COVER STORY

Zahirah MacWilson Beauty With Brain

“Siapa paling cantik kini?” Topik bicara saya bersama Kak Wirda beberapa minggu lalu. 

“Fazura, Nora Danish, Neelofa…” jawab saya. Cantik mereka itu tetapi tidak mahu lah orang lama. Dan langsung teringat pada pelakon Zahirah MacWilson. Oh, tiada yang lebih sesuai menghiasi isu cantik bulan ini. Ramping, tinggi lampai dan berkulit cerah, bersih seperti kapas. Rupawan. Lagi pula Zahirah kini diangkat menjadi wajah produk alat solek SLAE. Pandai Datin Nik Sarina pilih duta! 

Zahirah MacWilson, antara selebriti paling popular kini. Filem lakonan nya Polis Evo pecah panggung, manakala Bulan & Pria Terhebat bersamamu Maya Karin trending di Astro First dan Netflix. Selain itu pelbagai jenama besar yang berpangkalan di luar negara mahukan Zahirah memperaga atau mencuba produk mereka sepertk Yves Saint Laurent, Louis Vuitton dan Lancome antara lain. 

Dan anak kepada bekas pelakon Zainol MacWilson ini bukan lagi gadis sunti, sebaliknya merupakan isteri kepada pelakon Aman Hakim Ridza. Sama cantik sepadan atau bak kata orang dulu-dulu, sama sekufu. Dan perkahwinan mereka diindahi dengan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees, sembilan bulan. 

Baca temubual MajalahWM bersama Zahirah MacWilson. 

Apakah reaksi pertama Zahirah kala ditawarkan menjadi wajah SLAE Cosmetics dan mengapa bersetuju menerima tawaran itu?

I was excited to know more about the product and I was intrigued because the SLAE branding itself was something that I could relate with. SLAE berkait rapat dengan pemberdayaan wanita muda, menonjolkan keindahan di sebalik kekuatan, keyakinan dan kebebasan seorang wanita.

Seronok bekerja dengan jenama yang sesuai dengan kepribadian sendiri. Ini sebabnya saya menerima tawaran SLAE.

Terangkan tentang SLAE dan pengalaman paling indah bersama jenama ini. 

SLAE is young, vibrant & empowering. Melihat SLAE, anda seperti melihat seorang wanita muda yang cergas dan bertenaga. Saya menikmati setiap pengalaman bersama jenama ini, dan berpeluang mengenali orang hebat di sebalik jenama ini adalah moment yang paling berharga sekali pada saya. Bertemu dengan empunya brand, Datin Dr. Nik Sarina dan diketika saya mencuba sendiri produk ini. Setiap satu pengalaman sangat saya hargai.

What is in your makeup bag?

My bare and boujee cushion foundation, my feline triple-threat mascara, phenomena (caramel dreamer), feline microblade eyebrow liner, sunny glow 3 in 1 palette, eyelash curler, makeup brushes, and compact mirror!

Produk penjagaan kulit harian yang Zahirah gunakan?

Lancôme Advanced Genifique, La Mer Creme de la Mer Moisturiser and Lancome UV Expert Tone Up Milk dan tentunya, lip balm!

Tip kecantikan terbaik yang diamalkan oleh Zahirah?

Minum banyak air, dapatkan tidur yang cukup dan bersenam. Your skin will thank you for it! Oh.. and don’t over pluck your eyebrows, the more natural the better!

Best beauty advice to your fans?

Less is more!

 Kesalahan terburuk yang Zahirah lakukan semasa belajar mengoles solekan?

Tersalah mengguna bedak asas yang langsung tidak sepadan dengan leher saya, selain terlebih menempek pemerah pipi!

 Petua dan muslihat solekan?

Study your angles and your features. Ini berguna sewaktu bergambar kerana kita mahu sudut wajah yang menarik dipaparkan dalam gambar. Juga belajar tentang penampilan solekan yang seimbang. For example, if you have a bold lip then tone down on the eyes… vise versa. 

Zahirah kerap bersenam?

Ya. Dapat bersenam 30 minit sehari sudah cukup buat saya. Dan ini termasuk melakukan kerja-kerja rumah!

How do you keep yourself young and beautiful at all times?

Sentiasa gembira, ketawa dan memikir hal yang positif membolehkan kita sentiasa nampak muda dan wajah berseri.

Sebagai selebriti, saya percaya anda tahu bila hendak berbelanja besar dan bila masanya hendak menabung. Terangkan saat menarik itu?

Yang sebenar, saya bukan seorang yang berbelanja besar. I find beauty in the simplest of things. And I love a good bargain too!

Rasa lega dapat menyimpan, namun dalam masa yang sama, saya seronok dapat belanja keluarga saya. Melihat mereka menikmatinya menjadi satu kegembiraan besar buat saya. 

What do people like most about you?

You’ll have to ask them 

Siapakah insan yang menjadi inspirasi Zahirah dan bagaimana orangnya?

Ibu saya, pastinya. Semenjak dulu saya mengimpikan untuk menjadi seorang ibu sepertinya dan ibu saya juga adalah wanita yang saya pandang tinggi. Kekuatannya memberi inspirasi besar pada saya kerana mampu menempuhi setiap situasi yang datang. She spreads love and joy to everyone around her

Apakah satu mesej yang Zahirah mahu sampaikan kepada peminat?

Untuk sentiasa hidup dengan sikap positif.

What is something that sounds like a compliment but is actually insults?

“Oh you look different.” dan lagi satu, “You’ve lost weight.”

Perkara terbaik menjadi ibu?

Melihat anak saya membesar di depan mata, melihatnya belajar benda baru walaupun hanya sekecil-kecil benda!

Describe your celebrity husband?

He sees good even in the worst situations. He is funny, intelligent, and humble.

Apakah hari sempurna buat Zahirah?

Ketika hari yang saya dapat berkumpul bersama keluarga! Seronok sangat dapat meluangkan masa bersama mereka dan makan besar makanan air tangan ibu saya. 

Bagaimana anda mendorong masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan kebersihan?

Sentiasa membersihkan diri. Tidak semestinya perlu dikatakan secara langsung, tetapi dengan melakukan tindakan kecil, itu akan mendorong orang lain.

 If you could, how would you document your life?

Hire a film crew

Kalau anda bukan selebriti agaknya bidang apa yang anda pilih?

Tentunya bidang kecintaan saya iaitu fesyen dan kecantikan.

Related posts

MBDA Voice to shape the Malaysian fashion, lifestyle, and creative ecosystem

admin

ASMARA INI SEMERBAK CINTA

admin

Melissa Sargeant Young, Beautiful, Successful

admin

Leave a Comment