Insan Yang Bergelar Bapa

‘Dalam hidup, kadang kamu akan kehilangan orang yang kamu cintai. Mereka memang tak ada di kehidupannya lagi namun tetap ada di dalam hati.’

Mana mungkin saya lupa peristiwa yang amat memilukan. Hari itu seluruh dunia meraikan Hari Bapa. Entah mengapa pagi yang satu itu, saya berasa tidak selesa, mundar ke depan, mandir ke belakang. Perut berbunyi mohon diisi, tekak haus nakkan kopi, sudah masuk tengah hari, belum mandi dan belum lagi bersarapan pagi. Bercakap sendiri, “What is wrong with me, tangan dan kaki menggeletar tanpa disedari. Pertanda apakah ini?”  

Suami jauh di Pasir Gudang, di tapak Grand Prix. Teringat pula apak di kampung, kalau ada telefon bimbit alangkah baiknya, boleh bersembang. Marah pada suami dan diri, membiarkan talian tetap dipotong sementara telefon bimbit dua hari tidak berfungsi, menunggu esoknya Isnin untuk diperbaiki.

Dan tiba-tiba di pintu pagar, kelibat abang, yang mengetuknya berkali-kali. Berlari, dia merenung saya dengan air mata mengalir di pipi, “Apak…” Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Tunggu, saya menarik lengan ke dua anak, terus ke dalam keretanya, mahu secepatnya sampai ke kampung.

Allah hum magh fir la hu waar ham hu wa aafi hi, wa akrim nuzula waar ham hu wa aa fi hi waa gu anku, wa akum rim nu zulu la huwa was si mad khi la hu, waa taqabal hasanaa tu hu, wa kaf fir say yi aa, tu hu bi rohmatik, yaa arhar marrooo hi miin.

‘Ya Allah  ampunilah dosanya, kasihi dan sejahterakanlah dia. Maafkan segala kesilapannya, muliakan kedatangan nya dan lapangkan kuburnya. Terimalah kebaikan dan hapuskan kesalahannya dengan RahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’

Lama juga hati ini belajar melepaskan dia pergi. Di dinihari, saya mohon untuk diterangi kuburan sehinggalah ke kiamat nanti. Doa sentiasa mengiringi, itu pun tidak cukup membalas jasamu. Arwah berjiwa besar, walaupun ada sekolah boleh sahaja kami berjalan kaki, tidak, apak tidak mahu kami sekolah di situ. Dengan kais pagi makan pagi kais petang makan petang, siang berkebun atau mengajar kelas dewasa dan malam menabur ilmunya di madrasah. Tidak mengapa kalau dia terpaksa bekerja teruk, tidak mengapa dia terpaksa mengajak kami memboceng motosikal Yamahanya kalau tiada duit untuk tambang bas, 10km dari rumah ke sekolah. “Kerana mahu anaknya lebih daripada mereka,” katanya.  

Apak, jarang sekali marah, tegurnya cuma sekali tetapi takkan buat lagi. Ayahku fikiranmu mungkin kacau tetapi boleh tersenyum melayan kami. Ayah tubuhmu sakit, namun kau terus mengangkat kaki mencari rezeki. Ayah impiannya satu, demi kebahagiaan anak isteri. “Apak, you raised me to be a strong woman. You made me a world full of love and for that I am grateful.”

Saat remaja, tiba masa meninggalkan mak dan apak. Saya ke kota menimba ilmu dan bekerja. Sekurang-kurangnya nanti sekeping dua note $ boleh dihulurkan kepada mereka. Tempat ayah diganti oleh bapa saudara, seorang insan paling penyabar saya kira, langsung tidak pernah meninggi suara, melayan kami lebih daripada anak sendiri, (the most eligible bachelor in town, katakan). I’m lucky indeed, the world’s greatest uncle belong to me. ‘An uncle is a blessing. It means so many things. Words could never tell the joy an uncle brings’.

Sebak di Dada Masih Berasa

Setahun sudah Achek meninggalkan kami

Tiada sehari pun aku lupa mengingati

Aku menyangkakan Achek lama lagi menghadap Ilahi. 

Sebak di dada masih ada,

Airmata akan keluar tetiba,

Bila ku dengar namamu disapa,

Novel karya mu sengaja aku letak di meja,

Tempat aku menghadap kerja,

Agar kenangan bersama mu terus membara,

Al Fatihah buat insan yang bernama Subky Latif. 

Dan sepupu saya, Adura, Marhaini, Dr. Rifqah juga redha pemergian ayahanda mereka secara tiba-tiba baru-baru ini. Innalillahi Wainna ilaihi rojiun.   

Siapa Daddy Pada Saya?

Dia pula saya kenal di kala usia sudah dewasa. Saya menantunya.  Dua anak kami memanggil dia Dada. Orangnya kacak masa muda. Atau mana mungkin saya jatuh cinta dengan anaknya?

Yang mewarisi ketampanan darinya

Dua anak kami dan cucu mirip Dada dan grand Dadanya. 

Daddy, orangnya tegas, bekas tentera biasalah dan amat berdisiplin. A great thinker, a good writer. Seronok bila bersembang dengannya. Pandai pula guna gajet, sering berkongsi kisah semasa. ‘Whenever I need advice or someone to just listen, daddy is always the man. Any man can be a father but it takes a special person to be a dad. You are more than a father in law, you are my dad.’

In my career, there’s many things I’ve won and many things I’ve achieved, but for me, my greatest achievement is my children and my family.” David Beckham. 

Ya sehebat dan sepopular mana pun seorang lelaki, sebagai ayah, keluarganya yang paling utama. ‘Even the best dads make mistakes. But there is no mistaking their love for their children.’ Kerana itu, ingat, wahai anak-anak, kamu dimarahi bukan kerana dia membenci. Jaga hubungan ayah dan anak, seperti mana kamu wajib menyayangi ibu, sama juga ke atas ayahmu. Jangan sesekali derhaka kepada mereka. Dan ingat bagi anak gadis, ayah kamu itu adalah wali kamu.

Jasadnya tiada di sisi mungkin, lima kali sehari diberikanNya untuk mengingati. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan doa anak yang soleh,” hadis sahih Muslim. Setiap hari bersedekah untuk dia, dan yang berada, sebolehnya harta yang ditinggalkan, seperti wang peninggalannya, wakafkan. Dirikan masjid dan sebagainya, pahala bukan sahaja dia yang dapat tetapi kamu juga, dan mengalir selagi ia dijadikan tempat ibadat, membawa terus ke syurga).

Hari Bapa menjelang tiba. Lockdown atau tidak, tiada alasan untuk tidak bercerita dengannya. Angkat telefon, berbual kerana suara anak kepada seorang bapa itu lebih merdu daripada sesiapa pun juga. Tambah, diikuti dengan pohon ampun dan maaf. Atau kad sebagai ganti diri, atau, kirimkan hadiah menerusi abang Grab dan abang FoodPanda, walau hanya nasi ayam, bahagianya dia hingga menusuk ke jantung hati.  

Lelaki, tiba hari kamu akan menjadi bapa. Kata penulis hebat, Lafcadio Hearn, “No man can possibly know what life means, what the world means, what anything means, until he has a child and loves it.” Maka jadilah sebaiknya sebagai seorang ayah kepada anak kamu. Kamu boleh melepaskan isteri saat hubungan kamu berdua itu terlerai disebabkan perceraian, tetapi kewajipan kamu kepada zuriat kamu tidak berhenti di situ. “Noble fathers have noble children,” Euripides.

Selamat Hari Bapa

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.