COVER STORY

Poorani Rajoo, ‘Beauty Is Power’

Beauty is power,’ begitu pandangan Poorani Rajoo, 25, Ratu Intercontinental 2021. “Saya melalui kehidupan yang berubah setelah dimahkotakan sebagai ratu. Menjadi ratu cantik mengajar saya menjadi wanita yang ‘strong inside out’. Saya menjadi seorang yang lebih berani menghadapi cabaran hidup. Hidup ini penuh liku, penuh dengan ujian, dengan halangan dan rintangan. Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat kita menjadi lebih bahagia.”

“Bagi saya terlalu banyak yang saya pelajari selepas bergelar Ratu Cantik. Saya tetiba punya kekuatan untuk menepis sifat negatif dalam diri saya sendiri khasnya. Usah cerita hal orang, diri kita sendiri pun banyak kelemahan dan saya belajar untuk memperbaiki diri daripada sehari ke sehari. Saya melihat dunia begitu luas dan indah dan saya mahu mengutip keindahan itu untuk memperbaiki apa juga kekurangan yang ada. Saya tidak lagi membiarkan orang mengambil kesempatan pada diri saya dan keluarga. Saya juga mahu keluarga saya bangga dengan keberadaan saya di dunia. Tanggungjawab sebagai anak adalah membahagiakan mereka. Ya saya mahu ibu bapa saya bangga dengan percapaian saya. Mereka telah banyak berkorban untuk saya dan kini masa untuk saya membalas jasa mereka.”

Poorani, kawan-kawan ada memanggilnya Poo, ada yang memanggilnya Rani. Poorani dalam bahasa Tamil membawa maksud ‘Lot of Goodness’. Poorani, juga ‘has the power of philosophical; a strong faith in their own decision characterises these natives. Mereka jenis yang suka menambah ilmu dan sentiasa mahu belajar. Orang yang bernama Poorani juga biasanya seorang yang ‘down to earth’, Their tranquil nature helped them to remain composed even at time of distress. Poorani named individuals are not normally perturbed by external affairs. Itu serba sedikit sifat orang yang bernama Poorani dan tidak syak lagi insan yang menjadi hiasan MajalahWM.com bulan Julai ini punya segala yang disebut di atas.

Anak ketiga daripada empat beradik, ayahnya seorang ahli perniagaan dan ibu suri rumah. “Hidup kami amat sederhana tapi bahagia,” katanya bercerita tentang keluarga. “Masih tinggal bersama keluarga (kata coachnya), oh Poorani yang menghadiahkan rumah untuk keluarganya dan tinggal bersama mereka). Dan dia lebih senang dihantar diambil oleh bapanya ke tempat kerja atau temujanji, “Kerana saya rasa lebih selamat.”

Bekerja sepenuh masa sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat gergasi, dan masa lapang kini banyak ditumpukan dalam bidang peragaan dan fotografi iklan, “Saya tidak mahu membuang masa, dan mahu menggunakan sebaik masa untuk kerja-kerja yang berfaedah. Ia juga untuk menambah pendapatan. I promise I want to take full responsibility as a daughter to my parents, membahagiakan ibu bapa saya dan adik beradik. Tunggu dulu, kahwin cerita kemudian, saya mahu memenuhi banyak impian yang belum tercapai.” 

“Kerana dunia kehidupan saya banyak mengenai kecantikan, saya mempunyai jurulatih peribadi Rosalinda, yang saya panggil mama,” kata Poorani yang mempunyai ketinggian 1,75 meter. Mama banyak mengajar saya untuk tampil sentiasa polish. Dia membantu saya dalam serba serbi untuk cantik. Saya juga senang sekali dengan solekan dan dandanannya. Asbab dialah saya di sini, dan percaya dengan bimbingan Rosalinda, saya akan pergi jauh.” 

“Saya teringat kala di dalam bulan pertandingan, pengorbanan saya ketika itu ialah saya terpaksa menjaga diet saya, ia amat ketat. Kerana untuk mendapatkan potongan badan yang sempurna sebagai ratu cantik, diri tidak sewenang-wenangnya makan apa sahaja di depan mata. Kemudian harus bersenam dan sebagainya. Untung saya juga tidak cepat naik berat badan, namun saya mesti kawal dan sentiasa berjaga-jaga sampai kini. Kalau hendak terus berada dalam dunia ini perlu rajin mengawal kehendak nafsu.”

Poorani menafsirkan kecantikan yang lebih utama ialah hati yang suci dan baik. “Kalau luar sahaja cantik tetapi hati busuk, tiada maknanya,” kata Poorani yang mengakui harta cantiknya yang utama ialah senang melihat orang lain berjaya. “Saya mahu hidup dalam aman damai maka itu kita sentiasa berbaik sangka dengan orang.” Tentang kecantikan luarannya, katanya mungkin keistimewaan terletak pada kakinya yang panjang. “Untuk cantik saya juga pengamal herba-herba yang ditempah khas dari India. Ia tiada kimia dan selamat untuk dimakan.”

Apakah kecantikan itu penting? “Semestinya. Ia penting kerana bukan sahaja tentang betapa menariknya anda tetapi juga mengenai kecantikan dalaman anda dan bagaimana membawa diri. Keyakinan diri dan hati yang baik menjadikan seorang itu bertambah-tambah cantik. Seorang yang cantik, akan sentiasa menghargai kecantikan orang lain juga tanpa rasa cemburu atau mimik. Orang yang cantik mahu melihat anda bahagia, menerima anda dan mengenali keindahan dan ketuhanan dalam diri anda.”

Ditanya mengenai pandangan masyarakat yang agak negatif mengenai pertandingan ratu cantik, Poorani punya jawapan bernas. “Pertama sekali mereka ini jahil. Mereka anggap pertandingan ini sebagai platform glamor semata sedangkan, pertandingan ini memupuk semangat bersaing, semangat setiakawan, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri dan banyak lagi,

“Lihat tugasan utama ratu cantik adalah membuat kerja-kerja amal. Selalunya sebelum terjebak dalam dunia ini saya percaya gadis-gadis ini tidak pernah pun terbabit atau turun pandang membantu orang dalam kesusahan dan sewaktu dengannya, tetapi bila kamu menjadi ratu, kamu secara tidak langsung menjadikan ia satu tanggungjawab. Bukan sahaja sewaktu dalam ‘masa’ dia memegang  mahkota itu tapi selepas dan seterusnya di masa mendatang, hopefully. Saya sehingga kini, kerana sudah ditanam sifat-sifat begini bila ada kemudharatan dan kesusahan seperti banjir contohnya, tiada yang menghalang saya untuk bangun dan membantu.”

“Ya, wanita yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini menggunakan platfom ini untuk memperkasa wanita lain. Menjadikan diri contoh terbaik untuk diikuti.” 

Mengenai masalah utama yang dihadapi oleh golongan muda hari ini, Miss Continental ini berkata, “Ia ada kaitan dengan kesihatan mental. Bila anak tidak dididik dengan penuh kasih sayang dan dibiarkan tanpa kawalan, inilah yang terjadi; kaki dadah, kaki penyeluk saku, penjenayah dan sebagainya. Sebab itu kita kena hidupkan keluarga bahagia. Bila seisi rumah itu bahagia, dia juga membawa kebahagiaan itu ke mana dia pergi’.

“Nasihat saya kepada anak-anak muda, jangan buang masa, bangun, cukupkan ilmu di dada dan keluar mencari kehidupan yang baik. Dan berbakti kepada keluarga khasnya, masyarakat dan negara.”

Akhir cerita saya tanya Poorani, apa yang paling ditakutinya? Dijawab ringkas, “kehilangan orang yang disayangi.”

Dan bagaimana dia melihat dirinya 10 tahun mendatang, “Seorang ahli perniagaan yang berjaya,” katanya penuh yakin.

  • Oleh Wirda Adnan
  • Gambar Syarief Nurlette
  • Solekan dan Dandanan
  • Rossa Talip menggunakan alat solek Note Cosmetics
  • Pakaian Zang Toi
  • Penyelaras Rossa Talip
  • Pengarah Seni Wirda Adnan
  • Lokasi Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade

Related posts

Janna Is In Love

admin

Mas Idayu – Disukai Dibenci

admin

Sharon Jasmin – Queen of Hearts

admin

Leave a Comment