Suara Wanita Bakal Didengari Dalam Usaha Membangunkan Agenda Ekonomi Wanita Negara
Seorang yang tegas, mementingkan hasil yang cemerlang dan komited dalam tanggungjawab yang digalas. “Saya tidak berdendam dan memaafkan. Ramai hairan saya cepat cool walaupun dugaan satu demi satu datang. Kadang menangis sendirian tetapi di depan, orang melihat saya sentiasa happy.” Menjadi ibu tunggal (kematian suami sudah 23 tahun), sejak usia anak tiga bulan lagi. “Masa itu kami baru sahaja pulang dari luar negara. Arwah kemalangan dalam perjalanan mengambil saya lepas pantang,” ceritanya ringkas.
Puan Fatimah Nurhaliza Mohd Hatta berasal dari Selangor dan berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di University of Georgia, Amerika Syarikat pada 1992. Pada 1994 memulakan kerjaya di dalam bidang perbankan dan berpengalaman bekerja di beberapa institusi kewangan termasuk Arab Malaysian Bank Berhad, Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan Kuwait Finance House dan CIMB.
Sebagai seorang wanita, mengapa Puan rasa setiap wanita wajib menjadi ahli Koperasi Wanita Berhad?
Sumbangan wanita tidak boleh lagi dipertikai dalam memainkan peranan penting di dalam dan di luar rumah. Ia sumber ekonomi untuk keluarga malah negara. Wanita adalah tonggak besar dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik di Malaysia.
Penyertaan wanita dalam WCB merupakan satu peluang dalam proses pembangunan potensi wanita. Buat masa sekarang secara amnya, WCB adalah sebuah koperasi kredit dalam menawarkan pendanaan tetapi bila dilihat secara keseluruhan dan dalam jangka masa yang akan datang, WCB juga menawarkan perkongsian dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, latihan malah pekerjaan. WCB tidak hanya mengumpul wanita yang berkerjaya dan berjaya dalam bidang masing masing, tetapi juga menggalakkan keanggotaan daripada semua peringkat pekerjaan termasuk suri rumah dengan penawaran syer minima hanya RM100. Hampir separuh daripada penduduk Malaysia adalah wanita dan tidak mustahil jika WCB berjaya mengumpulkan semua wanita, suara wanita bakal didengari dalam usaha membangunkan agenda ekonomi wanita negara.
Sebagai seorang wanita, secara ringkasnya, menjadi ahli WCB dapat memberikan pelbagai manfaat yang sangat penting seperti berikut:
Pemberdayaan Ekonomi Wanita
Memberikan peluang meningkatkan taraf hidup ekonomi
Sokongan dalam Perkembangan Karier
Mengikuti aktiviti-aktiviti yang sangat berguna untuk mengembangkan karier. WCB merancang memberikan latihan dalam bidang kewangan, pengurusan, dan lain-lain yang dapat meningkatkan daya saing anggotanya dalam kerjaya dan dunia perniagaan.
Jaringan Sosial
Menyediakan platform bagi wanita untuk saling menyokong, berkongsi
Pengalaman, dan membina jaringan sosial yang kuat. Dengan adanya jaringan ini, wanita lebih mudah mengakses informasi penting, peluang dan sokongan moral.
Membangun Kepimpinan Wanita
Mengembangkan kemampuan kepemimpinan dengan terlibat dalam pelbagai jawatan dalam koperasi, dan dapat memperluaskan kemampuan dalam organisasi.
Jawatan dalam koperasi dan ceritakan sedikit tentang tugas Puan?
Berdasarkan UUK, Setiausaha mempunyai peranan yang besar dalam memastikan semua aspek pengurusan, pentadbiran, dan kepatuhan terhadap peraturan dilaksanakan dengan efisien dan teratur. Peranan ini amat penting untuk melancarkan operasi sesebuah koperasi. Setiausaha bertanggungjawab untuk mengatur dan menyusun mesyuarat rasmi anggota Lembaga. Ini termasuk menyediakan agenda mesyuarat, menyimpan minit mesyuarat, serta memastikan tindakan susulan diambil berdasarkan keputusan yang telah dibuat.
Setiausaha perlu memastikan bahawa koperasi mematuhi UUK yang telah ditetapkan, serta peraturan atau garis panduan yang relevan dengan operasi koperasi. Ini termasuk memastikan segala urusan pentadbiran dijalankan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, Setiausaha mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk memastikan semua urusan koperasi berjalan lancar, patuh kepada peraturan yang ditetapkan, dan memenuhi objektif serta visi misi koperasi. Tanggungjawab ini memerlukan kepakaran dalam pengurusan, komunikasi, dan pematuhan undang-undang.
Bagaimana anda dapat memastikan team dan anggota merasa dihargai dan dibimbing?
Sentiasa berfikiran terbuka dan menerima setiap cadangan dan idea daripada ahli anggota lain. Selain itu, boleh mengadakan mesyuarat atau sesi terbuka di mana semua anggota berpeluang berkongsi pendapat atau kebimbangan mereka. Ini juga memberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
How do you communicate your vision and goals effectively to your team members?
Dalam memupuk kakitangan saya untuk sentiasa memberikan yang terbaik, saya turut bersama sama kakitangan untuk menyelesaikan suatu tugasan tanpa meninggalkan kakitangan tersebut sendirian. Jika perlu stay sehingga lewat malam, saya juga akan turut stay lewat malam. Perlu membuktikan apa yang saya janjikan ditepati untuk mendapatkan kepercayaan berterusan.
Bagaimana mengimbangi kehendak ahli dan kehendak organisasi?
Mengimbangi kehendak anggota dan kehendak koperasi adalah salah satu cabaran utama bagi seorang ketua dalam sesebuah koperasi. Koperasi berfungsi untuk memenuhi keperluan ekonomi, sosial, dan budaya anggotanya, masa sama, ia perlu beroperasi dengan cara yang baik dan menguntungkan supaya dapat terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua pihak. Sebagai ketua, anda perlu mencari keseimbangan antara menjaga kepentingan anggota dan memastikan koperasi berfungsi dengan baik mengikut objektif perniagaannya.
Bagaimana Puan menangani konflik dalam organasasi atau sesama team?
Sekiranya berlaku perselisihan faham antara kakitangan atau anggota, saya akan memanggil pihak berkenaan secara berasingan untuk mendengar dan mengenalpasti punca. Jalan penyelesaian yang bersesuai akan diusahakan untuk menjernihkan keadaan sama ada melalui aktiviti berkumpulan dan sebagainya.
Sebagai ketua bagaimana anda tangani masalah di tempat kerja atau ketika membuat keputusan yang sukar?
Perkara utama ketika menghadapi masalah di tempat kerja adalah saya perlu kekal tenang dan berfikiran positif kerana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Saya akan mencari punca masalah terlebih dahulu dan memikirkan cara mengatasinya dengan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.
Sekiranya saya fikir perlu untuk mendapatkan beberapa pandangan lain, saya akan mendapatkanya daripada beberapa kenalan yang dipercayai serta berpengalaman dan saya akan membuat kesimpulan daripada pandangan-pandangan tersebut.
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh koperasi-koperasi yang ada di Malaysia?
Koperasi di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran yang mempengaruhi kemampuan mereka untuk berkembang dan memberi manfaat yang optimum kepada anggota mereka. Meskipun koperasi memiliki potensi yang besar untuk memperkukuhkan ekonomi komuniti dan memberi kesan positif kepada masyarakat, terdapat beberapa cabaran utama yang perlu dihadapi. Berikut adalah beberapa cabaran terbesar yang dihadapi oleh koperasi-koperasi di Malaysia:
Kesukaran Mendapat Pembiayaan: Banyak koperasi di Malaysia mengalami kesulitan dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan yang mencukupi untuk memperluaskan operasi atau melaksanakan projek-projek baru. Sumber pembiayaan biasanya terhad dan kadar faedah pinjaman yang tinggi juga menjadi penghalang. Koperasi sering kali bergantung pada modal ahli, yang boleh menjadi kurang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan yang lebih besar.
Kurangnya Latihan dan Pembangunan: Koperasi juga sering kekurangan program latihan dan pembangunan untuk anggota-anggota pengurusan mereka, yang mengakibatkan pengurusan menjadi lemah dan kurang kemahiran dalam hal perancangan strategik, pemasaran, dan pengurusan kewangan.
Pendapatan dan Produk Terhad: Ramai koperasi di Malaysia bergantung pada satu atau dua sumber pendapatan yang terhad (contohnya, penjualan barangan atau perkhidmatan tertentu). Ketergantungan pada satu produk atau pasaran menjadikan koperasi lebih terdedah kepada risiko pasaran dan perubahan dalam keperluan pengguna.
Kurangnya Promosi dan Penjenamaan yang Efektif: Banyak koperasi di Malaysia gagal dalam aspek pemasaran dan penjenamaan, yang menyebabkan mereka kurang dikenali oleh masyarakat. Koperasi sering kali tidak mempunyai strategi pemasaran yang kukuh atau tidak menggunakan saluran yang tepat untuk mencapai audiens sasaran mereka.
Ketidakseimbangan dalam Persaingan: Koperasi sering kali berhadapan dengan persaingan yang sangat sengit daripada syarikat swasta yang lebih besar, lebih berdaya saing, dan lebih cekap dari segi pengurusan dan inovasi. Koperasi, yang sepatutnya memberi keutamaan kepada kesejahteraan anggota dan masyarakat,
kadang-kadang sukar untuk bersaing dengan entiti swasta yang lebih fleksibel dan mempunyai lebih banyak sumber.
Puan terbabit dalam kerja sosial? Kenapa dan mengapa ingin melibatkan diri dalam aktiviti amal ini?
Membabitkan diri dalam aktiviti amal adalah satu cara yang sangat berharga untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang mungkin ingin membabitkan diri dalam aktiviti amal ini, dan beberapa alasan tersebut termasuklah keinginan untuk membantu golongan yang memerlukan, memperbaiki kualiti hidup komuniti, serta memberi impak positif kepada masyarakat secara keseluruhan.
Sama ada dalam koperasi atau urusan tugasan harian, bagaimana Puan ‘stay motivated’?
Prinsip yang saya pegang sehingga hari ini, setiap pekerjaan yang saya laksanakan, saya akan mensasarkan hasil kerja yang lebih daripada yang diminta. Oleh itu, saya akan melaksanakan suatu tugasan dengan teliti dan sempurna agar membuahkan hasil yang cemerlang. Bagi saya, ianya adalah suatu kepuasan apabila hasil yang diperolehi adalah bagus dan melebihi dari yang diminta.
How has your leadership evolved?
Pengalaman bekerja sebagai ketua di beberapa tempat banyak membantu saya untuk lebih kreatif membentuk kepimpinan. Setiap organisasi mempunyai persekitaran kerja yang berbeza dan juga pekerja yang pelbagai ragam. Saya perlu memahami dan mengenal pasti cara yang sesuai untuk memastikan kakitangan mengikut semua arahan yang diberikan.
Bagaimana mengimbangan antara kerja dan kehidupan seharian?
Terus terang saya adalah seorang workaholic dan kerjaya adalah keutamaan saya. Masa saya banyak dihabiskan di pejabat dan hanya pulang setelah tugas diselesaikan.
Bagaimana Puan ‘stay updated in your industry’?
Peranan saya sebagai Setiausaha di WCB dan juga kerjaya saya sebagai Pengurus Besar di sebuah organisasi lain secara tidak langsung banyak membantu saya mendapatkan perkembangan terkini.
Saya juga mempunyai kenalan dari badan berautoriti, institusi kewangan dan juga koperasi koperasi besar yang lain untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan koperasi dan kewangan Islam.
How do you cultivate a growth mindset within your team?
Saya sentiasa memupuk semangat kakitangan saya dengan moto yang dikongsi bersama iaitu ‘we dream big, we work it out, we get the best result’. Setiap tugasan yang disempurkan saya akan pastikan kakitangan saya mendapat imbalan yang setimpalnya dengan usaha yang dikeluarkan.
Bila tidak bekerja dan tempat bepergian?Meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan melancong atau membuat apa-apa aktiviti riadah secara bersama. Bercuti ke tempat peranginan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Rasa damai dan tenang ketika dapat menikmati keindahan alam.
Kredit
Coverstory Disember 2024
Gambar Syarief Nurlette
Solekan dan Penata Gaya Rossa Talip dan Eleena
menggunakan produk Farmasi Turki
Penyelaras Nora Muhammad dan Shameen Ashraf
Pengarah Seni Wirda Adnan
Terima Kasih HOTEL WYNDHAM ACMER HOTEL, KELANG