FESYEN

Demna Gvasalia Antara 100 Insan Berpengaruh Dunia

Nama Demna Gvasalia mungkin saja insan yang kini digeruni dalam industri fesyen, berada di tangga teratas pada masa kini. Pereka ini yang dahulunya pengarah kreatif buat Vetement mengambil alih tampuk pimpinan Balenciaga yang sebelumnya di bawah Alexander Wang. Balenciaga yang dahulunya sedikit malap kini bersinar terang di bawah jari telunjuk Demna. Balenciaga kini antara jenama yang paling digemari khususnya anak muda generasi Z, lantas menjulang nama Demna Gvasalia antara 100 insan berpengaruh di dunia yang dinobatkan oleh majalah Time. Demna juga antara insan pertama Georgia yang tersenarai dalam barisan senarai penting ini.


Jika dibuka semula arkib tatkala Demna mengambil tapuk pimpinan di Balenciaga, koleksi debutnya pada musim luruh 2016 menjadi bualan hangat. Masakan tidak, beg tote yang diperkenalkan sama seperti beg yang dijual di pasar Thailand, biarpun banyak yang menertawakan koleksi yang direka Demna ini, ianya seakan tidak menghalang insan ini bereksperimen dengan gaya yang lari 360 darjah daripada jenama yang lain dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam berkarya.
Bijak mengatur strategi pemasaran, jenama Balenciaga juga dilihat tahu mencari muse dan ikon untuk menarik minat pembeli. Kim Kardashian misalnya antara insan yang begitu penting untuk Demna berfantasi buat koleksinya saban musim. Lihat sahaja bagaimana koleksi adi busana (couture) yang diperkenalkan, daripada Naomi Campbell sehinggalah ke Nicole Kidman, Demna tahu bagaimana mencuri perhatian media.


Selain itu, kalobrasi Balenciaga juga sering menjadi bualan hangat dan berjaya menarik minat Gen Z. Antara koleksi yang begitu laris sudah tentu bersama Gucci, siri animasi The Simpsons dan yang terbaru bersama Adidas.
Aksesori di Balenciaga juga sentiasa menarik minat golongan muda yang mendambakan sesuatu yang baru dan ekstrem, Bag Hourglass mahupun download misalnya antara yang cukup diminati hari ini bersama sneakers Triple S. Bukan itu sahaja, jenama ini juga sentiasa memperkenalkan aksesori yang pelik bagi menarik perhatian pengguna media sosial, dan sama ada mendapat respon yang baik ataupun tidak, jenama ini kekal berada di tangga teratas mendominasi media sosial seperti instagram dan Tiktok.

Berbekalkan otak yang kreatif dan original, sudah tentu Demna Gvasalia individu yang boleh dianggap berjaya mengilap jenama Balenciaga untuk berada di puncak. Masakan tidak, jenama ini berjaya meningkatkan jualan hampir sekali ganda melalui koleksi yang berjaya dan juga cara pemasaran yang berbeza daripada jenama yang lain.

Related posts

The Fashion Journal di Setia City Mall

adminwm

Pereka Kita Tiada Jati Diri

admin

Berkaca Mata Hitam

admin

Leave a Comment