EYE ME

Peringatan bulan September

Hadirnya 

Membawa nikmat dan rahmat

Aku yang tidak sempurna

Dihadiahi kekuatan, keyakinan, kesabaran, ketenangan, kecintaan… 

Melayari hidup yang seketika

Esok lusa 

cuma Allah yang tahu aku di mana.

September kedatangannya mengingatkan aku, usia ini bertambah lagi angkanya. Namun aku tidak gusar kerana ‘age is only a number’. Yang lebih penting badan sihat dan otak cergas. Dapat meraikan hidup bersama keluarga, teman dan kalian juga. Bisa menikmati keindahan alam kurniaMu, menekuni perintah supaya di dunia bahagia di akhirat menjadi tamu FirdausMu.

Aku ditanya oleh anakku, “Mummy, kenapa perlu bekerja jika apa yang mummy mahukan sudah ada?” Maksudmu, “Duduk saja rehat-rehat di rumah, tidak perlu hadap komputer, tidak perlu pening kepala membayar gaji pekerja. Tidak perlu mengejar masa kerana deadline sudah tiba, tidak perlu sakit jiwa bila editor dan kreatif direktor tidak sekata.”

“Tidak, selagi badanku tidak berasa tua, mampu berjalan, mampu membawa kereta, mampu ke bilik mesyuarat, selagi otakku mampu mengeluarkan idea, selagi jiwaku masih kaya untuk berkarya, selagi itu kamu akan melihat ibumu terus melayani ilhamnya.”

“Kalau ibumu berhenti aktif, saat itu juga kamu akan bertambah penat.” 

“Penat?” 

“Ya, kau mahu ibumu melihat jam setiap ketika memastikan kamu balik pukul berapa kerana siang bertukar senja dan malam bertambah gulita. Kamu mahu mummy mu ini membebel sentiasa melihat bilikmu bersempah? Bila dia tidak ada kerja, dia terlalu banyak masa melihat kekurangan anak-anaknya; cawan kopi kering di meja, baju bersih baju kotor dilongok bersama. Bila dia lebih masa di rumah, bagus juga, pintu bilik kamu akan diketuk dan diketuk sehingga kamu bangun untuk solat bila waktu?

Imtiaz diam.. “Okaylah mummy“I love you mom, you’re one in a million.” 

Imtiaz, cuma kurang sebulan sahaja lagi akan bergelar suami. I am very happy for him.

‘Happy is the man who finds a true friend, and far happier is he who finds that true friend is his wife’ – Franz Schubert’

Sebagai ibu waktu yang menggembirakan melihat anakmu membesar di depan mata. Dari sebesar tapak tangan kemudian remaja dan dewasa, maka tiba masa untuk dia membina sebuah keluarga. Lepaskan dia bersama iringan doa semoga dia bijak membina bahtera bersama orang yang dia cinta. Kebahagiaannya, kebahagiaan kita juga. Kesenangannya kita bersama merasa.

It’s only natural, kita akan seketika berasa sunyi, katil yang ditiduri kosong kerana dia punya bilik di rumah sendiri. It’s only natural, kita berasa sepi seketika bila kita bersarapan sendirian tidak ditemaninya lagi setiap pagi. Its only natural kita akan ternanti-nanti panggilannya dan kedatangannya berdua membuat kita terlalu gembira. Dan percayalah kita akan berasa amat-amat gembira bila dia memberitahu, “Ma, I have some good news to share with you.”

Tanggal 1hb Oktober akan disarung cincin di jarinya, dan di jari manis si dia. Sebagai pengikat dua hati menjadi satu. Sebagai tanda kamu sudah berpunya. Zaman bujang sudah berlalu dan kamu punya tanggung jawab yang besar sebagai ketua keluarga. Menikah bukan perkara sah sahaja, kerana harus belajar seni bersabar terhadap pasangan. Harus belajar seni ikhlas untuk menerima keadaan pasangan dan seni menahan ego demi pasangan.” 

Ya Imtiaz sesibuk apa pun dirimu, jangan pernah lupa untuk beribadah. Bawa dia sekali mendekatiNya, ajakkan dia bila dia terlupa. ‘Marrying someone who loves Allah, will show you more about your future than anything else you’ll hear or see. The couple that prays together stays together. Dan kamu tidak akan pernah menemukan cinta sejati sampai kamu terlebih dahulu belajar untuk mencintai Allah.’ – Boonaa Mohammed. ‘Ketahuilah bahawa pasangan yang saling mendoakan, akan terus bertahan selama-lamanya.’ 

Imtiaz ingat ini. ‘When a husband and wife look at each other with love, Allah looks at them with mercy.’ Sahih Al Bukhari and Tirmizi.

Imtiaz, lembutkan bicaramu bila berbicara. Sedapkan matamu melihat dia, hiburkan dia bila dia duka. Dulu masa belum ada kamu, dia bersama mamanya ke mana sahaja, bercerita dan menyanyi bersama. Masa dia belum bersama kamu, dia menunggu ibunya membawa pulang makanan untuk makan bersama. Bila ada kamu dia menunggu kamu, tetapi andai dia memberitahu mahu bersama ibunya, jangan dihalang kerana kasih sayang ibu tiada sempadan dan batasan. Dia insan yang Allah amat muliakan melahirkan zuriatnya dan isterimu akan menyambung zuriatnya itu. Sabda Rasulullah, ketahuilah ibu lah orang yang akan memintas anak-anaknya masuk ke dalam syurga selagi dia membesarkan tanpa melakukan doa kepada Allah. 

Ingat, ‘tangan ibumu akan hanya memegang kamu cuma sementara tetapi di dadanya sehingga bila-bila.’

Kepada Imtiaz dan pasangannya Elisa Soraya mummy mengambil kesempatan ini menjadi orang pertama mengucapkan selamat menempuh hidup baru sebagai suami isteri.

Mummy, 15 September Janna nak book mummy siang-siang, Janna dan mama nak bawa mummy lunch di tempat yang paling istimewa, just the three of us, boleh?” panggilan daripada menantu. “And birthday dinner with Hisham’s clan.”

“Ya Allah, aku bersaksi kepadaMu bahawa aku redha kepada anak-anakku dengan redha dan sempurna, maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.”

“Aamiin ya rabbal alamin.

Related posts

Sanjungan Buat DSAI

Wirda Adnan

Sebuah Kisah dan Teladan

Wirda Adnan

Al Kisah Tentang Ibu…

Wirda Adnan

Leave a Comment