GAYA HIDUP

Kemewahan Rasa Coklat Gelap dalam Sebutir Keterujaan Musim Krismas Ini

Siapa mampu menolak ajakan untuk menikmati coklat mewah yang disalut limpahan coklat premium dengan perincian kacang Hazel rangup? Siapa tidak kenal jenama coklat terkemuka dari Itali, Ferrero Rocher yang dijual di 140 negara di lima benua dan menjadi antara jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia juga. Sejarahnya yang panjang menjadikannya antara coklat klasik yang mempunyai rasa malar segar dan eksklusif.

Baru-baru ini, Ferrero Rocher melancarkan variasi coklat baharu sempena kempen Gift of Appreciation yang dinamakan Premium Dark Assortment – Ferrero Rocher Origins. Pelancaran ini bersempena meraikan kedatangan musim Krismas Disember ini yang pastinya menyaksikan sesi beri dan menerima yang biasa dilakukan setiap hujung tahun. Koleksi ini menampilkan tiga variasi coklat gelap yang unik: 50% Coklat Gelap dari Ghana, dengan rasa buah-buahan dan kehalusannya; 65% Coklat Gelap dari Ecuador, yang terserlah dengan ciri yang elegan dan seimbang; serta 80% Coklat Gelap dari Ivory Coast, sesuai untuk pencinta coklat yang menggemari rasa yang lebih pekat dan beraroma.



Direka untuk memenuhi citarasa semua penggemar coklat, koleksi ini menjanjikan pengalaman coklat yang benar-benar luar biasa. Setiap praline menawarkan keseimbangan sempurna dengan gabungan biji koko terpilih daripada pelbagai asal, dilapisi coklat gelap premium, serta ciri unik Ferrero Rocher iaitu kacang hazel penuh yang dipanggang dan kulit wafer yang rangup.

Pada majlis yang sama, Ferrero Rocher turut menganjurkan bengkel Gift of Appreciation dengan memberi peluang kepada para jemputan mencipta dan menghias sendiri dome pokok krismas mengikut kreativiti masing-masing. Suasana kemeriahan Krismas sudah terasa dengan gemerlap pokok Krismas di samping kemanisan coklat Ferrero Rocher yang dinikmati sepanjang majlis berlangsung.

Related posts

OPPO A96’s 3D

adminwm

5 Love Lesson Single Men and Women Can Learn

adminwm

Malam Mehndi

adminwm

Leave a Comment