Cantik di mata anda tidak semestinya cantik di mata semua. Dan setiap orang punya penilaian serta pemahaman berbeza mengenai cantik. Pengasas RA8 Cosmeceutical, Raja Azam Baizah menjawab pelbagai soalan mengenai cantik.
RA (Raja Azam), bagaimana bermulanya RA8?
Setelah hampir 12 tahun membina nama dalam bidang ICT, saya membuat keputusan untuk menceburi dunia perniagaan ke arah bidang kecantikan. Pencarian dan kajian selama dua tahun akhirnya menemukan saya dengan satu produk kecantikan dari SIRIM Bhd.
Mengapa pilih produk kecantikan untuk berniaga?
Sejak ekonomi merosot pada 2009, saya telah membuat keputusan mengkaji produk lain yang saya boleh pasarkan. Daripada penyelidikan SIRIM, saya meyakini produk hasil R&D SIRIM berkualiti tinggi. Sebagai seorang wanita saya sentiasa tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit saya. Jujur saya katakan amat sukar mencari produk yang halal, selamat dan berkesan yang boleh membantu saya mengatasi masalah kulit seperti kedutan, jeragat, kulit anjal dan kulit kering. Sebab itulah saya memilih produk daripada hasil kajian SIRIM. Saya mengambil masa dua tahun untuk memulakan perniagaan produk kecantikan.
Pandangan RA mengenai produk kecantikan tempatan vs produk kecantikan dari luar yang sudah terkenal?
Produk tempatan masa kini adalah sama taraf dengan produk antarabangsa. Produk RA8 misalnya telah menjalani pelbagai jenis ujian dan kajian yang intensif bagi memastikan produk tersebut halal, selamat digunakan dan efektif.
Pasaran RA8?
RA8 kini telah pun berjaya menembusi pasaran luar negara, seperti Korea, Singapura, Indonesia, Thailand, Cambodia, Vietnam, 22 negara Timur Tengah dan baru-baru ini Australia. Rahsia RA8 berjaya menembusi pasaran luar adalah memastikan intensif Research and Development sentiasa dijalankan dan kualiti RA8 sentiasa terjamin bagi mencapai piawaian antarabangsa.
Berniaga dalam dunia kecantikan, pengalaman manis RA dengan wanita yang menitik beratkan soal kecantikan?
Dunia kecantikan adalah sesuatu yang amat menarik di mana anda berpeluang bertemu dengan wanita yang bukan sahaja cantik tetapi juga bijak, berbakat dan datang dari pelbagai jenis latar belakang. Ramai sekali, dan setengahnya menjadi kawan.
Beauty is only skin deep. Apakah RA setuju dengan konsep ini?
Beauty is only skin-deep bagi saya bermaksud; wajah semata-mata tidak mencerminkan perwatakan seseorang. Saya amat bersetuju dengan konsep ini di mana, tidak sewajarnya kita hanya menjaga kecantikan luaran sahaja tetapi dalaman juga adalah penting. Perwatakan seseorang itu secara tidak langsung menjadi sebab seseorang itu menawan dan cantik. Remember, kindness last forever.
Rahsia kecantikan RA?
Rahsia kecantikan saya semestinya produk RA8, consistency is key to everything. Saya seseorang yang sentiasa komited dengan ritual kecantikan saya di mana selain menggunakan pencuci muka, serum dan krim RA8 saya juga akan sentiasa minum air sekurang kurangnya dua liter, pastikan mendapat tidur yang mencukupi dan juga bersenam.
Apa yang membuat seseorang itu cantik?
Bagi saya, seseorang itu cantik apabila dia menjaga kecantikan luaran dan juga dalaman. Kecantikan dalaman juga perlulah mendapat perhatian yang sama seperti kecantikan luaran. Beauty comes with kindness and brain.
Apakah RA rasa orang cantik jauh lebih berjaya daripada yang kurang cantik?
Kecantikan tidak mencerminkan atau menjanjikan kejayaan. Kejayaan hanya boleh diraih daripada usaha yang berterusan yang diredhai Allah SWT, selain usaha dan doa yang berterusan.
Siapa di kalangan selebriti yang RA rasa cantik dan mengapa?
Bagi saya, rata-rata selebriti menjaga kecantikan mereka tetapi saya amat gemar melihat Angelina Jolie. Dia adalah definisi wanita yang kuat dan seorang aktivis yang memperjuangkan hak manusia dan golongan yang memerlukan. Baru-baru ini dia menyuarakan secara lantang di United Nations (U.N) berkenaan ‘peacekeeping’ di Afghanistan.
What do you love about makeup?
Who doesn’t love makeup? Semua orang dilahirkan dengan kecantikan dan keunikan yang tersendiri, what I love about make up is, it enhances one’s beauty.
Soalan cantik yang sering ditanya pelanggan?
Pelanggan sering bertanya kepada saya, bagaimana untuk mengekalkan kecantikan apabila usia semakin meningkat? Jawapan saya, sentiasa menjaga makan anda, rajin bersenam, sentiasa menjaga dalaman anda dan semestinya menggunakan produk RA8 secara konsisten.
Jika RA terpaksa keluar rumah dan hanya boleh menggunakan satu produk sahaja, produk apa dan kenapa?
Semestinya saya akan memilih sunscreen! Sunscreen merupakan produk yang penting dalam memastikan wajah sentiasa terlindung dari matahari. Ia adalah norma masyarakat untuk mempunyai persepsi bahawa semua yang bernama wanita seharusnya dilihat cantik. Namun bagi saya, beauty is very subjective. Everyone is born beautiful. Semua dilahirkan cantik, beauty goes beyond what is on the outside.
Nasihat cantik RA kepada semua wanita?
Sebagai pengasas produk kecantikan saya percaya bahawa cantik perlulah meliputi semua aspek, di mana wajah, badan yang sihat dan pakaian perlu dijaga. Oleh itu, seringkali saya mengingatkan kepada semua pelanggan saya dan juga pembaca di luar sana untuk sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan dengan menjaga pemakanan yang sihat dan bersenam selain menjaga wajah anda. Pakaian juga seharusnya sentiasa kemas dan terjaga kerana penampilan yang baik bukan sahaja memberi ‘expression’ yang baik tetapi juga bagus untuk keyakinan anda sendiri.
Apa pula pesanan cantik RA kepada anak-anak?
Sebagai ibu saya sentiasa mengingatkan anak saya untuk sentiasa menjaga penampilan mereka, tidak kiralah luaran dan juga dalaman. Kedua-duanya perlu diberi perhatian yang sama. Selain itu, ‘education’ juga sesuatu yang saya sentiasa tekankan kepada anak anak saya. Beauty on the outside is just a plus point but it’s your moral values and brain that will bring you further.
Dalam keadaan ekonomi meleset bagaimana menggalak orang ramai tetap tampil cantik?
Ekonomi mempunyai pasang surutnya yang tersendiri. Sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, sebagai pengasas produk kecantikan saya juga sewajarnya membantu pelanggan dengan memperkenalkan dengan pelbagai jenis promosi yang berterusan dan juga harga mampu milik agar pelanggan tidak merasakan menjaga kecantikan itu sebagai sesuatu beban.
Kalau ada yang mengatakan produk anda tidak bagus?
We can never satisfy everyone. Bagi saya, kita sebagai pengasas ataupun ahli perniagaan perlu sentiasa bersifat dan berfikiran terbuka untuk menerima feedback yang positif dan juga negatif. ‘Feedback’ ataupun ‘review’ boleh membantu memperbaiki produk kita untuk menjadi lebih baik.
Produk RA8 menjadi top belian produk di platform Go Shop, apa yang RA mahu katakan kepada mereka yang setia ini?
Kepada pelanggan RA8 yang setia, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberikan sokongan tanpa henti. Saya amat bersyukur kerana anda sentiasa berada dengan saya dan mengikuti perjalanan RA8 selama tujuh tahun ini. Sokongan anda membuatkan saya ingin terus berkerja keras untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan boleh memberikan manfaat kepada kita semua.