Man of the MonthPERSONALITI

Muhamad Razif Nasruddin Always evolving and expanding

“The country needs to mature, dan pandemik telah mengeruhkan lagi keadaan semasa. Saya berharap anak muda akan mula lebih aktif dan bergiat secara sihat bagi politik masa depan,” kata Muhamad Razif Nasruddin.

Siapa Muhamad Razif Nasruddin? 

Mengenalinya bila saya dijemput untuk hadir dalam bicara fesyen di ‘clubhouse’ kelolaannya. Menyedari pula Razif banyak membabitkan diri dalam hal-hal seni yang lain, saya percaya pengalamannya bisa mengajak anak muda lain untuk terus berusaha membuat perkara diminati. 

Sedikit latar belakangnya

Trained as an interior architect, Muhamad Razif Nasruddin is a creative chameleon. Having to be involved in filmmaking, photography, graphic design, product design and even as a curator, he believes in the power of honesty and craftsmanship in his approach. 

A founding member of thinklab© (a design advocacy organisation), he led a team that organised multidisciplinary international design conferences, forums and workshops from 2009 to 2014 with a focus to transform the design industry in Malaysia. What started as a blog in 2007, eventually became a partner in co-hosting International Design 

Conference in Kuching in 2012. He also went on to help create partnerships with Malaysia Design Council, Graphic Design Association Malaysia and Industrial Design Association Malaysia in 2014 by organising Dreamlab©, a design festival of two months duration. Today, thinklab© is geared towards building design communities from architecture, interior, product, fashion and the arts, through social media. 

He also runs Razif Studio, a design studio he started in 2014 with a focus on the business of interior design, brand identity and publication. Some of his clienteles are PUSAKA, Maybank, Bank Pembangunan, JKKN, MTIB, KASA, Nelissa Hilman just to name a few.’

Lahir pada 29 September 1981 Razif anak ke dua daripada empat adik beradik, Ayah seorang penjawat awam di DBKL, sementara ibu suri rumah sepenuh masa. Isteri, Darlina Diyana, bekerja di sebuah bank tempatan, dan anak perempuan, Mikayla Rasheeda.

Graduan, Diploma Senireka Dalaman (1999 – 2001) dan Sarjana Muda Senibina Dalaman di UiTM Shah Alam (2005 – 2007). Antara yang membentuk pemikiran saya sewaktu di UiTM ialah Prof Tajuddin Ismail dan Prof Azlaini dan Prof Jazman.

Mula bekerja sebagai seorang Jr Interior Designer pada 2002 – 2005 di sebuah anak syarikat senibina dari Singapura, AVID SDN BHD, terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas. Dan tamat Sarjana, bekerja sebagai Pensyarah di KBU (now First City University College) dari 2007- 2009. Terbabit sebagai seorang Art Director pada filem pendek, The Value Of My Sanity, serta musik video Estrella dan Otam.

Pada 2009, Razif memulakan syarikat baru,  thinklab, ia sebagai syarikat media yang banyak menulis blog tentang pelbagai industri rekabentuk (grafik, produk, senibina, fesyen dll) Dan sehingga 2014, kami banyak menganjurkan persidangan, dialogue, pameran yang melibatkan Majlis Rekabentuk Malaysia, Persatuan Rekabentuk Grafik Malaysia, Rekabentuk Perindustrian Malaysia  dan badan induk dunia rekabentuk grafik, ICOGRADA (kini ICO-D).

Sebagai interior architect anda beralih kepada filmmaking, photography and graphic design juga curator, dan juga punya Razif Studio, (banyaknya) mengapa? Why are you interested in working here?

“Saya amat meminati dunia pembuatan seni, design serta proses analitikal dalam memanifestasikan idea ke dunia nyata. Kadang-kadang saya rasa serabut juga, tapi masa muda, lebih fokus kepada ‘being in the moment’, sebagai suatu bentuk pengalaman baru, juga berkenalan dan belajar dengan bakat-bakat lain dalam bidang yang saya cuba ceburi. Mungkin juga saya mudah terpengaruh dengan pengalaman yang baru, tapi apa-apa pun, saya gemar belajar benda yang luar dan sekeliling bidang seni bina dalaman supaya rasa sentiasa bersemangat untuk maju.”  

Cerita sedikit mengenai pengalaman anda dalam bidang kreatif ini?  


“Saya sudah berjinak-jinak dengan penulisan blog ketika di universiti lagi atas dorongan Prof. Azlaini. Beliau banyak membuka mata saya untuk melihat design sebagai suatu pengalaman umpama membuat seni, dan sebagai menjalin hubungan dengan pereka daripada industri kesenian. Sejak itu saya mula ‘explore other creative industries’ yang saya minat sejak kecil lagi. Sebagai  pengarah seni di sebuah independent filmmaker (2009), moderator kepada International Design Conference di Kuala Lumpur (2009), mungkin itu titik permulaan saya menerokai pelbagai industri rekabentuk daripada fesyen, produk, senibina dan lain-lain. Juga saya pernah membabitkan diri dengan agensi kerajaan  mempromosi industri rekabentuk setelah pulang daripada program musim panas di Busan, Korea.”

Tell me about your communication style?

“Saya jenis optimis, straight forward, dan peramah, mungkin kadang-kadang terlebih peramah bila bersama teman yang mempunyai minat yang sama… hahaha…. “

How do you stay organized and prioritize tasks?


“Sama ada sebelum tidur, atau awal pagi selepas subuh, saya akan senaraikan setiap  projek mengikut memori, dan kemudian akan refer pada staff atau partner jika ada isu-isu yang memerlukan perhatian saya secepat mungkin. Tapi sejak covid ni, lebih ‘flexible’ sebab saya dan isteri ‘juggle time’ dengan anak sebab tiada pembantu. Yang penting saya begitu mementingkan tidur. Kalau tidak cukup tidur, memang satu hari rasa runsing… adoi.”

Anda lebih suka bekerja bersendiri atau dengan kumpulan?

“Terpulang kerana ada kerja yang memerlukan kerjasama semua pihak dan selalunya skala besar, cuma bila projek yang saya betul-betul memerlukan perhatian yang lebih dan rasa menarik, selalunya mulakan proses isolasi dalam bilik atau lewat malam, sebelum saya serahkan kepada designers atau pengurus-pengurus projek.”  

“Always evolving and expanding, sekarang saya mula bekerja atas dasar kolaborasi dengan kawan-kawan atau industri lain, seperti sekarang, bersama dua lagi arkitek untuk projek ‘idea bank’, bertajuk @kami.mereka. Kami bertiga mengambil inisiatif untuk menggabungkan persatuan-persatuan rekabentuk seperti PAM, MIID, wREGA dan PEREKA bersama sektor kerajaan dan swasta supaya sentiasa aktif dalam bidang rekabentuk.”

Bilamana anda mengalami konflik di tempat kerja bagaimana mengatasinya?

“Saya terus cari punca masalah, dan address immediate solution. Saya selalu percaya debat mampu menjana idea yang kukuh, membina kepercayaan dan merapatkan lagi hubungan saya dan pekerja. I deeply appreciate honesty.”

Yes you mentioned about founding members of thinklab, beritahu dengan lebih jelas?


“Thinklab bermula di UiTM, saya bersama dua coursemate, Shafizuan dan Firuz. Hanya sebagai sebuah online blog, kami mula menulis tentang dunia rekabentuk di Malaysia sejak 2006. Tamat pengajian, saya mulai rapat kembali dengan kawan-kawan dari sekolah menengah untuk memulakan syarikat filem indie, dan salah seorang kawan dalam kumpulan, Zachary, mengikuti perkembangan thinklab tanpa disedari sehingga beliau cuba berkongsi blog tersebut dgn saya. Hahaha….

“Kemudian, seorang teman rapat yang baru pulang dari United Kingdom, Harith, juga ingin menyertai thinklab setelah saya, Firuz, Shafizuan dan Zachary bercadang untuk memajukan lagi idea thinklab.

“Yang terakhir sekali, Effendy Nadzri, teman serumah Firuz dan Shafizuan juga menyatakan hasrat ingin menyertai thinklab sebelum saya berhenti mengajar di KBU, dan terus kami memulakan proses brainstorm di Pulau Perhentian.

“Sejak itu, kami telah menganjurkan lebih daripada 30 acara tempatan dan antarabangsa berkenaan advocacy design kepada masyarakat.

“Antara sumbangan thinklab adalah memulakan kertas kerja bagi pembentangan belanjawan negara 2011, berkenaan pengecualian cukai bagi syarikat baru rekabentuk industri selama lia tahun, yang mula membawa syarikat gergasi spt Dyson ke Malaysia.

“Juga buat kali pertamanya mengatur semua pemain utama industri rekabentuk untuk bertemu bersama agensi kerajaan Majlis Rekabentuk Malaysia (2011) bagi membincangkan hala tuju industri rekabentuk di Malaysia. Kami juga menjadi rakan sokongan dalam menjayakan persidangan antarabangsa ICOGRADA, yang melibatkan pereka bentuk grafik seluruh dunia di Kuching, Sarawak 2012.”

 Saya percaya anda manusia paling sibuk, jadi bagaimana pula anda membahagikan masa dengan keluarga? How much time are you willing to commit in the business?

“Setiap masa terluang, saya pastikan akan bersama keluarga atau dapat tidur yang secukupnya. Sebelum pandemik, saya selalu dapat rasakan yang usaha saya dan kawan-kawan masih belum mencukupi untuk memberi impak kepada masyarakat mengenai kesedaran betapa pentingnya rekabentuk dalam hidup kita. Mungkin saya dapat mencari masa untuk berehat sehingga Malaysia menjadi gergasi dalam dunia rekabentuk. I really want to thank my family, sebab sentiasa berada dibelakang untuk menyokong saya dalam usaha memartabatkan industri rekabentuk selama 12 tahun ini.”

Anda juga terbabit secara tidak langsung dalam dunia fesyen, adakah anda melihatnya satu bidang yang menarik untuk diteroki kelak, atau pun sedang running..


“I’m deeply  connected to fesyen sebab dari kecil, ibu saya selalu membawa kami adik beradik melalui proses membeli kain di KL dan meneliti pakai baju melayu teluk belanga kami (ibu org Johor) dari setiap tempahan sebelum Raya Aidilfitri. Juga, sewaktu universiti, saya sering membeli majalah seperti Wallpaper, GLAM dan majalah lifestyle yang saya rasa sesuai dengan jiwa saya. Antara laman web fesyen yang saya gemari adalah The Sartorialist, Tavi Gevinson’s Style Rookie.

“Juga, teman sekelas saya dari sekolah, Fairuz Ramdan, we got connected lepas uni, dan sejak dari itu, sometimes I touch base checking on him ke. Melalui dia juga, saya sekarang rapat dengan Puan Zaihani (kak Zai), untuk mengetahui lebih banyak lagi berita-berita penting dalam industri fesyen. She is my guru…haha….

“Mungkin juga tengah running, sebab ada projeck bersama pasukan bola keranjang di Malaysia yang insyaAllah akan dilancarkan pada hujung tahun hadapan, tapi kita lihat situasi Covid ni macam mana dulu.”

Dunia fesyen hampir punah (in fact Fashion is Dead) disebabkan pandemik, apa yang anda boleh bantu untuk mengembalikan kegemilangan fesyen tempatan khasnya. Apa yang patut orang fesyen lakukan?

“Saya rasa the internet is under utilised dalam fesyen di Malaysia. Memang business should pivot, tapi harapnya pivot masih dalam industri, bukan terus ke luar bidang. Nak bina balik jenama sangat susah, perlu kreatif dan berinovasi dalam pemasaran. At the end of the day, fashion is a show. Kena tunjuk versatility dalam berkarya, sesuai dengan situasi dan keadaan semasa. InsyaAllah we will all bounce back from this pandemic.”

Siapa anda lihat insan paling bergaya di Malaysia, lelaki dan wanita, ya definasi anda perkataan stylish itu sendiri?

“Bagi lelaki, saya rasa YB Khairy Jamaluddin. Gaya yang effortless dan mempunyai citarasa yang agak menarik sebagai seorang birokrat, yang selalunya sangat boring dari segi styling.

Wanita pula, saya gemar melihat gaya Arafah Edruce atau lebih dikenali sebagai Arabyrd. Mempunyai penampilan sporty, swaggy juga boleh menjadi chameleon bila perlu classy atau edgy.”

Mengenai gaya hidup dan fesyen, adakah anda dan isteri berbelanja?

“Nampaknya kini kami lebih banyak sebenarnya berbelanja untuk masa depan anak, dan menyediakan aneka permainan sesuai usianya. Tapi sebenarnya sebelum pandemik, kami banyak menghabiskan wang untuk melancong, tempatan atau luar negara. Kalau yang banyak berbelanja fesyen mungkin saya juga, tapi gaya saya simple dan harga sederhana seperti Uniqlo, COS, MUJI, Lemaire dan kadangkala batik. Kerana gemar bersukan saya juga berbelanja lebih sedikit untuk membeli seperti Nike, Adidas dan Brand Jordon misalnya.  Apa pun kami memang pastikan potongan dan siluetnya simple, dan ia memenuhi pelbagai fungsi. Selalunya dalam hitam dan putih, mungkin ini penyakit designer… haha.”

Would you ever consider selling the business if an investor made a desirable offer?


“Definitely, but not my studio, tapi kalau thinklab, mungkin. Kedua-duanya mempunyai emotional attachment yang sangat kuat, tapi kalau diberikan pilihan dan bila tiba masanya, mungkin juga saya akan melepaskan thinklab dengan syarat, saya sebagai part of the shareholder atau advisor to the brand.”

Bagaimana anda diri anda lima tahun mendatang?

“Masih lagi bekerja untuk memajukan industri rekabentuk, tapi mungkin secara satelit, dari Paris, Venice, New York, Dubai atau Seoul, Tokyo.”

Politik negara amat meruncing, apa peranan anda sebagai ahli masyarakat?

“Tiada apa yang beza melainkan reach out to family and friends in need. Disebabkan pandemik memaksa peniaga-peniaga kecil bekerja lebih keras. Saya dan kawan banyak membantu mereka yang ada di kawasan rumah kami untuk sentiasa beroperasi seperti biasa. Just do our small bit dengan komuniti sendiri. I think that would help a lot.

Ekonomi Malaysia di tahap yang paling tidak stabil dan rasuah menjadi-jadi – apa pendapat anda dalam hal ini?

“Bukan perkara baru, sebab saya mengikuti politik sejak 1998, reformasi. Saya percaya suatu reformasi sistem dalam pentadbiran negara perlu diimbangi dengan lebih telus, dan bukan disalahgunakan oleh ahli politik untuk sentiasa ingin duduk di kerusi dengan lama. The country needs to mature, dan pandemik telah mengeruhkan lagi keadaan semasa. Saya berharap anak muda akan mula lebih aktif dan bergiat secara sihat bagi politik masa depan.”

Malaysia sudah 64 tahun Merdeka, pandangan anda mengenai kemerdekaan itu sendiri.


”Malaysia masih lagi muda dari segi penakrifan negara demokrasi yang matang, Saya kurang gemar bila ada sesetengah pihak cuba untuk membanding-bandingkan negara kita dengan negara lain, lebih-lebih lagi dengan negara jiran. Setiap perjalanan itu suatu proses, mungkin panjang, mungkin pendek. Apa apapun ia bukan sesuatu yang dikecapi hanya dengan wang ringgit atau kemewahan yang melampau. Sesebuah negara itu refleksi masyarakatnya, dan mungkin hal-hal pandemik boleh merubah paradigma kita terhadap idea merdeka itu sendiri, dan mungkin dengan itu hala tuju kita akan jadi lebih jelas.”

Tiga Perkataan ‘to describe’ Razif Nasruddin

“Inquisitive, Bold and Optimist.”

Movie dan program tv yang paling anda suka dan pengarah favorite anda?

“Seniman Bujang Lapok, Billions (Netflix), Almost Famous. Favorite Director saya, Guy Ritchie & Wes Anderson.”

Kalau anda Perdana Menteri Malaysia?  

“Menjadikan Malaysia salah sebuah gergasi dunia rekabentuk.”

 

Related posts

10 Soalan Bersama Penulis, Penyair dan Penyanyi, Umar Uzair

admin

Where Care Meets Comfort

admin

Temubual Bersama The Father of Palace Of The Golden Horses, Tan Sri Lee Kim Yew

admin

Leave a Comment