Saya pernah menjadi pengguna tegar Cetaphil® sekitar 2007 hingga 2010. Memang baik sangat untuk kulit saya yang sebelumnya penuh berjerawat, selain parutnya juga menjadi pudar. Saya masih ingat, tekstur Cetaphil® agak cair lebih kurang macam gam 20 sen yang kita guna sewaktu sekolah rendah dulu, tetapi selalu rasa tak puas setiap kali menggunakannya kerana tidak berbuih. Kemudian kerana mahu mencuba produk-produk lain, saya tidak lagi menggunakan Cetaphil® dan berlarutan hinggalah sekarang.
Patut saya menggunakannya kembali kerana rindu keberkesannya. Baru-baru ini terlihat Fb post Khairul Yoi yang memuji produk ini dan sebentar tadi saya menerima pula press release tentang kerjasama Lisa Surihani dengan Cetaphil®. Oh, semakin saya tidak sabar membelinya kerana saya perasan kulit Lisa semakin cantik dan saya tahu dia pernah mencuba pelbagai produk dan pasti ada sebab kenapa dia selesa dengan yang ini.
Tentang kerjasama Cetaphil® dan Lisa Surihani, mereka akan berkongsi cara terbaik bagi mendapatkan kulit yang sihat melalui rutin penjagaan yang mudah. Melalui media sosial dan merata acara, Lisa akan bercakap tentang penjagaan kulit dan antara topiknya seperti menggunakan pembersih yang lembut terhadap kulit, yang bebas sabun, bebas pewangi dan terbukti secara dermatologi tidak menyebabkan iritasi, selain pembersih yang tidak mengikis pelindung kulit semula jadi.
Gabungan Cetaphil® dan Lisa Surihani adalah satu hubungan kerjasama yang bagus kerana Cetaphil® memiliki kepakaran dalam bidang penjagaan kulit selama 72 tahun, dengan latar belakang dermatologi yang kukuh, manakala Lisa pula ada banyak pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kecantikan. Selain itu, dia juga telah melalui fasa kehidupan daripada remaja, dewasa dan kini bergelar ibu dan di setiap peringkat itu kondisi kulitnya berbeza-beza. Jadi tentunya Lisa merupakan pilihan yang bagus untuk bercakap tentang kecantikan.
Nantikan sesi interaktif bersama Lisa Surihani yang dibawakan oleh Cetaphil® di media sosial dan beberapa acara. Dan, oh, sebelum terlupa Lisa juga akan berkongi tentang rangkaian penjagaan bayi, Cetaphil® Baby.