COVER STORY

Suhara Omar – “My Aim Is To
Help & Empower Women”

Di suatu pertunjukan fesyen rasanya lebih 20 tahun yang lalu, teman sebelah, designer Faisol Abdullah, asyik memuji salah seorang daripada peragawati yang paling tinggi di situ. Dia  betul-betul terpaku dengan kecantikan gadis Melayu ini, yang padanya ‘exotic Malay beauty’. Peluang tidak dilepaskan, sebaik pertunjukan tamat, dia menarik tangan saya untuk mendekati model pujiannya itu. Kami berkenalan, namanya Suhara Omar. Lantaran selepas itu Suhara juga pilihan utamanya untuk pertunjukan fesyen Jendela Batik. “Oh Faisol, I miss him, one of distinguish designer i ever worked with,” kata Suhara bila saya kenang kembali peristiwa membawa kepada pengenalan saya dengan Suhara.

Kerapkali saya melihat kelibat Suhara di pentas peragaan,12 tahun menyarungkan busana jenama tempatan dan juga antarabangsa, namanya sangat dikenali di industri fesyen Malaysia.

Suhara, kini sudah berbelas  tahun meninggalkan awan biru dan dunia peragaan. “Sebelum itu, saya memilih runway modelling sebagai ‘my part time job’ dan  pramugari di Singapore Airline (SIA) adalah tugas sepenuh masa saya. Kedua-kedua pengalaman bekerja ini terlalu banyak membantu saya membina keyakinan, imej dan kekentalan diri, membentuk saya kini,” akuinya.

Barang kemas Suhara Jewels

“Kamu tidak akan selamanya di atas pentas peragaan. Tiba waktu kamu mesti beredar dan memulakan fasa baru dalam hidup.” Suhara sedar suara itu datang dari dalam jiwanya sendiri. Lalu dia berjinak dengan dunia perniagaan. “While active on the runway, saya mula berniaga di belakang pentas, terutama musim fashion week. Bukan itu saja, saya juga menggalakkan rakan-rakan model untuk menjana pendapatan dan mempunyai wawasan untuk masa depan, runway life saya bermula pada 1998, it was a lot of training, modelling mengajarkan disiplin dan daya ketahanan and no such thing as instant fame. Pada masa tu manalah ada Facebook atau Instagram, tak semudah zaman sekarang, hanya di hujung jari.”

Suhara Jewels bermula dari belakang pentas hingga lah ke hari ini. Sejak 12 tahun, bilik pameran Suhara Jewels tersergam indah di Kompleks Membeli Belah Bangsar (BSC) dengan interior bertaraf antarabangsa. Kelainan rekaan Suhara Jewels tidak disangkal lagi, sungguh unik, menggunakan pelbagai pilihan batu permata, emas, perak, kulit ikan pari (stingray) dan dia sendiri membuat pelbagai penyelidikan memastikan barang kemasnya berkualiti. “Ia juga mengenai ekosistem dan awareness,” katanya. 

“Kenapa saya gunakan rama-rama misalnya? Kerana saya hendak preserve kecantikannya, despite its short lifespan. Begitu juga dengan batu karang (corals), yang sedia cantik dan saya mahu kecantikannya diabadikan selamanya, dengan cara saya replikasi dalam bentuk emas dan perak, untuk dipuja oleh si pemiliknya. Design kami unik dan kontemporari, ia tidak  seperti yang di kedai barang kemas biasa, not the typical design you can get elsewhere. Alah membeli menang memakai. Setelah lebih dua dekad bergelumang dalam dunia fesyen, saya tahu apa yang sesuai dan faham apa yang pelanggannya mahukan dan apa yang saya sarankan, semuanya dari hati.”

Kejayaan Suhara Jewels mencipta satu lagi sejarah, bila mana mereka berjaya menembusi pasaran Timur Tengah, sehinggalah ke istana dan golongan elit di sana.

Kini, dalam kesibukan menguruskan perniagaan, Suhara tidak lupa menyediakan pelanggannya yang beragama Islam khasnya, dengan telekung dan tasbih yang cantik, dan juga butang baju Melayu yang diperbuat daripada permata bermutu tinggi,

IQLAS by SJ, bakal menggegarkan pasaran. Sungguh cantik telekung yang menggunakan fabrik sutera, dengan hiasan minimal. Katanya untuk mendekati Allah biarlah dalam keadaan yang tercantik dan selesa, kerana itulah temujanji yang paling penting dengan Yang Maha Agung. 

“Jujur saya katakan, saya ‘lahirkan’ IQLAS (ia saya letakkan dalam kategori islamic merchandising) dengan niat supaya lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakan-rakan di sekeliling saya. Terlalu ramai yang hilang mata pencarian. Waktu sama mengajak mereka lebih mendekati agama, my way of encouraging them to discover themselves by turning back to our Creator.”

Pakaian Pakain

Membaca sekali lalu biodata Suhara yang diberikan kepada saya, amat mengkagumkan. Bekas pramugari dan peragawati ini menggunakan pengalaman di awan biru dan di pentas peragaan untuk berkongsi ilmu bagaimana membina image yang bersesuaian dalam membina keyakinan diri. She is a grooming and etiquette specialist. Profilnya semakin berkembang terutama di bidang perhotelan, bank, syarikat penerbangan dan segelintir syarikat korporat yang memerlukan khidmat nasihat beliau. “My last job before the pandemic was with Marriott International Group,” katanya. Suhara is a Certified Trainer, memiliki sijil daripada HRDF dan juga NLP Practitioner. Memang tidak sedar masa berlalu, kerana boleh berbual topik apa saja dengannya, sangat berfikiran terbuka dan positive minded.

“Saya ini gila bekerja dan terlalu independent. Saya tidak tahu duduk diam. Masa bagi saya  begitu berharga, ya mahal sekali dan tak dapat dibeli. “Saya memasak, mencuci, mengemas rumah sendiri. I love doing the housework yet being a working woman, saya kena bijak membahagikan masa. Saya bangun awal, yoga adalah rutin seharian saya, kerana ia bermanfaat luaran dan dalam.” 

Maidless sejak tiga tahun, dan dua anak, Imaan Zara Leitenbauer,12, dan adiknya Ihsan Alexander Leitenbauer, 6, menjadikan dia begitu sibuk. “Ya saya ajar si kakak menjaga adiknya sewaktu ketiadaan saya. Cuma kadang-kadang saya akan minta bantuan part time maid. Zara, my daughter is very independent, dia yang sediakan jadual homework sendiri. Saya juga tetapkan jadual-jadual tertentu terutama di musim PKP. Dan game yang saya sediakan juga memang untuk membina kecekapan minda, saya tidak lokek untuk membeli game yang bukan sekadar mainan yang melekakan tetapi membantu mereka berfikir dan meransang minda dan juga menggunakan kemahiran lain untuk melakukan sesuatu tugasan tertentu. iD Tech from USA is one of them, sebab anak-anak suka sangat bermain Robux dan Minecraft, jadi lebih baik saya galakan untuk mereka melangkah ke tahap yang lebih atas, learn designing and coding their own game. Ia lengkap dengan American Coach yang memberikan tunjuk ajar dan latihan yang diperlukan and they are so excited to learn further.” 

Wanita ini full of surprises. Pada MAC 2020 masa lockdown, Suhara menubuhkan syarikat NGO diberi nama Hope Kitchen Malaysia. Bersama rakan baiknya Datin Noviar Hidayati, mereka berusaha untuk membantu para ibu tunggal, B40 serta OKU. Ketika rencana ini ditulis, Suhara dan team Hope Kitchen sedang sibuk dengan program menyediakan makanan untuk frontliner di hospital-hospital utama yang menangani pesakit Covid. 

Sesuatu yang unik mengenai Hope Kitchen Malaysia adalah, konsep kami untuk para penderma, bukan saja mereka membantu golongan yang memerlukan, tetapi juga membantu ibu-ibu ini untuk menjana pendapatan melalui masakan.

“Kami juga bekerjasama dengan Yayasan Wanita Malaysia dan menubuhkan Dapur Rakyat YWM dengan konsep membuka peluang perniagaan yang sesuai untuk mereka, memberi latihan sehingga lah mereka mampu berdikari dan membuka perniagaan sendiri. Rasa puas dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Pandemik ini yang sebenarnya membawa seribu rahmat dan kebaikan, bila kita betul-betul menilainya dari hati yang sejujurnya.”

Satu yang menarik perhatian saya, Suhara pada usianya yang menghampiri angka lima, masih seperti 20 tahun yang lalu, kekal slim dan cantik. Dia begitu takut jikalau berat badannya naik dan sentiasa menjaga penampilan. “Saya di dalam dunia fesyen dan kecantikan, sewajarnya saya memberi perhatian kepada kecantikan diri. Honestly, saya bukanlah seorang yang vain, kalau masa muda, makan apa saja, badan tak naik, tapi sekarang sudah berbeza, kedut pun dah mula timbul,” ujarnya sambil tergelak. Andai ada yang bertanya bagaimana saya menjaga kecantikan? Bagi saya, ya memang betul, produk yang sesuai, makanan dan tidur yg cukup adalah the key factor tetapi apa yang lebih penting adalah hati di dalam. Beauty is from inside outI want to age gracefully. 

Berapa umur Suhara Omar sekarang? 

“Saya 46 tahun, saya tidak pernah berahsia tentang usia,” katanya.

“Dunia perniagaan banyak rintangan dan halangan. Kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan, tetapi jika kita ikhlas dan bersandar hanya padaNya, kita tidak takut menghadapi segala rintangan dan bersaing. It’s a journey towards finding Him. Dulu masa muda saya jahil juga, malah hingga sekarang masih meniti jalan pulang, saya mengambil keputusan untuk belajar agama secara serius. Dengan ilmu yang sedikit, saya juga tekad bertudung, diam tak diam sudah sembilan tahun sebenarnya saya bertudung dan saya masih memperbaiki diri saya. Mana mungkin saya bertudung kan pada zaman modelling, dululah.” 

“Dalam kesibukan, saya luangkan masa menghadiri kelas ilmu. It is very important to believe and to do something based on knowledge, bukan hanya ikutan. My message to everyone, including myself, self purification is so important in a self discovering journey. Hati yang bersih akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa berkasih sayang. Life is so beautiful despite whatever problem you are going through. As for me, Love is everything, Love is a solution.”

Bercakap tentang cantik, sambil ketawa Suhara memberitahu, “Sebenarnya semua orang fikir, nak cantik mesti sentiasa tip top dalam berpakaian, I am wearing many hats at the same time. Jadi my trick, saya akan sentiasa akan ada abaya, yang saya boleh sarungkan dalam apa jua keadaan dan basic makeup – di dapur, dalam kereta, di pejabat dan semua tempat-tempat yang within my reach. Satu lagi yang jangan dilupakan, confidence, ia sangat penting kerana keyakinan diri lah asas kecantikan. Sebenarnya saya adalah wanita biasa yang adakalanya lebih selesa tanpa makeup dan simple saja di rumah.”

My priority was never those expensive branded bags. Kak Wirda, saya tak ada pun Hermes Birkin dan saya tidak perlukan pun. Sejak usia belasan tahun, saya kehilangan tempat berteduh. Saya anak yatim piatu, jadi saya belajar berdikari and street smart, dan apa yang saya miliki adalah daripada keringat saya sendiri. Saya kecewa bila ada orang kata, kami model-model  ada simpan ‘sugar daddy’ dan sebagainya. Real model on the runaway tidak pernah sebegitu, kami betul-betul fokus dan kerjaya sebagai model adalah profesional, bukan main-main atau tiket untuk memikat dan mengambil kesempatan pada orang lain. Tidak. Bagi saya hidup perlu ada wawasan dan harga diri. Belanja puluhan ratusan ribu kepada satu beg tangan, adalah lebih baik saya menyalurkan pada golongan yang memerlukan. Rasa lebih puas dan bahagia.”

“Tidak keterlaluan jika saya katakan saya wanita yang berjiwa besar, saya mahu melihat setiap orang keluar daripada kesusahan, kerana kesusahan adalah sementara, as i said earlier, love is so important. Only with love in our heart, we will be able to help others, dan sentiasa bersangka baik pada semua orang. Dalam apa yang saja yg saya buat, my target to be excellence, buat sepenuh hati. Saya sangat kagum dengan Ustaz Ebit Liew, dan sentiasa belajar dan ambil inspirasi daripada beliau.” 

“Selepas saya melangkah usia 40, priority saya berbeza. Saya lebih pasti dengan arah hidup dan apa yang saya mahukan, matlamat hidup sekarang adalah mahu membantu insan yang susah dan amat memerlukan, give hope with love. Jangan pernah berkira dalam memberi bantuan dan kasih sayang. Duit yang diberikan boleh habis, tetapi kasih sayang akan kekal di hati orang yang kita bantu.”

“Penutup kata, saya sedang dan akan terus empower wanita-wanita di luar sana. Ramai yang struggle tapi tidak dizahirkan. It’s about time for us women to think secara logik, melebihi emosi. Beremosi hanya lah pada masa-masa tertentu sahaja. Dunia ini sangat luas dan banyak peluang ada di depan mata, kita cuma perlu tahu bagaimana untuk fokus pada hal yang lebih penting dalam meningkatkan taraf kehidupan kita dan anak-anak. Women need to support women, be kind to each other, as we never knew what that person is going through. Love will always win and I strongly believe in that.”

 
 
 Kredit
 Gambar: Adam Zakaria
 Solekan dan tata rias tudung: Siti Khadijah Ismail
 Pakaian: Suhara
 Barang Kemas: Suhara Jewels
 Penyelaras/Pengarah Seni: Wirda Adnan
 Lokasi: Bilik Pameran Suhara Jewels, BSC Bangsar, Kuala Lumpur 

Related posts

CHEF WAN Antara Inspirasi, Kontroversi & Famili “Wan tak ambil peduli walaupun dilenyek tanpa simpati, dihina dan dikeji… tapi ramai juga yang memuji.”

admin

Dr. Noor Hisham & Ustaz Ebit Lew

admin

Mas Idayu – Disukai Dibenci

admin

Leave a Comment