AGAMA

Al-Quran Itu Melembutkan Hati

  1. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan orang yang berilmu dan beriman itu sebagai orang yang mudah tersentuh apabila dibacakan kepada mereka al-Quran. Dan Allah turut menggambarkan bahawa al-Quran itu mempunyai mukjizat menambah kekhusyukan jiwa manusia. Firman Allah:

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan kekhusyukan mereka. (Surah al-Isra: 109)

  1. Ayat ini turut memberikan petunjuk bahawa orang yang beriman itu mudah berinteraksi dengan al-Quran. Jiwanya memberikan respon terhadap petunjuk dan peringatan yang disampaikan oleh Allah. Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa:

أن البكاء من خشية الله، يدل على صدق الإيمان، وعلى نقاء النفس

“Sesungguhnya tangisan seseorang itu kerana takutkan Allah adalah petanda kepada kebenaran iman serta kesucian jiwa.” (Tafsir al-Wasit)

  1. Bukan sahaja al-Quran melembutkan jiwa dan menambah kekhusyukan orang yang beriman, al-Quran juga mencairkan kekerasan hati orang kafir. Sayyid Qutb di dalam karyanya menukilkan kisah bagaimana al-Walid ibn Mughirah, seorang pembesar Qurasyh yang tersohor memberikan reaksinya mengenai al-Quran.
  2. Pada suatu hari al-Walid pernah diminta oleh Abu Jahal untuk memberikan pandangan beliau tentang isi kandung al-Quran. Setelah mendengar al-Quran, al-Walid berkata:

صبأ والله الوليد، ولتصبون قريش كلها

Demi Allah, sesungguhnya (aku) al-Walid telah terpukau (mendengar al-Quran ini), dan pasti Quraysh akan terpukau mendengarnya.

  1. Jelas di sini bahawa al-Quran bukan sahaja menyentuh jiwa orang yang beriman malah melembutkan jiwa orang kafir yang keras menentang Rasulullah ketika itu. Perbanyakkan membaca al-Quran, pelajari Bahasa Arab agar kita mampu memahaminya dengan baik. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati kita dan menambah kekhusyukan dan ketundukan kita kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Related posts

The Grand Mosque of Mecca tops the list of the most expensive buildings on Earth built at a cost of $ 100 Billion.

adminwm

6 KERUSAKAN HARI VALENTINE

adminwm

SOLAT ISTIKARAH UNTUK JODOH TERBAIK

admin

Leave a Comment