FESYEN

Cakenis dan Lee Zii Jia Dalam Satu Gelanggang – FESYEN!

Ramai tertanya-tanpa ketika jenama fesyen lokal, Cakenis Club mengumumkan kolaborasinya dengan bintang sukan badminton negara, Lee Zii Jia sebagai duta, apakah signifikannya? Ia kelihatan sedikit luar jangkaan kerana kebiasaan jenama fesyen lebih dekat dengan selebriti untuk dijadikan duta atau wajah mereka. Jadi, di mana titik keserasian antara mereka?


Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia yang dihadirkan secara eksklusif pada majlis pagi Jumaat tempoh hari ternyata memberi impak besar ketika pelancaran tersebut. Ramai peminat ternanti-nantikan kehadirannya selain dengan kemunculan sama para selebriti dan para jemputan istimewa yang lainnya.


Koleksi Cakenis Club X Lee Zii Jia menggabungkan antara stail dan sukan dalam satu laras fesyen yang unggul. Diinspirasikan daripada gaya hidup Lee Zii Jia yang aktif dan sering mengembara, rekaan ini didedikasikan istimewa untuk mereka yang mementingkan keboleh sesuaian dan gaya elegan dalam helaian kembara mewah mereka. Koleksi ini menggabungkan seleksi jumper signatur Cakenis, Cooling Cotton Blend yang menyerlahkan
penampilan sofistikated kasual dalam keselesaan maksimum. Inilah idea fesyen yang ikonik dan praktikal untuk penataan gaya uniseks. Menurut Pengasas Cakenis, Hanis Zalikha, pemilihan Lee Zii Jia adalah sangat bertepatan
dengan hala tuju dan prinsip jenama mereka. “Sebagai salah seorang atlet badminton tersohor di Malaysia, pengaruh beliau menjangkau jauh ke luar gelanggang. Beliau tidak hanya disanjung atas bakat kesukanan yang dimiliki, malah gaya hidup dan citarasa fesyennya juga menjadi intipan peminat beliau,” ujar Hanis lagi.

Kolaborasi Penuh Makna Untuk Satu Dekad Cakenis


Pelancaran CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA yang diadakan di pusat membeli-belah Starhill, Kuala Lumpur itu mencatatkan satu lagi kejayaan unggul dalam perjalanan jenama Cakenis yang memasuki tahun ke-10 pada tahun ini. Sebelum ini, pernah sekali Cakenis berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Barbie by Mattel. Dan, kerjasama bersama Lee Zii Jia kali ini menandakan satu lagi kejayaan baharu dalam mencerminkan kecemerlangan Cakenis di pentas global. Simbolik kejayaan ini juga diterjemahkan menerusi kempen koleksi CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA yang memaparkan kehadiran Lee Zii Jia bersama helikopter melambangkan semangat perjuangan, kejayaan dan prestij. Selepas sesi sidang media dan pengenalan rasmi mengenai koleksi ini, sesi berikutnya dibuka kepada orang ramai untuk ‘meet and greet’ bersama Lee Zii Jia dan melihat koleksi CAKENIS CLUB X LEE ZII JIA secara lebih dekat, “Experience Snug Luxury.” Koleksi Cakenis boleh didapati secara online di www.shopcakenis.com atau secara langsung di Isetan, KLCC.

Related posts

It’s Dior Darling

admin

Cara Menggayakan Pakaian Kulit Tanpa Nampak Murah

admin

Celebrities in Valentino

adminwm

Leave a Comment