DESPERADOGAYA HIDUP

Mak Tutup Mata, Tahu Aku Diperkosa

“Sudah bertahun-tahun Hari Raya tiada makna buat diri ini. Aku sendiri benci mendengar dan menyebut Hari Raya kerana pada satu hari Raya itulah aku dinodai oleh orang yang sepatutnya bertanggung jawab menjaga aku.

“Manusia ‘laknat’ ini adalah ayah tiri aku. Aku tidak ingat bila dia datang dalam hidup ‘keluarga’ aku kerana celik mata, dia sudah ada. Aku panggil dia abah. Memang aku selalu berasa sesuatu yang berbeza, aku tidak pernah mendapat tempat istimewa dalam keluarga ini, mengapa aku tidak tahu, tapi sedari kecil perasaan itu sudah dapat aku rasa. Mama dan abah, tidak melayan aku sebaik empat adik beradik yang lain. Mak dan abah seperti terpaksa memberikan aku hadiah. Dibandingkan dengan adik beradik, aku selalu berasa yang untuk aku kurang, untuk mereka lebih. Baju contohnya aku punya tidak cantik sedangkan mereka miliki yang cantik dan mahal. Kasut aku kadang-kadang sampai dah rosak baru berganti. Bila minta, mama beri seribu alasan tapi bila adik-adik kata nak apa sahaja, cepat mereka dapat.

“Apa yang kurangnya aku?’” Pernah aku menghadap cermin dan bertanya kepada diri aku. Aku lebih cantik daripada adik-adik yang buat mereka pun cemburu, tiga adik perempuan dan seorang lelaki, dan terdetik di hati apakah aku anak angkat, dan pernah masa masuk aku tanya mama, dia marah. “Okay kalau teringin sangat nak emak lain, pergi lah.” “Ayu hanya bertanya, sebab Ayu rasa mama dan abah selalu marah Ayu. Sikit kesalahan yang Ayu buat mama dan abah jadikan seperti Ayu buat kesalahan paling besar.” Tahu apa yang mama lakukan setelah aku cakap begitu, dia tampar pipi aku sampai berbekas, selepas itu aku tidak pernah bertanya apa-apa. Aku hanya menunggu masa yang sesuai bertekad tamat kolej aku akan keluar terus. Memang ada yang tidak kena.

“Kisah yang satu ini menutup segala perasaan kasih kepada mama dan abah. Abah sejak menjadi orang ‘besar’ dan ada nama lagaknya menjadi-jadi, malah mama juga bangga dengan kejayaan abah yang sebenarnya kalau tanya aku, tak ada apa pun. Abah tali barut orang politik, kerana dia pandai cakap tetapi banyak kelentong. Tapi kau orang pun tahu kan orang yang pandai kelentung memang boleh hidup senang? Tipu sana tipu sini, rasuah sana rasuah sini, duit atas angin memanglah boleh beli apa sahaja, tetapi tidak boleh beli moral. Cakap pandai tapi kosong no isi. Namun ramai pula lah yang termakan dengan kelentong abah. Okay ini antara sifat yang buat aku meluat.

“Benci aku terus meluap bila abah cuba mengoda aku. “Eh aku anaknya, kenapa pula abah semacam cuba mendekati aku. “Eh, apa ni bah,” sambil aku menolak tangan abah yang cuba meraba dada aku. Hari itu aku mengenakan pakaian sedikit seksi, dan tidaklah menyangka bahawa pakaian aku boleh menaikkan nafsunya. Tetapi kejadian itu aku tolak jauh-jauh dan tidak mahu memutuskan hubungan dengan abah. Tetapi aku perasan sejak dia dah rasa dia berpangkat dan kaya,  bukan main lagi egonya. Perangai gatalnya pun menjadi-jadi. Dengan mama, kadang-kadang aku terdengar bercakap kotor. Aku jijik dengar. Helo suami isteri kalau nak berseloroh atau nak menggatal dan sudah naik miang, masuk saja ke dalam bilik tak payah hendak kias-kias dan keluar cakap kotor. Apa masalah kamu, nak bersetubuh seratus kali pun go on, siapa boleh larang, kan kamu suami isteri. Dan hendak manja-manja depan anak-anak, eh tolonglah, dengan anak-anak ibu bapa mesti ada hormat dan rasa malu. Kamu mak dan ayah, dan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, tak malu ke nak make love di dapur, di ruang tamu. Helo bilik besar, itu tempat kamu bercekerama. Tapi yang aku sedari, masa mengatal-gatal tu, adik-adik tiada di rumah, ke sekolah, dan selalu kalau aku yang di rumah, masa cuti kolej dan bila adik-adik ada hal di di luar. Baik mama mahu pun abah macam tidak betul aje bila aku ada di rumah. Abah satu hal lah, tetapi mama pun macam tidak beberapa kisah dengan perkara-perkara yang sepatutnya aib. Mama pun boleh cakap kotor depan aku, which aku tak faham.

“Sejak abah mendapat anugerah Datuk’ oh aku percaya dibeli aje, apa ke jasa abah untuk mendapatkan anugerah itu? Tetapi yang aku perasan mama naik tocang, berlagak semacam, dan aku pula malu. Cakap dalam telefon macam dia saja yang hebat, puji abah macam orang lain tak ada laki. Dan macam lah laki handsome sangat. Kalau bercerita dialah manusia paling bertuah di muka bumi ini kerana disayangi laki. “Sudahlah laki I ni terkenal, kaya, dan most of all katanya, seorang yang amat menyayanginya lebih daripada segalanya, amat bertanggungjawab dan selalu beri hadiah.

 “I ini kira-kira so blessed, buka mata, tepi katil ada hadiah. You know suami I, dia jenis yang tidak payah tunggu birthday atau Mother’s Day, or Raya atau apa, everyday is a beautiful day for me, ada aje yang hubby I bawa balik. You know Datin Lea (cakap phone kuat-kuatlah supaya aku dengar), hubby I dah lah tak kedekut, I ni… kadang-kadang tak sempat mandi wajib, dah nak lagi. Tapi I pun tak boleh tengok mukanya, rasa nak aje.

“Aku betul geli, what a story to tell to your friend. Cerita berapa kali kamu buat sehari semalam itu hal kamu berdua lah, bukan untuk disebarkan ke dunia yang dia great in bed. Cerita suami yang kata kamu hebat di katil itu, kan ke antara kamu berdua, mengapa disebarkan kepada kawan-kawan? Cerita suami yang  bernafsu tinggi dan kadang-kadang mahu cara yang tidak normal, itu lantak lah, itu hal kamu berdua, bukan sampai hendak cerita pada anak. “Eh mama,  why are telling me about your bedroom story,” kata aku satu hari. “Ma, Ayu… tak suka lah dengar story mama ini, abah tegang ke, abah gila seks ke, ngapa nak cerita pada Ayu, pada kawan-kawan.” Dan mama marah, sebab aku tidak layan malah boleh beri nasihat.

Ya, aku sebut kisah pada Raya tadi, kisahnya, mama, abah dan adik-adik keluar beraya, tetapi aku pun tidak faham, mama tak ajak aku. Ya lah kadang-kadang aku pun prefer tak join mereka. Aku senang duduk di bilik tambah bila banyak projek paper yang perlu disiapkan. Aku hal-hal belajar memang ambil serius.  Mahu setiap semesta mendapat 

dean list atau kalau tidak pun jangan sampai kena ulang semula, malu. Itu bukan aku. Mula-mula dulu masa di menengah, masa dapat good result aku sering bagi tahu mama, yalah nak share, dengan mama, tapi mama macam tak kisah. Jangan kan hadiah, puji pun tidak, sesekali adalah terdengar dia bercerita  kat kawan-kawannya yang aku pandai, tapi depan aku dia tidak pernah memuji. Pelik, tetapi kalau adik-adik dapat good result bawa keluar makan dan hadiah. Memang aku makan hati.

“Dan satu Hari Raya itu sedang aku di bilik sendirian, sambil mengadap laptop, (yalah nak ke mana, mereka pun tidak ajak) dan mama kata tutup pintu, guests will only diterima bila mama balik. “Mama malas ajak kamu bukannya nak ikut,” kata mama memberikan alasan. Dan mereka semua keluar termasuk abah.

“Dan bila abah balik?  Auu pun tidak sedar dan tetiba dia muncul di bilik yang tidak berkunci. Not every time you lock your door right? Lagipun aku bukan nak tidur.

“Aku terkejut. “Anything, mama mana?” aku tanya dia. Mama drop me, dia orang nak continue beraya di rumah Mak Long, pak Alang… Abah banyak kerja.
 

“Dan tiba-tiba abah menarik aku ke katil. Aku tidak berdaya melawannya dan setelah dia puas dia keluar. Aku menangis teresak-esak, perangai lebih buruk daripada bintang. Babi pun sayang anaknya. Dan bila mama balik aku bagi tahu pada mama, mukanya berubah sikit tetapi seolah tidak memberikan kesan yang mendalam kepadanya. Aku masuk bilik mengemas baju dan keluar hari itu juga, tak ada maknanya lagi aku menunggu di rumah neraka ini,

“Tuhan sahaja yang tahu betapa hancur dan leburnya hati ini. Sanggup seorang ayah melakukan yang paling keji kepada anaknya. Ya aku tahun dia bapa tiri tetapi itu tidak bermakna dia boleh melepaskan nafsunya kepada aku. Dan mama mengapa nak mempertahan kan perangai buruk laki sampai sanggup membenarkan anaknya dirogol. Nasib mama tidak menuduh aku yang menggoda, hanya diam, sebab aku tahu, dia kenal sangat perangai lakinya. Apa tak faham apa yang dia tunggu lagi dengan syaitan bertopeng manusia?”

“Aku mendapat tahu kemudiannya yang aku juga adalah anak angkat kepada mama, Mama ambil sebelum dia berkahwin, atas alasan apa aku diambil pun aku kurang jelas ceritanya. Dengan laki pertama mereka ada anak, tetapi tinggal dengan ayah mereka.

“Hanya kerana aku anak angkat, aku ‘dibenarkan’ diperkosa sebegini?” jerit aku sekuat-kuatnya di bilik air.  Oh kerana itu kamu tidak pernah hormat aku ya? Kerana itu kamu  buat sesuka hati, kamu ingat aku ini apa? Tidak ada peri kemanusian?. Aku cuba mempersoal kan apakah aku diambil untuk dijadikan alat kepada mereka. 

“Mujur pengajian aku cuma berbaki beberapa bulan sahaja selepas itu dan aku mampu menyewa rumah dan hidup sederhana sementara mendapatkan kerja sebaik tamat pengajian. Aku bekerja di tempat aku buat internship. Dan dan bekerja aku menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

“Aku teringat saat aku disunting seorang teruna, Aku takut tetapi rahsia aku biarlah aku simpan sampai mati,  tidak akan aku ceritakan kepadanya akan apa yang terjadi. Aku memang tidak mahu berkahwin sebenarnya kerana apa yang terjadi terlalu berbekas di hati tetapi dia terlalu baik untuk aku melepaskannya. Aku membuat syarat kepadanya, kalau dia betul sayangkan aku, jangan tanya apa pun tentang masa lampau aku. Aku memberitahu dia aku sebatang kara, ibu ayah sudah meninggal dan aku dibesarkan oleh nenek dan nenek pun sudah meninggal. Dan rumah kampung aku pun sudah tiada kerana dijual oleh adik nenek. Ah cerita aku pun macam tidak kena, itu pun kalau dia mahu percaya, tetapi kalau lah suami betul-betul hendak tahu juga, kerana aku aku tidak dara lagi, akan aku cerita, tetapi untuk aku sengaja hendak beritahu, tidak sama sekali.

“Apakah aku masih bermusuh dengan manusia yang pernah membesarkan aku? Ya, kerana aku tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan mereka. Dan sampai mati pun tidak aku maafkan. Cukup aku berdoa supaya Allah memberikan mereka hidayah dan bertaubat atas segala perbuatan laknat mereka itu. Aku juga elak untuk bertemu dengan adik beradik aku, tetapi kalau mereka mencari atau terserempak di jalanan dan mereka menyapa, aku jawab. Tetapi kalau boleh aku tidak mahu sebarang hubungan untuk aku mengingat kan luka yang masih berdarah.

“Suami sebut juga mengapa aku tidak seronok menyambut Raya. Aku kata aku tidak pernah merasai beraya dan aku tidak miss. Duduk dengan nenek tua, kata aku nenek pun tidak berapa menyambutnya, dan aku tidak kisah. Bagi aku sama aje, tetapi sudah masuk dalam keluarga, aku berpura-pura happy. Aku masak dan melayan kehendak suami dan familinya. Mungkin kalau nanti aku dikurniakan anak, barulah aku sambut untuk mereka. Suami tanya kenapa aku tidak beli baju Raya dan pakai baju pejabat . Jawapanku, aku tidak suka membazir.

“Suami hairan, aku perempuan yang tidak berkisah tentang nak belanja lebih-lebih terutama Hari Raya. Aku mengajar suami untuk berjimat, dan menyimpan kerana kata aku yang penting, kita perlu simpan untuk membeli rumah dan buat harta.. Dua tahun berkahwin kami sudah punya rumah sendiri. Oh ya, sebenarnya aku berkelana jauh dari negeri yang sebelum ini aku tinggal, semua atas alasan tidak mahu terserempak mama dan abah terutamanya, sebab merekalah manusia yang aku paling benci di dunia. 

Aku tidak akan memaafkan mereka sampai mati. 

Related posts

INFINIX MALAYSIA TO OFFER LIMITED-TIME LAPTOP AND SMARTPHONES DEALS

admin

Spa Ceylon Ayuverda

admin

Kanser, KanWork & Aktiviti Melalui CERITA KAMI

admin

1 comment

Gary January 29, 2024 at 6:16 am

Kalau nak ada kwn meluah, boleh try email acc ni. Sbrnya sya terharu, jika ini cerita benar sptutnya boleh lapor kpd polis sbab boleh masuk kes jenayah dan pelaku boleh disabitkan kesalahan, tpi terpulang jika mahu melaporkannya. Anyways keep strong

Reply

Leave a Comment