Dapur Rakyat adalah perusahaan sosial ditubuhkan pada September 2020 bagi membantu ibu tunggal, miskin tegar, B40 & OKU. Ia menjual dan mempromosikan hidangan bagi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka; di dalam dan luar talian, Pasca Covid-19.
Dengan 20 bilangan wanita (ibu-ibu memasak) di kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor sebagai projek perintis, hidangan dimasak dan disiapkan oleh ibu-ibu ini dari dapur terpilih dan dihantar ke ‘hub’ Dapur Rakyat (sekarang di Bangsar) dan akhirnya dihantar atau diambil oleh pelanggan. Sehingga hari ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
Ibu-ibu di Dapur Rakyat diberi latihan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP); dari cara-cara membersihkan bahan memasak hingga proses membungkus makanan sebelum dihantar pada pelanggan. Ini kerana Dapur Rakyat sangat mementingkan kesegaran dan kualiti makanan.
Kebersihan dan kualiti adalah keutamaan kami dan para ibu-ibu harus mengikuti kursus pengendalian makanan untuk memastikan makanan ditangani dengan sebaik mungkin. Pada Disember 2020, Dapur Rakyat mengadakan Program Pengendalian Makanan dalam talian untuk beberapa ibu-ibu Dapur Rakyat di pejabat kami dan mereka telah menerima sijil (sah seumur hidup) yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Dapur Rakyat di Bazar Ramadan BSC
Di sepanjang bulan Ramadan ini, Dapur Rakyat berada di Bazar Ramadan Bangsar Shopping Centre (BSC) daripada 13 April sehingga 13 Mei 2021. Pelanggan tetap Dapur Rakyat boleh membuat tempahan seperti biasa dan Dapur Rakyat mengambil tempahan terakhir, sehari sebelum pada jam 6 petang. Penghantaran makanan adalah daripada BSC ke pelanggan atau boleh diambil di BSC dari pukul 3-7 petang.
Booth Dapur Rakyat di Concourse Bangsar Shopping Centre bermula dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Jom datang beramai-ramai!