Besides that, people in other countries are beginning to recognize that Malaysia is a growing country and they have positive things to say about it. I’m proud to be part of this nation and that is another reason why I love my country-Malaysia!

Back to snow balls and Eiffel Tower, Malaysia tidak kurangnya dengan destinasi berhawa sejuk seperti Cameron Highlands dan Fraser’s Hill. Pemandangan saujana laut yang indah juga ada merata di sini contohnya Pulau perhentian, Port Dickson Dan Tioman yang pernah dinobatkan di peringkat antarabangsa sebagai antara 10 pulau terindah di dunia. We too have the majestic Twin Tower and Kuala Lumpur Tower.

Agama Islam ada agama rasmi Malaysia dan ia  buat pertama kali dibawa masuk ke Semenanjung oleh pedagang Arab dan India pada abad ke-13, dan telah banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat tempatan dari segi senibina, budaya dan makanan.

Hari ini lebih kurang 60% rakyat Malaysia menganut agaman Islam, namun ia banyaka k disulami dengan budaya masyarakt  Melayu. Panggilan Azan atau the call to prayer can be heard in all corners of the country, five times a day. Somehow or uniquely It is not unusual for a mosque to be situated down the street from a Church and across the street from a Hindu or and a Chinese temple. This multi-religious society lives in harmony and everyone respect each other religion and faith.

I was asked one by a tourist, doesn’t the azan annoys the other races with other faiths. I said no. And he was shocked and I told him, having lived together for that long, we are accustomed to each other’s faith and needs. That has helped us build a strong understanding and foundation for living in harmony. Sad to know too that our sincerity and harmonious way of living had been envied by others and we too know that there are outside efforts to destroy that.
Akhir kata, orang Malaysia memang baik-baik dan penuh sopan santun. Mereka berpegang kepada budibicara dan keharmonian dalam setiap sudut kehidupannya. There are too many things that is unique to Malaysia dan happening around us every day that makes us unique in our own way. Happy birthday my dear county!

Related posts

Pelakon Ini Berhenti ‘Minum’ Selepas Menghantar Anak Ke Sekolah Dalam Keadaan Mabuk

admin

LOVES E.A.R.T.H

adminwm

Kecoh Raya

admin

Leave a Comment