Amber Aime’e diasaskan pada Disember 2018, oleh pengasasnya Shima Shikh. Tujuan, untuk membantu wanita dilihat lebih cantik, menawan dengan menggunakan produk mesra wuduk, waktu sama menjimatkan masa. Mekap yang mudah ditanggalkan masa mengambil wuduk.
Kata Shima Shikh, sebelum Amber Aime’e dia masih belum cukup ilmu memulakan bisnes kecantikan tetapi kerana keyakinan yang tinggi dan juga minat untuk menyelesaikan masalah wanita yang susah mencari maskara wuduk friendly mahupun maskara yang senang dicuci atau dipadamkan. Berkat usaha gigihnya beliau berjaya mengeluarkan Amber Aime’e yang membuka peluang pelanggan membeli dan mencuba sendiri.
Awalnya Amber Aime’e hanya mengeluarkan maskara dan eyeliner tetapi kini ada lip dan cheek balm serta lip matte. Terdapat empat warna yang menarik untuk di pilih, N16, N19, S14 & J11 dedikasi untuk kawan-kawan rapatnya Sempena Merdeka, Amber Aime’e melancarkan kempen “PKP PON STEADY JER”, kempen menjemput sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan produk Amber Aime’e, zero cost dan hanya berbekalkan keazaman, fokus dan ingin berjaya. Layari Facebook Amber Aime’e & Instragram Amberaimee_cosmetichq.