I was devastated. Air mata saya mengalir laju. “We confirmed it is cancer,” kata pakar sambil merenung tepat ke wajah suami. Hisham menarik tangan saya, tiada kata-kata yang mampu diucapkan. “Sabar sayang,” dia pula yang memujuk saya.
Segalanya berlaku terlalu cepat. Satu pagi Ahad (8.3.20), saya keluar melawat bapa saudara sambil mendengar majlis ilmu di rumahnya yang diadakan setiap bulan. “Chek (Subky Latif) tidak sihat, I nak ziarah.” “Pergilah.” Dan lama juga selepas majlis ilmu, makan-makan dan bercerita panjang dengan Chek. (‘Innalilahiwainna Ilaihiraujiun), bapa saudara saya pun sudah pergi menemui PenciptaNya (pada 23.6. 20), akan saya tulis kisahnya nanti daripada anak saudaranya yang satu-satunya sehingga kini masih menulis).
Pulang ke rumah, saya nampak Hisham menahan sakit di bahagian perutnya. “Jom hospital,” saya memujuk. “My appointment next week?” jawabnya. “I’m okay,” jangan risau. Tetapi saya terusan mendesak, entah mengapa hati kecil isteri ini merasakan keadaannya bukan seperti biasa. “Kita terus ke emergency, HKL.’’ Kami bertegas membawanya ke sana. Allah berikan laluan amat mudah, berjumpa doktor dan terus dimasukkan darah kerana tahap darahnya terlalu rendah. Dua botol dan terus dibawa ke wad. Tiga hari kemudian doktor memohon untuk berjumpa saya dan anak-anak kerana ujian yang dijalankan memerlukan Hisham menjalani pembedahan secepat mungkin, diberitahu kanser kolon, tahap 3.
Dua hari sebelum pembedahan bermulanya PKP. Pengerakan memang sudah terbatas. Dan pagi Isnin (23.3.20) Allah sahaja yang tahu perasaan sang isteri dan anak-anak, ibu dan ayah, ya suami dibawa ke bilik bedah tanpa kami sekeluarga dapat mengiringinya. Waktu berjalan berasa terlalu lama, menunggu dan menunggu berita selanjutnya. Bayangkan jam enam setengah pagi (6.30am) Hisham menghantar pesanan ringkas, “I masuk sekarang, doakan selamat.” Dan kami tidak lagi mendengar beritanya. Di luar kawasan hospital polis-polis bantuan mengawal ketat, untuk ke pintu wad pun tidak dibenarkan, dan telefon ke wad tidak berjawab. Janji jururawat, sebaik keluar bilik operasi akan diberitahu ahli keluarga tetapi sehingga jam tujuh malam kami tidak mendapat sebarang maklumat. “Bagi kami lima minit sahaja,” dan akhirnya berjaya masuk ke wad. Hisham rupanya baru sampai ke katilnya. Alhamdulilah. “Lama sebab usus telah pecah dan spread out.”
Tiga minggu Hisham di hospital (30.3.20 baru dibenarkan pulang), saya cuba mencari rencana rencana berkaitan kanser, khususnya kanser kolon. Pemakanan apa nanti yang patut dihidangkan, dan yang mesti dijauhi dan bagaimana memasaknya? Saya tahu saya terpaksa menerima keadaannya, walau apa pun yang terjadi. Belum ada seorang pun ahli keluarga yang mengidap kanser. Sebagai orang pertama ibu-ibu saudara, sepupu dan apatah lagi ibu dan ayahnya, semua panik… tiga minggu saya menerima pelbagai nasihat ini itu dan ambil ini, ambil itu, jangan makan ini makan itu, oh full of nasihat dan petua, terima kasih. Dan masing-masing memanjatkan doa, memohon dipermudahkan segalanya, diberikan kesembuhan secepatnya. Terutama doa ibu dan bapa amatlah diperlukan.
Saya teringat pada majlis perkahwinan anak sulung awal tahun 2018. Kawan-kawan dan saudara mara menegur, “Hisham put on so much weight?” Hem dia sedar badannya yang amat berisi, tetapi kerana ketinggiannya 6’5’ maka tidaklah nampak teruk sangat. Namun bermula daripada hari itu, katanya dia mahu menguruskan badan.
Semangat untuk kurus sangat kuat. Dietnya berjaga, makan pun dalam jumlah yang terhad, sebelah malam tidak lagi mencari roti canai dan teh tarik dan pagi mahu pun sebelah petang Hisham rajin ke padang dan rajin sekali berpuasa sunat. Berat badannya turun mendadak, saya juga hairan dan berkata, “I untuk turun 2kg setahun pun susah walaupun makan sedikit.” Hisham begitu gembira bila pada satu majlis perkahwinan sepupunya dia dapat menyarungkan kembali sutnya yang ditempah 10 tahun sebelumnya. Seronok sangat dia bila mana banyak baju-baju mahalnya dapat digunakan semula, ya lah daripada 170kg, turun sampai 100kg. Begitu pun satu hari katanya, “Masa I gemuk I tak sakit, bila sudah kurus, selalu pula sakit. Saya lihat dia ulang alik ke private clinic, malam-malam tidak dapat tidur. “Pergi lah jumpa pakar mesti ada yang tidak kena?” Pakar juga sudah ditemui, sudah check almost semuanya, dan wang pun dah ribu habis namun tidak nampak apa punca sakit di bahagian perutnya. Tiba satu ketika dia berasa satu sudut perutnya berasa keras. Jumpa lagi pakar, buat scanning dan tiada nampak apa. Buat ujian kanser pun disahkan tiada tanda-tanda apa juga kanser. Akhirnya pada satu pagi, setelah sehari sebelum itu dia menguruskan ibunya di klinik Titiwangsa, Hisham mendaftar dirinya untuk berjumpa doktor dan itulah mereka memberi tarikh untuk melakukan rawatan lanjutan.
Kanser usus (colon canser) antara 10 kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia dan seramai 1400 rakyat Malaysia mengidap kanser ini setiap tahun. Ia boleh berlaku pada orang dewasa khasnya, tidak kira usia walaupun ia jarang berlaku pada yang berusia 50 ke bawah, dan lebih biasa kepada lelaki daripada wanita.
Kanser usus ini bermula dengan ketumbukan kecil bukan kanser (benign) yang wujud pada dinding usus, ketumbuhan ini dikenali dengan panggilan polip adenomatous. Setelah polip berkembang menjadi kolon malignan daripada semasa ke semasa jika tidak dikeluarkan semasa kolonoskopi – prosedur yang melihat lapisan dalam usus. Ia mesti dikeluarkan kerana sel sel yang telah berubah menjadi kanser usus besar ini akan menceroboh dan merosakkan tisu yang sihat yang terdapat berhampiran tumor utama menyebabkan akan timbul komplikasi. Penyebabnya, para pengkaji belum dapat menjelaskan terjadinya kanser kolon namun kebanyakan berpendapat makanan adalah puncanya. Bolehkah kanser pergi begitu sahaja?
Cancer cells do not repair themselves atau mati tanpa rawatan. Sel kanser akan terus hidup dan tumbuh. Doktor menggunakan terma ‘cured’ apabila kanser itu tidak berulang kembali dalam masa lima tahun. Tetapi sel kanser akan datang semula selepas lima tahun, so it is never truly cured. Currently, there is no true cure for cancer. Maklumat Google.
‘Don’t look back. You’re not going that way
‘Jangan buang masa memikirkan perkara yang kamu tidak dapat mengawalnya seperti apa yang telah berlalu. Keep moving forward’
Kini Hisham sudah lapan kali menjalani rawatan kimoterapi. Masih ada empat kali lagi yakni 12 kali kesemua seperti yang telah diberitahu pakar kepadanya. Harap berhenti setakat 12 sesi kemoterapi. Ramai kawan-kawan dan saudara mara bertanya keadaannya. Saya hanya mampu mengatakan Alhamdulillah dan syukur sangat. Sejak pulangnya dari hospital setelah berada hampir tiga minggu di sana dan kini menjalani sesi kimoterapi setiap dua minggu (masuk wad selama tiga malam), dia menjalani kehidupan seperti biasa, aktif dalam kerja pemotoran dan kerja-kerja kelab BMWnya. Yang pasti dia kuat melawan sakit. Memang ada kesan sampingan seperti kuku-kukunya agak kehitaman dan giginya yang sedikit goyang. Setiap orang berlainan kesan sampingan tapi apa pun kami bersyukur, dia sihat dan tidak memerlukan banyak bantuan. Begitu pun pasti ketidak selesaan itu dirasainya. Masakan tidak bila mana kena menggunakan beg stoma untuk sementara waktu sebelum pulih dan kembali ke bilik pembedahan bagi memasukkan semula usus ke tempat asalnya.
‘Try and find some beauty in your situation. You won’t be the person you were before cancer, but that does not have to be a bad thing.’
Tahu apa, dia senang sekali tinggal di wad biasa dan berkawan dengan pesakit-pesakit senasib dengannya. Katanya bila melihat keadaan yang lebih teruk dia bertambah insaf dan bersyukur kerana ada orang yang nasibnya teruk daripadanya. Juga membuat diri lebih dekat dengan Allah, kerana kita tidak tahu bila akan diambilNya untuk bersemadi buat selama-lamanya. Sebelum ke wad dia akan membeli berbungkus-bungkus biji aprikot untuk diberikan kepada ‘kawan-kawan’ di wad. Ia untuk dimakan setiap pagi tujuh biji sekali makan dan didahulukan dengan segelas air kunyit dibancuh bersama perahan air limau. Itulah amalannya setiap hari, diikuti dengan segelas susu. Nampaknya Hisham sedikit susah berpantang hal lain tetapi setakat ini Alhamdulilah kerana hari-harinya seperti biasa. Jauhkan stress dan kemurungan dan hadapi hidup ini dengan tenang serta redha. Andai esok Allah hendak mengambil nyawanya, katanya dia redha. Dan katanya anggaplah ajalnya telah sampai tetapi mesti berusaha untuk berubat dan yakin pada diri bahawa setiap yang terjadi ada kebaikannya, dan hanya Allah yang mengetahui akan segala-galanya.
Saya juga bersyukur kerana punya ibu dan ayah mentua yang begitu mengambil tahu, sentiasa bersama kami memberikan apa juga bantuan, dan mummy dalam dia yang tidak beberapa sihat, akan bangun memasak makanan untuk anak kesayangannya. Juga kepada ibu-ibu saudara, aunty Bibah, aunty Kaku, aunty Sakinah, aunty Baby, aunty Blater akan sentiasa mengambil tahu dan sepupu-sepupu (sebagai anak tunggal) hubungannya dengan sepupu begitu erat dan mereka semua yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhannya.
‘Tuhan memang sangat adil, jika ada kesihatan maka ada sakit, dan tentu ada kesembuhan. Dan segala masalah ada jalan keluarnya, dan itu bisa terjadi jika ada doa yang menyertai. Makanya sekarang aku hanya berdoakan dirimu, seperti sedia kala.’
Allahuma rabbannas dz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a illa syifa’uka syifa’an la yughadiru sagaman.
Ya Allah, Ya Tuhan Pemelihara Manusia, hilangkan penyakit, sembuhkanlah! Hanya engkau yang boleh menyembuhkan dan tidak ada kesembuhan kecuali daripadaMu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakit pun.’ Aamiin.