FESYEN

A Story of Passion, Finecrafts, and Dreams

Sehari Selembar Benang Lama lama Menjadi Kain….

Most of the Malay textile collections are regional, whereas my mine is trans-regional. Terdapat himpunan dari Filipina, Indonesia, kambodia, Vietnam, Parsi malah dari England, yang asalnya dari Tanah Melayu. Inilah bukti dan tanda yang pasaran Melayu pada suatu ketika dahulu begitu gah dan disegani. Pameran ini bukan sahaja cerita tentang kain tetapi sejarah tamadun Melayu yang hebat.” John Ang.

Ini peninggalan penting untuk pengetahuan generasi muda khusunya pereka fesyen, pereka dalaman dan pengeluar tekstil atau sesiapa saja yang meminati tekstil tradisi Melayu. Seni inilah yang merungkai serta membawa kita ke akar dan susur galur – siapa sebenarnya Melayu.

Kepuasan, itulah satu perkataan yang dapat merungkai momen istimewa lewat galeri pameran Tekstil Melayu atau “Splendours of Malay World Textiles”, John Ang. Diadakan di Menara Ken TTDI, Kuala Lumpur dan hebat diperkatakan oleh masyarakat seni, pameran tersebut benar-benar melangkau jangkaan. Hampir dua jam bersama John adalah satu waktu berharga lagi istimewa yang padat dengan kronologi sejarah seni orang Melayu – an important journey through the lens of John Ang.

Pengisian bahan-bahan pameran yang padat dengan senikraf tekstil yang bermutu tinggi, luar biasa dan ada yang belum pernah terlihat dipamerkan sebelum ini adalah usaha beliau untuk menarik perhatian masyarakat khusunya para pencinta tektil tradisional dan bahan sejarah berkaitan.

Beliau yang sendirinya pencinta sejarah tekstil Melayu dan kagum dengan busana dan adi busana indah Melayu seperti Baju Kurung, Baju Kebaya serta Baju Melayu yang lengkap kain samping, tanjak serta perhaisannya menyatakan kesalnya melihat ramai yang masih tidak mengambil indah perihal peninggalan penting lagi bersejarah itu.

Menurut John, usahanya itu bukan sahaja untuk para pencinta teksil tegar yang meminati senikraf yang ada kaitan dengannya seperti sulam tekad, kelingkam, telepuk, renda tetapi penting untuk pengetahuan generasi muda khusunya pereka fesyen, pereka dalaman dan pengeluar tekstil.

Menarikknya, kebanyakan koleksi tekstil Melayu sebelumnya adalah hasil himpunan sekitar dalam negara atau di rantau ini sahaja sedangkan himpunan beliau merangkumi koleksi merentas antara rantau. It is the first of its time, due to it being a trans-regional collection.

“Most of the Malay textile collections are regional, whereas my collection is trans-regional,” pintas John yang mempunyai koleksi tekstil daripada from Filipina, Indonesia, kambodia, Vietnam, Parsi malah dari England, yang asalnya dari Tanah Melayu, “inilah bukti dan tanda yang pasaran Melayu pada suatu masa dulu begitu kuat dan disegani.

Malah menurut John, dalam kajiannya, beliau mendapati renda sebenarnya adalah dari dunia Melayu yang diadaptasi oleh negara lain yang kini menjadi pengeluar farik dan renda utama dunia.

Pelamin Negeri sembilanyag punya banyak pergaruh termasuk fabric traditsional China.

Kebetulan Yang Disusun Ilahi

“Its quite funny,” mula John Ang memperkenalkan dirinya, “I was born in Amerika to a Singaporean parents, follow my roots during my teens and adulthood back in Singapore, went back and worked in the US, Taiwan for many years and I set my heart now in Malaysia,” katanya ketawa dan melawak lagi, “can you connect that?”

Selepas menamatkan pengajiannya dalam ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Universiti Michigan dalam bidang Asian Art History, beliau mulakan kerjaya sebagai seorang penulis seni di Jepun dan kemudian berpindah ke Taipei untuk membuka sebuah galeri yang dinamakan Samyama. Galeri tersebut mempamerkan artifek antik Asia seperti tekstil, seramik, barang kemas dan perabot selama hampir 30 tahun.

Di situlah beliau mula mengenali hubungkait Kerajaan Melayu Lama seperti hubungan Makasar dengan Negeri Pahang termasuklah jalinan sejarah Vietnam dan kembodia.

Setelah menjadi penghimpun tekstil tradisional lebih 50 tahun, barulah beliau menguasai koleksi tekstil Melayu secara serius sejak tiga dekad lalu. Satu kisah yang menjadikan beliau begitu tertarik dan berminat dengan tekstil alam Melayu ialah apabila pada satu hari beliau sedang pulang ke Taiwan dari Bali dan membawa pulang bersamanya sehelai kain yang cukup indah namun beliau tiada punca untuk mengetahui asal-usul kain tersebut.

“Saya tertanya-tanya sendiri dan ramai juga yang tidak tahu apa jenisnya kain itu. Ia tiada ciri-ciri tekstil Indonesia dan ketika itu juga tidak menyangka langsung yang asalnya dari Tanah Melayu.

“Satu yang pasti, ia adalah sehelai kain yang cukup ‘molek’,” katanya sambil menekankan pengunaan perkataan ‘molek’, “Dalam hal berbicara, orang  Melayu punya banyak perkatan yang halus dan khusus hanya untuk menerangkan sesuatu, dan ‘molek’ digunakan untuk menerangkan sesuatu tempat, barang dan perlakuan yang terlalu indah, baik lagi sempurna.

Kami sempat bertukar pandangan mengenainya dan beberapa perkataan lain serta perumpamaan Melayu. Pernah dan biasa dengan perkataan molek itu daripada nenek dan orang tua-tua ketika kecil di Johor, saya juga turut teruja, ini membuatkan petang cukup menyeronokkan apa lagi ditokok tambah dengan bahan sejarah yang banyak tidak saya ketahui sebelumnya tentang orang Melayu.

Lebih mengkagumkan dan membuat hati semakin ingin tahu apabila kita sedar akan latarbelakang John yang tiada kaitan langsung dengan Melayu mahupu setitik darah yang mengalir dalam dirinya, tetapi pengetahuannya tentang dunia Melayu, adat resam khazanah yang ditinggal ternyata luas dan mendalam. Sebagai seorang yang bukan anak watan, saya angkat topi dan mengucapkan syabas buat beliau.

Kerja Keras dan Harapan

Terdapat 700 bahan tektil terpamerkan dalam 12 kategori teknik pembuatan tekstil dunia Melayu. Selain himpunan Nusantara Melayu, tekstil daripada beberapa negara seperti Parsi, Netherlands, Belanda yang punya kaitan dengan tekstil Melayu turut dipertontonkan.

Satu yang harus dipuji, sebagai kurator yang hebat, beliau turut mengambil masa yang agak lama untuk menyusun dan memastikan segala bahan dan susunatur pameran diselaras dengan penuh teliti dan sempurna bukan sahaja dipelbagaikan dalam segala sudut, namun dari segi ukuran, mutu dan susunletak serta warna-warna dipilih diambil kira agar nampak well coordinated in all sense dan dapat menarik perhatian dan minat.

‘Semua aspek dan cicir-ciri tersebut penting untuk mengembalikan semula semangat, keindahan dan memelihara martabat peninggalan sejarah yang amat bermakna ini. We haven’t even touch on the aspects of preservation and handling the pieces… it’s a lot of hard work, dedication and patience. The only way to go is, if you have the passion.”

Bagi melengkapi pamerannya yang eksklusif ini beliau mempamerkan bahan daripada Songket, Sulaman Tekat dan Renda, Tenun, Telepuk , Pelang (ikat celup), Limar, Batik, dan Anyaman yang menggunakan serat tumbuh-tumbuhan. Semua kategori tektil ini beliau bahagikan kepada 12 kategori bagi memudahkan masyarakat awam memahami dan mengenali tektil-tekstil tersebut.

Sebagai kolektor dan sejarawan, beliau begitu mementingkan mutu bahan pamerannya dan ini membawanya ke serata negara di serata rantau Asia dan dunia barat. Usaha untuk mendapatkan bahan yang tulin dan bermutu telah membawa saya menjelajah di kawasan-kawasan pedalaman yang belum pernah orang luar kunjungi.

“Selain memerlukan perbelanjaan besar, kerana harus berbelanja untuk ke tempat-tempat tersebut dan membeli barangan yang saya minati, ia juga berbahaya di mana di negara-negara tersebut juga ada kumpulan dan orang tengah yang mengawasi pasaran dan ada kalanya boleh mendengar bunyi letupan pistol kala sedang mencari barang.”

“Koleksi tekstil istimewa dunia Melayu ini adalah hadiah saya buat rakyat Malaysi. This collection is my gift to Malaysians, yang saya mula rasa kasih sejak saya berpindah ke sini. Semoga kerja saya ini bermanfaat dan menaikkan semngat serta pengetahuan anda tentang siapa Melayu dan begitu gah serta cemerlangnya tamadun masyarakat bergelar Melayu”

John akan mengadakan bengkel, lawatan berpandu dan makan malam dengan pameran dan aktiviti sampingan yang menarik seperti pakaian bertemakan Melayu dan acara Joget atau ronggeng yang sinonim dengan orang Melayu.

Related posts

WHERE MEMORIES COME ALIVE

adminwm

Menentang Kekejaman Haiwan, DVF Ikut Jejak Langkah Gucci & Versace Tidak Lagi Menggunakkan Fur

admin

I Love Wirda Sedia Tawan Dunia

admin

Leave a Comment