Masih hangat diperkatakan. Dan masih segar di ingatan peminat fesyen dunia melihat barisan selebriti dan bangsawan dunia hadir dengan gaya yang sungguh mewah. Siapa tidak terbuka mata melihat Jennifer Lopez muncul dengan gaya ‘goddess’nya. Dunia fesyen terkedu dibuatnya.
Dolce & Gabbana mengadakan pertunjukan fesyen yang sangat unik lagi artistik di St Mark Square, Venice, Itali. Bermula pada 28 Ogos sehingga 30 Ogos pertunjukan fesyen ini berlangsung selama tiga hari. Bertemakan Alta Moda DG Alta Gioielleria hasil daripada pereka fesyen terkenal mereka Dolce & Gabbana, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana.
Menarik sekali kerana seramai 400 orang menghadiri pertunjukan fesyen, antaranya selebriti-selebriti dan bangsawan termasuk January Jones, Jennifer Lopez, Dame Helen Mirren, Kitty Spencer dan Ciara yang memeriahkan fesyen show tersebut.
Dimulakan dengan pertunjukkan mixed Carnival & Felliniesque story telling selama 20 minit seterusnya kemunculan koleksi yang dipersembahkan menaiki gondola.
Palazzo Ducale adalah lambang kehidupan budaya seni Venetian dan mewakili salah satu simbol tertinggi sejarah kaya “La Serenissima”. Ianya adalah keunggalan Itali dan simbol craftsmanship yang dihormati sampai menjadi lokasi pilihan ciptaan DG Alta Gioielleria.
Kain unique diperbuat daripada exquisite silks, brocade’s, velvets, glass and crystals membuatkan ianya sebuah pertunjukan fesyen yang sangat gemilang dan unik.
Fesyen show Dolce & Gabbana berakhir dengan acara finale yang meriah lagi menghiburkan. Domenico Dolce berkata, “You know I’m a Catholic so I asked the Virgin, ‘please wait a little bit! Please!”