Sya'ban bulan yang dilalaikan oleh manusia antara Rajab dan Ramadan. Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mengisyaratkan bahawa ketika bulan ini diapit oleh dua bulan yang agung, yakni bulan haram dan bulan puasa, maka orang-orang menyibukkan diri dengan kedua bulan itu, sehingga bulan Sya’ban menjadi terlalaikan. Dan banyak orang mengira bahawa puasa di bulan Rajab itu lebih utama daripada puasa di bulan Sya'ban, kerana Rajab adalah bulan haram, padahal tidak demikian.
Sya'ban berasal daripada kata Syi'b yang bererti kelompok. Dinamakan begitu kerana ketika masuk bulan Sya'ban, orang Arab kembali ke kelompok (suku) mereka masing-masing. Mereka berkelompok lagi untuk berperang setelah sebelumnya pada bulan Rajab mereka duduk di rumah masing-masing. Ulama Salaf Abu Bakar Al-Warroq Al-Balkhi Rahimahullah pernah berkata: "Bulan Rajab adalah bulan untuk menanam, bulan Sya'ban adalah bulan menyirami tanaman, dan bulan Ramadan adalah bulan memanen tanaman tersebut". Di bulan ini juga terjadi peristiwa penting iaitu, turunnya ayat perintah berselawat (QS Al-Ahzab Ayat 56). Kemudian terjadinya tahwil Kiblat (peralihan Kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram). Di bulan ini juga terdapat malam yang sangat diberkahi iaitu Nisfhu Sya'ban (malam 15 Sya'ban). Demikian keutamaan bulan Sya'ban. Semoga Allah memberkahi kita di bulan Sya'ban dan menyampaikan kita ke bulan suci Ramadan.
Syaban Bulan Mulia
Mengapa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjadikan Syaban sebagai bulan berpuasa sebelum masuknya bulan suci Ramadan. Dalam Mukhtashar Latho'iful Ma'arif Imam Ibnu Rajab yang dirangkum oleh Ahmad Bin Utsman Al-Mazyad dijelaskan bahwa amalan utama di bulan Sya'ban adalah berpuasa. Imam Ahmad dan An-Nasa'i meriwayatkan daripada Hadis Usamah bin Zaid, beliau berkata: " Rasulullah biasa berpuasa beberapa hari berturut-turut hingga kami mengatakan bahawa baginda tidak pernah tidak berpuasa, dan baginda tidak berpuasa beberapa hari hingga baginda hampir-hampir tidak pernah berpuasa, kecuali dua hari dari satu Jum'at (yakni dua hari dalam sepekan) jika memang keduanya masuk ke dalam puasa baginda, dan jika tidak, maka baginda pun berpuasa pada kedua hari tersebut. Dan tidak pernah berpuasa di bulan-bulan lainnya sebanyak baginda berpuasa di Bulan Sya'ban.
Maka aku berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya baginda berpuasa di mana hampir-hampir tidak pernah tidak berpuasa, dan baginda tidak berpuasa hingga hampir-hampir tidak berpuasa kecuali dua hari jika keduanya masuk ke dalam puasa, dan jika tidak, maka baginda pun berpuasa pada kedua hari tersebut.'
Baginda bertanya: 'Dua hari yang mana?' Aku menjawab, 'Hari Isnin dan Kamis.' Maka baginda bersabda: 'Itu adalah dua hari di mana amal-amal dihadapkan kepada Tuhan semesta alam, maka aku suka agar amalku dihadapkan pada saat aku sedang berpuasa.'
Aku berkata, 'Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa pada bulan-bulan lainnya sebanyak baginda berpuasa pada Bulan Sya'ban. ' Maka baginda bersabda: 'Itu adalah bulan yang sering dilalaikan oleh manusia antara Rajab dan Ramadan, yang merupakan bulan di mana amal-amal diangkat kepada Tuhan semesta alam. Maka aku suka agar amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa'."
Hadis di atas menyebutkan tentang puasa Rasulullah dari seluruh tahun, puasanya baginda dari hari-hari dalam seminggu, dan puasanya baginda dari bulan-bulan dalam setahun. Adapun puasanya baginda daripada setahun, maka terkadang terus-menerus berpuasa dan terkadang terus-menerus tidak berpuasa. Di mana baginda berpuasa hingga dikatakan baginda tidak pernah tidak berpuasa, dan sebaliknya. Hal ini juga diriwayatkan oleh Sayyidah Aisyah, Ibnu Abbas, Anas dan lainnya.
Adapun puasa Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam dari bulan-bulan dalam setahun, maka baginda biasa berpuasa pada bulan Sya'ban dengan puasa yang banyak yang tidak pernah baginda lakukan di bulan-bulan lainnya. Disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, dari Aisyah, bahawa baginda berkata: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali pada Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dalam satu bulan yang lebih banyak daripada puasa pada Sya'ban." Dalam salah satu riwayat, Imam Al-Bukhari memberikan tambahan: "Baginda pernah berpuasa pada bulan Sya'ban sebulan penuh." Dalam riwayat An-Nasa'i dari Aisyah, beliau berkata: "Bulan yang paling disukai oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk berpuasa (padanya) adalah bulan Sya'ban. Baginda biasa menyambungnya dengan puasa Ramadan."