PERSONALITI

Rasta Rashid

Rasta Rasta, Presiden Malaysia Bumiputra Designers Association (MBDA), Pengasas dan Pereka bagi Rasta Creation dan Rasta Creation Sdn Bhd. Mempunyai tiga label di bawah dua syarikat. (Rasta Creation- supply ballet and dance costumes), Batek by Rasta Rashid (Clothing) dan Rasta R ( Accessories, Clutches and Shoes)

Anak ketiga daripada lapan adik beradik, Rasta Rashid lahir (27.7.1974 ) di Kuantan Pahang. Bapa pesara di Jabatan Perhutanan dan ibu suri rumah, pandai menjahit dan memasak membolehkannya berniaga secara kecil kecilan. Pendidikan Awal di Sekolah Menengah Vokasional ERT Setapak Jurusan Rekaan dan Jahitan kemudian melanjutkan pengajian di International Fashion Training Center, Diploma in Fashion Designing and Dress Making. Best Top 10 students 1992/93.

Rasta Rashid “Saya Diterima Sebulat Suara Ahli MBDA”

Senyumannya yang mula-mula menarik perhatian saya mendekatinya. saya juga suka tengok rambutnya yang bertukar ganti warna dan percakapannya lembut.  Begitupun saya perhatikan orangnya tegas dan yang paling saya kagum mengenai wanita ini ialah, dia seorang yang rajin, pastinya seorang pemikir yang baik. Tidak syak lagi apabila Presiden MBDA, Saudara Bon Zainal menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan, sebulat suara  ahli menyokong Rasta Rashid menggantikan tempatnya. Sejujurnya saya merasakan pilihan yang paling tepat kerana komitmen dalam sesuatu tugasan yang diberikan. Bukan sembarangan orang boleh menyandang jawatan yang besar peranan kepada dunia fesyen, jika tidak kental, tidak meticulous dalam kerja, tidak pandai mengikat ahli persatuan untuk bersatu, tidak bijak berurusan dengan orang atasan dan tiada gaya untuk menjadi presiden ‘fesyen’, pertubuhan akan lumpuh. ditambah orang fesyen insan kreatif waktu sama sensitif, ramai juga yang snobbish maka berdepan dengan mereka ini kena bijak menyusun kata-kata.

 

Saya sempat meluangkan masa menemuramah Presiden Malaysian Bumiputera Designers Association,  Puan Rasta Rashid.

 

 

Sejak bila menyandang jawatan Presiden Bumiputera designers Association?

“Memegang jawatan Presiden pada 1hb Disember 2020. Saya sungguh terharu di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh bekas Presiden MBDA dan juga selaku Pengasas MBDA, En Bon Zainal Harun. Saya amat bersyukur kerana diterima sebulat suara oleh semua ahli MBDA. Insya-Allah akan saya cuba sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Terima kasih di atas kepercayaan itu.”

 

Sebagai presiden apa yang anda mahu lakukan untuk membantu pereka tempatan pergi jauh, dan sejauh mana hendak dibawa mereka?

“Baru sahaja beberapa bulan saya memegang jawatan sebagai Presiden MBDA, saya telah pun membentuk beberapa program kepada ahli MBDA serta pereka tempatan yang lain. Pada Mac 2021 yang lalu MBDA melancarkan LIVE Program Fashion Flair Malaysia yang membabitkan seramai 10 pereka dan 10 kolaborasi rakan kongsi. FFM membolehkan pereka berpengalaman melebarkan sayap mereka di dalam pembentukan ‘fashion digitalization’. FFM adalah program Fashion Showcase yang berbentuk virtual dan hybrid. Temuramah serta perbincangan secara LIVE di sesawang MBDA official FB. Sepanjang bersiaran dari jam 10 pagi hingga empat petang itu kami  mendapat sambutan lebih daripada 10 ribu viewers.  Walaupun dengan persiapan yang agak singkat kami melepasi satu situasi yang sangat menarik di mana di ketika itu kami terpaksa melakukannya dengan keadaan yang paling minimal pergerakan dan sentiasa mengawal keselamatan kesemua crew dan tetamu kami. Namun semuanya berjalan dengan lancar.

“Dalam masa yang sama kami juga mempromosikan rekaan rekaan mereka secara recorded dan di siarankan LIVE pada hari pelancaran FFM serta melaksanakan program pembelian secara langsung di talian. Dan penonton dapat berkomunikasi terus dengan jenama dan pereka  yang ditemubual pada hari tersebut. Sangat synonym dengan keadaan sekarang ini. Pereka pereka harus mendekatkan diri mereka dengan perniagaan online dan membina website yang baik untuk terus berniaga di atas talian. MBDA juga mengadakan kelas kelas ‘upskilling dan reskilling’ bagi menambah baik serta meningkatkan ilmu sejajar dengan kepesatan dunia fesyen hari ini.

“MBDA juga telah pun membina satu kerjasama bersama pihak pembangunan tempatan dan antarabangsa untuk menyediakan fesyen hub yang akan dilancarkan tidak lama lagi yang melibatkan lebih daripada 20 pereka fesyen dan ‘lifestyle science’.

“Hari ini jika kita lihat bukan mudah untuk melopori perniagaan dengan keadaan yang melanda dunia hari ini. Memberikan mereka semangat serta nafas baru untuk mereka terus berdiri teguh di dalam arena fesyen sangat mencabar. Sokongan moral dan mental harus seiringan. Sudah semestinya saya ingin membawa mereka jauh ke hadapan, berjuang dan melaksanakan gerak niaga yang membentuk ekosistem yang baik. Sikap bantu dan saling melengkapi kekurangan itulah yang akan saya laksanakan bersama mereka. Saya harap dengan menyediakan segala keperluan untuk mereka terus relevan di dalam industri serta membantu melonjakkan jenama mereka kepada mata dunia semoga mereka lebih dikenali dan dapat membuka jalan serta perniagaan yang lebih produktif.”

 

Ada berpandangan pereka tempatan masih ketinggalan dari segi rekaan, promosi, pemasaran, pengiklanan dan kalau ya kenapa, dan kalau tidak, apa contoh-contoh kejayaan mereka?

“Dari segi rekaan, bagi saya setiap pereka mempunyai kekuatan dan DNA yang tersendiri. Selagi mereka sentiasa berkarya keunikan seni itu masih ada. Masalah ketinggalan zaman mungkin tiada tetapi berkemungkinan kekadang mereka lebih selesa untuk menjual daripada berkarya. Dari segi promosi pula, masih ramai yang tidak berani untuk membuat pembaharuan mungkin ianya melibatkan banyak modal.

“Pemasaran pula amat terhad jika kekakangan berlaku di bahagian produksi serta kekuatan membeli juga menurun, maka ianya secara tidak langsung mengganggu proses penjualan yang amat terhad.

“Sama juga di bahagian pengiklanan, membentuk satu iklan yang baik memerlukan kos yang rata-rata boleh mencecah ribuan ringgit.  Penyediaan model, jurugambar, jurusolek, studio serta pengeditan. Jarang pereka membuat pengiklanan kecuali di pelancaran pembukaan promosi koleksi baru atau koleksi perayaan. Setahun lebih kurang RM30 ribu ke RM50 ribu dibelanjakan untuk promosi dan iklan berskala kecil bagi syarikat sederhana. Membina website sahaja menelan belanja antara lima ke 30 ribu ringgit mengikut budget mereka.

“Majoriti hari ini pereka lebih fokus kepada jualan online di mana kebanyakan proses itu dilaksanakan oleh team mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat menurunkan kos pemasaran.

“Kewangan yang kukuh adalah satu ‘advantage’ yang dapat membantu menjadi mereka lebih dinamik berbanding pereka yang mempunyai masalah kewangan.”

 

Dengan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil, dan pandemik covid-19, banyak bisnes kalau tidak pun hancur/lingkup, ia terumbang ambing, bagaimana situasi fesyen di Malaysia, adakah rakan-rakan anda terjejas, dan apa anda boleh dilakukan untuk membantu dan mengatasi masalah ini?

“Sudah pastinya di saat yang mencabar ini ramai rakan rakan yang terkesan. Ini adalah beberapa pelaksanaan dan nasihat yang saya terapkan di kalangan rakan rakan MBDA.

 

  1. Kurangkan overhead dari segi sewa, pembayaran gaji, atau pengambilan pekerja
  2. Clear dead Stock with cost price
  3.  Beli kain yang kurang mahal supaya boleh dijual dengan harga yang berpatutan
  4. Learn new skills seperti menjahit sulaman, accessories dan membuat pelitup muka keselamatan, sebagai pendapatan sampingan
  5. Pastikan mendapatkan perniagaan kolaborasi yang tidak mengenakan sewa yang tinggi atau hanya menerima ‘commission base’
  6. Bantu rakan yang memberikan khidmat jahitan daripada upah orang luar
  7. Bergabung perniagaan dalam satu bumbung
  8. Fokus kepada ‘exclusive sales not mass production’
  9. Berniaga di online business yang fokus kepada minimum SKU (Stock Keep Unit).”

 

Sedangkan pakaian kini pun sudah menjadi perkara ‘tidak berapa penting’ dalam kehidupan hari-hari, ditambah pula tiada event/duduk rumah punya cerita, apa yang terbaik rasanya untuk mereka mencari nafkah?

“Cuba ubah sedikit cara perniagaan, fokus kepada pakaian atau barangan yang lebih ringkas serta harga yang lebih berpatutan. Fokus kepada siapa yang memakai/mengguna bukan apa yang kita hendak jual.”

 

Rasta sendiri mempunyai jenama sendiri, apakah anda tidak terjerat dengan masalah kewangan?

“Di dalam perniagaan tipu lah kalau saya kata saya tidak pernah menghadapi masalah kewangan. Ada ketikanya saya juga menghadapi permasalahan itu, tapi saya cuba atasinya dengan baik serta berbincang secara rasional bagaimana harus saya atasinya. Dan bagaimana untuk saya selesaikannya? Semuanya atas kekuatan minda dan kekentalan diri kita. Mempunyai rakan niaga yang baik adalah salah satu kunci untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Kesefahaman serta toleransi itu sangat penting.”

 

Apa yang membuat Rasta rasa rekaan batik/citarasa batik Rasta berbeza dengan yang lain. Ramai mengatakan orang Malaysia tidak kreatif, asyik-asyik yang sama, dan membuat pakaian batik tidak menjadi pilihan ramai, kecuali dimestikan berpakaian sedemikian?

“Tidak semua rekaan yang saya gubah di pakaian adalah fabrik rekaan batik saya. Sebanyak 60% adalah daripada batik sarung tempatan. Idea itu tercetus lapan tahun dahulu di mana saya mencari kelainan di dalam penggunaan Fabrik Batik. Saya belum pernah melihat pereka lain menggunakan batik sarung untuk membuat pakaian yang lebih eksklusif seperti jaket, pakaian malam dan ‘red carpet’, ‘bomber Jacket’, ‘trench coat’ dan sebagainya. Dan saya juga menengahkan motif pucuk rebung atau kepala kain di setiap rekaan saya yang saya letakkan di bahagian belakang baju saya sebagai identiti dan treadmark saya. Dan saya trendse’ kan batik sarung kepada modern twist. Ini  membolehkan golongan yang muda lebih menyukai dan menghargai batik tempatan kita. Kebanyakan rekaan Batek by Rasta Rashid lebih moden dan sesuai dipakai sama ada di majlis kasual dan juga rasmi. Secara tidak langsung saya juga dapat membantu menaik taraf fesyen batik kepada yang lebih classy serta dengan ekonomi serta menjana pendapatan pembatik di Malaysia.”

 

Masih tidak ramai rakyat Malaysia memilih batik, mengapa?

“Bukan sebab mereka tidak suka tetapi saya rasa mereka belum bertemu dengan design dan motif yang bersesuaian. Dan kebanyakan kita masih merasakan bahawa Batik kita a little ‘old school’ dan juga agak mahal. Kecetekan pengetahuan tentang batik juga membawa kesan yang amat ketara kepada masyarakat umumnya. Hari ini ramai lebih menyukai design yang lebih ringkas dan warna yang tidak terlalu klasik atau old school. Maka adalah tanggungjawab pereka fesyen seperti saya untuk terus berjuang serta memartabatkan dan menanamkan kecintaan kepada batik Malaysia dengan pendekatan idea yang lebih kreatif.”

 

Apa yang mahu anda lihat dalam jangka anda sebagai presiden MBDA  lima tahun ke 10 mendatang?

“Supaya MBDA akan menjadi satu nama yang amat disegani oleh semua pengiat industri di Malaysia satu hari nanti.”

 

Bagaimana mereka yang tidak mengenali pertubuhan ini untuk menjadi ahli dan waktu sama aktif membantu persatuan untuk terus maju? Apa yang perlu orang ini lakukan? Ada kah anda rasa pertubuhan yang anda ketuai kini sudah cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan dan kalau tidak apa yang patut anda lakukan segera?

“Saya dan rakan rakan MBDA akan terus melaksanakan tanggungjawab kami sebagai satu badan yang memberikan kebaikan kepada yang memerlukan. Mereka boleh layari MBDA website di www.mbda.my atau boleh juga layari MBDA_official FB untuk memohon kemasukkan sebagai ahli MBDA.

“Apabila menjadi  ahli persatuan  adalah kewajiban kepada mereka untuk terus menyokong dan bersama membantu menaikkan taraf persatuan itu sendiri. Bukan sekadar kepentingan diri sendiri atau kepentingan branding mereka semata mata, mereka harus mengekalkan kesatuan di dalam diri mereka. Sentiasa aktif mengikuti semua pergerakan yang dirancang persatuan agar mereka tidak ketinggalan. Lebih proaktif dan sentiasa berfikiran positif serta berwawasan. Bersatu Hati, Berjiwa Bersih, Hormat Menghormati dan Saling Bantu Membantu antara satu sama lain. Mengangkat tinggi rakan rakan seangkatan serta melaksanakan sikap persaingan yang sihat.

“Masih jauh perjalanan MBDA ini, tapi saya percaya jika kita sentiasa mempunyai sikap  yang terbuka dan inginkan kemajuan dalam diri serta selalu bekerjasama di dalam apa jua keadaan kita boleh pergi jauh dan dan setiap pelaksanaan kerja  harus dilakukan dengan  tulus ikhlas dan berhemah. Keserasian, kesatuan dan muafakat di dalam sesebuah persatuan itu adalah kunci kejayaan dan kesepaduan yang dapat menjalin hubungan silaturahim yang baik. Menjaga reputasi peribadi yang baik juga amat penting sekali jika kita ingin bertahan di dalam arena yang penuh warna warni ini.

“MBDA akan menyambut ulang tahun yang ke tiga pada 25hb Mei 2021 ini. Dalam jangka masa tiga tahun ini saya melihat MBDA lebih teguh dan lebih dikenali di kalangan rakan industri serta agensi agensi di Malaysia. Alhamdulillah.”

 

Apakah Malaysia sudah cukup dengan ‘school of fashion’ yang ada sekarang, dan apakah galakan yang harus diberi kepada anak muda untuk menyertai industri ini?

“Saya rasa Malaysia tiada masalah dengan sekolah dan institusi yang menyediakan khusus jurusan fesyen tetapi kita harus melihat kepada kualiti pendidik dan sentiasa menaik taraf tahap pembelajaran dan skills baharu mengikut perkembangan semasa. Rata-rata agak ketinggalan dengan silibus yang agak lapuk dan kekangan tenaga pengajar yang kurang mendalam di dalam mendidik mata pelajaran ini.

“Jika anak anak muda yang berminat menceburi bidang fesyen umumnya mereka harus bersedia dengan sikap dan jiwa yang lasak serta mental yang kental dan sentiasa ingin belajar dan tidak menghiraukan tentang waktu kerja yang panjang. Industri fesyen adalah satu industri yang kadang-kadang memerlukan fokus waktu yang lama dalam sehari. Pertama sekali adalah digalakkan agar anda memasuki sekolah rekaan fesyen dan menjahit pakaian. Mengenali asas menjahit dan mempelajari teknik asas melukis. Bermula dari bawah bekerja dengan pereka yang berkemahiran dan berpengalaman agar anda dapat menimba ilmu ketika bekerja. Kena sabar, bermula dari bawah dan sentiasa belajar teknik baru untuk terus menjadikan diri anda lebih berilmu. Sekurang kurangnya dua tahun pengalaman bekerja di setiap satu syarikat adalah digalakkan. Selalunya tahun pertama anda hanya belajar proses asas perniagaan, tahun kedua baru kepada skill yang lebih mencabar. Kena sabar. Jika ada duit lebih boleh sambung belajar selepas dua tahun bekerja.”

 

Memandangkan kita akan menyambut Raya beberapa hari lagi, apa pakaian Raya anda dan keluarga?

“Seperti biasa saya lebih suka mereka pakaian yang boleh di ‘mix and match’ kan. Agar baju Raya ini boleh juga dipakai ke majlis yang lebih santai dan juga ke pejabat. Tahun ini tema baju raya kami warna warni saya pertengahkan koleksi ringkas yang di pakai dengan kain duyung batik saroug. Dan untuk lelaki pula Baju Melayu warna polos dan checkered dan dipadankan dengan sampin istimewa kami Batik Sampin.

Quotes fesyen anda?

‘Everyone looks good in Batik’

 

Where do you find your inspiration?

“Keindahan rekaan setiap pereka tersohor dunia banyak juga mempengaruhi dunia fesyen saya. Saya mengkagumi Chanel dan Dior, Jean Paul Gautier dan Prada, Gucci dan DKNY serta ramai lagi. Setiap pereka mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Saya juga pencinta alam semulajadi. Warna-warna yang mendamaikan jiwa dan serasi dengan keadaan mengikut musim menjadi satu inspirasi kepada saya juga.

“Jauh perjalanan luas pemandangan, ini adalah salah satu cara yang baik untuk kita berkarya. I get so inspired by travelling. Tapi sekarang ini sudah sukar untuk itu maka kadang-kadang menonton program traveller helps too. Membaca juga banyak membantu jika kita punya waktu.”

 

Your project yang you most proud of?

“To be able to showcase my  Men’s Batik Collection at Miami Modest Fashion Week on November 2019 di Hotel Continental Miami. Satu kepuasan yang saya cari selama ini. Dapat mempersembahkan hasil kreatif dan juga memartabatkan Batik Malaysia ke mata antarabangsa. Dan mendapat buyer meletakkan koleksi batik saya di Delano Hotel South Beach Miami.  Sebelum Covid-19 melanda dunia.

“Duduk semeja bersama Alia Khan Founder and Chairwoman of Islamic Fashion and Design Council dan beberapa penggiat seni dari lima negara yang lain seperti Indonesia, Rusia, Amerika, United Kingdom  dan Filipina di Majlis Makan Malam MMFW 2019.”

 

Terakhir, perlulah setiap yang mahu menjadi pereka fesyen terlebih dulu mesti pergi ke school of fashion?

“Ya, sekurang-kurang advance course. Perlu ada basic knowledge in fashion and dressmaking. Nothing wrong with self thought but you learn more tricks at school and good to have proper qualification as well.”

 

Related posts

Apa Itu Cinta?

admin

Temubual Bersama YH Dato’ Haji Radzi Mansor Presiden Persekutuan Petanque Malaysia

admin

PUTRI ARIANI GEGAR DUNIA

adminwm

Leave a Comment