EYE ME

Bila Berhijab

The sun doesn’t lose its beauty when covered by clouds. The same way your beauty doesn’t fade when being covered by a Hijab.” Angelina Jolie

Seperti tidak percaya kata mutiara ini daripada selebriti terkenal dunia Angelina Jolie. Begitu Jolie sendiri tidak melihat berhijab itu aneh malah tegas menyebut dengan berhijab tidak sedikit pun mengurangkan kecantikan. Semoga anak-anak ku di luar sana, andai merasakan dengan berhijab kamu rasa kurang cantik, lalu hadamkan kata-kata ini untuk menolak keyakinan berhijab. 

Kisah ku berhijab kira-kira lapan tahun yang lalu. Pagi itu saya ke kelas ilmu sebelum masuk ke studio untuk shooting. Di studio yang menunggu ialah Mizz Nina. Sambil dia disolek dia bercerita peristiwa hijrahnya dan betapa katanya pengetahuan agamanya teramat cetek malah tidak kenal huruf, apa lagi isi Quran. “Saya mulakan dengan menutup aurat dan waktu sama mengenal Allah dengan lebih dekat. Tidak mudah, dan saya percaya ia akan mengambil masa yang sungguh lama, kerana zatNya terlalu-lalu luas, pun saya akan terusan mengutip ilmu-ilmuNya. Insha-Allah. “Ni selesa, cubalah kak Wirda,” katanya memendekkan cerita, anak tudung ninja ni selesa sangat, Nina suka. Yang ni untuk kak Wirda.” 

Saya mencuba, dan di bahu memang ada tudung, sambil Mizz Nina dipakaikan tudung, saya juga sibuk di depan cermin mengikat tudung. Selesai shooting, sebab terlewat dengan bertudung tadi terus ke majlis. Saya rasa semua mata ke arah saya, malah selepas majlis ramai pula bertanya, “Ya,” bangga saya menjawab. Syukur diberikan petunjuk olehNya. Meminjam kata-kata Noor Kumalasari kala saya menemuramahnya. “Mujurlah kak Noor tak mati waktu zaman jahiliah dulu, kalau tidak kak Noor tak tahu apa nak jawab pada Allah.” Saya ternampak air yang berlinangan di tubir matanya, “Kerana mengikut hati muda, ya Allah zaman tu… malunya melihat diri sendiri dengan pakaian tak senonoh. Kak Noor syukur sesangat,” katanya.

Saya juga, syukur dipanjangkan umur untuk saya menjadi seorang muslimah. Insha-Allah, Allah memandang diri ini, dan sentiasa meningkatkan iman dan untuk saya terus menghayati dan mengamalkan perintahNya.

Hijab with a bad attitude isn’t hijab

Hijab with tight clothes on isn’t hijab

Hijab with hair on the side isn’t hijab

Hijab with layers and layers of makeup isn’t hijab

Hijab is beautiful so make it look beautiful

Bila berhijab, secantik tudung yang menutupi rambut dan dada dan pakaian yang membaluti tubuhmu, semestinya juga perkataan yang keluar dari bibir dan ayat-ayat yang ditulis di FB, IG, seharusnya seindah pemakaian. Ya Allah saya tersentak membaca beberapa posting daripada seorang insan ini, macam mana dia boleh jadi rakan di FB pun saya tidak tahu, tetapi kawan, cukup-cukuplah kamu mengaibkan orang. Perempuan ini rupanya cantik dan bertudung sudah sekian lama tetapi sekian lama dia berada di bumi Allah ini, ramainya manusia yang menjadi ‘target’nya. Daripada orang politik khasnya, selebriti dan personaliti malah mak-mak cik yang jual nasi lemak tepi jalan pun siap dikenakan. Saya ‘cannot brain’ (bahasa anak muda hari ini).

Ada waktu awak harus juga cakap yang baik tentang orang. Ada masa awak juga harus memuji dan jangan tulisan awak itu asyik mengeji. Ada waktu baik kita diam sahaja, jangan menoko tambah dan mengada-adakan cerita. Awak yang cantik, mengapa dihodohkan peribadi awak pada masyarakat? Sesekali cerminlah diri, apakah awak itu sempurna, sehingga ramai sangat yang hina di mata kamu? Kemudian saya membaca lagi postingnya, terusan mengaibkan si politikus ini, apa yang telah dia buat pada kamu ya, hingga kamu benci sangat kepadanya? 

Seorang kenalan, ilmu agamanya tinggi dan sudah berpuluh-puluh tahun bertudung labuh, tetapi perangai suka jaga tepi kain orang masih belum dapat dibuang. Juga, dia marah bila tidak dilayan sembangnya tetapi buat apa dengar sembang kosong memuji diri dan anaknya sahaja yang pandai. Itu pun saya boleh tahan dengar tetapi bila ilmu agama orang lain asyik dikhuatiri, ustaz dia sahaja yang boleh bawa orang ke syurga, itu sudah melanggar batas. Betul kita perlu pilih guru tetapi cukup-cukuplah mempertikaikan ilmu agama ustaz-ustaz yang ada ini. Mereka juga berpelajaran tinggi, sudah ramai ada Ph.D, so be careful my dear, berpada-pada bila mengomen. Takut menambah dosa.

Hijab is the veil that has to be drawn over our body, our behavior, and our speech.

Hijab termasuk pada cara seseorang itu berjalan, bercakap dan berfikir. Ya bila berhijab, kawal diri daripada berkata atau membuat perkara yang keji. 

Bukankah berhijab sebahagian daripada iman kita telah diangkat oleh Allah untuk mendekatiNya. Menginsafi dan membetulkan kesilapan. Allah mewajibkan wanita menutup aurat dan aurat itu bukan letaknya di kepala sahaja tetapi di dalam hati juga. Bila di luar cantik, takkan di dalam dibenar bersarang hati yang kotor, busuk dan bernanah. Patut dihapuskan semua sisa-sisa hitam yang tersumbat di hati supaya menjadi insan yang cantik di mata Allah. Ya kamu, satu jari ditunjukkan kepada orang, empat lagi menghala kepada kamu. Kepada kamu yang satu ini, jangan tunggu nyawa di hujung halkum baru hendak memohon maaf dan insaf.

Bila berhijab, tinggalkan baju-baju ketat, yang sendat dan jarang, yang boleh buat orang terbeliak mata memandang. Bila berhijab kurangnya solekan, jangan sampai sebatu orang boleh nampak kamu. Oh ya, kurangkan juga memakai pewangi (kurangkan, saya kata, bukan langsung tidak memakainya). Walaupun sedap sangat baunya agak-agak lah bila menyemburkan. 

Bila berhijab, buatlah betul-betul. “Tak apa kak Wirda, I like my hair to be seen a little, kalau tidak I nampak macam mak cik-mak cik,” kata anak buah. “Tak cantik hendak bergambar untuk majalah dan di FB. “Anyway, I will try but at least I dah cover kan?” “No, itu bukan cara hijab yang betul, rambut mesti tidak dibiarkan nampak sehelai pun. Sorry, di mata Allah ia masih tidak menutup aurat. Don’t sacrifice your beauty just for compliments and a few Instagram likes, because on the day of judgement, nobody will even look at you twice. So what your beauty is a topic in the magazine? Your modesty is a topic in the Quran. (pinjam kata dari internet).

If your way of wearing the hijab attracts others, know that your hijab needs correction. Keep your hijab as simple as you can. Sebab bila berhijab tidak sepatutnya menarik lebih ramai orang memandang, memuji dan memuja kamu, terutama lelaki.

Bila sudah berhijab, minta ampun, jangan setelah bertahun-tahun memakainya, tiba-tiba dibuka, hanya kerana marah sebab netijen menegur, atau hanya kerana tidak dapat ‘job’ yang kamu dambakan lalu hijab dibuka. Atau si buah hati kata, “You tak secantik dulu lah, I lebih suka you yang dulu. Lalu hijab pun dibuka dan pakai balik skirt-skirt singkat dan baju tidak berlengan. Lalu tayang body dan buah dada. Allahu. Sedihnya bila tengok, ini yang terjadi dalam kalangan masyarakat terutama artis. Begitu juga ramai sekali bila sudah bercerai, tudung pun ditanggal sesuai dengan pakaian yang kian mendedahkan seolah hendak melepaskan geram. Atau apakah kamu hendak memberitahu dunia yang kamu single and available. Let your hijab change the world, don’t let the world change your hijab.

It’s never too late to become a better muslimah. Mari kita sama-sama menambah ilmu agama kita. Sebagaimana kita berusaha kuat untuk mengejar dunia, begitu juga kita kena juga bekerja keras mengejar akhirat. Untuk masuk ke syurga juga bukan kerja mudah. Kerana itu kita kena rajin mencari ilmu dan mengamalkan bagi meluluskan diri ke seindah-indahnya tempat yakni syurga, seperti yang dijanjikan oleh Allah. 

Lupa, kalau setakat berhijab tetapi tidak menunaikan rukun Islam yang lima pun tiada maknanya. Saya teringat pula kisah seorang pelajar yang buat ‘internship’ di syarikat saya. Hari pertama dan minggu itu plain Jane. Sebulan kemudian wajah biasa sudah bertambah-tambah seri. Datang tidak bertudung, kemudian manis sangat bertudung litup, cantiknya bertambah kerana lengkap bersolek, mata pun sudah biru. Ilmu yang dikutip daripada rakan sekerja dan dalam tugasan berjumpa orang daripada industri kecantikan dan fesyen. Tetapi satu yang saya perasan, saya tidak pernah nampak dia di bilik solat. Macam mak-mak kita mesti tegur bila anak tidak solat. Dia diam.

Satu hari salah seorang staf saya memberitahu, “Puan sebenarnya dia tu tidak tahu sembahyang, katanya dia tidak pernah diajar atau belajar macam mana nak solat.” Saya terkejut. Sedih sangat saya kerana pada usia 23 tahun dan beragama Islam (catatan kad pengenalan) tetapi masih tidak reti solat. Kalau Mizz Nina boleh, mengapa tidak kamu? Dan sungguh saya kagum, hari ini Mizz Nina sudah pergi ke merata dunia selain terusan menuntut ilmu agama dia juga turut berdakwah. Syabas.

Pesan terakhir saya, apa pun ceritanya berhijab atau tidak, solat jangan ditinggalkan, ia tiang agama dan itulah soalan yang pertama-tama ditanya pada kita di padang mahsyar nanti. 
Oh ya, saya suka ‘qoutes’ ini, “In a world full of Kardashians, aspire to be like a Khadijah (may Allah be pleased with her.)” Aamiin.

Related posts

MEI (mummy, emak, ibu) Syurga Anak-Anak

Wirda Adnan

Insan Yang Bergelar Bapa

Wirda Adnan

CINTA SEMALAM

Wirda Adnan

Leave a Comment