EYE ME

Takut Tua? Takut Tak Cantik?

Kisah 31 tahun lalu di hari perkahwinan, Anna, teman baik merangkap juru dandan, jurusolek dan stylist saya hari itu berbisik ke telinga saya, “Wirda bila kita kahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada kita, jangan tak percaya, kita akan nampak dan ‘jadi’ muda. Untunglah you,” katanya. “Lagi muda dia, lagi muda kita nampak.” “Ala ngapa tidak cakap awal-awal kalau tidak boleh I cari yang 20 lebih muda,” saya berlawak, dan panjang kami mengilai. “Perasan tak, ramai lelaki tua suka cari perempuan muda, supaya dia akan nampak muda dan hari ini perempuan berumur, terutama yang berharta tidak malu-malu mengorat anak muda malah ada sebaya anak dijadikan suami. Tahu kenapa, for he or her to feel and look young.

Begitu Anna percaya kepada mitos ini, apa pun sedikit sebanyak mungkin ada benarnya – teman rapat seorang personaliti sejak berkahwin dengan lelaki yang beza usianya lebih 30, yang dulunya dialah pakar gaya, dulu dia lah fashionista, trend setter, always ranggi, trendy,  bersolek berdandan sentiasa, berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit, untuk pelbagai perawatan kecantikan, hari ini saya dapat katakan pasangan ini dilihat macam usia sebaya. Instead of her following the trend (beauty and fashion trend), suaminya pula yang lebih kerap ke salon dan bergaya sakan, alasan to keep up with his young wife dan isteri sebaliknya tak mahu sangat bersibuk-sibuk menghiaskan diri. Pakai baju kurung sahaja, rambut diikat biasa, bergincu sahaja, sudah tidak kenal rupa bulu mata palsu mahupun maskara. Kalau dulu jurusolek bertunggu tangga di rumahnya, kini dia sendiri tiada lagi memerlukan khidmat (MUA) Khir Khalid, khidmat Razlan Bahari, Khai Baha… kerana tidak mahu mengecilkan hati suami.  

Pada saya dia patut mengekalkan aktiviti kecantikannya dan biarlah sang suami  ‘mengejarnya’ dengan turut serta aktiviti cantik sang isteri, tidak begitu? Wallahualam.

Cantik – 10 daripada wanita yang saya tanya untuk membuat pilihan sama ada cantik atau pandai, lapan menjawab, cantik. Saya terkejut, cukup untuk memberitahu betapa wanita khasnya, mendambakan untuk cantik. Dan sungguh ramai sangat wanita sangat takut tua.

Seorang teman (usianya pada waktu itu belum 30 tahun pun), tetapi sibuk hendak botox, bertanya saya doktor mana yang paling bagus. Sudah tentu saya tahu ramai pakar botox waktu itu, namun saya berkeras memberitahunya, “You belum pun 30, keep your face fresh, rileks dan yang paling penting amalkan rutin penjagaan kulit yang tiga itu, pagi dan malam, juga guna serum, masker dan ke salon untuk facial dan rawatan kecantikan yang disediakan di salun. Ini yang terbaik untuk kulit muda.” Alasannya dia takut kulitnya tidak tegang lagi, dia takut banyak sangat kedut di kawasan mata dan akuinya, “Aku nak kekal cantik sampai bila-bila.” MasyaAllah.

Cerita botox membawa kenangan manis saya kala dijemput bertemu Dr Jean-Louis Sebagh, the Botox King of Europe – (As one of the first doctors to pioneer the use of toxin, along with collagen, in the  pursuit of beauty, he spent 25 years moulding the cheekbones and ironing out lines of some famous faces of the world). Pelanggannya termasuk Simon Cowell, Cindy Crawford, Kylie Minogue. Selain selebriti, keluarga di Raja serata dunia, billionaire, saintis antaranya, tengok betapa ramai yang hendak tegangkan muka dan takut tua. Teringat kala menunggu giliran di ruang tamu klinik Dr. Sebagh di Paris, tiga tetamu terdahulunya, beritahu Dr. Sebagh kemudian, salah seorang adalah daripada keluarga di Raja dari Eropah, yang datang khas ke Paris untuk tujuan kecantikan. Wanita yang wajah macam Arab itu pula katanya dari Istanbul. 

Dan bila saya menolak untuk rawatan botox, katanya, “Orang datang dari segenap pelosok dunia mencari saya dan kamu menolak pelawaan percuma ini?  Mengapa?” Memang dia terkejut. Pelanggan daripada semuda 20 hingga 80 tahun dan antara 15 hingga 30 orang setiap hari, datang paling kurang dua atau tiga kali setahun. Bayaran pada antara 450 pound untuk tiga minit rawatan.

Begitu pun saya tidak pulang tanpa rawatan (bodohlah jika saya tidak mahu merebut peluang keemasan ini) dan kesannya lebih hebat daripada botox, menggunakan tujuh jenis serum katanya. “Rawatan yang saya berikan ini ialah Meso Glow (is a form of mesotherapy treatment for the face where small amounts of different cocktails of antioxidant and amino acid are injected in specific areas that will result in facial rejuvenation, skin tightening and reversal of age related damage).” Sakit, langsung tidak. Ia cukup untuk mempekayakan kulit selama lebih enam bulan. Ya kulit cerah, kelembaban terkawal, licin dan bercahaya, lembut dan berseri-seri sangat. Ya saya bertuah sangat.

Saya pernah menemani teman hingga dalam bilik rawatan – meleleh-leleh darah masa dicucuk (botox), oh ngerinya. “I pay for your treatment,” teman terusan memujuk. Hai dengan King of Botox pun saya tolak, manakan saya mahukan disuntik oleh doktor biasa-biasa. Kan?

Sungguh, semakin hari semakin popular dan bertambah banyak manusia-manusia yang amat takut tua dan takut tidak cantik, dan mereka ini memilih cara pembedahan seperti plastik dan cosmetic surgery – dikatakan penambahan daripada 14 juta ke 23 juta secara global sejak 2010 lagi. Dan 14 peratus adalah lelaki, selebihnya adalah wanita dan lebih 20 juta wanita menyanggupi diri ‘under the knife every year to change their appearance.’ 

Saya takut melihat ramai sangat yang begitu berani menyerahkan wajah di bawah mata pisau umpamanya. Ini kerana mereka tidak yakin dengan diri. Bila sudah tidak cantik mereka rasa hilang segalanya. Hilang perhatian dan hilang hormat orang kepada mereka barangkali. Ini diakui oleh seorang puteri Raja kala saya menemuramahnya. “Saya rasa lebih yakin diri berhadapan dengan orang ramai bila saya rasa saya cantik. Alat solek tidak cukup untuk membantu. Pipi sudah kendur, sekeliling mata kulit kerepot. Nah you tengok ni (sambil menunjukkan bekas bedah yang tersorok di tepi telinga). “Sudah tiga kali saya buat pembedahan ni,” akuinya. “Apa pun saya happy dengan wajah saya sekarang. Botox dan laser, semua itu kena ulang treatment banyak kali, tapi untuk pembedahan kosmetik ini tahan bertahun-tahun.”

Apa pun katanya, dia tidak berani melakukan pembedahan di negara ini, “Not in Malaysia, it is too risky. Apa pun pada kawan-kawan saya nasihatkan check out betul-betul, tolong dapatkan pakar yang betul-betul bertauliah bukan klinik-klinik murahan yang menawar harga tidak masuk akal, takut nanti kulit kamu koyak rabak, berkesudahan kamu cacat,” pesannya. 

Saya ulang soalan pada puteri Raja ini sekali lagi, “Datin takut tua?” “Oh sudah pasti, kalau tidak untuk apa saya lakukan pembedahan seperti ini, kos tinggi dan silap haribulan bisa mengancam nyawa. Namun saya tetap memilihnya. Saya percaya, ‘Beauty is power. Beauty is alluring. Beauty is fascinating, graceful, magnificent, marvelous,” dia menyambungnya lagi. Untuk menarik beautiful people in your life, kamu kena berasa cantik dan sihat dan muda. And to live a beautiful life, kamu kena sentiasa memberi dan menyayangi orang lain.”

Puteri Raja ini juga memberitahu saya yang dia amat mementingkan kecantikan dalaman (inner beauty), ia merangkumi ‘personality of a person including his and her mind and character as well. “Saya benci orang yang yang sombong. You have to be generous, compassion, considerate, friendliness, clemency, beneficence, kalau semua ini disertakan pada rupa paras yang sentiasa kemas bergaya, inilah cantik. Saya ringkaskan, jangan cantik muka, hati keras dan kotor. Ramai orang hanya hendak yang apa nampak di hadapan mata sahaja, tetapi saya mahu kedua-duanya. Saya akui saya belanja banyak untuk cantik, pembedahan itu tak seberapa sebenarnya, kerana yang lebih penting untuk bertahan dalam kecantikan ialah pemakanan yang baik. Check your diet, tahu tak saya timbang pemakanan saya… setiap yang masuk ke dalam perut saya, saya tahu berapa kalori. Saya ambil hanya secukup. Tidak guna cucuk sana cucuk sini, dan seribu perawatan kecantikan pun tidak boleh membantu kalau kamu hentam apa sahaja di hadapan mata kamu. Tukang masak saya ialah seorang pakar pemakanan, she only serve healthy food for our family.” kata puteri Raja seolah tiada penghujung nasihat cantiknya. 

MasyaAllah banyaknya ilmu yang saya perolehi daripadanya. Dan Datin married a man much younger than your age?” Saya memberanikan diri menyoal soalan cepumas. Senyuman yang cukup manis diberikan kepada saya, “Kalau kamu ada pilihan untuk kahwin orang muda, mengapa pilih yang hendak masuk kubur? Ha ha. Dia memberikan saya semangat, he is strong and steady and he is smart, and intelligent, itu penting untuk pengisian kecantikan diri seseorang. Kamu pasti tidak mahu a dumb man in your life which can make your life miserable. Bila hidup menderita… no amount of botox and fillers and operation can help you. Oh ya, by the way, saya tidak nampak salahnya untuk buat botox, (malah ia tidak diharamkan). Botox asalnya dicipta sebagai ubat penenang. Pada yang tidak tahu, botox is a prescription medicine used to treat the symptoms of muscle spasms or stiffness. Saya dapatkan rawatan botox untuk membantu saya daripada migraine yang kronik.” 

‘Keyakinan adalah rahsia kecantikan. Tidak ada kecantikan yang menarik tanpa keyakinan. Kecantikan bukan berada pada raut wajah, ia terpancar bagai serunai sinar dari dalam hati. Kecantikan yang tidak disertai dengan iman dan budi pekerti bagai bunga yang indah, namun tiada harumnya.’

Saya menutup rencana ini dengan sebuah nasihat, “Jangan takut menjadi tua, kerana kita semua pasti akan menua. Menjadi tua bukan aib dan sepatutnya dijadikan momen bersyukur dalam kehidupan, ia merupakan anugerah Allah kerana diberi panjang usia dan harus mensyukurinya. ‘Bila anda sihat, boleh bergerak tanpa bantuan sesiapa, bila anda dapat berpergian ke mana-mana dan bisa melakukan apa yang anda suka, bila anda dapat menikmati hidangan dengan berselera tanpa memikirkan ia boleh membuat darah menjadi tinggi dan bila anda tidak menyusahkan orang lain untuk mengendalikan diri anda, itu adalah sebenar-benarnya pengertian cantik.”

Ingrid Bergman, pelakon dari Sweden antara wanita paling cantik di dunia di zamannya menyebut, “Menjadi tua seperti mendaki gunung. Anda sedikit kehabisan nafas, tetapi pemandangannya jauh lebih baik.”

Related posts

LELAKI INI

Wirda Adnan

December to Remember

Wirda Adnan

Pulanglah, Jenguk Orang Tua Mu

Wirda Adnan

Leave a Comment