FESYEN

Siapa Ratu Elizabeth?

FAKTA MENARIK SANG RATU

CODENAME ELIZABETH – HIDUPNYA DIBATAS SIGNAL

Sejarah hidupnya bukan satu dalam sejuta malah tiada wanita sepertinya. Ratu Elizabeth II lahir pada 21 April 1926, di London dengan nama Elizabeth Alexandra Mary Windsor, Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Skotlandia di kediaman musim panasnya pada Kamis bersamaan 8hb, September 2022.

Dengan kematiannya itu Ratu Elizabeth merupakan pemimpin Istana Inggeris terlama sepanjang sejarah. Beliau juga pemimpin paling lama dalam sejarah dunia moden, juga Ratu monarki paling lama bertahta.

Beliau satu-satunya wanita paling berkuasa di muka bumi yang mengetuai negara-negara Komanwel iaitu organisasi kesatuan sukarela yang terdiri daripada 52 buah negara berdaulat yang mempunyai 2.4 bilion penduduk. Hampir kesemua negara tersebut merupakan bekas jajahan British atau wilayah tanggungan bagi jajahan itu.  

Lebih menarik beliau dianggapa wanita paling hebat dan berkuasa dalam segala sudut; apabila perkahwinannya dengan Putera Phillip mencecah tujuh dekad, beliau juga seorang ibu yang baik dan tegas kepada empat cahaya mata, menjadi peneraju ekonomi negara dan juga negara-negara dunia yang di bawah naungannya. Beliau juga berkuasa dalam hal-hal pertahanan, keharmonian dan kesihatan, pendidikan negaranya termasuk di peringkat dunia.

Kerana kehebatannya dan pentingnya beliau maka keselamatannya adalah menjadi keutamaan malah setiap pergerakan dan aktivitinya begitu terancang dan hampir segalanya mempunyai codename yang tersendiri. Sejak dilahirkan dan membesar sebagai kanak-kanak dia telah pun didedahkan dengan sistem pentadbiran tinggi yang melibatkan hal-hal keselamatan sistem monarki, sistem pentadbiran negaranya dan di peringkat dunia.

Ketatnya peraturan, sejak berusia kecil hinggalah menjadi kanak-kanak segalanya diatur; permainannya, dengan siapa dia bermain, berapa lama dia patut bermain dikawal dan diawasi dengan ketat. Walaupun ada yang tidak kelihatan namun ada saja ‘mata-mata’ yang mengawasi geraklakunya dari setiap sudut.

Ini termasuk jugalah hidangan sehariannya yang di kawal rapi daripada punca bahan yang diperolehi, proses memasak, penyediaan dan sehinggalah disuap ke mulut semua telah diperiksa bebas bahan beracun dan selamat.

‘Kod Mangkat’ Ratu Elizabeth II

Sebaik sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir, code “London Bridge is Down” berkuatkuasa. Sebaik sahaja disebarkan oleh Perdana Menteri, yang memberi signal bahawa, “Ratu telah mangkat!”, maka segala urusan dan proses yang terancang bertahun-tahun sebelum kematian Ratu Elizabeth berkuatkuasa!

Protokol operasi yang dipanggil Operasi London Bridge, memastikan upacara yang teratur lagi rumit seluruh negara Britain dan juga bagi pihak kerajaan naungannya di serata dunia akan terus dimaklumkan. Jabatan kerajaan Britain mahupun badan-badan swasta akan terus menyebarkan berita kemangkatannya dan pada waktu itu negara di bawah jajahan dan naungannya melalui Comonwealth di serata dunia disarankan mengibarkan bendera separuh tiang.

Setiausaha sulit beliau, Edward Young akan menghubungi Perdana Menteri Liz Truss dan memaklumkan mengenai kematian Ratu Elizabeth II. Kemudian laporan kematian akan sampai kepada penasihat ratu iaitu Majlis Privy United Kingdom. Selepas itu diikuti dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada perkhidmatan awam.

Di setiap jalan-jalan pula, bendera akan dikibarkan separuh tiang. Dari Downing Street sehingga ke setiap banggunan, bendera akan berkibar separuh tiang. Kenyataan rasmi dari Perdana Menteri akan dikeluarkan dan diikuti dengan seminit berdiam diri. Loceng istiadat di Westmister, Istana Windsor dan beberapa lokasi lain akan dibunyikan menandakan perginya Ratu Elizabeth II.

Mungkin ramai yang tidak tahu, rencana Operasi London Bridge ini sebenarnya telah disiapsediakan selama beberapa dekad oleh kakitangan istana dan Pejabat Kerajaan Inggeris dan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Kod-kod ini membawa bersamanya arahan keras dan bukan satu yang boleh diambil ringan oleh sesiapa khususnya kakitangan istana dan pihak pentadbirang kerajaan serta pertahanan.

Ia begitu lengkap dan teliti hingga bagaimana Putera Charles III akan berbicara kepada rakyat, kaum kerabat dan bagaimana putera dan puterinya harus bertindak dan paling penting apakah proses yang akan terjadi pada tubuh Ratu Elizabeth pun sudah termaktub di dalam kod tersebut dan tidak boleh dipinda atau diambil lewa.

Kematian beliau di Skotlandia menjadi lebih rumit lagi karena proses mengendalikan mayat Ratu, mengaktifkan apa yang disebut operasi “Unicorn”. Apa itu operasi Unicorn? Operation Unicorn is the name given to a set of detailed plans outlining what should happen if Queen Elizabeth II died in Scotland. Operasi inilah yang berlangsung baru-baru ini sebaik berita kemangkatannya di war-war secara rasmi.

Rahsia yang terbocor beberapa tahun lalu ini, menyebabkan beberapa perkara dan perancangan operasi terdedah kepada umum misalnya kerana Ratu akan secara sementara diletakkan Istana Holyroodhouse yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Britain di Scotland.

Kod Pakaian, Warna dan Gerak Tubuh Menzahir Signal

Dikatakan pilihan pakaian seperti warna juga mempunyai signal tertentu, hinggalah juga geraklaku beliau. Setiap gerak tubuhnya mempunyai maknanya yang tersendiri seperti mana seorang secret agent seperti James Bond yang sedang bertugas.

Hinggakan cara beliau memakai topi, memegang tas tangan dan di mana tas tangannya diletakkan mempunyai makna yang tersendiri dan pengawal dan pegawai kerjaan Britain yang turut hadir bersama akan tahu signal yang beliau ingin berikan: mereka akan segera bertindak mengikut keperluan Ratu pada waktu tersebut.

Berikut adalah contoh bagaimana para pengawal dan pegawai tinggi kerajaan bertindak balas mengikut cara beliau meletakkan tas tangannya:

Jika diletakkan di atas latai Beliau dalam bahaya! Ini dilakukan Ratu Elizabeth II saat dirinya berada dalam situasi yang paling bahaya dan beliau memberi signal supaya segera diselamatkan.

A Elizabeth II tiba-tiba meletakkan tasnya di lantai berarti Ratu ingin agar pengawai dan pengawal peribadinya akan sepintas kilat menyelamatkannya.

Memindahkan tas dari ta ngan satu ke tangan lainnya – Bagi Ratu E, tas tangan bukan sebagai satu aksesori feminitinya atau sekadar untuk mengikuti trend fesyen tetapi untuk menyampaikan kod-kod tertentu kepada petugas keselamtannya. Hal ini pernah dinyatakan oleh pakar sejarah kerajaan Hugo Vickers yang mengungkapkan bahawa saat Ratu Elizabeth II terlihat memindahkan tasnya dari tangan satu ke tangan lainnya, itu adalah suatu kod rahsia bagi para petugasnya.

Seandainya beliau selesai berbicara dengan seseorang, Ratu E akan memindahkan tasnya dari satu tangan ke tangan yang lain agar petugas peribadi yang juga pengawas keselamatannya datang untuk menginterupsi dan membawanya beredar dari tempat atau kawasan tersebut.

Meletakkan tasnya di atas meja – Perlakuan ini selalu berlaku sekiranya Ratu E menghadiri makan malam. Apabila Ratu Elizabeth II ingin menyudahi acara makan malamnya, beliau akan meletakkan tasnya di atas meja.

Ini bukan sahaja dimaklum oleh staf peribadi dan keselamatannya malah kakitangan hotel dan dewan tersohor seia maklum akan signal ini, malah tetamu lain yang biasa dengan acara makan malam seumpamanya akan mengerti dan ikut menyudahi makan malam mereka dalam jangka waktu lima minit selepas tas tangan berada di meja makan.

Mengungkapkan Sesuatu Melalui Pakaian dan Aksesori

Sering terlihat memakai pakaian dengan warna yang cerah dan polos, pakaian Ratu Elizabeth II di berbagai acara sebenarnya adalah alat diplomasi penting yang hanya segelintir sahaja tahu memberikan makna dan signal tertentu juga.

Setiap hiasan seperti pin dada, hiasan topi memberi konotasi yang berbeza-beza. Ratu E sebenarnya ‘menyelitkan’ ungkapan tertentu atau  pesan di sebalik pakaian dan aksesorinya. Perbuatan dan geraklakunya itu kadangakala menimbulkan tanda tanya dan membuat ramai berteka-teka.

Ada yang suka membuat andaian dan analisa mereka sendiri sebagai contoh pakaian yang Ratu Elizabeth II yang digunakan pada saat acara kunjungan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada satu ketika, Ratu E mengenakan pin dada yang merupakan hadiah dari Presiden sebelumnya iaitu Barack Obama.

Pilihan dan tidakannya itu terus mengundang perhatian dan sekaligus membuat para pemerhati dan pengkritik, tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan atau yang ingin dinyatakan oleh Ratu E kepada individu tertentu atau untuk seluruh dunia tahu?

Secara peribadinya beliau adalah seorang wanita yang cantik, berkeperibadian menarik dan halus, bijak, berani dan tabah. Menjadi pemegang takhta Kerajaan Inggris terlama yaitu 70 tahun. Kisah cinta Ratu Elizabeth II hingga caranya memimpin Kerajaan Inggris selalu mempunyai cerita tersendiri. Tak heran Ratu Elizabeth II begitu dicintai rakyatnya karena sikap dan sifatnya yang baik serta ceria.

Apa yang menjadi buah mulut masyarakat dunia kini adalah apa akan jadi bila Ratu Elizabeth II meninggal dunia? Ramai peramal politik dunia, pakar sejarah monarki dan penganalisis ekonomi dan keselamatan kerajaan dunia beranggapan banyak perkara akan berubah. Misalnya The New World Order pada zamannya kini dianggap tidak lagi relevan dan memandangkan peradaban dunia yang kian berubah leih lagi selepas dilanda pandemik sememangnya banyak hal akan berubah. Kita tunggu dan lihat.

Ratu E Hanya Tunduk Pada Kerabat Diraja Ethiopia

Sebegitu hebatnya Ratu Elizabeth II, namun sang ratu hanya tunduk pada satu kerabat di dunia iaitu kerabat diraja Ethiopia Africa. Diketahui seluruh dunia, beliau tidak pernah tunduk pada sesiapa. Apa yang menyebabkan beliau dan Prince Phillip tunduk hormat pada Maharaja ini?

Sejarah mencatatkan, Kerabat Ethiopia adalah dari keturunan Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s. Asal kerajaan Ethiopia yang juga dulu dipanggil Aksum (Axum). Kerajaan ini adalah dalam kerajaan Saba’ iaitu kerajaan Ratu Balqis. Sebelum kerajaan Aksum, kerajaan ini turun dari pecahan kerajaan Cush iaitu Anak kepada Ham anak kepada Nabi Nuh a.s.

Cush juga yang melahirkan Raja Namrud. Keturunan Cush bin Ham ini melahirkan raja-raja besar di wilayah Africa dan Parsi. Sehingga hari ini, orang Ethiopia bercakap bahasa Africa (Cush) yang bercampur dengan semitic (Yahudi) dan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sejak ribuan tahun.

Mengikut sejarahnya, Ethiopia juga menyaksikan Komander tentera empayar Aksum iaitu Abraha mengambil alih kerajaan yahudi Yaman Himyarite di bawah kempen perang oleh raja Kaleb of Aksum.

Raja Himyarite ketika itu adalah Yusuf Dhu Nuwas, seorang beragama Yahudi yang memusuhi agama Kristian. Kerana itulah mereka diserang oleh oleh Raja Kaleb, kemudian Raja Kaleb meletakkan wakil bernama Sumuafa’ Ashawa'(esimiphaios) seorang beragama Kristian. Bagaimanapun beliau tidak disukai oleh rakyat, ketika itu Abraha mengambil peluang menjatuhkannya dan naik menjadi Raja Yaman dan bernaung bawah kerajaan Aksum. Raja Abraha inilah yang menyerang Makkah dan mati ketika menyerang Kaabah dengan balingan batu neraka dari burung Ababil.

Dikisahkan, ketika Islam mula berkembang, Nabi Muhammad s.a.w menghantar sahabat-sahabat berlindung di bawah kerajaan Ethiopia Raja Najash (King Armah) yang beragama Kristian ortodox, sambungan dari fahaman terawal Kristian. Raja Najash dapat menerima muslim ketika itu, kerana baginda sendiri sedar akan kedatangan seorang Nabi dari Arab seperti yang diterangkan melalui agama dan kitab anutannya iaitu Kristian yang asal sebelum diubah.

Jadi, inilah sebabnya,Queen Elizabeth dan Prince Phillip sangat memuliakan Raja dari Ethiopia, satu kerana kerajaan mereka adalah kerajaan kristian terawal wujud di dunia dan kerabat rajanya yang bercampur darah dari Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s.

(Bahan Ratu E dan Raja Ethiopia daripada Nurul Hayat – Google)

Related posts

Bernard & Masrina Ada Chemistry

admin

Suunto 9 Peak Pro serba baharu

adminwm

Kaca Mata Koleksi David Beckham

admin

Leave a Comment