AGAMA

Anak Derhaka Tempatnya Neraka

‘Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.’

‘Anak Derhaka Dibenci Allah. Anak yang tidak mentaati dan menghormati ibubapa adalah anak yang derhaka. Allah SWT telah menjanjikan balasan yang buruk kepada anak yang derhaka kepada ibubapa. Anak yang derhaka akan mendapat kesusahan di dunia dan kesengsaraan di akhirat.’

‘Kenapa hidup susah? Kerana kita suka mengambil kesempatan atas kebaikan ibubapa kita.’

‘Semua dosa akan ditangguhkan balasan sampai nanti hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu atau bapa. Maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidup (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.’

Kejadian derhaka kepada ibubapa terlalu banyak menimbulkan penyakit sosial dalam masyarakat. Ianya bukan sekadar melibatkan kes seperti lari daripada rumah, berzina, penyalahgunaan dadah, penyelewengan akidah dan kadangkala berakhir dengan pembunuhan ibubapa itu sendiri. Kerosakan seperti inilah akan melemahkan ummah dan saat dinantikan oleh mereka yang mengambil kesempatan. Kelemahan inilah selalunya diambil kesempatan untuk mereka menyerap pelbagai serangan anak khususnya serangan pemikiran kepada umat Islam kerana sedar umat Islam yang dihimpit pelbagai masalah kehidupan memang mudah dipengaruhi dengan pelbagai dakyah. Malah dengan mengunakan pertubuhan-pertubuhan kebajikan mereka bergerak secara terancang dengan mendekati golongan atau mangsa anak-anak derhaka dengan memberi perhatian dan layanan yang boleh menggoncangkan iman. 

Anak-anak adalah pelapis kepimpinan akan datang dan peneraju yang akan memastikan Islam itu dimartabatkan. Oleh yang demikian semua pihak perlu bersepadu menangani masalah ini. Untuk menangani masalah ini mereka perlu diberi tarbiyah Islamiyah dan bimbingan untuk menyelesaikan masalah kehidupan khususnya dalam menghadapi serta menangani masalah mereka. Sudah tiba masanya kaedah Islam diambil dalam merawat penyakit yang sedang melanda umat manusia pada masa kini. Oleh itu, ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. 

Antara peranan dan tanggung jawab ibubapa ialah; Pertama: Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna. Kedua : Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam membimbing keluarga. Ketiga : Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa. Keempat : Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam. 

Firman Allah SWT dalam Surah Luqman yg bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyususnya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu serta kepada Aku jua tempat kembali”. (Luqman: 14).

Ingatlah, tidak ada yang menanti penderhaka ibu bapa kecuali dosa dan amalan yang tidak diterima selagi tidak memohon keampunan Allah SWT. 

Abi Bakrah r.a berkata, Nabi SAW pernah bertanya tiga kali: 

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ  

“Mahu kah aku memberitahu kamu tentang dosa yang paling besar?”  Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!” 

Baginda SAW menjelaskan: 

الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَوْ قَوْلُ الزُّور 

“Berbuat syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua orang tua, dan bersaksi palsu atau berkata dusta.” (Riwayat Muslim)  Sesungguhnya, derhaka kepada ibu lebih berat dosanya. Berdasarkan sebuah hadis di mana Rasulullah SAW mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu: 

إِنَّاللَّهَ تَعَالَى حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ اْللأَمَّهَاتِ، وَمَنْعًا وَهَاتِ وَوَأْدَ اْلبَنَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيْلَ وَقَالَ، وَكَشْرَةَ اْلسُّؤَالِ، إِضَاعَةَ اْلمَالِ 

Sesungguhnya  Allah mengharamkan  ke atas kamu berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kamu menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Riwayat al-Bukhari)

Abdullah ibn ‘Umar r.a pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu: 

الكَبائرُ تِسْعٌ: الإشراكُ باللهِ، وقَتْلُ نَسَمَةٍ، والفِرارُ مِنَ الزَّحفِ، وقَذْفُ المُحْصَنةِ، وأكْلُ الرِّبا، وأكْلُ مالِ اليتيمِ، وإلحادٌ في المسجدِ، والَّذي يَستَسخِرُ، وبُكاءُ الوالدينِ مِنَ العُقوقِ 

“Ada sembilan dosa besar: Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibu dan ayah dan (menyebabkan) mereka menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).” (Riwayat al-Bukhari) 

Sebagai anak, sentiasa lah berusaha memperbaiki diri. Usah sesekali meninggikan suara, menggunakan perkataan kasar, sinis dan menyinggung perasaan serta membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. 

Mahu kah kita menjadi salah seorang daripada hamba yang dimurkai oleh Allah SWT hanya kerana sikap kita yang mengetepikan kehadiran ibu dan ayah dalam hidup dan mengabaikan mereka? 

Rasulullah SAW bersabda: 

وَلَعَنَ اللهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَيْهِ 

“Allah melaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya.” (Riwayat Muslim) 

Jangan sekali-kali kita pentingkan diri? Jika tidak kerana ibu dan ayah, kita tidak akan lahir di dunia ini. Jika tidak kerana mereka, kita tidak akan dapat mengecapi hidup yang senang seperti adanya hari ini. Kalau tidak kerana penat dan jerih mereka membesarkan kita, mana mungkin kita akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi. Tidak ada gunanya jika kita berilmu setinggi langit, jika kita tidak dapat membahagia akan ibu dan ayah sebagaimana mereka membahagiakan kita sewaktu kecil.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Sayidina Ali ra. “Wahai Ali, Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi, Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi yang suka mengadu domba (pengasut).

Oleh sebab itulah, Allah SWT telah memerintahkan kita supaya bersyukur dengan menghargai pengorbanan ibu dan ayah.

Petikan daripada Karyabestari/islam pro/pada allah.blgspot.com

Related posts

Hukum Hakam Agama Mengenai Adik Beradik

admin

Anak Luar Nikah Tanggungan Siapa?

adminwm

Cinta yang Diajar Rasulullah SAW

admin

Leave a Comment