EYE ME

Al Kisah Tentang Ibu…

Andai mak masih hidup pasti mak akan menangis, merajuk, marah, mungkin juga menyumpah bila sekali lagi anak-anaknya tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya. Masakan mak boleh terima alasan lagi bila anak kesayangan mak yakni abang  tidak pulang beraya dengannya. Mak memang menanti-nanti kepulangan anak sulungnya ini, kerana bila abang ada, rumah bercahaya dengan solat berjemaah, tadabbur, mengaji (subuh-subuh lagi sudah dengar suara ‘merdu’nya mengaji.) Ya, suara abang lantang lagi sedap didengari, bila mengimamkan solat, semua puas. Begitu juga mak tidak sabar menanti kepulangan kak Yah, sebab bila Raya, tebal sekali isi angpaunya. Juga anak-anak perempuannya yang lain, Madihah, Nora, Tipah bila balik Raya dua meja makan yang panjang penuh dengan makanan. Kenapa sampai dua meja panjang? Ya lah anak mak 10 orang, campur menantu, cucu dan cicit, itu pun tidak muat dan kalau semua balik sekali, memang masing-masing akhirnya cari hotel untuk tidur. 

Dan… mak pastinya akan menunggu anak dia yang seorang ini, yang pandai dan rajin memasak dan mengemas (ha ha) dan menantunya yang satu ini yang tingginya 6’ 5”, tak payah nak cari tangga untuk mencuci lampu-lampu yang berhabuk, Hisham (oh dia tak buat semua) tetapi siapa berani say no to him, dia keluarkan lampu-lampu minta dibersihkan. Nasib siapa yang ada hari itu untuk membantunya mencuci dan Hisham pula akan pastikan setiap lampu di rumah mak tiada yang mati mentol, pastikan semuanya tidak rosak. Ya mak akan se’happy-happy’nya bila anak-anak balik dan makan beramai-ramai, bersembang sampai hampir subuh. Ya rumah mak akan riuh rendah dan terang benderang. 

‘For a mother is the only person on earth who can divide her love among ten children and each child still have all her love.’ 

Dan bayangkan kalau mak masih hidup… (maaf orang sakit tidak akan dan boleh faham bila kerajaan tidak benarkan rentas negeri kerana hendak beraya dengan mak ayah sendiri. Apa tah lagi umur mak 90 tahun. Tak faham akan erti SOP dan sebagainya.) Bayangkan mak tinggal berdua dengan pembantunya berhari Raya? Mak pula tidak boleh bercakap guna telefon, sebab telinganya, akan berdesing dan sakit, dan tak dengar apa pun, katanya. Sudahlah tidak boleh balik, bercakap telefon tidak. Betul saya tidak dapat bayangkan. Al fatihah buat mak yang pergi buat selama-lamanya setelah 20 tahun di kerusi roda kerana diserang strok dan  meninggal pada 1hb Mac 2018. 

Saya ada baca sekali lalu warkah ditulis oleh teman, Mona Din dalam Facebook, memberitahu mak mertua di kampung sendirian, disahkan positif Covid-19 lagi: sedih, senak, sakit, semput, sayu, sendu, sepi dan ya, tiada kata to describe perasaan orang tua  berusia 80 tahun ini, dan perasaan anak menantu dan cucu-cucu. Ya Allah, air mata saya mengalir, menggigil seluruh badan saya dan saya bayangkan orang itu adalah ibu saya, masya Allah. Kalau kita pun teramat sedih, saya faham sangat perasaan you Mona. Hendak pulang tidak dibenarkan, lebih-lebih lagi si ibu dikuarantin sendirian di rumah? Katanya hospital, penuh, Allahu Akbar, kasihannya.

MEI, 9, dunia menyambut Hari Ibu. (MEI – Mummy, Mama, Emak, Ibu) dan apa pun panggilan kita, ibu adalah insan kurniaan teragung buat setiap insan di dunia ini. Menjadi asbab kita melihat dunia, dia yang bertarung nyawa melahirkan. Saya tidak tahu orang lain, tetapi pengalaman melahirkan dua anak, ketahuilah Tisham dan Imtiaz, sakitnya melahirkan kamu berdua, Tuhan sahaja yang tahu. Begitu pun kehadiran kamu berdua adalah kurniaanNya yang terindah, tidak boleh dinilaikan dengan apa jua pun. Syukur kamu berdua menjadi anak yang ‘menjadi’, yang tidak hidup merempat, yang berilmu, yang bertanggung jawab, yang tahu menghargai jasa kedua orang tua kamu. Mummy akui, I am not a perfect mother thou, tetapi mummy make sure kamu dibekalkan dengan bekalan dunia dan akhirat. Ya mulut ini memanglah letih mengingatkan kamu jangan lupa Allah, solat khasnya, kerana pengakhir tempat kita telah disediakan olehNya, mohon syurga FirdausNya anak-anakku. Bererti  jauhi sama sekali yang dilarang dan sempurnakan semua ibadah mu untuk membolehkan kamu syurga yang dijanjikan. 

‘It’s not what you do for your children but what you have taught them to do for themselves that will make them successful human beings’ – Ann Landers.

Ibu ketahuilah, there is no way to be a perfect mother, namun berjuta cara untuk menjadi ibu yang baik. Ibu ayah contoh teladan terbaik untuk anak-anak. Saya terbayang wajah si kenit cucu saya Sheraaz, 2, setiap kali tiba di guard house, dia akan mengangkat tangannya, dan kata ‘Tikue’ (thank you) comel sangat bunyinya, antara perkataan awalnya. 

Bila teman bercerita mengenai keinginannya yang satu ini, khas untuk ibunya bukan sahaja air mata dia yang mengalir, tetapi saya juga tersedu dibuatnya. “Wirda, I amat teringin hendak memberikan hadiah istimewa pada mak I sempena Hari Ibu, tetapi sehingga usia I yang sebegini, 40-an belum berkesempatan. You won’t believe me kan. I tidak tahu di mana mak I tinggal, tidak tahu dia buat apa, tinggal dengan siapa, hidupnya macam mana, makan minumnya sempurna ke?” Sambil mengesat air mata katanya, “Strange mak yang melahirkan saya, sebegitu pula hidupnya. Namun dia yang memilih jalannya sendiri. A woman of my status, with my lifestyle yang you pun kenal, yes with my glamorous lifestyle mempunyai mak yang begini. Malu, I pray to God, please bring her back to us. Sedarkan dia ya Allah kerana dia sudah tua, dia tidak boleh hidup dengan cara kehidupannya. Wirda, you won’t believe kan, dengan cerita I ini,” katanya lagi. “My mother akan tiba-tiba muncul minta duit dan hilang, tak sempat nak kata apa, dia datang asking for some money and gone… cuba track kat mana dia tinggal tak dapat.”

“Cerita yang panjang dipendekkan, dia mati-matian tidak mahu kami ambil tahu. Mengimbas, lepas adik dilahir, masa itu saya dua tahun, my mother keluar rumah dan meninggalkan adik yang masih menyusu. Dia beritahu daddy, dia nak bebas. Kami membesar di tangan daddy, yang bukan dilahir Islam, lantaran kami dibesarkan sebagai Kristian. Daddy, seorang yang penyayang, penyabar, dia memberikan segalanya sebelum dia diambilNya buat selama-lamanya ketika kami remaja. Tapi di mana mak, kami tidak tahu, daddy puas mencari. Bila kami besar dia tiba-tiba muncul, kami seronok kerana sekian lama mencari dia, tetapi muncul seketika kemudian hilang.” “I can have all that I want in this world, but I do not have a mother that I can pour my love,” dia mengakhiri ceritanya. 

‘No matter how old she may be, sometimes a girl just needs her mom’

Cerita dia juga mengingatkan juga saya pada satu lagi cerita. Seorang ibu (bercerai kerana memilih untuk tidak mahu menjaga anaknya seramai lima orang), anak-anak terumbang ambing, si ayah pula berkahwin lain dan anak-anaknya, pandai-pandailah hendak hidup. Ada anak dijaga nenek, ada dijaga ibu dan bapa saudara malah ada yang tinggal terus dengan jiran, seolah dialah anak si jiran. Mak rupanya penagih dadah, dan hidup tiada haluan. Tiada tempat tinggal tetap, tetapi masih tidak mahu insaf untuk menjadi manusia normal. Sudah tua tetapi masih menagih dadah. Sudah tua tidak mahu balik ke pangkal jalan sekalipun dijemput dengan hormat oleh adik-beradik. Mungkin antara ramai gelandangan salah seorang adalah perempuan ini. Mujur ada ibu saudara yang bertanggung jawab menyekolahkan kelima anak saudaranya, tetapi sebanyak mana dia mampu memberikan kasih sayang sedangkan dia punya empat anak. 

“We think sometimes that poverty is only being hungry, naked and homeless. The poverty of being unwanted, unloved and uncared for is the greatest poverty.” Mother Theresa.

Pernah satu ketika saya menemu ramah seorang artis wanita. Ceritanya tidak kurang sedih kerana ibu ayah sibuk dengan hal masing-masing. Mama dengan tugasan yang membawa dia ke pelbagai destinasi, sementara ayah katanya melayan kehidupan selebritinya. “Aku sendirian, aku sekolah ke, atau tidak, mak ayah tidak berapa ambil peduli. Ayah letak duit, dan pandai-pandailah aku nak buat apa dengan duit itu. Sering yang melayan aku jiran sebelah yang kasihan melihat aku tidak terurus, paling tidak membekalkan aku makanan bila balik sekolah. Tiada bezanya bila mama dan ayah bercerai. Aku tinggal bersama ayah, dan sejak remaja sudah pandai hisap rokok dan kadang-kadang aku dibawa ke kelab, dan tidak siapa menegur aku merokok, minum arak, hisap dadah sekalipun. Ayah pula sering bawa kekasih pulang. Aku pun tidak tahu apa yang baik dan yang tak baik. Meniti remaja aku sudah lakukan apa yang budak remaja tidak sepatut lakukan. Sebagai ibu kini aku tidak mahu perkara sama dialami anak aku. Syukur aku cepat sedar, ayah pun sudah tua dan sempat berubah. Mak dengan kehidupannya, aku pun tidak mahu ambil tahu.”  

Ya, wahai ibu-ibu di luar sana, cerita saya bukan rekaan. Masih ramai ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, akibatnya anak menjadi mangsa. Anak tidak minta dilahirkan, jangan kita zalimi, jangan kita hanyutkan mereka. Jangan. Anak kurniaan Allah, maka bertanggungjawablah. Teringat kata seorang ibu di penempatan orang tua, “Mak cik sedar mengapa mak cik diheret ke sini, sebab mak cik tidak pernah sekali pun menukar lampin dan menjaga makan minum mereka. Sedar-sedar semua sudah dewasa, di tangan pembantu yang bertukar ganti. 

“Siapa yang mak cik boleh harapkan bila sudah tua dan sakit? Pembantu? Mereka tidak pernah memilih kita tapi kita yang memilihnya. Tiba waktunya mereka pergi. Suami? Dia pun di situ menunggu saat dipanggilNya. Anak? Bila masa kita ajar mereka untuk hormat dan sayang? Mujur pun diletakkan di sini, atau kalau dicampaknya mak cik dan pak cik di bawah jambatan, siapa yang boleh jawab?”

Kata Mother Teresa, “At the end of our lives we will not be judged by how many diplomas we have received, how much money we have made or how many great things we have done. We will be judged by: I was hungry and you gave me to eat. I was naked and you clothes me. I was homeless and you took me in.” 

Sebelum saya noktah kan pena ini, pesan saya, “Kepada ibu yang rasa tertekan, stres, overwhelmed, exhausted untuk meneruskan hari-hari kamu disebabkan anak-anak, ketahui lah kamu adalah ibu yang baik.” 

Kepada ibu-ibu, Happy Mother’s Day.

Related posts

December to Remember

Wirda Adnan

A to Z 2021

Wirda Adnan

Khas Yang Bernama Suami dan Isteri

Wirda Adnan

Leave a Comment