FESYEN

Sepatu Balet Datar Ultra Moden Ecco Anine

Kualiti yang biasa dicari untuk kasut, yang pertama rekaannya dan kedua, ringan.

Kasut mesti cantik dan sesuai dipakai ke merata acara. Dalam ekonomi sekarang dan tambah pula lagi sebulan nak Raya, perlu hemat berbelanja. Tiada lagi istilah membeli dan membeli. Sebolehnya sepasang atau dua pasang kasut yang baru dimiliki boleh dipelbagai guna. Selainnya, kita kerap berjalan jauh dan perlu berdiri lama. Bayangkan jika memakai kasut yang berat, pasti teramat lenguh kaki.

Untuk mendapatkan kasut yang punya dua kualiti tadi, saya cadangkan jenama ECCO, untuk keluaran terbaru mereka ECOO ANINE.

Berat kasut ECCO ANINE hanya separuh daripada berat sepatu balet tapak rata yang pernah dikeluarkan oleh jenama Denmark ini, dan satu pertiga lebih ringan berbanding dengan kebanyakan sepatu tapak rata lain.

Ia dibuat menggunakan pelbagai kulit premium dan warna-warna yang feminin, sekaligus memberikan anda pilihan gaya serta momen memakai yang hampir tiada had. Sebutlah, mahu ke janji temu makan malam, atau ke pejabat dan membeli belah sekalipun, masih cantik diperaga.

[thb_gap height="40"][thb_image full_width="true" alignment="center" lightbox="true" image="9324"][thb_gap height="40"]

Related posts

Kunci Asas Trend Musim Bunga 2023

admin

Hayati Sentuhan Warisan, Koleksi The Heritage dUCk, Lebaran ini.

adminwm

CELEBRITIES IN VALENTINO

adminwm

Leave a Comment